cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Info Terkini Palestin 🇵🇸

Sama-sama kita doakan PALESTIN setiap habis solat 5 waktu, sekurang-kurangnya. Dan beri sumbangan untuk saudara kita disana .

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
1 663
المشتركون
+124 ساعات
+127 أيام
+4930 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

. .
إظهار الكل...
Ikuti | Perkembangan utama di utara Gaza: ▪️Hari ini, pasukan perubatan telah memindahkan 20 jenazah syuhada ke Hospital al-Ahli al-Ma'madani di bandar Gaza. ▪️Para syuhada yang syahid terbunuh dalam beberapa serangan rejim Israel di utara Gaza sejak semalam hingga pagi tadi, mereka daripada keluarga Abu Zayda, Darabiyah dan Musa. ▪️Pasukan tentera rejim sengaja menyasarkan hospital dan pusat perubatan. Pada ketika ini, yang masih 'wujud' dan beroperasi di bandar Gaza dan utara Gaza hanyalah Hospital al-Ahli al-Ma'madani yang beroperasi dalam keadaan amat terhad. Sumber: Shehab Agency #IsraelCuak #TaufanalAqsa
إظهار الكل...
01:13
Video unavailableShow in Telegram
Beginilah situasi ketika pasukan tentera rejim Israel menahan ambulans, dan menghalang kerja krew perubatan semasa pencerobohan berterusan di bandar dan kem di Jenin, utara Tebing Barat. Sumber: Al Jazeera #IsraelCuak #TaufanalAqsa
إظهار الكل...
KENYATAAN AKHBAR Bismillahirrahmanirrahim Kami gerakan HAMAS mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Norway, Ireland, dan Sepanyol yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Kami menganggapnya sebagai langkah penting ke arah meneguhkan hak kami ke atas tanah kami dan mendirikan negara Palestin yang merdeka dengan menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu kota. Kami menyeru negara-negara di seluruh dunia untuk mengiktiraf hak-hak nasional kami yang sah, menyokong perjuangan rakyat kami untuk kebebasan dan kemerdekaan serta menamatkan penjajahan Zionis ke atas tanah kami. Gerakan Pejuang Islam - HAMAS Rabu: 14 Zulkaedah 1445H Bersamaan: 22 Mei 2024 Laman web rasmi HAMAS
إظهار الكل...
00:34
Video unavailableShow in Telegram
Helikopter tentera Zionis membawa tentera rejim yang cedera semasa pertempuran di semenanjung Gaza. Sumber: Shehab Agency
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Perdana Menteri Ireland: Ireland mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan kami yakin lebih banyak lagi negara akan menyertai kami dalam masa beberapa minggu akan datang. Sumber: Quds News Network #IsraelCuak #TaufanalAqsa
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Memetik daripada saluran Ibrani "Kan": Menteri Luar Israel, Katz telah memanggil pulang dua orang duta Israel di Ireland dan Norway selepas kedua-dua negara tersebut mengiktiraf negara Palestin sebagai sebuah negara merdeka. Sumber: Quds News Network #IsraelCuak #TaufanalAqsa
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengumumkan semasa ucapannya di hadapan Parlimen akan pengiktirafan Sepanyol terhadap Palestin sebagai sebuah negara merdeka. Sumber: Quds News Network #IsraelCuak #TaufanalAqsa
إظهار الكل...
00:16
Video unavailableShow in Telegram
Rejim Israel berterusan mengebom kawasan perumahan di Gaza. Peluru berpandu yang disediakan AS ini telah membunuh puluhan ribu rakyat Palestin yang tidak bersalah sejak 7 Oktober lalu. Seramai 10,000 difahamkan masih terperangkap di bawah runtuhan yang disebabkan oleh peluru berpandu ini. Sumber: Quds News Network #IsraelCuak #TaufanalAqsa
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Kementerian Luar Negeri 'Israel' telah mengkritik negara-negara yang mengiktiraf Palestin, melabelkan pengiktirafan mereka sebagai "tindakan bodoh" dan menyifatkan mereka sebagai satu 'hadiah' atas keganasan Palestin. Sumber: Quds News Network #IsraelCuak #TaufanalAqsa
إظهار الكل...