ar
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 36 301 مشتركاً، محتلاً المرتبة 285 في فئة التسويق و RR والمرتبة 906 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 36 301 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 20 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -389، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -8، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 8.78‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.02‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 3 187 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 734 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 21 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

36 301
المشتركون
-824 ساعات
-957 أيام
-38930 أيام
أرشيف المشاركات
Antara benda yang best memberi anak membaca ini ialah apabila dia bertanya kita apa yang dia baca. Ia berbeza dengan memberi mereka tab atau telefon yang mana mereka enjoy melihat satu-satu scene cerita atau game tanpa berinteraksi dengan kita. Kami suami isteri ada masalah yang sama sahaja seperti kalian. Anak saya juga sangat sukakan tab atau telefon. Namun kami buat seperti ini: 1. Hanya boleh digunakan pada hari jumaat bermula 6.00 petang sehingga hari ahad jam 5.00 petang. 2. Maksima penggunaan setiap kali ialah 2 jam sahaja. 3. Kemudian jika mahu sambung, mesti membaca sekurang-kurangnya 3 buku / komik / majalah. 4. Buku kanak-kanak biasanya hanya ada sekitar 20 muka surat bergambar. 3 buku memadai. 5. Untuk dapat tab, mereka kena tanya soalan apa yang mereka baca. Ini sangat bagus untuk beri mereka berfikir dan menguatkan kecergasan otak. 6. Hari isnin hingga jumaat, belajar, bermain dan enjoy bersama kawan-kawan di sekolah dan sepupu di rumah TokWan. 7. Apabila anak bertanya, dia akan mula berbual. Momen paling best ialah semasa menghantar beliau ke sekolah. Waktu pagi adalah masa yang sangat baik bersembang tentang hal ilmu yang dia baca. 8. Biasanya soalan kecil seperti “kenapa harimau berbelang dan singa tak?” Dan sebagai ibu bapa kena jawab dengan betul seperti “harimau duduk dalam hutan, dia berbelang sebab senang nak menyorok dan tangkap rusa. Singa duduk di tanah yang tak banyak pokok, dia boleh kejar lari kuat-kuat.” 9. Jawab dengan jawapan yang masih memberi dia berfikir. Maka dia akan dapat isi kekosongan minda dia dengan baik. 10. Anak yang bersembang, bercakap, berinteraksi dengan ibu bapa, biasanya lebih hebat berfikir dan dia faham mana betul mana salah dengan laju. Ini antara benda yang best apabila dia membesar nanti. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Anak kita, kita yang kena kawal.

Terharu sangat! Ramai betul beri feedback positif selepas Kelas Rahsia Content Writer Jana RM5,500 Sebulan, semalam. Kelas me
Terharu sangat! Ramai betul beri feedback positif selepas Kelas Rahsia Content Writer Jana RM5,500 Sebulan, semalam. Kelas menghampiri ke Jam 12.00 pagi kerana terlalu banyak persoalan power dari peserta. Sungguh semalam, kami all out! Yeah! Ini pun masih ada pm yang masuk nak join kelas. Setakat ini, kelas semalam kita tidak buka lagi. Namun kalian yang terlepas mendaftar, boleh dapatkan rakaman kelas dengan tekan link di bawah ini: https://bit.ly/3FQtHwb https://bit.ly/3FQtHwb https://bit.ly/3FQtHwb

Kawan-kawan, apabila bermain media sosial, ingat pepatah ini: “Penyokong paling kuat yang ada ada ialah dari mereka yang anda tidak kenal. Manakala pembenci yang paling hebat berusaha menjatuhkan anda adalah mereka yang anda kenal.” Sudah terjun dalam bidang ini, 1. Jiwa kena kuat. Kena kecam beberapa kali tak boleh tumbang. 2. Jika kena kecam atas sebab salah faham, tersilap, tersalah, lekas baiki dan minta maaf. Turunkan post tersebut dan teruskan dengan post #content yang lain. 3. Tak perlu buat post yang sengaja mahu dikecam. Ia mengundang doa keburukan yang amat banyak. 4. Memang ada orang benci dan tak suka kita tak bersebab. 5. Memang ada orang benci kita kerana kita ada ramai follower, dia tak ada. 6. Memang ada orang benci kita kerana kita buat posting positif dan kebaikan. Ini normal, syaitan memang sifatnya begitu. 7. Fokus tulis perkara kebaikan. Hargai follower dan beri mereka tambah nilai setiap hari dalam penulisan yang penuh makna. 8. Pergilah ke mana-mana pelusuk dunia, kebaikan yang akan menang di sisi Allah. Jadi fokus dan tetapkan diri. 9. Kental, kental, kental. Nak bina kebaikan bukan kerja mudah. Ada sahaja yang melawan, menghalang, mencabar. Itu juga normal. 10. Bermain media sosial adalah ruangan tanpa limit. Semua orang boleh beri apa sahaja pandangan terhadap kita. Ia adalah bagaimana kita kawal, kita lawan atau kita berdiam. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terus positif tulis perkara kebaikan okey!

Kita adalah apa yang kita fikir dan fokus. Kita yang tentukan diri kita. Kita yang kawal diri kita.
Kita adalah apa yang kita fikir dan fokus. Kita yang tentukan diri kita. Kita yang kawal diri kita.

TINGGAL 3 SEAT SAHAJA LAGI GAIS! Lekas daftar segera ke Kelas Rahsia Content Writer Jana RM5,500 Sebulan. Diadakan pada 8.30
TINGGAL 3 SEAT SAHAJA LAGI GAIS! Lekas daftar segera ke Kelas Rahsia Content Writer Jana RM5,500 Sebulan. Diadakan pada 8.30 malam ini secara Zoom Live. Tekan link ini: https://bit.ly/3FQtHwb https://bit.ly/3FQtHwb https://bit.ly/3FQtHwb

1. Diam dan dengar disaat orang bercakap. 2. Bekerja keras disaat orang lain berangan. 3. Tabahkan hati disaat orang lain berhenti dan cabut. 4. Senyum disaat kena hina, kritik dan kutuk. 5. Bangun dan berbuat sahaja disaat orang lain bising. 6. Buat keputusan disaat orang lain masih bergaduh. 7. Menyimpan disaati orang sibuk berbelanja. 8. Belajar disaat orang lain berkumpul minum dan berpesta. 9. Sentiasa bersedia disaat orang lain kecoh tak sempat itu tak cukup ini. 10. Terus fokus bekerja dan belajar disaat orang lain sibuk menonton drama, berbual kosong dan buang masa. Jika 10 perkara ini anda dapat lakukan dengan konsisten selama 1 tahun, percayalah anda akan bergelar jutawan. Mereka ini adalah orang yang tak ikut orang. Mereka tahu apa itu misi apa itu visi. Tahu maksud kerja keras dan tahu apa hasilnya yang akan dapat. Dan disaat orang lain sibuk cakap itu sana sini adalah usaha keras dia, kita pula kekalkan dalam diri cakap ini adalah hadiah dari Allah selepas berbagai usaha dan kebaikan yang kita buat. Semua yang datang adalah dari Dia. Titik. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Fokus gais!

Pelaburan dalam perniagaan ini ada banyak. Dan yang itulah kita duk ulang sebut dan bebel. Saya biasa ditanya kenapa ada orang bisnes sanggup pergi kelas mahal-mahal dan jauh-jauh? Jawapan saya, kami ada ROI tersendiri. Dan itu penyebab kena hadir kelas. Pergi kelas harga RM200 untuk pastikan boleh hasilkan jualan RM20,000. Pergi kelas harga RM1,000 untuk pastikan boleh hasilkan jualan RM100,000. Pergi kelas harga RM10,000 untuk hasilkan jualan RM1,000,000. Kawan-kawan, pergi kelas adalah pelaburan. Bermaksud, kita labur duit dan duit itu akan kembali dengan hasilnya. Syaratnya mudah sahaja: 1. Masuk kelas dengan minda kosong. Bukan tunjuk pandai dengan guru. 2. Sama ada kelas itu serasi atau tidak dengan kita, itu perkara ke 80,000. Namun kena akur dan faham segala ilmu yang kita dapat itu boleh jadi diguna segera atau diguna akan datang. 3. Buang ego, buang sombong dan buang bongkak. Ya orang bisnes biasa ada benda ini, namun di dalam kelas jadilah pelajar yang zero. Hormat guru dan respek ilmunya. 4. Selepas balik, buat semua apa yang cikgu ajar. Di sini bermulanya usaha. 5. Jika tak buat, rugi. Buat, untung. 6. Orang sombong biasanya tak buat dan rasa diri dia pandai. Lawan guru dan mahu buat lain yang terbaik. Apabila gagal, guru disalahkan. 7. Pelaburan ke kelas adalah pelaburan besar. Ia mengasah kemahiran, ia juga membantu menutup lubang kegagalan. Cuma, ia perlu ada perancangan besar untuk laksanakan apa yang telah dipelajari. Jika kalian nak tahu, CEO besar di dalam negara termasuk Petronas, Ingress, TNB dan sebagainya juga masih masuk ke kelas-kelas CEO Circle. Kalian boleh google sahaja, kelas mereka semakin kecil namun mereka berjumpa CEO lain semasa sesi tersebut. Dan itulah yang mereka namakan sebagai networking. Dalam hal pelaburan, memang ada kesan sampingan yang kita tak jangka. Ia disebut sebagai network. Bayar harga RM10,000 ke kelas, dapat ilmu untuk buat sales sampai RM1,000,000. Kemudian jumpa kawan baru yang pernah buat jualan begitu, dia cerita tekniknya dan rupanya kita boleh buat jualan sampai RM2,000,000 setahun. Itulah best pergi ke kelas kawan-kawan, saya antara yang tak peduli cakap orang tentang melabur ke kelas. Ianya sebuah keuntungan besar buat saya. Alhamdulillah. Mana yang pergi ke kelas kelolaan editor saya, paling tinggi pun harganya RM299. Namun melabur untuk jumlah itu, ada yang sudah cecah jualan ratusan ribu gais. Nak daftar boleh terus ke sini: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Siapa nampak peluang, pasti nampak kejayaan.

Kita semua ada 168 jam seminggu yang sama. Purata yang kita gunakan ialah: 40 jam bekerja. 42 jam beribadah, berkeluarga, beraktiviti, kemas rumah, masak, makan, main media sosial, tengok tv serta shopping. 56 jam tidur. Dan kita masih ada 30 jam baki seminggu. Yang ini kita perlu buat: 1. Kita ada baki 4.28jam sehari. 2. Kita boleh ambil 30 minit membaca. 3. 1 jam bersenam. 4. 1 jam duduk mengulangkaji dengan anak-anak. 5. Dan baki hampir 2 jam Sehari itu kita boleh buat duit dengan membangunkan content. Hanya perlu baca, tulis, buat bank content, susun dan bermain media sosial dengan berstrategi. Inilah jawapan kepada mereka yang kerap tanya di mana saya ada masa untuk susun semua ini. Ingat ini kawan-kawan, Kalau kita merancang untuk berjaya, maka kita sedang merancang kejayaan. Jika sebaliknya, maka begitulah juga apa yang kita akan dapat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Masa takkan tunggu. Kita yang kena kawal.

Memahami kekuatan diri sendiri supaya tinggi keyakinan. Kita buat ini: Lihat rutin setiap hari dari pagi hingga tidur: - bahagian ibadah dan menentukan pahala apa nak dibuat. Menolak dengan rasional untuk tak sertai kawanan berbuat dosa. - bahagian kesihatan diri, menentukan makan apa, senaman apa, bacaan apa, circle apa dan perbualan apa. - bahagian emosi diri, lihat bagaimana kita respon terhadap masalah, cara selesaikan masalah dan bagaimana mencari solusi. - bahagian keluarga, lihat bagaimana kita menyertai emosi keluarga semasa gembira, semasa sedih, semasa masalah dan semasa meraikan kejayaan. - bahagian kerja, lihat posisi kita semasa dalam konflik, semasa dalam hiruk piruk kerja banyak, semasa dalam selesa dan semasa dalam meraikan kejayaan. Kesemua bahagian ini jika kita dapat tentukan apa kita nak buat untuk bahagiakan diri, maka kita dah tahu kita ada inner power yang berbeza dengan orang lain. Kita matang, kita rasional, kita boleh hadap masalah dengan tenang, kita boleh switch on dan switch off melihat kepada suasana. Masuk pejabat, serius. Balik rumah boleh main nyorok-nyorok dengan anak. Ada kejayaan di office, raikan sama-sama. Ada masalah, bincang dan ajar bagaimana nak selesaikan. Semuanya boleh dan kematangan itu memberi "kuasa" besar untuk kita pergi lebih jauh lagi dari hari ini. Ingat kawan, Hari ini kena lebih baik dari hari semalam. Semua orang masih mampu ubah segalanya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Benar, asal jatuh, bangun balik. Apabila tumbang, bangkit semula. Jumpa gagal, usaha lagi. Semua proses itu menyakitkan, perit. Namun tak boleh berhenti. Gagahkan tenaga dan lawan semuanya. Selagi hidup, tak boleh biarkan emosi negatif menguasai diri. Kena baiki, belajar dan ambil sisi baik untuk berdiri lagi dan lagi. Jalan ini memang akan jadi panjang. Setahun, dua tahun, 5 tahun, boleh jadi 10 ke 20 tahun baru jumpa perkataan berjaya. Namun selepas dah capai, dah sentuh awan itu, tengoklah berapa banyak tangga dah kita lalui, berapa banyak juga hentian yang kita jumpa orang tarik kaki kita, yang tolak sampai kita cedera teruk sampai terbaring dalam lembah sendirian. Semua akan kita kenang untuk jadi sempadan kepada lebih banyak lagi sukses. Sungguh kawan-kawan, nak berjaya, lalui banyaknya cerita. Semua itu penguat. Seperti sakit, jika tidak berubat, kita tumbang dan terbaring. Apabila sudah kuat, penyakit pun lari tak mahu hampiri. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jatuh 7 kali, bangkit kali ke-8.

Gais, memandangkan ramai duk pm kami, ada lagi tak seat untuk Kelas Rahsia Content Writer Jana RM5,500 Sebulan, jadi kami mur
Gais, memandangkan ramai duk pm kami, ada lagi tak seat untuk Kelas Rahsia Content Writer Jana RM5,500 Sebulan, jadi kami murah hati untuk tambah lagi 10 seat sahaja untuk kalian. Lepas ini ia memang naik harga ke RM 155 gais. Kelas diadakan pada Sabtu Jam 8.30 malam. Cepat tekan link di bawah ini ya: https://bit.ly/3FQtHwb https://bit.ly/3FQtHwb https://bit.ly/3FQtHwb

13 tahun lepas, saya masih lagi kerja kilang di Pantai Timur. Saya di bahagian Human Resource. Saya antara yang terlibat dari awal pembukaan, susun atur, siapkan struktur renovasi sampailah ke sesi pengambilan pekerja. Merasa kena jaga 520 orang kakitangan yang 80% daripadanya adalah wanita. Momen yang paling sukar nak lupa ialah jika tandas tersumbat. Banyak masalah di tandas waktu itu kerana ada yang buang tuala wanita ke dalam lubang najis. Dari 1 tandas rosak, sampailah ke semuanya rosak. Semua! Awal-awal dulu, sales belum ada. Nak panggil plumber pun bos bising. Jadi kami di HR kena marah sesaja kerana tak selesaikan masalah tandas. Jadi, kami pun pergi beli baju hujan, getah, plastik hitam heavy duty, saya pakai dan pastikan semuanya diikat ketar-ketat, kasi seluk setiap satu tandas mengunakan tangan dan kami dapat beratus tuala wanita hari itu dikumpulkan dan dibuang. Muntah sesaja waktu korek. Huhuhu. Seminggu saya tak boleh makan. Pandang nasi kerabu, tak boleh. Roti canai lagilah tak boleh. Sampailah benda itu hilang perlahan-lahan dari dalam kepala. Tadi saya ke sebuah hospital di sini bawa ‘Ain check up. Saya ke tandas, sekali ada 1 tandas rosak. Saya tanya yang jaga tandas tersebut, katanya tersumbat. Saya tersenyum mengingati memori buruk ini. Kawan-kawan, Memori busuk ini saya anggap ia sangat wangi. Semasa kami berjaya mengorek, seluk dan buang segala bahan yang disumbat ke situ, kami pandang wajah-wajah mereka yang gembira. Yang mana mereka ini bersyukur dapat guna tandas itu semula. Selepas semua sesi itu selesai, mereka pandai sendiri membuang benda itu ke tong yang disediakan. Mereka tahu, kalau tersumbat, azabnya nak keluarkan. Dan alhamdulillah ianya pengajaran paling besar untuk kami semua, jika sampah tidak dibuang ke tempat yang betul, boleh jadi ianya bawa mudarat kepada tempat yang lain. Dan jika nak bersihkannya, boleh jadi ia memerlukan kerja keras yang tidak patut untuk dibuat. Sama juga dengan hidup kita kawan-kawan, nak buang benda negatif dalam kepala, kena buang ke tempat yang betul. Caranya ialah dengan banyak-banyak sibukkan kerja, tak boleh duduk sendirian, kena bangun, ambil buku atau capai kunci. Pergilah ke tempat yang boleh perkasakan kepala. Jiwa akan ikut untuk hadir bersama dalam menghirup udara yang Allah masih beri ini. Tidaklah sampai ia tersumbat, lalu kalian bawa ia ke medan yang sukarnya nak diubat. Lalu kalian sendiri tumbang dan sakitnya melarat. Ia boleh sembuh. Namun semua itu tak perlu jika kita bijak tanganinya. Teruskan senyum dengan ujian, hanya dengan cabaran, halangan serta banyaknya bersilat akan buat kita kuat. Cedera sikit, tak apa. Jika parah, mintalah bantuan. Allah ada kawan, keluarga ada, kawan ada. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 10 tahun 2 bulan sebagai mamat kilang, Ya Rabb, Alhamdulillah.

Strategi bina 1,250 idea posting ini hanya kalian boleh dapat dalam Kelas Content Mapping Masterclass Kelas ini dibawakan ke
Strategi bina 1,250 idea posting ini hanya kalian boleh dapat dalam Kelas Content Mapping Masterclass Kelas ini dibawakan ke 19 Januari 2022, jadi kalian masih sempat untuk mendaftarkan diri ke kelas ini. Tempat sangat terhad. Kita buka untuk 7 orang lagi. Tekan link ini terus: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH

Siap sedia semua. Hari ini saya live awal sikit. Kita buat Kek Marble ya!

photo content

Pagi-pagi begini dapat tips sedap dari kawan baik. Beliau cakap kepada saya benda mudah ini untuk dibuat supaya hidup kita tenang walau ada ujian, cabaran dan halangan. Caranya mudah sahaja: 1. Semasa hendak solat, mulakan dengan rasa meminta keampunan dari Allah. - rasa diri hamba. - rasa bukan sesiapa. - solat kerana menurut perintah. - solat kerana nak minta ampun banyaknya dosa. 2. Berdoa selepas solat. - adab ini kena diutamakan. Tidak boleh tinggal istighfar dan selawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. Mesti buat, tunjuk rasa menghormati bab mendahului minta ampun dan mengingati Nabi. - ambillah masa untuk berdoa dengan memuji Allah dulu. - kemudian doa untuk ibu bapa. - kemudian barulah doa untuk apa yang kita nak. - susun atur ini sangat penting. 3. Berdoa apabila teringat. - apabila kita teruskan hidup setiap hari, semasa memandu contohnya teringat ada masalah sana sini, terus berdoa walau sedang memandu. Mesti mendahului adab juga. Mesti bermula dengan "Ya Allah, aku hamba lemah Ya Allah. Aku banyak dosa Ya Allah, ampuni aku Ya Allah". Mulakan itu barulah meminta apa kita nak. Tak perlu tadah tangan. Sebut sahaja. Hati pun ikut. - setiap kali teringat, buat. * Hati akan tenang. Jiwa akan lapang. Orang yang rasa diri dia banyak dosa, dia segan nak lihat orang lain. Dia fokus lihat dirinya sendiri sahaja. Dia fokus nak murah rezeki dia, dia tahu dengan ada banyak, dia kongsi. Ada sikit pun dia memberi. Dia tahu dia perlu utamakan meminta ampun dalam berbuat kebaikan. Berharap kepada Allah ini akan jadi perawat, pengubat dan pencegah kepada sakit hati, patah hati dan kecewa dengan ujian. Kita akan rasa inilah nikmat kehidupan. Dapat keindahan sentiasa mengingati Allah. Masa senang, masa susah, beringat selalu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Siapa diuji, dia diingati.

"Pernah tak berlaku dalam hidup Khairul perkara begini, Khairul nak makan sesuatu, contohnya nasi goreng USA. Namun Khairul tak ada duit. Tapi di dapur ada sahaja bahan nak masak dan boleh sahaja jadi nasi goreng USA itu. Disebabkan tak ada duit, Khairul sanggup berlapar dan tak apalah tunggu sahajalah esok kot kot ada sesiapa belanja makan, pernah?" Saya jawab "ha ah pernah." "Itulah teruknya mindset orang tak bersyukur. Kita layan perangai malas, kita boleh layan perasaan bodoh, sikap bodoh semata nak juga makan di luar. Sedangkan Allah dah beri rezeki depan mata. Yang kita kena buat ialah Google sahaja resipi, masuk dapur, dan cuba! Apabila kita cuba. Kita masak, kita berpeluh bagai, penat ya amat buat itu buat ini, tangan kita luka masa potong bawang, melecur sikit terkena minyak panas, dan apabila dah siap, kita tak rasa ia sesedap di restoran. Kita pun cakap dalam hati - Ya Allah dapat juga aku masak, dapat juga aku makan, syukur Ya Allah. Pelajarannya ialah aku berjaya buat sesuatu yang kepala aku, jiwa aku, badan aku, mulut aku, perut aku bersatu untuk bersyukur dengan apa yang aku ada Ya Allah. Nampak tak Khairul? Isunya ialah kita kena bersyukur. Orang bersyukur, dia kena tahu, dia kena faham, dia kena paksa diri dia melakukan sesuatu yang dia nak mengikut apa yang dia ada. Kalau ada bahan, buat. Kalau tak ada bahan, tengoklah apa yang ada. Kalau tak ada juga, memang tak ada apa-apa dia dapur, maka keluarlah cari. Mintalah tolong. Orang bersyukur dia akan minta bantuan dari keluarga. Dia buang malu, dia buang segan, dia cakap sahaja dia sedang dalam kesusahan. Orang bersyukur dia tak ego. Orang bersyukur dia buang bongkak dia. Itu orang bersyukur. Kau faham Khairul?" "Faham Tan Sri. Terima kasih banyak-banyak. Saya hargai sangat nasihat macam ni. Kadang-kadang kita lost tak tahu nak buat apa sedangkan menda tu ada ja di tangan kita." ** Hampir setahun lepas, inilah permulaan OneCookies. Saya hanya buat apa saya pandai. Saya tahu. Saya reti. Iaitu memasak. Jadi, kita buat biskut. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Rupanya kita tak sedar, kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada selama ini. Apabila kita guna benda itu, kita bersyukur, kita yakin Allah beri itu untuk kita kongsi dengan ramai orang, rupanya Allah mudahkan. Ujian memang tetap ada. Namun syukur ia adalah ujian yang masih boleh dihadap. Semoga ujian mendatang juga begitu. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bersyukur.

Pergh! Tinggal 4 seat sahaja lagi gais Kelas Rahsia Content Writer Jana RM5,500 sebulan. Lekas daftar cepat gais. Lepas ini i
Pergh! Tinggal 4 seat sahaja lagi gais Kelas Rahsia Content Writer Jana RM5,500 sebulan. Lekas daftar cepat gais. Lepas ini ia naik harga ke RM 155 gais. Kelas diadakan pada Sabtu Jam 8.30 malam. Cepat tekan link di bawah ini ya: https://bit.ly/3FQtHwb https://bit.ly/3FQtHwb https://bit.ly/3FQtHwb

5 rutin yang kalian wajib ada untuk kemajuan dan kebaikan diri sendiri: 1. Rutin sebelum subuh sekitar 5.00 pagi. - dapat solat sunat 2 rakaat (menguatkan diri, menenangkan diri dan dapat bercakap banyaknya hal kepada Allah pada waktu ini. Waktu orang lain belum bangun, ketenangan itu adalah sebuah keindahan. 2. Rutin sihat. - bercakap, berbuat dan cari jalan untuk sentiasa improve kesihatan diri adalah super mustahak. Tentang senaman, makanan, idea (untuk kesihatan minda) serta bercakap hal kebaikan. 3. Rutin hobi / minat / kesukaan. - kena ada minat, hobi yang boleh dibuat selalu. Cari dan pupuk minat tersebut. Sebagai contoh jika dulu suka travel, sekarang tak boleh. Jadi cari sesuatu untuk lakukan. Contohnya terbaru ramai suka menanam pokok di rumah. Ia bagus. - rutin ini beri ketenangan jiwa selepas sibuknya bekerja. 4. Rutin mindset kerja bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang kita buat. - how you do anything is how you do everything. Sentiasa bersungguh-sungguh berbuat sesuatu walau ia hal kecil. 5. Rutin memilih kebaikan dari keburukan. - sosial media, pilih nak baca benda baik sahaja. - tv, filem, apa sahaja, pilih nak tonton benda baik sahaja. - bersembang, bercakap, mendengar, pilih nak dengar benda yang boleh tingkatkan diri sahaja. Kawan-kawan, Buat rutin ini, lihat selepas satu tahun apa jadi kepada kalian. Lihat bagaimana kita naik ke satu tangga berbeza. Kita tenang dengan ujian, kita relaks apabila stress dan kita juga banyak rasional apabila dirundung masalah. Kita perlu ada sikap untuk berkeras dengan rutin. Jika tidak, kita akan sentiasa dibelenggu dengan suasana kecewa, resah dan gelisah setiap hari. Kita tentukan rutin kita bagaimana untuk tentukan hidup kita bagaimana tahun mendatang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mula hari ini. Bismillah.

Sempena pembukaan Kopi Meta.tampin hari ini, mereka buat beli beger free kopi! Lekas gais. Mereka berada di Taman Gunung Mas,
Sempena pembukaan Kopi Meta.tampin hari ini, mereka buat beli beger free kopi! Lekas gais. Mereka berada di Taman Gunung Mas, Tampin, Negeri Sembilan! Hari ini sahaja tau! Lekas orang #Tampin!