ar
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

الذهاب إلى القناة على Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

إظهار المزيد
828
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
+37 أيام
+430 أيام
أرشيف المشاركات
#positivecircle21
#positivecircle21

SIRI POSITIF ; Disiplin - Kunci Utama Dalam kehidupan ini, tiada yang lebih penting daripada disiplin. Kemahiran dan kecekapan adalah aset berharga, namun tanpa disiplin, ia hanyalah potensi yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Disiplin adalah komitmen terhadap peraturan, tanggungjawab, dan konsistensi dalam setiap tindakan kita. Dalam dunia pekerjaan dan sukan contohnya, disiplin menjadi teras utama kejayaan. Bayangkan satu pasukan bola sepak yang dipenuhi dengan pemain berbakat, tetapi tiada seorang pun yang mengikut jadual latihan, tiada yang mendengar arahan jurulatih, dan tiada yang menghormati strategi permainan. Pasukan seperti ini tidak mungkin mencapai kejayaan walaupun mereka memiliki kemahiran luar biasa. Firman Allah dalam Surah Al-Asr, ayat 1-3: "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Ayat ini mengingatkan kita tentang kepentingan waktu dan disiplin dalam menjalankan tanggungjawab. Disiplin bukan sahaja tentang kepatuhan kepada peraturan, tetapi juga tentang keupayaan mengawal diri dan komitmen terhadap matlamat. Dalam kerja berpasukan, setiap individu perlu memainkan peranannya dengan penuh tanggungjawab. Setiap orang perlu hadir tepat pada waktunya, menyelesaikan tugasan yang diberikan, dan sentiasa bekerjasama demi mencapai matlamat bersama. Kata-kata hikmah daripada Aristotle juga menguatkan kepentingan disiplin: "Kita adalah apa yang kita lakukan berulang kali. Kecemerlangan, oleh itu, bukanlah satu tindakan tetapi kebiasaan." Ini bermaksud, kejayaan datang daripada usaha yang konsisten dan berdisiplin. Disiplin membentuk watak kita, memupuk tanggungjawab, dan memastikan kita tetap fokus pada matlamat. Tanpa disiplin, kemahiran dan bakat kita akan hilang begitu sahaja. Ingatlah, setiap langkah kecil yang diambil dengan berdisiplin adalah batu loncatan menuju kejayaan yang gemilang. Hasbullah Mustafa Kaunselor Berdaftar #kongsipositif #projekbuku #positivecircle21

photo content

SIRI POSITIF: Realiti Dalam Fantasi Dalam hidup ini, tak semuanya indah seperti yang kita sangka. Kadang-kadang, ada banyak perkara tersembunyi yang perlu kita analisis dengan betul. Realitinya tak selalu sama dengan apa yang nampak. Sesuatu yang kelihatan cantik di luar mungkin menyimpan pelbagai ujian dan cabaran di dalamnya. Jadi, kita perlu bijak melihat, menilai, dan menapis setiap perkara yang datang pada kita. Setiap orang ada kisah hidup masing-masing. Yang kita nampak hanyalah bahagian baik-baik sahaja, buat kita terpesona. Hakikatnya, mungkin tak seindah yang kita sangka. Mungkin kita rasa orang lain hidupnya lebih sempurna, tapi sebenarnya setiap orang ada ujian tersendiri yang tak kita ketahui. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 12: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa." Ayat ini mengingatkan kita untuk tak mudah menilai sesuatu hanya berdasarkan apa yang kita lihat di permukaan. Kita perlu berusaha memahami dengan lebih mendalam sebelum membuat kesimpulan. Jangan mudah membuat prasangka kerana mungkin apa yang kita sangka itu tidak benar. Kata-kata hikmah daripada Ali bin Abi Thalib RA juga sangat bermakna: "Jangan lihat siapa yang berkata, tetapi lihatlah apa yang dikatakannya." Ini menunjukkan kita perlu menilai setiap perkara dengan adil, bukan hanya melihat luaran sahaja. Kadang-kadang orang yang kita anggap biasa-biasa sahaja sebenarnya mempunyai hikmah yang besar dalam kata-katanya. Setiap orang ada perjalanan hidup yang unik, penuh dengan cabaran dan ujian. Yang penting, kita belajar untuk bersikap positif, sentiasa bersyukur, dan bijak menilai setiap keadaan. Jangan mudah terpesona dengan yang terlihat indah sahaja, sebab setiap yang indah itu pasti ada ujiannya. Dengan pemikiran yang positif, kita akan lebih kuat dan bijak dalam menghadapi kehidupan ini. Sentiasa ingat, apa yang nampak di luar tak semestinya mencerminkan yang sebenar di dalam. Teruskan berusaha, bersabar, dan berdoa. Hasbullah Mustafa Kaunselor Berdaftar #KaunselorKongsi #kongsipositif #projekbuku #positivecircle21

photo content

SIRI POSITIF: Berbeza Pendapat Bukan Tiket Untuk Menghina Berdebat Berkerat. Kita boleh berbeza pendapat, tetapi janganlah sampai menghina, menjatuhkan maruah, dan memutuskan silaturrahim. Kebenaran harus didirikan atas dasar ilmu dan fakta, bukan emosi semata. Allah SWT berfirman, "Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa" (Al-Ma'idah: 8). Ayat ini mengingatkan kita supaya sentiasa berlaku adil dalam apa jua keadaan, meskipun kita tidak bersetuju dengan pihak lain. Orang berilmu tidak akan menjatuhkan maruah orang lain. Mereka menyembunyikan kebijaksanaan mereka dan berusaha memahami sebelum memberi nasihat. Imam Syafi'i pernah berkata, "Orang berilmu itu yang sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan berusaha memahami sebelum memberi nasihat." Kata-kata ini menekankan pentingnya sikap empati dan kebijaksanaan dalam berinteraksi. Berbeza pendapat adalah rahmat jika dilakukan dengan adab dan hikmah. Ia membuka ruang untuk kita belajar dan memahami perspektif yang berbeza. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda, "Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat." Ini menunjukkan bahawa perbezaan bukanlah sesuatu yang negatif, tetapi perlu diuruskan dengan baik. Dalam dunia yang semakin kompleks ini, kita perlu bijak dalam mengendalikan perbezaan pendapat. Jangan biarkan emosi menguasai diri sehingga merosakkan hubungan silaturrahim. Sebaliknya, kita harus menghormati pandangan orang lain dan berusaha mencari titik persamaan. Seperti kata pepatah, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh." Mari kita bina minda positif dengan menghormati pandangan orang lain dan berusaha memahami sebelum memberi reaksi. Perbezaan pendapat bukanlah alasan untuk bermusuhan, tetapi peluang untuk belajar dan berkembang. Dengan sikap yang betul, kita boleh mencapai kematangan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Hasbullah Mustafa Kaunselor Berdaftar #KaunselorKongsi #kongsipositif #covits69 #projekbuku #positivecircle21

photo content

SIRI POSITIF: POLITEKNIK DIHATIKU Pengalaman saya selama 14 tahun sebagai kaunselor di politeknik mendapati tahap kebolehpasaran graduan politeknik sangat-sangat baik. Percayalah, situasi majikan mencari pekerja yang berkualiti masih ada sebenarnya. Saban semester, pasti ada sahaja majikan yang meminta kami untuk menghantar pelajar bagi sesi temuduga, atau mereka sendiri datang ke politeknik pada setiap hujung semester untuk mengadakan sesi temuduga secara bersemuka. Malah, ada juga pelajar yang terus ditawarkan kerja sebaik sahaja tamat latihan industri kerana majikan sudah melihat sendiri kualiti mereka. Ini adalah kelebihan apabila pelajar politeknik menjalani latihan industri pada semester akhir. Saya sering menasihati pelajar agar memilih tempat praktikal yang sesuai dengan bidang mereka, seolah-olah mereka ingin bekerja di situ nanti. Latihan industri bukan sekadar memenuhi syarat untuk bergraduat, tetapi merupakan langkah pertama ke alam pekerjaan. Kualiti pelajar bukan sahaja terletak pada kemahiran praktikal yang mereka miliki, tetapi juga pada kemahiran tambahan yang diperolehi melalui aktiviti luar kelas dan bengkel. Sukan, unit beruniform, kelab dan persatuan, serta aktiviti kesukarelawanan adalah antara fokus utama kemenjadian pelajar politeknik. Tahniah kepada pelajar yang telah memilih untuk menyambung pengajian di politeknik. Betulkan niat untuk mendapatkan diploma dengan keputusan yang terbaik, dan dalam masa yang sama, tambah nilai diri dengan aktiviti lain yang bermanfaat. InsyaAllah, anda adalah graduan idaman majikan tiga tahun akan datang. Selamat belajar dan berjaya! Hasbullah Mustafa Ex- Kaunselor PMM #kongsipositif #KaunselorKongsi #positivecircle21

photo content

"Masa bekerja adalah antara waktu yang paling banyak kita gunakan setiap hari. Jadi, berikan yang terbaik dalam kerja kita ke
"Masa bekerja adalah antara waktu yang paling banyak kita gunakan setiap hari. Jadi, berikan yang terbaik dalam kerja kita kerana ia sebahagian daripada tujuan hidup kita, bukan sekadar memenuhi keperluan hidup...." #kongsipositif #positivecircle21

Cetakan tambahan untuk Buku 30 Aktiviti Kreatif Buat Guru siap dicetak. Kami aktifkan kembali proses penghantaran ya. https:/
Cetakan tambahan untuk Buku 30 Aktiviti Kreatif Buat Guru siap dicetak. Kami aktifkan kembali proses penghantaran ya. https://s.shopee.com.my/5VBAkNXimG #kongsipositif #projekbuku #kaunselorinovasi #positivecircle21

SIRI POSITIF; Hati yang Kendur: Diam juga Satu Teguran Kadang-kala, kita sudah berulang kali menegur tetapi tetap tidak diendahkan. Di saat hati mula kendur, diam juga menjadi satu teguran. Sikap ini bukan bererti kita menyerah, tetapi memberi ruang untuk individu tersebut menyedari kesilapan mereka sendiri. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (HR Bukhari & Muslim). Diam bukan bermaksud kita merelakan kesalahan, tetapi sebagai satu bentuk muhasabah diri. Imam Al-Ghazali berkata, "Diam itu adalah kebijaksanaan, tetapi sedikit orang yang melakukannya." Dengan berdiam diri, kita memberi peluang kepada mereka untuk merenung dan menyedari kesilapan sendiri. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Asr, "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran." (QS 103:1-3). Teguran yang tidak diendahkan bukan bermaksud kita gagal, tetapi adalah peluang untuk mereka lebih mengenal erti tanggungjawab dan keinsafan. "Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results" - Albert Einstein. Kadang-kala, tindakan diam lebih berkesan daripada kata-kata yang berulang. Biarkan mereka merenung dan muhasabah diri. Mudah-mudahan, kesedaran akan datang dari hati mereka sendiri. Semoga kita semua diberi hikmah dalam memberi teguran dan kekuatan dalam menghadapi cabaran. Hasbullah Mustafa Kaunselor Berdaftar #kongsipositif #KaunselorKongsi #projekbuku #positivecircle21

photo content

Kaedah Menarik dalam Sesi Pembentangan: "Two Stay, Three Stray" Dalam sesi bengkel, kita biasanya melihat peserta berkongsi hasil aktiviti dalam kumpulan mereka di hadapan rakan-rakan yang lain. Walaupun cara ini sering digunakan, adakah anda tahu bahawa terdapat banyak lagi kaedah menarik yang boleh menjadikan sesi perkongsian lebih efektif dan menyeronokkan? Salah satu teknik yang saya gemari ialah "Two Stay, Three Stray". Teknik ini bukan sahaja membantu dalam perkongsian maklumat, tetapi juga melatih peserta untuk berani bercakap di hadapan orang ramai. Bayangkan, teknik ini seakan-akan aktiviti "Gallery Walk", namun dengan sedikit kelainan. Dalam setiap kumpulan, dua ahli akan tinggal di 'station' mereka sebagai pembentang, manakala tiga ahli lagi akan berpindah ke 'station' kumpulan lain untuk mengumpul input. Setelah selesai, mereka akan kembali ke kumpulan masing-masing dan berkongsi dapatan yang diperoleh. Menarik, bukan? Kaedah ini sangat fleksibel dan boleh diubah suai mengikut keperluan dan situasi peserta. Sebagai penyampai, kita perlu bijak dan kreatif dalam membaca situasi dan keperluan peserta. Ingat, tiada peserta yang pasif. Sebenarnya, ia bergantung kepada sejauh mana kita kreatif sebagai penyampai mampu menjadikan suasana pelatihan aktif dan interaktif. Jika pendekatan adalah tepat dan kreatif, setiap sesi perkongsian boleh menjadi pengalaman yang berharga dan menyeronokkan bagi semua peserta. ... Hasbullah Mustafa Kaunselor Berdaftar #kaunselorinovasi #kongsipositif

photo content

Fokus memberikan tenaga. Fokus kepada apa yang kita nak, bukan perkara yang tak nak. Salam Jumaat! #kongsipositif #positiveci
Fokus memberikan tenaga. Fokus kepada apa yang kita nak, bukan perkara yang tak nak. Salam Jumaat! #kongsipositif #positivecircle21

Selamat Bekerja! Teori Dua Faktor Herzberg menyatakan bahawa terdapat dua jenis faktor yang mempengaruhi motivasi dan kepuasa
Selamat Bekerja! Teori Dua Faktor Herzberg menyatakan bahawa terdapat dua jenis faktor yang mempengaruhi motivasi dan kepuasan kerja, iaitu faktor motivasi (seperti pencapaian, pengiktirafan, dan tanggungjawab) dan faktor hygiene (seperti gaji, keadaan kerja, dan hubungan interpersonal). Faktor motivasi memberi kepuasan, manakala faktor hygiene hanya mencegah ketidakpuasan. #KaunselorKongsi #kongsipositif #positivecircle21

SIRI POSITIF: Membantu Bukannya Membantut Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan orang lain. Jika tidak mampu membantu, jangan pula membantutkan. Hidup yang bermakna adalah hidup yang memberikan manfaat kepada orang lain. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." (Hadis Riwayat Ahmad). Setiap hari, kita berpeluang untuk membuat kebaikan. Walaupun kebaikan itu kecil, ia tetap memberikan impak besar. Sebagai contoh, senyuman kepada seseorang yang sedang dalam kesedihan, membantu memegang pintu untuk orang lain, atau mendengar masalah rakan tanpa menghakimi. Semua ini nampak kecil tetapi ia mampu memberi kesan positif yang besar kepada orang lain. Selain itu, jangan sesekali kita membantutkan usaha orang lain. Jika tidak mampu membantu, berdiam diri lebih baik daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan atau membuat tindakan yang membebankan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Ayat ini mengajar kita untuk memahami batas kemampuan orang lain dan tidak menambah beban mereka. Kita juga perlu ingat bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan akan kembali kepada kita. Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zalzalah, ayat 7: "Barang siapa yang melakukan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya." Maka, berbuat baiklah tanpa mengira siapa dan di mana. Kata-kata hikmah daripada Ibnu Abbas RA: "Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana engkau ingin diperlakukan dengan baik." Hidup ini akan lebih bermakna jika kita sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan orang lain. Jangan hanya memikirkan diri sendiri, tetapi fikirkan juga tentang kebaikan yang boleh kita sebarkan kepada orang lain. Dengan cara ini, kita bukan sahaja membina minda positif tetapi juga menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk semua. Jom bantu lebih ramai orang! Hasbullah Mustafa Kaunselor Berdaftar #KaunselorKongsi #kongsipositif #projekbuku #positivecircle21

photo content

SIRI POSITIF: Terima Kasih Terima kasih kepada manusia, Setiap senyuman, setiap kata, Dalam tenang atau huru-hara, Merekalah anugerah tiada tara. Terima kasih kepada tangan yang membantu, Dalam susah, dalam buntu, Kecil besar setiap sumbangan, Mereka pantulan kasih Tuhan. Terima kasih kepada sahabat dan taulan, Setiap detik, setiap kenangan, Merekalah penyeri perjalanan, Di kala sunyi, di kala riang. Terima kasih kepada yang memberi, Dalam diam atau terang-terangan, Mereka bak bintang di malam hari, Menerangi jiwa, menenangkan fikiran. Terima kasih kepada-Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Pemurah, Setiap nikmat, setiap rahmah, Kami syukur, kami pasrah. Hargai setiap detik dan peluang, Dari manusia, dari Tuhan yang Penyayang, Kerana syukur itulah kunci kebahagiaan, Di dunia, di akhirat, sepanjang zaman. Hasbullah Mustafa Kaunselor Berdaftar #KaunselorKongsi #kongsipositif #projekbuku #positivecircle21