ar
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 35 199 مشتركاً، محتلاً المرتبة 278 في فئة التسويق و RR والمرتبة 898 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 35 199 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 01 أكتوبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -268، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -14، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 8.66‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً N/A‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 0 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 0 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 02 أكتوبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

35 199
المشتركون
-1424 ساعات
-817 أيام
-26830 أيام
أرشيف المشاركات
Ada ini ha di kilang. Duk sibuk jual biskut, terlupa ada buku sendiri baru lancar 18hb Mac itu hari. Rahsia Penulisan Berpeng
Ada ini ha di kilang. Duk sibuk jual biskut, terlupa ada buku sendiri baru lancar 18hb Mac itu hari. Rahsia Penulisan Berpengaruh 2.0: Idea Content Mantul. RM30 sahaja tak termasuk kos pos. Saya siap tandatangan dahhhh! Lekas dapatkannya ya. Klik sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb2_icm https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb2_icm https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb2_icm

photo content

Gunakan #BahasaLelaki semasa menulis di media sosial. Ianya: 1. Firm, fokus kepada #subjek. 2. Tidak membebel, tidak meleret-leret dan tidak berulang ayat serta perkataan. 3. Menggunakan ayat ringkas, padat dan tepat. 4. Tidak berkias, tidak puitis, tidak bombastik hingga sukar untuk difahami. Sedikit-sedikit tak mengapa. 5. Biar hanya beberapa perenggan, namun #content tetap ada #fakta, menggunakan #emosi yang betul dan memberi impak positif kepada audien. Itu yang mustahak. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mula hari ini, kita ubah!

photo content

Tulisan setahun lalu, semoga masih bermanfaat: * Kawan-kawan, cuba lakukan ini untuk tenang: 1. Keluarkan kawan toksik dari hidup hari ini juga. 2. Toksik bermaksud, kalau berjumpa di luar mereka cerita buruk sana buruk sini, jika di media sosial mereka share sikit-sikit luahan hati atau tak up langsung atau sering melihat status kita dan persoal itu ini, tanya itu ini dan terus react dengan emosi yang tidak sepatutnya. 3. Bukan putus kawan, hanya jarakkan diri. Namun unfriend, unfollow atau block akan menyebabkan mereka berasa hati. Buat sahaja, ia akan ubah hidup kalian. Jaga hati sendiri itu lebih utama. 4. Tenang, kerana mereka toksik, maka mereka akan mula membenci kita. Itu normal. Kita doakan sahaja semoga mereka okey. 5. Tidak sesekali burukkan mereka. Biarkan dan terus mendoakan, terus mengharapkan mereka dalam keadaan baik, sentiasa dilimpahi rezeki dan disantuni Allah dalam semua kebaikan yang mereka buat. * Perkara ini tak ramai berani buat. Masuk tahun ke-3 saya cuba, tahun 2020 ini saya terus lakukan sahaja. Tak nak buang masa lagi. Hasilnya hari ini, saya tenang. Saya dah tak fikir bila mereka nak ajak saya keluar, nak ajak minum dan sebagainya. Kalau dulu, rasa seronok dapat jumpa namun selepas itu akan jadi resah. Perbualan negatif akan buat kalian ada sesuatu yang sangkut dalam hati. Produktiviti kerja tak bagus dan tentunya Allah tarik keseronokan hidup pada hari itu. Kita bawa benda tak elok dalam diri. Kalau dulu, saya sering rasa terhegeh-hegeh, lebih lagi kita ini rasa kita paling nakal dan mereka itu orang-orang baik. Cuma, apabila bersembang, tak ada perkara yang meyakinkan. Tidak ada idea baru, tidak ada juga hal-hal yang boleh membawa kita ke pembaharuan dan pembangunan hidup. Saya dah tak tengok wall mereka. Saya dah tak peduli bagaimana mereka atau apa yang mereka up. Sungguh, ia buat saya bahagia. Alhamdulillah. Hari ini, saya cukup tenang. Alhamdulillah. Kawan-kawan, Boleh jadi, di pihak sana mereka kata saya yang negatif, saya yang toksik. Oh okey sahaja. Boleh jadi betul. Kita ini sering tengok orang, boleh jadi kita tak perasan diri kita ini sendiri. Jadi, apa yang kita buat ini akan menangkan dua-dua belah pihak. Ingat, kita tak semestinya betul 100%, entah-entah di pihak sana pun teringin sangat nak buang kita jauh-jauh, jadi tak perlu ada rasa yang kita ini terlalu mulia. Orang baik, sentiasa fikir dia sendiri banyak dosa. Kita sama-sama jadi positif dengan jarakkan diri. Mana tahu 10 tahun lagi, 20 tahun lagi, semua sudah tua, yang saling terus mendoakan satu sama lain dan berjumpa semula dengan kebaikan yang banyak masing-masing berbuat. Kawan-kawan, Terus buat baik di mana pun kalian berada. Harapan saya ialah kalian sukses di lapangan apapun, selagi ia membawa kebaikan, teruskan, jangan berhenti dan tegapkan diri. Ujian datang dan pergi, kawan juga begitu. Utamakan keluarga. Bina empayar, bantu orang dan terus kaya berjaya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Allah akan ganti. Percayalah.

“Macam manalah hidup jadi orang cantik ni kan bang. Semua orang suka, semua orang nak, semua orang bercakap pasal dia.” Baca
“Macam manalah hidup jadi orang cantik ni kan bang. Semua orang suka, semua orang nak, semua orang bercakap pasal dia.” Baca selanjutnya di : https://khairulhakimin.com/hargai-dia-bukan-kerana-wajahnya-badannya-namun-jiwanya-itulah-kasihku-selamanya/

photo content

Bagaimana buat duit melalui #dropship atau #affiliate? 1. #Posting pada awal waktu pagi (8-9am) berkisar kehidupan biasa (gain trust - engagement naik). 2. Posting hujung pagi (10-11.59am) mesti bersifat berkongsi ilmu (to educate atau to inform atau to inspire) (gain #trust - engagement lagi kuat apabila orang share dan react pada posting). 3. Posting iklan (hard sell atau story selling) pada jam 12.00 tengah hari - 3.00pm (dapat jualan - engagement akan jatuh sedikit). 4. Naikkan semula #engagement dengan posting side yang bersifat jenaka, punchline serta yang menarik minat orang lain (5-7pm - gain trust dan engagement kembali naik). *** Jika komisen dropship / affiliate ialah RM10/unit. Sehari up boleh dapat 10-15 unit = RM150. 30 hari = RM4,500. Bersih tahu! Bayangkan syarikat kami beri RM20/set untuk kuih raya, RM35-69 untuk ebook, RM50-120 untuk kelas dan sebagainya, bayangkan berapa mereka ini raih pendapatan bersih sebulan hanya dengan buat posting di media sosial. Hihihi. Harap-harap student-student universiti bacalah. Supaya mereka belajar buat duit geli-geli! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita yang susun, kita yang dapat. Main belasah, takkan dapat apa-apa.

Jika anda boleh lakukan semua hal ini, maka kehidupan kalian akan berubah menjadi lebih baik: 1. Bangun konsisten 5.30 pagi s
Jika anda boleh lakukan semua hal ini, maka kehidupan kalian akan berubah menjadi lebih baik: 1. Bangun konsisten 5.30 pagi setiap hari, lebih awal lebih bagus... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/hidup-kalian-aka…ukan-perkara-ini/ )

“Khairul, sedekah ni bukan besar bukan kecil yang kita nak kira. Yang kena buat ialah memberi itu tanpa ada rasa ralat dan ad
“Khairul, sedekah ni bukan besar bukan kecil yang kita nak kira. Yang kena buat ialah memberi itu tanpa ada rasa ralat dan ada rasa spontan sangat nak berbuat selalu. Itulah yang bestnya Rul.. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/nak-hidup-bahagia-sedekah/ )

Tempahan sudah dibuka gais! Bismillah. Klik link di atas ya!

12 malam ini gais! Kami lancarkan 1,000 naskhah pertama Rahsia Penulisan Berpengaruh 2.0, IDEA CONTENT MANTUL. Siapa beli ter
12 malam ini gais! Kami lancarkan 1,000 naskhah pertama Rahsia Penulisan Berpengaruh 2.0, IDEA CONTENT MANTUL. Siapa beli terus dapat kelas bina idea dalam menulis content. Siap sedia save link ini ya, klik sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb2_icm https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb2_icm https://bykhm.onpay.my/order/form/brpb2_icm

Soalan: Tuan, dalam keadaan sekarang bagaimana nak bina #content tuan? Tak boleh keluar rumah, tak tahu apa yang nak dibuat. Jawapan: Semak semula content mapping. Apabila dah ada semuanya, sama ada dalam rumah atau luar rumah, kita tetap ada idea yang boleh ditulus atau dibangunkan. Kita kawal diri kita. Perkara yang tak boleh dikawal, layankan sahaja. Itu sebab perlu ada bank content. Apa sahaja yang berlaku, posting tetap on seperti biasa. Biasakan menulis di Ms Word atau Google Keep atau Evernote dan sebagainya. Simpan baik-baik. Disiplin sehari menulis dua-tiga post namun jangan buat posting di wall. Simpan. Kemudian susun hari apa nak up, jam berapa nak up. Kalian akan dapat hadap banyaknya perkara dalam alam realiti, namun di media sosial, masih bersahaja up posting dengan sangat tersusun. Sales masih dapat, follower masih naik. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

photo content

Ada beberapa kata-kata khas buat kalian yang berniaga... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/motivasi-dan-tips-un
Ada beberapa kata-kata khas buat kalian yang berniaga... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/motivasi-dan-tips-untuk-peniaga/ ).

Di media sosial, #posting kita adalah untuk beri orang #percaya kewujudan kita. Selepas dia percaya, dia akan rasa #selesa. Selepas di selesa, dia akan #setia. Sekiranya kalian guna fake akaun, tidak guna nama manusia, tidak juga letak gambar sendiri. Asas pertama (percaya) sudah hilang begitu sahaja.

Untuk dapatkan #follower, beri umpan dengan #posting yang orang suka: ✅ tak rare. ✅ tak terlalu unik. ✅ punya titik persamaan yang besar. ✅ orang boleh relate dengan kehidupan dia. ✅ stail penulisan yang mudah faham. Yang penting, ianya ada #content yang boleh diikuti terus. Kalau tak, orang takkan klik butang #share. Apabila orang dah mula klik share, di situlah follower baru akan muncul. Dia akan pergi ke #profile dahulu dan jika susunan profile itu okey, dia akan klik butang #follow tersebut. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bina content weh.

Antara #mitos di #Facebook yang kita semua suka percaya: 1. Engagement dijaga oleh Facebook sedangkan ia adalah tentang posting / content yang kita muat naik. Sekiranya ia punya titik persamaan yang besar dengan diri kita, maka orang akan engage, jika tak, orang takkan. Engagement berlaku apabila orang like atau komen atau share atau ke 3-3 sekali. 2. Kalau tak banyak like, itu tandanya algorithm Facebook sedang berubah. Angguk hang, itu tandanya posting kalian sudah tak menarik perhatian audien. Itu sahaja. 3. Tak boleh letak nombor telefon atau link Whatsapp atau harga di posting, nanti Facebook tahu depa block kita. Boleh sahaja. Facebook hanya block atau delete atau hilangkan posting sekiranya status kita mengganggu komuniti positif di sini. Ada orang report, mereka akan bertindak. 4. Kalau begitu kenapa tak ramai orang like iklan saya? Orang tak like sebab orang terus beli (orang akan pergi klik link whatsapp atau orang tak berminat). Itu sahaja, tak ada kaitan dengan Facebook. Berhenti salahkan mereka, iklan kalian yang tak menarik, tak ada jualan, hang salahkan FB? Itu dia perangai molek sangat eh. 5. Facebook bukan reti apa, post je apa-apa, kita punya post, kita punya wall, apa ada hal kan? Kahkah. Facebook membaca satu demi satu perkataan. Maksudnya mereka sudah bangunkan lebih 200 bahasa di dunia untuk diterjemah di dalam Facebook. Oleh sebab itu mereka boleh semak atau siasat sekiranya posting kalian menyentuh keharmonian mana-mana. Ejaan betul membantu segalanya. Kalau posting jahat, orang boleh report dan boleh jadi akaun kalian hilang begitu sahaja. 6. Kena up status Facebook jam 1pm atau lepas kerja. Baru status kita banyak like. Orang aktif di Malaysia adalah sekitar jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. 15 jam waktu mereka bermain media sosial. Up sahaja apa-apa dalam waktu tersebut. 7. Kalau nak buat iklan, buat jam 1.00 tengah hari, orang nak shopping lepas waktu kerja. Jawapan sama dengan soalan nombor 6. 8. CTA, letak je banyak-banyak. Senang orang nak order. No! Hanya 1 CTA sahaja. Jangan banyak-banyak nanti orang keliru gais! Heh. * Kawan-kawan, Buang mitos ini. Bina #content bermanfaat di wall masing-masing. Platform Media sosial seperti Facebook ini tidak ada limit untuk berbuat baik. Jadi gunalah sebaiknya. Kita adalah apa yang kita tulis, kita baca dan kita kongsi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya! https://t.me/ContentKHM

Pagi itu seorang ustaz beritahu ada 5 benda yang kita buat boleh menyebabkan rezeki kita takkan putus-putus. Ada sahaja datan
Pagi itu seorang ustaz beritahu ada 5 benda yang kita buat boleh menyebabkan rezeki kita takkan putus-putus. Ada sahaja datang kiri kanan depan belakang. (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/rezeki-tidak-putus-apabila-kalian-amalkan-5-perkara-ini/ .)

photo content