ar
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 36 316 مشتركاً، محتلاً المرتبة 286 في فئة التسويق و RR والمرتبة 908 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 36 316 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 19 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -386، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -19، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 8.67‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.02‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 3 151 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 734 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 20 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

36 316
المشتركون
-1924 ساعات
-997 أيام
-38630 أيام
أرشيف المشاركات
Buat kawan-kawan yang sedang atau baru nak bermula dengan dunia digital (bisnes online), saya cadangkan kalian belajar 6 perkara ini. Cari guru, cari sesiapa untuk anda masuk ke kelas-kelas ini: 1. Copywriting - kelas bina ayat iklan. - lain produk, lain cara. - lain produk, lain penyampaian. - teknik, perkataan serta ayat semuanya. 2. Pembinaan Funnel. - ke mana nak bawa pelanggan. - selepas beli apa nak dirancang. - teknik kolam, teknik menjual dalam Funnel. 3. Penciptaan Content. - bagaimana content membawa kepada "be your own celebrity" - dengan content tersusun buat kita jadi tumpuan dari sudut orang cari ilmu. - menjadi influencer dengan terampil ilmu bukan buat perkara bukan-bukan. 4. Pembinaan Brand. - menolak brand ke hadapan supaya orang terus tahu produk itu adalah produk berkualiti, kena pada harga dan dipercayai. 5. Pembangunan media sosial secara bersusun. - semua medsos yang ada dalam negara. - pembelajaran secara berstrategi mengikut keperluan produk - pengiklanan berbayar. - zero cost marketing. 6. Creative Marketing. - cara guna warna, gambar, video, story, reels dan sebagainya semua perlu dipelajari mengikut keperluan produk. Kawan-kawan, Jika kalian belum onlinekan bisnes, perlu buat sekarang. Mula dari kecil. Mula dari lorong sendiri, kemudian bawa ke bandar / kampung kalian. Kemudian bawa ke negeri, dan terus tawan 1 negara! Perlahan-lahan, alami proses tersebut. Kalian akan nampak bisnes online lebih terbangun, boleh dirancang dan boleh dilebarkan selebar-lebar pembinaannya. Bismillah! Khairul Hakimin Muhammad, Pecut terus!

Masa beliau mula-mula datang ke kelas saya, orang ya diam sahaja. Ingat lagi waktu itu kelas content ramadan. Bulan puasa pun beliau hadir kelas. Beliau cerita yang beliau banyak sangat benda nak cerita namun tak tahu nak mula dari mana. Saya pun kasi susun satu demi satu. Beliau tanya itu tanya ini, sampai saya pula tak cukup nafas. Tak cukup dengan itu, beliau hadir ke kelas basic content. Belajar lagi tentang susun atur nak menulis di media sosial. Kemudian beliau sambung lagi ke kelas apprentice. Kira kelas paling advance yang saya ada. Hasilnya sekarang beliau dah potong jumlah follower saya. Beliau kini di FB, lebih 360,000 follower. Di Tiktok lagilah, lebih 1juta mengikuti beliau. Saya bersyukur sangat apa yang saya kongsikan, menjadi dengan baik. Tahniah Dr Ahmad Samhan. Kagum saya! Ada ramai yang nakkan kelas ini semula. Namun kini kami buka kepada membership OneCookies Malaysia sahaja. Jangan bimbang, kalian masih boleh sertai. Kelas terdekat ialah pada 4hb June. Kita buat secara Zoom okeh. Caranya ialah: 1. Daftar membership di sini: https://khmonecookies.com/daftar/000002 2. Kemudian kalian akan terima email pengesahan. Selepas itu buka email, sahkan dan kalian log in semula. 3. Sudah log in, kalian klik Pesanan. Kemudian klik Semenanjung. Kalian akan jumpa Kelas Content tersebut. Ha klik sahaja untuk buat pembelian okeh. Untuk kali ini kita buka 500 pax dahulu. Lekas grab okeh. Harga kelas hanya RM50 sahaja! Sangat murah! Sama-sama kita belajar apa yang Dr Samhan belajar. Bolehlah kalian membina personal branding dengan baik insya-Allah. Jumpa di sana gais! Khairul Hakimin Muhammad, Tak sabar nak mengajar semula!

photo content

photo content

Kalian ada Kedai Shopee tak? Cuba letak di bawah kedai kalian. Kedai Shopee saya: https://shopee.com.my/onecookies.hq Saya nak tengok kedai kalian juga mana tau saya berkenan saya beliiii.

Kalian bisnes apa gais? Cuba letak sini, buh link sekali. Mana tau ada yang nak membeli terus.

Buat bisnes ini tak boleh sikit-sikit kecil hati. Kecil hati kawan tak beli, Kecil hati adik beradik tak beli, Kecil hati sepupu tak beli, Kecil hati keluarga tak beli, Kecil hati jiran tak beli, Kecil hati kawan sekolah, kawan u tak beli, Kecil hati orang itu orang ini tak beli. Orang membeli bersebab. Ya salah satunya ialah rasa nak support. Namun tak bolehlah kata kalau dia tak beli dia tak support. Mana kita tahu dia ada ja beli diam-diam. Mana kita tahu dia juga ada doakan kita diam-diam. Mana kita tahu dia itu tak sesuai dengan produk kita namun dia masih cakap benda baik tentang kita. Orang beli ke tak beli ke hal dia. Hal kita ialah terus menjual bijak-bijak. Buat marketing, bina ejen, bina team. Jaga keluarga. Jaga hubungan. Bantu keluarga. Bantu semua. Buat baik sahaja! Kita sendiri pun tak support semua kawan kita, semua jiran kita semua keluarga kita semua setiap seorang ahli sedarah kita. Jadi takkanlah kita nak anggap orang lain pula buat benda itu kepada kita. Pi belajar! Bina network! Berguru! Semua itu akan hadirkan rezeki buat kita. Biar sekarang mereka tak beli, lambat laun entah-entah anak mereka mai kerja dengan kitaaaaa. Hah gitu kita bantu sampai berkurun insya-Allah. Begitulah! Khairul Hakimin Muhammad, Kasi kental jiwa gais!

Kena letak dalam diri sentiasa: 1. Masa lepas tak perlukan kita, masa depan yang perlukan kita. Jadi kena berubah untuk masa depan. Contohnya: - belum berkahwin, nak kahwin, berubah untuk berkahwin (perangai, sikap dan sebagainya). - belum punya kereta, nak beli kereta, berubah untuk beli kereta (berjimat, menyimpan dan sebagainya) 2. Persaingan terbesar dalam hidup hari ini ialah bersaing dengan diri kita semalam. Jika semalam boleh bangun awal tahajjud, hari ini juga boleh. Jika semalam boleh bersedekah, hari ini juga boleh. Ia mesti sama atau hari ini lagi power dari semalam. 3. Matawang terbesar dalam hidup ialah masa. Ia tak boleh dibeli, tak boleh dijual. Apa yang ada pada waktu itu gunakan sebaiknya. Untuk lawan, untuk hadap, untuk berani, untuk undur, untuk kaya, untuk berjaya untuk berpahala dan untuk buat baik. 4. Hidup untuk banggakan diri sendiri sahaja dah cukup baik. Berhenti cari peluang untuk dibanggakan orang lain. Setiap hari cakap kepada diri sendiri, alhamdulillah aku berjaya lakukan ini. Alhamdulillah aku masih boleh siapkan ini. Alhamdulillah! 5. Gagal adalah tanda anda mencuba. Ketakutan kepada kegagalan adalah kegagalan sebenar. Cuba untuk lakukan sesuatu dan belajar untuk lawan ketakutan itu dengan ilmu. - sesiapa yang tak mencuba, dia dah gagal. - apabila mencuba dan gagal, tahniah kepada diri sendiri kerana berani, repair dan terus tahu di mana nak baiki. - orang gagal dia tahu di mana silap dia kerana dia dah cuba! 6. Berguru akan buat kita lebih pandai, lebih rendah diri lebih menghargai apa yang kita sebut sebagai ilmu dan amal. - hanya cikgu nampak kelemahan anak murid. Rakan atau kawan atau keluarga biasanya hanya boleh mendengar masalah, mereka tak tahu bagaimana mahu membantu. Namun guru akan nampak semua itu. 7. Perubahan sentiasa menyakitkan. Jika ia menyenangkan maka ia bukan perubahan. Ia adalah ujian yang tidak kita kenal, tidak kita perasan. - perubahan akan buat kita sayang diri kita lebih lagi dan lagi. 8. Keluarga adalah segalanya. - capai impian dengan pegang erat semua kesayangan di sisi. Tak boleh terlepas seorang pun. Semua ini adalah kunci besar kepada rezeki. - walau kesayangan kita (ada ahli keluarga yang bermasalah) bantu sahaja, sayang sahaja, doakan sahaja. Itu semua janji untuk kita capai ketenangan hati dalam meraih impian. 9. Ujian adalah untuk dihadapi, proses itu akan jadi pelajaran paling bermakna. Ia sementara dan pasti akan berlalu pergi. Tegapkan hati untuk hadap dan belajar! 10. Menulis impian adalah kehebatan sebuah permulaan. - jika ada impian dan ia hanya ada di dalam kepala, ia bukan impian, ia angan-angan. Impian mesti ada di dalam diari, di papan meja tulis, di mana-mana tempat untuk sentiasa dibaca, ditonton, didoakan dan sentiasa diingatkan kepada diri sendiri. Kawan-kawan, 10 perkara ini adalah keistimewaan orang nak berjaya. Buat hari ini juga. Bismillah kawan-kawan, sama-sama kita usahakan lebih baik dari semalam. Sentiasa upgrade diri untuk lebih berjaya, lebih ramai bantu orang lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bantu orang tandanya kita bantu diri sendiri juga.

Self-sabotaj: - boleh bangun awal, namun pilih bangun lambat. - boleh masuk kelas, namun pilih ponteng. - boleh siapkan kerja, namun pilih tangguh. - boleh bersarapan, namun pilih tidur. - boleh bersenam, namun pilih melepak. - boleh membaca, namun pilih berejam menonton. - boleh tidur awal, namun pilih lewat. - boleh part time bisnes, namun pilih merungut tak cukup duit. - boleh tukar ke online, namun pilih tak mahu belajar. - boleh ikut SOP, namun pilih tak apa ok sahaja. - boleh duduk rumah, namun pilih nak keluar. - boleh mengaji, namun pilih bermalas-malas. - boleh awalkan solat, namun pilih bersembang. - boleh gunakan kebaikan medsos, namun pilih untuk kecam sana sini. - boleh banyak mendengar, namun pilih sembang kencang. - boleh reward diri, namun pilih membazir yang tak perlu. - boleh bina team, namun pilih sindir dan benci. - boleh sayang keluarga, namun pilih marah dan iri. - boleh ramah berjiran, namun pilih sombong dan ego. - boleh berbuat baik, namun pilih perli dalam menasihati. - boleh bersyukur, namun pilih merungut. - boleh bersedekah, namun pilih membazir. - boleh memberi hadiah, namun pilih kedekut. - boleh bersabar, namun pilih bertempur. - boleh marah berprinsip, namun pilih maki hamun. - boleh bertegas, namun pilih ayat membenci. Kawan-kawan, Banyak sahaja boleh dari tak boleh. Kita sendiri buat pilihan, kita sendiri tentukan. Kita tak sedar kita yang duk sabotaj diri sendiri atas apa yang kita lakukan. Berhenti salahkan orang, lihat diri apa diri dah buat kepada diri sendiri. Jika ada, maafkan diri sendiri dan mula berubah terus hari ini ya. Sama-sama kita jom. Bismillah! Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Pentingnya berserasi dalam persahabatan gituhhh. Kena sama semua. Haha kalian pun sama kaaaa
Pentingnya berserasi dalam persahabatan gituhhh. Kena sama semua. Haha kalian pun sama kaaaa

Ada suatu kisah tentang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh di YouTube yang diceritakan oleh Mufti Menk mengenai Sultan ini yang mahu menguji tenteranya selepas memenangi peperangan. Beliau berpura-pura menjadi orang biasa dan terus mahu membeli barangan di pasar. Sultan bertanya kepada kedai pertama, “Aku mahu membeli keju, susu dan madu, boleh kamu jualkan kepada aku?” Tuan kedai pertama itu menjawab, “Aku jualkan kamu keju, cuma susu dan madu kamu belilah di kedai sahabat aku yang lain pula. Aku juga mahu dia membuat jualan seperti aku hari ini” Kemudian, Sultan Muhammad terus ke kedai yang ke-dua. Lalu Sultan bertanya lagi “Aku mahu membeli susu dan madu, bolehkah kamu menjualkan kepada aku?” Lalu pekedai itu menjawab, “Aku jualkan kamu susu, untuk madu kamu perlu dapatkan di kedai sahabat aku yang lain pula. Aku juga mahu dia membuat jualan seperti aku hari ini” Lalu Sultan Muhammad berkata, “Subhanallah! Dengan akhlak yang menyayangi sesama muslim yang ada pada tenteranya ini, bukan sahaja mereka dapat menawan Kota Konstatinople, tetapi boleh menguasai dunia. Dan dengan akhlak “brotherhood” inilah Allah memakbulkan usaha dan doa mereka. *** Sekian, terima kasih. Khairul Hakimin Muhammad Menyayangi Pengusaha dan Peniaga Lain.

5 tanda kita ada mindset yang hebat dan kuat. 1. Kita ucap tahniah dan syabas kepada sesiapa sahaja yang dapat win dan berita baik. Tak kira sesiapa sama ada kita suka dia atau tidak atau kita tak kenal pun dia. 2. Kita tahu benda yang kita boleh kawal dan tak boleh kawal. Minda kita sentiasa sedar tentang hal ini setiap masa. Sentiasa beritahu diri sama ada perkara itu boleh kita kawal atau tidak. 3. Jika perkara itu kita boleh kawal, maka kita repair. Jika tidak boleh, maka jalan terus dan tak perlu buang masa merungut, marah dan benci. Cari peluang lain. 4. Kita sentiasa ambil kira tentang risiko. Biar gagal mencuba dari gagal tak mencuba. Risiko untuk ditempuhi bukan untuk larikan diri. 5. Sentiasa memaafkan diri sendiri jika berlaku kesilapan dan kesalahan. Juga terus beritahu diri sendiri untuk bangkit terus repair bukan merungut, marah, benci, kecewa lebih dari 5 minit. Bangkit bangkit bangkit. Kawan-kawan, Kita tentukan minda kita nak bagaimana. Lawan ketakutan dengan ilmu, lawan kebodohan dengan pengalaman. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

0.03 KB

photo content

Ceria sikit pagi ini, alhamdulillah. Saya just jawab sahaja soalan kalian di sini ya: 1. Bagaimana nak buka gerai kopi di tem
Ceria sikit pagi ini, alhamdulillah. Saya just jawab sahaja soalan kalian di sini ya: 1. Bagaimana nak buka gerai kopi di tempat sendiri: - Whatsapp: http://www.wasap.my/60134938704/SayaNakBeliPakej 2. Bagaimana nak join Membership One Cookies: - klik https://khmonecookies.com/daftar/000002 3. Boleh ke nak membeli biskut di kilang? - Boleh. Jemputlah datang. Buka 10am-6pm weekdays. Waze KHM Foodies Sdn Bhd Bangi. 4. Ada kedai Shopee? - ada! Klik sini: https://shopee.com.my/onecookies.hq?smtt=0.357642152-1652832075.9 5. Tak ada promo apa-apa ke lepas raya ni? - ada! Kami kasi free kurier untuk peminat rendang! Klik sini: https://warongmall.net/shop/OneCookies-HQ-818 6. Dah tak supply ke Mydin lepas raya? - eh masih. Selagi mereka tempah, selagi itu kami supply. Okeh. Ini soalan yang sering ditanya di PM tepi. Harap dapat menjawab semuanya. Terima kasih semua yang terus support kami! Khairul Hakimin Muhammad, #BapaBiskutKebangsaan #OneCookies #BMF

photo content

photo content

Masalah bermain dengan #content ialah kita hanya tulis ikut topik yang kita pilih. Maka kita pun susun serta bangunkannya dengan sebaiknya. Namun tiba-tiba ada haters. Tiba-tiba ada yang tak puas hati. Tiba-tiba ada yang perli bagai. Tenang gais, memang begitu. Tak ada apa yang berlaku dalam dunia ini mudah macam beli ikan di pasar. Keluar rumah, start enjin kereta, sampai pasar parking, keluar kereta, pilih ikan, bayar, balik rumah. Alahai mudahnya. Dalam dunia menulis atau membangunkan content, boleh jadi ada cabarannya. Ada kawan yang perli. Ada ahli keluarga yang bertanya dan persoal, ada yang begitu ada yang begini. Tenang sahaja. Tak ada apa yang perlu ditakutkan. Biasanya mereka yang ada buat salah dengan kita, boleh jadi duk jaja buruk kita di mana-mana, jadi mereka sentiasa baca posting kita dengan nada menuju ke dia. Mulanya dia memburuk, tak berjaya, dia akan sebar fitnah. Itu normal. Padahal tak ada sebaris ayat pun yang ditulis menuju ke sesiapa. Pembangun content, menulis dengan fakta, kejadian betul yang memberi impak positif. Jika beri kesan negatif, jangan tulis. Ia buat orang bergaduh dan bertengkar di ruangan komen. Jadi tak ada salah apa. Yang salahnya adalah fikirkan mereka. Jalan terus dan bangunkan lagi tulisan bermanfaat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tulis beri manfaat.

photo content

#Unfollow: Supaya kita tidak lagi diberikan feed tentang status atau mana-mana posting tentangnya lagi. Namun orang itu masih dalam ruang berkawan #Unfriend: Tindakan memutuskan hubungan di media sosial namun jika salah satu pihak atau ke dua-dua belah pihak masih memuat naik status secara public, ianya masih boleh dibaca dan diberi reaksi. #Block: Tindakan menghalang satu-satu pihak supaya tidak lagi dapat membaca mana-mana posting dari pihak yang menghalangnya (block). Ke tiga-tiga tindakan ini tiada notifikasi. Ianya dibuat secara diam-diam. Facebook menggalakkan persahabatan, berkawan, keseronokan, pergaulan serta hubungan baik di dalam komuniti (circle) yang kita sendiri bina. Jika ada yang kita tidak suka, tak perlu luahkan dengan menulis ugut-ugutan untuk berbuat begitu begini. Jika mahu buat, buat sahaja. Inilah media sosial, dahulu menjadi kesukaan kepada banyaknya persamaan, dengan sedikit geseran, boleh jadi ianya saling membenci walau kehidupan kita tak pernah sama. Kita tak mahu berlapang dada dan masih mengakui ketidakselesaan itu beriya-iya. Sedangkan ini hanya media sosial. Komuniti positif datang dari pembacaan yang positif. Jika kebaikan yang ditulis, dibaca dengan kebencian, maka adalah lebih baik kita putuskan untuk bertindak salah satu dari 3 perkara di atas. Tak perlu buang masa. Ramadan bulan kebaikan. Fokus untuk beri lebih banyak kepada mereka yang suka. Yang tidak, abaikan sahaja, jalan terus dan enjoy. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Terima kasih semua yang masih follow! Nak tahu tentang semua bisnes saya, klik sini: https://linktr.ee/khairulhakimin