ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Nota SSPA Keknie

Nota SSPA Keknie

前往频道在 Telegram

Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.

显示更多
未指定国家未指定类别

📈 Telegram 频道 Nota SSPA Keknie 的分析概览

频道 Nota SSPA Keknie (@notasspakeknie) 是活跃参与者。目前社区聚集了 31 495 名订阅者,在 其他 类别中位列第 。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 31 495 名订阅者。

根据 06 十一月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 4 989,过去 24 小时变化为 16,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 45.53%。内容发布后 24 小时内通常能获得 17.23% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 14 336 次浏览,首日通常累积 5 425 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 45。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.”

凭借高频更新(最新数据采集于 07 十一月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 其他 类别中的关键影响点。

31 495
订阅者
+1624 小时
+2037 天
+4 98930 天
帖子存档
photo content

SESI PERKONGSIAN ILMU, PENGURUSAN PERSARAAN DAN ISU-ISU PERSARAAN 25 OKTOBER 2026 (AHAD) 9.00 PAGI - 1.00 PETANG. RIBWAN ABAS BAHAGIAN PENCEN JPA SECARA LANGSUNG YOUTUBE https://youtube.com/live/C02e6u9AnvM?feature=share

Nota Cuti Kakitangan Kontrak (COS sahaja) Kenapa COS saja? Sbb Lantikan Kontrak Interim dah ada kelayakan sama mcm lantikan t
Nota Cuti Kakitangan Kontrak (COS sahaja) Kenapa COS saja? Sbb Lantikan Kontrak Interim dah ada kelayakan sama mcm lantikan tetap. So yang ni masih terpakai untuk COS sahaja. Cuti Bersalin tu belum ada pekeliling so kita masih gunapakai kelayakan asal 360hari sepanjang perkhidmatan. Semua Cuti Bersalin yang dah digunakan masa kontrak, akan diambil kira sekiranya pegawai dilantik tetap ye. Begitu juga Cuti Umrah dan Cuti Haji yang sekali dalam perkhidmatan. Kalau dah guna masa kontrak, dah tak boleh guna Kalau dilantik tetap kelak. Keknie Sha

Isu umur persaraan ni saya dah pernah post sebelum ni. Pegawai yang sedang berkhidmat, dah berstatus tetap dan berpencen, kal
Isu umur persaraan ni saya dah pernah post sebelum ni. Pegawai yang sedang berkhidmat, dah berstatus tetap dan berpencen, kalau dilantik ke jawatan lain samada pegawai lepas jawatan atau letak jawatan, lantikan PBM yg sama atau PBM berbeza, atau dilantik secara PSL pada atau selepas 1.1.2012, umur persaraan automatik jadi 60 tahun. Takde tulis dlm buku servis pun? Ya mmg takde tulis sbb umur persaraan wajib 60tahun tu bukan opsyen dah, mmg mandatori bagi kes² di atas dan lantikan pd dan selepas 1.1.2012. Terima kasih dan kredit kpd En Ribwan b Abas utk infografik ni. Keknie Sha

photo content

SR5.4.10 Cuti Kecederaan

𝗣𝗘𝗪𝗨𝗝𝗨𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗥.𝟱.𝟰.𝟭𝟬 𝗞𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 Perintah Am 27 dan 28 Bab C (Cuti) Tahun 1974 memperuntukkan kemudahan Cuti Kecederaan kepada pegawai yang tercedera semasa menjalankan tugas. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan pelaksanaan Cuti Kecederaan adalah difahami, teratur dan seragam, kemudahan Cuti Kecederaan dikeluarkan dalam bentuk Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.5.4.10 Kemudahan Cuti Kecederaan yang boleh dicapai melalui portal MyPPSM di laman web rasmi JPA. Tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian SR.5.4.10 Kemudahan Cuti Kecederaan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pautan: 𝗦𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗘𝗱𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗿.𝟱.𝟰.𝟭𝟬 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗱𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 https://www.jpa.gov.my/.../surat-edaran-pewujudan-ceraian... 𝗠𝘆𝗣𝗣𝗦𝗠 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗥.𝟱.𝟰.𝟭𝟬 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗱𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 https://docs.jpa.gov.my/.../PPSM/SR/Kemudahan-Cuti/182/

𝐊𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐑𝐞𝐡𝐚𝐭/𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐑𝐞𝐡𝐚𝐭 𝐊𝐡𝐚𝐬 - Cuti Haji telah ditambahbaik
𝐊𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐑𝐞𝐡𝐚𝐭/𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐑𝐞𝐡𝐚𝐭 𝐊𝐡𝐚𝐬 - Cuti Haji telah ditambahbaik mulai 1 Januari 2026 : tempoh cuti haji adalah 40 hari atau mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pengelola haji (mana yang lebih tinggi) dan syarat pengesahan dalam perkhidmatan telah dimansuhkan (tapi masih terhad untuk lantikan tetap sahaja) - Kaedah kiraan prorate ni bukan hanya terpakai utk cuti haji tapi terpakai juga untuk Cuti Tibi,Barah, Kusta, Cuti Separuh Gaji dan Tanpa Gaji dan Cuti Belajar melebihi 92 hari. Rujukan : - Kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009 - Cuti Haji : Ceraian SR5.3.1 Keknie Sha

𝗡𝗮𝗶𝗸 𝗣𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗥𝗲𝗵𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸? Rasanya ramai dah tau pasal jadual Cuti Rehat ni, tapi ramai juga masih tak faham macamana nak baca jadual cuti ni hehe Kelayakan cuti di bawah masih berkuatkuasa semenjak 2016. Selepas SSPA masih guna kelayakan spt dlm jadual cuma perubahan gred saja guna gred SSPA. Jadi kalau nak menerangkan perubahan cuti pegawai yg naik pangkat, lebih sesuai sy guna yg gred SSM ni. Saya bagi contoh situasi : Lantikan J17 pada 2.2.2005 Tukarlantik JA29 pada 1.7.2013 Naik pangkat TBK1 JA6 pada 1.7.2026 1. First kita tgk lantikan bila. Kalau lantikan sebelum 1.9.2005, baca barisan pertama saja. 2. Lantikan J17 pd 2.2.2005 = kelayakan cuti 20 hari. Rujuk bhgn Kurang 10 tahun, Gred 1-20 3. Tukarlantik JA29 pada 1.7.2013 = kelayakan cuti 25 hari. Rujuk bhgn kurang 10 tahun, Gred 21-30. 4. Genap 10 tahun pada 2.2.2015 = kelayakan cuti 30 hari. Rujuk bhgn Genap 10 tahun Gred 21-30. Jadual di sebelah ye. 5. Naik pangkat TBK1 JA6 pada 1.7.2026 = kelayakan cuti 35 hari. Rujuk bhgn Genap 10tahun Gred 31-54. Jadi, utk yg lain juga kaedah nya sama. Baca row ikut tarikh lantikan saja. Guna tarikh lantikan pertama kalau semua gred dilantik pihak berkuasa melantik yg sama. Kalau PBM berbeza, guna tarikh dilantik oleh PBM terkini. Kalau lantikan mulai 1.1.2009 hanya Gred 1 (1-20) yang akan ada tambah 5 hari. Selain tu takde, kekal 25 sampai pencen. Keknie Sha

photo content

T𝐚r𝐢k𝐡 𝐓B𝐊2 D𝐢k𝐢r𝐚 𝐃a𝐫i T𝐚r𝐢k𝐡 𝐌a𝐧a? Tarikh TBK2 dikira 13 tahun dari tarikh kenaikan pangkat pertama, samada
T𝐚r𝐢k𝐡 𝐓B𝐊2 D𝐢k𝐢r𝐚 𝐃a𝐫i T𝐚r𝐢k𝐡 𝐌a𝐧a? Tarikh TBK2 dikira 13 tahun dari tarikh kenaikan pangkat pertama, samada kenaikan pangkat tersebut secara TBK1 atau secara hakiki. Contoh 1: Kenaikan Pangkat secara TBK1 Tarikh Lantikan : 1.7.2005 Naik pangkat TBK1 : 1.7.2018 Layak TBK2 pada : 1.7.2031 Contoh 2 : Kenaikan Pangkat secara Hakiki Tarikh Lantikan : 1.7.2005 Naik pangkat secara hakiki pada 1.10.2012 Layak TBK2 pada : 1.10.2025 Contoh 3 : Kenaikan Pangkat secara TBK1 kemudiannya ditempatkan secara hakiki di gred sama Tarikh Lantikan : 1.7.2005 Naik Pangkat TBK1 : 1.7.2018 Ditempatkan secara hakiki pada : 1.10.2025 Layak TBK2 pada : 1.7.2031 (dikira dari tarikh naik pangkat TBK1 bukan tarikh penempatan hakiki)

𝐊𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐓𝐁𝐊𝟏 : 𝟏𝟑 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐝𝐢𝐤𝐢𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐦𝐚𝐧𝐚? Tarikh layak naik pan
𝐊𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐓𝐁𝐊𝟏 : 𝟏𝟑 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐝𝐢𝐤𝐢𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐦𝐚𝐧𝐚? Tarikh layak naik pangkat TBK1 adalah selepas 13 tahun drpd tarikh Lantikan. Bukan dari tarikh sah jawatan. Kecuali kalau ada tempoh percubaan dengan Denda. Tempoh percubaan dengan denda adalah tempoh yang tidak diambil kira bagi kiraan kelayakan 13 tahun tu. Contoh : Tarikh lantikan = 1.7.2013 Tarikh layak TBK1 = 1.7.2026 Tapi ada tempoh percubaan dengan denda 6 bulan So tarikh layak TBK1 akan berubah kepada 1.1.2027 Selain tempoh percubaan dengan denda, tempoh2 ini juga tidak dikira bagi kiraan 13 tahun tersebut : 1. CSG/CSG - hilang kekananan (kecuali cuti belajar) 2. tidak hadir tugas, cuti terlebih ambil 3. tempoh tidak layak dipertimbangkan naik pangkat akibat tatatertib. (bergantung jenis hukuman)

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Utk makluman semua, Telegram ini adalah Telegram peribadi saya. Bukan telegram rasmi untuk mana² agensi/jabatan. Saya bergerak sendiri, atas inisiatif sendiri, dengan niat berkongsi info dgn Penjawat Awam. Tidak sekali sy pernah merasakan saya lebih baik di kalangan kita, sy cuma harap semua Penjawat Awam jadi lebih cakna, lebih berilmu, lebih tahu hak masing-masing dan Kemudahan yg ada. Apa2 info yg sy sampaikan disini, sekiranya tidak tepat, apatah lagi jika salah sepenuhnya, mohon dibetulkan atau diberi teguran secara terus. Mustahil utk saya tau semua perkara, jd sedikit yg sy tau tu, itulah yg sy share selama ni. Yg sy tak tau kena rujuk pihak berkenaan. Sy harap semua akan dpt manfaat sebaiknya drpd telegram ni, walaupun ia nya bukan official, hanya telegram peribadi saya. Mohon maaf atas segala kekhilafan selama ini. Terima kasih kerana sentiasa menyokong perkongsian saya di FB ❤️. KeknieSha.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

photo content

SYARAT_SYARAT_PENGESAHAN_DALAM_PERKHIDMATAN_MENGIKUT_SKIM_PERKHIDMATAN.pdf5.01 KB

𝗣𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗚𝗮𝗷𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮𝗮𝗻 - 𝗡𝗮𝗶𝗸 𝗣𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝘃𝘀 𝗗𝗶𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗸𝗲 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗶𝗻 �
𝗣𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗚𝗮𝗷𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮𝗮𝗻 - 𝗡𝗮𝗶𝗸 𝗣𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝘃𝘀 𝗗𝗶𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗸𝗲 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝐍a𝐢k P𝐚n𝐠k𝐚t : *Contoh : N1 ke N2, JA5 ke JA6, DG12 ke DG13, U6 ke U7, W9 ke W10 - sebelum KGT gred lama: Gaji pokok terakhir + 1KGT gred lama (diawalkan) + 1 KGT Gred baru - selepas KGT gred lama : Gaji pokok terakhir + 1KGT Gred baru Rujukan : MyPPSM Ceraian UP3.1.2 𝐃i𝐥a𝐧t𝐢k k𝐞 𝐣a𝐰a𝐭a𝐧/𝐬k𝐢m l𝐚i𝐧 : *Contoh : N2 dilantik ke N5, JA5 ke J9, U5 ke U9, N1 ke DG9, W5 ke WK9 - sebelum KGT di gred asal : Gaji pokok terakhir + 1KGT Gred lama + 1 KGT Gred lama - selepas KGT di gred asal : Gaji pokok terakhir + 1 KGT gred lama Rujukan : Peraturan 25(7) dan (8 ), Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] yang berkuat kuasa mulai 1.1.2012 dan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2020.

CTR Kelompok Perayaan. 1. Ada 5 Perayaan yg boleh mohon CTR Kelompok : - Good Friday - Christmas Eve - Deepavali - Thaipusam
CTR Kelompok Perayaan. 1. Ada 5 Perayaan yg boleh mohon CTR Kelompok : - Good Friday - Christmas Eve - Deepavali - Thaipusam - Hari Raya Haji Kedua. 2. CTR Kelompok Perayaan tak sama dengan CTR Kelompok Keagamaan. Keagamaan sekali saja sepanjang perkhidmatan, Perayaan boleh guna setiap tahun. 3. Setiap CTRK Perayaan ni hanya layak sehari saja. Dengan syarat khusus spt yg dinyatakan dlm infografik. 4. Kelayakan CTRK Perayaan adalah berasaskan Agama, bukan bangsa. Jadi, amat penting Agama yg diisytiharkan dalam HRMIS untuk semakan. Kadang² ada juga pegawai yang agama dlm HRMIS (yg data direct dr JPN) tidak sama agama sebenar yg dianuti. Dalam kes ni, Pegawai boleh dptkan salinan data drpd JPN yg print out drpd data IC, baru nampak Agama sebenar. 5. Bagi pegawai beragama Kristian, boleh mohon CTRK Good Friday dan Christmas Eve dalam tahun yg sama, asalkan mendapat kelulusan drpd Ketua Jabatan. Begitu juga pegawai beragama Hindu, boleh mohon CTRK Thaipusam dan Deepavali pada tahun yg sama.

photo content

𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 : 𝗔𝗽𝗮 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘁𝗮𝗵𝘂? 1. 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒂𝒕 𝑷𝒆𝒓𝒎𝒐𝒉𝒐𝒏𝒂𝒏 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏 : (i) telah disahkan dalam perkhidmatan dan diberi taraf berpencen (PTB); (ii) berumur genap 40 tahun dan ke atas pada tarikh persaraan pilihan; (iii) mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang sepuluh (10) tahun yang boleh dimasuk kira; (iv) permohonan persaraan pilihan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan; (v) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (vi) bebas daripada sebarang siasatan/tindakan tatatertib/mahkamah; dan (vii) sekiranya mempunyai ikatan perjanjian penajaan pendidikan, hendaklah mendapatkan surat persetujuan daripada penaja pinjaman/biasiswa pendidikan terlebih dahulu. 2. 𝑪𝒐𝒏𝒕𝒐𝒉 𝒔𝒖𝒓𝒂𝒕 𝒑𝒆𝒓𝒎𝒐𝒉𝒐𝒏𝒂𝒏 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏 Ni sampel saja ye. Boleh dijadikan rujukan dan ubahsuai ikut kesesuaian. https://www.facebook.com/share/p/1EjahPhHG7/ Soft copy fail doc. word ada kat telegram : https://t.me/notaSSPAKeknie/279 3. 𝑩𝒊𝒍𝒂 𝒕𝒂𝒓𝒊𝒌𝒉 𝒔𝒆𝒔𝒖𝒂𝒊 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏? A. Kalau nak dpt Pencen bulanan maksimum 60%, Pilih tarikh pencen selepas servis 30 tahun dan ke atas. B. Kalau nak dapat terus pencen bulanan, Pilih tarikh selepas umur 55 tahun. C. Kalau nak dapat gaji akhir lebih tinggi, Pilih tarikh selepas Pergerakan Gaji Tahunan. Kalau nak semua, penuhi semua syarat di atas. ehehe 4. 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏, 𝑮𝒂𝒏𝒋𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑮𝑪𝑹 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝒄𝒖𝒌𝒂𝒊 𝒕𝒂𝒌?? Saya quote post FB Bahagian Pencen JPA : "Ganjaran Perkhidmatan dan Award Wang Tunai GCR yang diterima penjawat awam bagi persaraan pilihan sebelum umur 55 tahun adalah DIKECUALIKAN daripada cukai pendapatan selaras dengan perenggan 25A Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967." 5. 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏, 𝑩𝒊𝒍𝒂 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒆𝒏𝒄𝒆𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏? Bagi pegawai bersara pilihan, Ganjaran dan GCR akan dibayar semasa tarikh bersara pilihan. Untuk bayaran Pencen bulanan : - Bagi Pegawai lantikan sebelum 12.4.1991, pencen bulanan akan dibayar seawal 45/50 tahun. - Bagi lantikan selepas 12.4.1991 pula, Pencen bulanan akan dibayar seawal umur 55 tahun. 6. 𝑷𝒆𝒏𝒄𝒆𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝑪𝒖𝒌𝒂𝒊 𝒕𝒂𝒌 𝒌𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒑𝒆𝒏𝒄𝒆𝒏 𝒑𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏? Tidak. Hanya pencen bulanan yang diterima sebelum umur 55 tahun sahaja dikenakan cukai (dalam kes pegawai lantikan sebelum 12.4.1991 yang terima pencen bulanan seawal 45/50 tahun). Saya compile semua persoalan berkaitan kat sini ye senang nak rujuk kemudian. Keknie Sha