ar
Feedback
Diari Resus

Diari Resus

الذهاب إلى القناة على Telegram

Hanya catatan nota ringkas / refleksi diri berkait dengan kehidupan di dunia resus https://www.facebook.com/tok.ilman

إظهار المزيد
2 819
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
+17 أيام
-730 أيام

جاري تحميل البيانات...

القنوات المماثلة
لا توجد بيانات
هل تواجه مشاكل؟ يرجى تحديث الصفحة أو الاتصال بمدير الدعم الخاص بنا.
سحابة العلامات
لا توجد بيانات
هل تواجه مشاكل؟ يرجى تحديث الصفحة أو الاتصال بمدير الدعم الخاص بنا.
الإشارات الواردة والصادرة
---
---
---
---
---
---
جذب المشتركين
يوليو '26
يوليو '26
+11
في 0 قنوات
يونيو '26
+30
في 0 قنوات
Get PRO
مايو '26
+22
في 0 قنوات
Get PRO
أبريل '26
+19
في 0 قنوات
Get PRO
مارس '26
+22
في 0 قنوات
Get PRO
فبراير '26
+42
في 0 قنوات
Get PRO
يناير '26
+44
في 0 قنوات
Get PRO
ديسمبر '25
+18
في 0 قنوات
Get PRO
نوفمبر '25
+35
في 0 قنوات
Get PRO
أكتوبر '25
+49
في 0 قنوات
Get PRO
سبتمبر '25
+196
في 0 قنوات
Get PRO
أغسطس '25
+38
في 0 قنوات
Get PRO
يوليو '25
+19
في 0 قنوات
Get PRO
يونيو '25
+40
في 0 قنوات
Get PRO
مايو '25
+33
في 0 قنوات
Get PRO
أبريل '25
+84
في 0 قنوات
Get PRO
مارس '25
+21
في 0 قنوات
Get PRO
فبراير '25
+53
في 0 قنوات
Get PRO
يناير '25
+136
في 1 قنوات
Get PRO
ديسمبر '24
+144
في 0 قنوات
Get PRO
نوفمبر '24
+242
في 1 قنوات
Get PRO
أكتوبر '24
+581
في 0 قنوات
Get PRO
سبتمبر '24
+1 120
في 0 قنوات
التاريخ
نمو المشتركين
الإشارات
القنوات
27 يوليو0
26 يوليو0
25 يوليو0
24 يوليو+1
23 يوليو+1
22 يوليو0
21 يوليو0
20 يوليو0
19 يوليو+1
18 يوليو0
17 يوليو+1
16 يوليو0
15 يوليو0
14 يوليو+1
13 يوليو+1
12 يوليو+2
11 يوليو0
10 يوليو+1
09 يوليو0
08 يوليو0
07 يوليو+1
06 يوليو0
05 يوليو+1
04 يوليو0
03 يوليو0
02 يوليو0
01 يوليو0
منشورات القناة
Aliran tinggi boleh membantu membersihkan gas daripada ruang dead space di nasopharynx, mengurangkan sebahagian kerja pernafasan dan boleh menghasilkan sedikit tekanan distending atau PEEP, walaupun kesannya tidaklah setepat NIV. bacaan lanjut di: https://www.facebook.com/share/p/1BvVjveCrT/

2
Ia digunakan pada aliran tinggi, lazimnya 10 - 15 L/min, dengan reservoir dikembangkan sebelum mask dipasang. Ketika pesakit menarik nafas, beg itu tidak sepatutnya kempis sepenuhnya. Jika ia kempis, bermakna aliran mungkin tidak mencukupi, terdapat kebocoran besar atau sebenarnya pesakit memerlukan aliran udara yang lebih tinggi. Saya bertanya, “Apa perbezaan utama antara Venturi dan non-rebreather?” Houseman itu menjawab, "Non-rebreather ini high flow system, venturi mask pula low flow system." "Tidak tepat. Sebenarnya terbalik. Walaupun non-rebreather selalu disebut sebagai high-flow mask, tetapi ia adalah alat low flow. Manakala venturi pula yang tergolong dalam high flow. Mengapa?" Garu kepala houseman tersebut. "Apa penentu kepada suatu alat itu low atau high flow? Pastilah merujuk kepada peak inspiratory flow. Normal adalah 20 - 30 L/min. Maka, jika alat tersebut hanya mampu memberikan aliran udara lebih rendah dari itu, ianya low flow. Termasuklah non-rebreather yang kita alirkan 15 L/min." "Tetapi bukankah venturi mask juga kita tetapkan alirannya rendah? Macam V40%, hanya 8 - 10 L/min sahaja," houseman tersebut menduga. "Ha, ini yang perlu kita fahami. Keupayaan venturi mask dapat memberikan FiO₂ secara tetap dan terkawal adalah kerana ia dapat berikan aliran yang lebih tinggi dari peak inspiratory flow pesakit. Melalui prinsip entraintment, aliran yang terhasil melalui aperture lebih tinggi dari aliran yang dialirkan dari flowmeter. Sebagai contoh, V40% mempunyai entraintement ratio 1:3. Bermakna, jika 10 L/min aliran yang dibekalkan, ia akan menarik bersama 30 L/min aliran udara dari sekitar menghasilkan aliran setinggi 40 L /min. Lebih tinggi dari kebanyakan peak inspiratory flow pesakit." "Faham ke?" HO cuba menghadam maklumat tersebut, “Jadi, venturi dapat memberi FiO₂ yang lebih terkawal. Non-rebreather pula memberi FiO₂ tinggi.” “Ya. Venturi menjawab soalan, ‘berapa tepat oksigen yang saya mahu?’ Non-rebreather menjawab soalan, ‘bagaimana saya boleh memberikan sebanyak mungkin oksigen secara cepat melalui alat konvensional?’” Namun non-rebreather mempunyai had. “Ia masih tidak menghasilkan tekanan, jadi tidak boleh memberikan bantuan inspiratory pressure. Ia tidak membuka alveoli secara aktif, dan tidak membantu pesakit membuang CO₂." Non-rebreather sering merupakan rescue device atau bridging device, bukannya alat untuk pesakit gagal pernafasan dibiarkan berjam-jam tanpa reassessment. Jika saturation pesakit semakin menaik dan stabil selepas beberapa minit dengan non-rebreather, kita jangan mudah berasa selesa. “Tetapi tengok pesakit secara keseluruhan, bukan hanya nombor di paparan monitor sahaja.” Sekiranya respiratory rate masih lagi tinggi, otot pernafasan masih kuat bekerja, dan pesakit hanya mampu menyebut dua atau tiga perkataan sebelum perlu behenti untuk menarik nafas. Maka kita perlu lakukan sesuatu. “Sekarang kita perlu fikir tentang inspiratory demand. Non-rebreather mungkin memberi kepekatan oksigen tinggi, tetapi aliran yang sampai kepada pesakit masih mungkin tidak memenuhi peak inspiratory flow-nya.” Di sinilah HFNC mempunyai kelebihan. High-flow nasal cannula memberikan campuran udara dan oksigen yang dihangatkan serta dilembapkan menggunakan aliran udara setinggi 60 hingga 80 L/min. Aliran tinggi tersebut boleh mendekati atau melebihi permintaan inspirasi pesakit, lalu mengurangkan pencairan oksigen oleh udara bilik. Hasilnya, kita akan dapat capai pemberian FiO₂ yang lebih konsisten. Saya menerangkan kepada houseman itu, “Bayangkan alat biasa membekalkan air menggunakan paip kecil, tetapi pesakit sedang membuka pili besar. HFNC cuba membekalkan aliran yang cukup besar supaya pesakit tidak lagi menarik baki udara dari udara bilik.” Gas yang dipanaskan dan dilembapkan juga lebih selesa, membantu toleransi dan mengurangkan kekeringan mukosa.
1
3
Simple face mask menutup hidung dan mulut, lalu mewujudkan ruang kecil yang dipenuhi gas kaya dengan oksigen. Ia lazimnya digunakan sekitar 5 - 10 L/min dan boleh memberikan kepekatan oksigen yang lebih tinggi berbanding nasal prong. Namun ia masih variable-performance device. Setiap hela nafas tetap akan menarik udara bilik melalui ruang di sekeliling mask, terutama apabila peak inspiratory flow pesakit itu tinggi. “Kenapa jangan pasang simple face mask pada 2 atau 3 liter?” "Sebab tak cukup?" Houseman tersebut cuba menjawab. “Betul. Sebab aliran yang terlalu rendah tidak akan mencukupi untuk membersihkan gas yang dihembus keluar daripada ruang mask. Sebab itu kita perlu menggunakan sekurang-kurangnya sekitar 5 L/min.” Simple mask merupakan pilihan yang sesuai apabila aliran nasal prong tidak mencukupi, pesakit banyak bernafas melalui mulut, atau kita memerlukan peningkatan oksigen sederhana. Tetapi pesakit masih perlu diperhatikan. “Kalau saturation cantik tetapi pesakit semakin penat, jangan tertipu. Pulse oximeter hanya memberitahu oxygenation. Ia tidak memberitahu dengan lengkap sama ada pesakit sebenarnya turut ada masalah untuk ventilate.” Houseman itu kemudian mencapai Venturi mask. “Venturi mask lebih kuat daripada simple mask?” Saya menggeleng. “Ini salah faham yang biasa. Venturi mask bukan semestinya langkah seterusnya jika pesakit kelihatan semakin teruk. Kita pilih Venturi apabila kita mahukan FiO₂ yang lebih terkawal dan lebih konsisten.” Venturi mask menggunakan prinsip entrainment. Oksigen berkelajuan tinggi melalui aperture kecil seterusnya akan menarik masuk sejumlah udara bilik bersama. Campuran itu menghasilkan FiO₂ yang terkawal, contohnya 24%, 28%, 31%, 35%, 40% atau nilai lain bergantung pada sistem yang digunakan. “Setiap warna menandakan adapter yang berbeza. Setiap adapter direka untuk menghasilkan campuran oksigen dan udara tertentu. Flow yang tertulis pada adapter ialah minimum yang perlu diberikan untuk menghasilkan prestasi yang betul.” Venturi amat berguna pada pesakit yang berisiko mengalami hypercapnic respiratory failure kerana kita mahu memberikan oksigen secukupnya untuk mencapai sasaran, tetapi tidak mahu memberikan FiO₂ tinggi secara tidak terkawal. BTS, sebagai contoh, mencadangkan 24% atau 28% Venturi sebagai antara pilihan awal bagi pesakit berisiko hypercapnia, bersama pemantauan dan blood gas. “Jadi Venturi bukan alat ‘oksigen paling tinggi’?” “Bukan. Venturi ialah alat ‘oksigen paling terkawal’.” Jika pesakit COPD datang dengan SpO₂ 82%, kita tidak patut membiarkan hypoxaemia semata-mata kerana takut CO₂ retention. Kita perlu merawat hipoksemia, tetapi secara terkawal, menyasarkan saturation yang sesuai dan mendapatkan ABG. Dalam pesakit yang benar-benar kritikal, resuscitation dan pembetulan hypoxaemia tetap diutamakan sementara penilaian segera dibuat. Saya menambah, “Dan kalau respiratory rate sangat tinggi, flow total Venturi juga perlu dinilai. Jika pesakit menghela udara lebih laju melebihi aliran yang terhasil, FiO₂ boleh menjadi kurang stabil, dan tidak lagi mencapai nilai FiO₂ yang diingini." Muka pesakit itu dilekapkan dengan facemask dengan aliran 6L / min sebagai ganti nasal prong yang dicabut. Paras SpO² yang terpapar pada mesin oximeter menunjukkan SpO²nya mula naik perlahan-lahan. Andai kata paras oksigen pesakit semakin turun, sekarang apa awak mahu buat?” saya bertanya. “Non-rebreather mask, 15 liter.” “Betul. Kita mahukan kepekatan oksigen yang tinggi dengan segera sementara kita menilai punca dan menyediakan rawatan seterusnya.” Non-rebreather mask atau reservoir mask mempunyai beg simpanan yang diisi oksigen. Semasa pesakit menarik nafas, dia akan menyedut udara yang terkumpul di reservoir tersebut. Injap satu-hala di topeng pula akan membantu mengurangkan kemasukan udara bilik dan mengurangkan penyedutan semula gas yang telah dihembuskan.
1
4
Makcik ini berumur pertengahan enam puluhan. Dibawa oleh anaknya ke Jabatan Kecemasan kerana demam berlanjutan selama tiga hari berserta batuk yang kuat. Rawatan untuk jangkitan paru-paru sudah dimulakan. Bantuan oksigen dialirkan melalui nasal prong. Tetapi paras oksigennya masih rendah. 92% sahaja. Houseman memaklumkan kepada saya. Maka kami bersama mendekati makcik tersebut. "Bila kita lihat pesakit sukar bernafas, ada empat persoalan yang perlu kita jawab," kata saya sambil melihat wajah makcik tersebut, sesekali mata melirik pada paparan monitor. Pertama, adakah pesakit benar-benar kekurangan oksigen yang kita gelar hipoksemia. Atau hanya tampak nafasnya laju? Memberi bantuan oksigen ialah rawatan untuk hipoksemia. Tetapi kelihatan sesak nafas bukan semestinya hipoksemia. Pesakit dengan metabolic acidosis, atau keresahan boleh kelihatan nafasnya laju, tetapi masalah utama mereka bukan semestinya kekurangan oksigen. Kedua, apakah sasaran saturation pesakit? Bagi kebanyakan pesakit, sasaran lazim ialah sekitar 94 - 98%. Bagi pesakit yang berisiko mengalami hypercapnic respiratory failure seperti COPD, obesity hypoventilation, neuromuscular weakness atau chest-wall disease, sasaran awal biasanya 88 - 92% sementara menunggu blood gas dan penilaian lanjut. Oksigen mesti dititrasikan kepada sasaran, bukan diberikan secara membuta tuli sehingga SpO₂ 100%. Ketiga, adakah masalahnya hanya oxygenation, atau pesakit juga gagal untuk ventilate dengan baik? Saya terangkan lanjut, “Oxygenation bermaksud membawa oksigen ke dalam darah. Ventilation pula bermaksud proses menhela dan menghembus udara dengan mencukupi, terutamanya untuk membuang karbon dioksida.” Pesakit boleh mempunyai SpO₂ yang cantik tetapi PaCO₂ terus meningkat. Dalam keadaan itu, masalahnya bukan sekadar kekurangan oksigen. Tetapi, pesakit juga tidak mampu menghembus keluar udara dengan berkesan. Keempat, berapa tinggi peak inspiratory flow pesakit? Saya melihat houseman itu masih berkerut. “Bayangkan pesakit sedang menyedut minuman menggunakan straw. Semakin kuat dia menyedut, semakin banyak aliran yang dia perlukan dalam masa yang singkat. Begitulah peak inspiratory flow; kelajuan maksimum udara yang mahu disedut oleh pesakit semasa inspirasi.” Pesakit yang tenang mungkin mempunyai keperluan aliran yang tidak terlalu tinggi. Tetapi pesakit yang sedang tachypnoeic dan distressed, mereka memerlukan aliran udara yang jauh lebih tinggi daripada biasa. “Kalau pesakit menyedut udara lebih cepat daripada alat mampu membekalkannya, baki udara itu datang dari mana?” “Room air,” jawabnya. “Betul. Dan room air hanya mengandungi kira-kira 21% oksigen. Jadi oksigen daripada alat itu akan bercampur dengan udara bilik. Itulah sebabnya FiO₂ sebenar daripada banyak alat low-flow tidak pernah tetap.” Saya menunjuk kepada nasal prong yang sedang dipakai pesakit. “Nasal prong sesuai apabila keperluan oksigen masih rendah, pesakit juga masih lagi stabil, dan beban kerja pernafasannya tidak membimbangkan. Nasal prong lazimnya digunakan sekitar 1 - 6 L/min. Ia lebih selesa, pesakit masih boleh bercakap, makan, minum dan mengeluarkan kahak. Namun, nasal prong sifatnya variable. FiO₂ yang diterima pesakit hanyalah anggaran kerana ia dipengaruhi oleh kadar pernafasan, tidal volume, corak inspirasi, sama ada pesakit bernafas melalui hidung atau mulut, serta sejauh mana oksigen bercampur dengan udara bilik. “Jadi bila nasal prong sahaja sudah memadai?” “Bila saturation SpO² mencapai sasaran, dan aktiviti pernafasan pesakit nampak lebih selesa." Saya kemudian menunjuk semula kepada pesakit kami. “Pesakit ini SpO₂nya 93% pada aliran 3 L/min, RR 26 dan bila bernafas masih tampak menggunakan accessory muscles. Jadi masalahnya bukan sekadar nombor pada flowmeter. Nasal prong tidak lagi memenuhi permintaan inspirasi dan keperluan oksigennya.” Houseman itu mengambil simple face mask. “Kalau tukar kepada face mask?” “Boleh, tetapi kita perlu faham apa yang ia boleh dan tidak boleh lakukan.”
306
5
ACC/AHA Acute PE 2026. Semudah ABCDE
ACC/AHA Acute PE 2026. Semudah ABCDE
606
6
Ingat lagi tak penulisan ini? Ini adalah salah satu khidmat yang saya boleh bantu penganjur untuk mempromosikan program merek
Ingat lagi tak penulisan ini? Ini adalah salah satu khidmat yang saya boleh bantu penganjur untuk mempromosikan program mereka. Saya tak caj apa² pun. Saya suka membantu. Apa lagi bentuk kolaborasi EM STAT x PEM Made Easy 4.0? Peserta yang terpilih berpeluang mendapat akses SEUMUR HIDUP app EM STAT. Betul. Anda tak salah baca. LIFETIME ACCESS. Bukan seorang, bukan dua orang. Tapi lebih dari itu. Maka, kepada peserta PEM esok. Bersungguh-sungguh dalam setiap aktiviti yang ada di sana, okay! ps: Buku Adrenalin juga ada di situ. Saya dah tandatangan siap², setiap satu naskhah yang dibawa ke sana.
874
7
2-minit cara mudah ingat murmur. https://vt.tiktok.com/ZSCskBkBe/
2-minit cara mudah ingat murmur. https://vt.tiktok.com/ZSCskBkBe/
700
8
لا يوجد نص...
747
9
tinggal 463 naskhah sahaja ☺️
tinggal 463 naskhah sahaja ☺️
1 005
10
لا يوجد نص...
1 037
11
Suka bacaan sebegini? Bayangkan ia disusun sehingga menjadi sebuah novel. Ya, saya ada tulis sebuah novel perubatan yang sarat dengan kisah di Jabatan Kecemasan. Jika minat, marilah jadi antara pembaca terawal karya saya; Adrenalin: Ceritera di Sebalik Pintu ED. ☺️
846
12
Baru-baru ini, saya merasa bosan dengan kes-kes di Zon Kuning. Entah kenapa, terasa dahagakan deruan adrenalin. Hari itu, Zon Kuning terlalu tenang. Bukanlah tidak sibuk, cuma terasa terlalu rutin. Jadi saya berjalan masuk ke Zon Merah. Kononnya mencari adrenalin yang ditagih. Masuk sahaja ke Zon Merah, di kubikel 3 terlihat seorang pemuda sedang cuba dibantu nafasnya dengan mesin melalui tracheostomy. Duduknya tegak, tetapi condong dadanya rapat ke hadapan. Wajahnya terlihat sangat cemas, bulat matanya. Peluh mengalir lencun membasahi dari atas kepala sehingga ke seluruh tubuhnya. Pakaian hospital yang dipakai separuh, basah. Nafasnya cuba ditarik, tapi gagal. Dadanya langsung tidak bergerak mengikut tarikan nafasnya. Pegawai perubatan yang sedang berada di sisi pesakit itu saling tak beza pun raut wajah mereka. Cemas. Dua-dua tampak lemas. Saya segerakan langkah merapati pesakit tersebut. Stetoskop ditekap pada dadanya, cuba mendengar bunyi paru-paru. Tiada. Tiada langsung bunyi aliran udara keluar dan masuk. Basah. Tubuhnya semakin basah dengan peluh. Saturasi oksigen semakin menjunam turun. 88% ..84% .....76% .......72% Ah. Blocked tracheostomy ni.. Pesakit ini baru menjalani tracheostomy kira-kira sebulan sebelumnya kerana prolonged ventilation. Jadi secara teori, stoma sepatutnya sudah matang. Kami cuba pakaikan topeng NIV untuk ventilate dari atas. Sama juga. Tiada chest rise. Tiada air entry. Saya capai gunting dan potong tali yang mengikat tracheostomy tube tersebut. Dalam kepala saya, saya sudah hampir pasti. Tiub yang tersumbat ini perlu dikeluarkan. Tapi sebelum saya sempat cabut, rakan sekerja saya menahan. “What’s your backup plan?” Saya terdiam. Dalam menangani airway emergency, knowing the problem is only half of the job. The other half is knowing what you will do if your first plan fails. Ah sudah. Saya pula jadi ragu-ragu dengan diri sendiri. ENT sedang dalam perjalanan. Anaesthesia juga sudah dipanggil. Beberapa minit itu terasa sangat panjang. Lelah menunggunya. Akhirnya ENT tiba. Flexible scope dimasukkan melalui tracheostomy tube. Memang benar. Complete occlusion. Lumen tiub itu tersumbat sepenuhnya. Percubaan dibuat untuk memasukkan bougie tidak berjaya. SpO2.. 58%! Ah! Tekad. Keputusan dibuat. ENT putuskan untuk cabut sahaja. Tukar tracheostomy tube baru. Sebaik sahaja tube baru dimasukkan, ventilation kembali. Barulah mula dadanya berombak. SpO2 perlahan-lahan naik semula. Puncanya? Blood clot sepanjang kira-kira 2 hingga 3 cm memenuhi lumen tracheostomy tube. Satu ketulan kecil. Tetapi cukup untuk memisahkan seseorang daripada udara. Hari itu saya belajar sesuatu. Jika pesakit tracheostomy tiba-tiba tidak boleh bernafas, fikir perkara yang boleh membunuh dengan cepat: - Blocked tube. - Displaced tube. - Bleeding. - Pneumothorax. - Equipment failure. Semasa castER baru-baru ini, salah satu topik yang dibincangkan adalah perihal ini. Apa yang perlu dilakukan? Perkara pertama, panggil bantuan awal. Kedua. Berikan oksigen melalui atas (mulut/hidung) dan stoma. Ketiga. Tanggalkan speaking valve atau cap jika ada. Keempat. Periksa inner cannula. Kalau ada, keluarkan. Kelima. Cuba suction catheter. Kalau catheter tidak boleh masuk, anggap tiub tersumbat atau displaced sehingga dibuktikan sebaliknya. Jangan cuba jolok dengan sesuatu yang keras. Keenam. Deflate cuff jika perlu. Cuba ventilate dan lihat chest rise, air entry, serta capnography jika ada. Kalau tube obstructed atau displaced dan pesakit sedang crashing, tube itu perlu dikeluarkan. Tetapi sebelum cabut, pastikan ada jawapan untuk soalan berikut: - Apa backup plan aku? - Boleh ventilate dari atas? - Boleh ventilate melalui stoma? - Stoma mature atau fresh? - Ada tube saiz sama? - Ada tube satu saiz lebih kecil? - Ada bougie? - Ada suction? - Ada orang yang boleh bantu? Saya masuk Zon Merah hari itu kerana dahagakan adrenaline rush. Saya keluar dengan rasa penuh kerendahan diri. ...
864
13
Apa kata pembaca+8
Apa kata pembaca
923
14
Alhamdulillah buku sudah siap dicetak. Buku akan mula dipos esok hari. Pembelian boleh dibuat di sini: https://sites.google.c
Alhamdulillah buku sudah siap dicetak. Buku akan mula dipos esok hari. Pembelian boleh dibuat di sini: https://sites.google.com/em-stat.com/novel-adrenalin/laman-utama
964
15
Alhamdulillah, kilang cetak maklumkan sudah hampir siap. Nak jadi pembaca terawal?
355
16
"Adrenalin ni buku apa man?" Ini buku yang paling sesuai untuk ungkapkan isi hati kau yang tak mampu diceritakan pada ahli ke
"Adrenalin ni buku apa man?" Ini buku yang paling sesuai untuk ungkapkan isi hati kau yang tak mampu diceritakan pada ahli keluarga dan rakan terdekat tentang kerja kau. Dunia yang kau hadap hari-hari. Kematian. Luka dan kesakitan. Kehilangan dan kesedihan. Penat. Lesu. Terhimpit masa dan tekanan. Ditekan waris yang menjerit marah. Dihimpit tuntutan sistem yang kian karam. Lemas. Hadiahkan buku ini pada mereka. Inilah kaca mata untuk menjenguk sisi pandang terhadap dunia yang kau diami ini. Dunia yang tak semua orang faham. Di balik pintu dan dinding ED yang legam. ... Saya ada kongsikan sedikit cuplikan tangkap layar kandungan buku Adrenalin. Khas untuk pembaca yang berminat. Boleh baca disini: https://sites.google.com/em-stat.com/novel-adrenalin/laman-utama
1 339
17
Tahniah kawan² yang akan memasuki tahun 1 sarjana perubatan kecemasan. Saya ada compile nota yang saya guna untuk peperiksaan Part 1 tempoh hari. Alhamdulillah, berjaya dapat markah tertinggi bagi peperiksaan bertulis antara semua calon dari keempat-empat universiti. Ada disini: https://emstat.ordersini.com/emstat
1 132
18
https://vt.tiktok.com/ZSxcH8toM/
https://vt.tiktok.com/ZSxcH8toM/
183
19
Sudah boleh mulakan Pra-Tempah Novel Adrenalin. https://sites.google.com/em-stat.com/novel-adrenalin/laman-utama
Sudah boleh mulakan Pra-Tempah Novel Adrenalin. https://sites.google.com/em-stat.com/novel-adrenalin/laman-utama
250
20
Saya usahakan tulis sebuah novel supaya dapat membawa pembaca menyelami pengalaman di dunia sebalik pintu ED. Ada yang bermin
Saya usahakan tulis sebuah novel supaya dapat membawa pembaca menyelami pengalaman di dunia sebalik pintu ED. Ada yang berminat? Terbit karya sendiri, jadi cetakan tak banyak. Hanya perlu nama, no telefon dan emel. Tak perlu bayar apa-apa. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeof8W76dI1KDPCuE6ry6ZSh1aDFesgNQKyjEXS9NOnJpT0Hw/viewform?usp=sharing&ouid=109592430375252947896
302