ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك 👈

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 35 001 مشتركاً، محتلاً المرتبة 277 في فئة التسويق و RR والمرتبة 910 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 35 001 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 13 أكتوبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -360، وفي آخر 24 ساعة بمقدار 0، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 7.49‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 3.24‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 2 622 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 1 134 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 14 أكتوبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

35 001
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-1247 أيام
-36030 أيام
أرشيف المشاركات
photo content
+6

Waktu kami bersembang awal dulu, saya dah ternganga yang beliau berjaya buat sales sekitar RM500,000 dalam tempoh 2 jam sahaja. Kemudian, beliau mula atur kelas, dan dalam setiap kelas beliau, beliau buktikan yang semua teknik itu berjaya apabila beliau buat simulasi sebenar. Terbaharu, sekali lagi beliau ulang kejayaan itu dengan buat jualan RM480,000 dalam tempoh 2 jam juga! Huwaaaa! Geramnya. Beliau ialah KN atau nama sebenarnya Khairul Nidzam. Power ya amat. Hari ini, beliau lancarkan ebooknya. Dan semua teknik, tips, kaedah serta cara-cara nak buat jualan begitu, beliau turunkan di dalam ebook tersebut. Lengkap dengan video dan satu persatu penerangan teliti. Power! Saya sendiri dah dapatkannya. Sekiranya kalian nak beli, eloklah beli sekarang! Mana tahu nanti beliau naikkan harga. Iyalah, kalau benda yang boleh jana jualan sampai juta-juta, takkan nak jual murah. Harga asal ialah RM697. Hari ini hanya RM179 sahaja! Lekas sebelum harganya naik kembali! Kalian akan dapat 3 blueprint terus! Semuanya dengan 1 harga sahaja. Dapatkan sekarang di sini! https://knmarketingglobal.onpay.my/order/form/blueprintinstant/11 https://knmarketingglobal.onpay.my/order/form/blueprintinstant/11 https://knmarketingglobal.onpay.my/order/form/blueprintinstant/11

Jika kau hadir ke mana-mana posting, letak dalam hati kau yang kau perlu hormat orang itu walau postingnya itu kau tak suka. Di media sosial, kita tidak berhadapan. Juga ada kemungkinan kita 'friends' namun tidak mengenali antara satu sama lain. Dengan 1 posting, tidak boleh beri hukum apa-apa. Tidak suka tak mengapa, abaikan dan banyak lagi posting lain yang bagus-bagus. Jika ia berlarutan, boleh terus klik butang unfriend. Mudah, selesa dan kau dapat hidup tenang. Yang penting tak payahlah nak heboh satu dunia kau sudah unfriend dia. Diam-diam sahaja. Facebook bukan untuk mereka yang tidak mahu berkawan, oleh sebab itulah tidak ada notifikasi sekiranya kau kena block atau kena unfriend. Facebook untuk kita saling kenal dan saling hormat antara satu sama lain.

Setiap kali saya adakan bengkel penulisan, tak kiralah untuk pemasaran produk, atau penulisan buku atau penulisan di media sosial, pasti ramai tanya kenapa saya berkorban sangat menulis secara konsisten 3,000 patah perkataan sehari dan giat membaca 4 buku seminggu? Entah. Saya tak ada jawapan. Yang saya tahu, mati itu tidak ada syarat. Tua mati, muda mati. Sakit mati, sihat juga mati. Saya melihat Buya Hamka masih hidup dengan karyanya. Pak Sako, Pendeta Za'Ba dan ramai lagi. Semuanya masih ada di mana-mana rak buku. Dan semua masih memberi manafaat. Saya impikan itu juga berlaku. Jika penulisan saya teruk sekalipun, sekurang-kurangnya kita pernah ada kenangan. Itu sahaja. Titik. Khairul Hakimin Muhammad.

Ramai yang tanya saya, bagaimanalah nak manfaatkan sosial media ini supaya apa yang kita tulis, beri kesan kepada masyarakat, bukan sekadar di lapangan Facebook ini sahaja. Dari tahun 2015 ini yang saya buat dan demi Tuhan yang maha pemurah, Allah luaskan semula dan buka pintu-pintu lain untuk saya. 1. Saya suka beli dari jalanan. Ambil gambar, sebelum makan, ambil gambar lagi dan lagi. Dan sekiranya sedap dan berpuas hati, saya akan tulis di media sosial. Lengkap dengan lokasi dan harga. Ia memudahkan orang yang baca, boleh beli terus selepas itu. Pekedai / penjual akan dapat iklan percuma dari pelanggan seperti kita dan kita memudahkan urusan dia. 2. Saya suka bersembang dengan orang lain. Syaratnya saya hanya tanya 2-3 soalan sahaja, dan biarkan si dia bercerita. Saya ambil yang positif sahaja dan akan tanya dia boleh tak saya kongsikan di sosial media. Biasanya cerita baik yang kita kongsikan, akan dapat kesan yang baik juga. 3. Setiap kali mengembara (travel), saya putuskan hanya bercerita benda baik. Sekiranya ada hal yang perlu berjaga-jaga dan berhati-hati, maka saya akan tulis dalam bentuk dos and donts. Bercerita keburukan budaya, manusia, fasiliti serta hal-hal tidak baik akan merosakkan nilai penulisan itu sendiri. 4. Sekiranya berhadapan dengan makanan yang tidak elok, rosak, basi, pekerja sombong dan sebagainya. Elak dari menulis di sosial media. Uruskan di alam realiti. Ia jauh lebih baik. 5. Elakkan bertempur dengan sesiapa dalam memberi pendapat di ruang komen. Posting mesti lawannya posting. 6. Iklan dan promosi bisnes kawan-kawan. Merekalah tunjang hidup kita walau jarang nak bertegur sapa. Kawan ini, doanya makbul dalam diam-diam. 7. Banyak-banyak membuat posting yang buat orang gembira, nasihat dan pesanan dari memberi gelisah dan benci-benci. Ianya memberi kebahagiaan kepada orang lain. Ini sahaja yang saya ulang dan ulang. Saya tegas dalam hal begini. Cikgu saya pesan banyak kali, apabila kalian membuka jalan untuk memudahkan orang lain, pastinya Tuhan juga memudahkan kalian. Hari ini syukur alhamdulillah, Tuhan mudah-mudahkan urusan kita semua. Dan lihatlah hadiah dari Tuhan selepas ini datang dengan sebanyak-banyaknya. Sebarkan kebaikan, keberkatan akan datang bersama rezeki mencurah-curah kepada kalian. Cubalah. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga bermanfaat.

itu tidak boleh dibuka bahagian ‘about’, adakah anda akan cuba menambah beliau sebagai rakan? Jika saya, jawapannya tidak. Perlu juga beberapa bahagian untuk dikemaskini sebagai public, untuk memudahkan urusan perkenalan sebelum aktiviti ‘add-add’ dijalankan. Tidak menjadi satu kesalahan untuk menggunakan FB sekadar berseronok dan suka-suka, ada antara kawan kita memang sukakan medium ini untuk bersama dengan rakan-rakan di alam maya. Itu pilihan mereka dan tidak menjadi satu kesalahan. Bagi yang membina identity untuk menjana kewangan, maka binalah empayar dengan bermulanya membina identiti yang baik dan bermaruah serta penggunaan platform untuk berkongsi ‘konten’. Bina identity sendiri, tidak menipu dengan meletak gambar orang lain, gambar anak, gambar suami atau isteri atau ikon atau selebriti. Begitu juga elemen-elemen di dalam profil, binalah dengan meletakkan kehidupan yang betul dan benar. Jika mahu rahsiakan, tidak perlu menipu, hanya perlu tidak meletakkan apa-apa. Kita punya profil, jadi kitalah yang bertanggungjawab penuh keatas maruah yang kita bina. Jadi, guna hanya satu profil, guna nama manusia, guna gambar sendiri dan jadi diri sendiri. Kredibiliti akan terbina secara perlahan-lahan, dan kepercayaan akan menaik dengan spontan. Kemudian, laraskan momentum, kekalkan perkongsian berasaskan konten, kalian akan membawa satu fenomena dalam empayar sendiri. Eja dengan betul. Tulis fakta dan maklumat, kongsi perkara baik-baik dan pilih kawan untuk bina empayar. Moga-moga di sana nanti syurga pula menanti dengan pintu yang dibuka seluas-luasnya. Terima Kasih. Khairul Hakimin. Muhammad Bermula dengan menulis blog kuahkari(dot)com, kini Penulis Buku paling kacak di Bangi. Kahkahkah.

Rata-rata hari ini semakin ramai yang menggunakan medium sosial untuk perkara-perkara kebaikan. Malah, perkongsian santai dan pengalaman ringkas yang dilalui setiap hari membawa kepada pergaulan matang antara satu sama lain. Selepas mengikut beberapa seminar secara online dan diskusi secara offline, saya rumuskan begini: i) Perlu hanya ada satu sahaja profil akaun di Facebook (FB). Ini adalah kerana semua audien perlu dikumpulan pada satu tempat walau tujuannya berbeza. Sebagai contoh, kita tidak mahu dikenali sebagai seorang bos di FB, maka dengan itu kita membuka satu lagi akaun hanya untuk bersosial di FB. Tindakan ini akan mengundang dua profil yang mempunyai kecelaruan identity. Penipuan dan pengelakkan berlaku tanpa kita sedar. Kita mengelak untuk ketahui bagaimana identity kita yang sebenarnya, dan cuba untuk menggunakan medium FB sebagai alat untuk menutup kelemahan kita. Ini bahaya besar. ii) Perlu hanya ada satu profil sahaja walaupun kita suka berniaga. Rata-rata peniaga dan pengusaha lebih suka membuka satu akaun lain dan menamakannya sebagai nama perniagaan seperti Azam RichCake, Siti Kedai Jam dan sebagainya. Ini sangat tidak perlu. Medium sosial dibina untuk bersosial dalam masa sama menjana kewangan. Melihat nama dan gambar profil yang jelas menunjukkan anda seorang jurujual mendatangkan bosan kepada bakal pembeli. Terus kekal dengan nama Azam Bin Berazam tetapi jalankanlah perniagaan dengan nisbah post 5:1. Lima posting tentang kehidupan dan satu posting tentang perniagaan. Profil anda akan melonjak naik dan anda akan dapat meraikan penghormatan kredibiliti dalam empayar yang anda bina sendiri. iii) Perlu hanya ada satu profil sahaja walaupun anda seorang yang dikenali. Ini adalah kerana profil anda adalah perkenalan besar kepada bakal-bakal pengikut anda yang baru. Membina satu lagi profil tidak akan mendatangkan faedah kerana butang Follow sudah pun tersedia untuk digunakan. iv) Tidak perlu guna Fan Page sekiranya Profil anda sudah mempunyai pengikut yang tersendiri. Mr. Mark Zuckerberg sendiri tidak mempunyai Fan Page dan beliau lebih suka dikenali dengan pengikutnya di Akaun Profil beliau. Hanya klik butang follow. Kekuatan butang follow ini mempunyai aura yang tersendiri, pengikut yang sukakan posting anda akan sangat menghormati anda daripada Fan Page. Fan Page bertindak sebagai ‘Fan’, sekiranya anda tidak menggunakan FBads, ia tidak membawa kesan maksimum. Tetapi Butang Follow bertindak sebagai ‘Follower’. Mana yang anda mahu guna? Kaki Kipas atau pengikut? Oleh sebab itu, Instagram menggunakan butang Follow dan lihatlah bagaimana selebriti bertaraf mega tanah air menggunakan medium itu untuk menarik individu demi individu dari hari ke hari. v) Bina kekuatan luar biasa dengan Group. Group adalah aplikasi yang memudahkan urusan sekiranya mahu berkongsi file, dokumen dan perkongsian secara tertutup. Malah, rekod juga boleh diambil dan perkongsian boleh dimanfaatkan sebaiknya. Sebagai contoh, satu group Travel boleh berkongsi idea itinerary dengan hanya meletakkan dokumen dalam bentuk PDF ke dalam group. Ini tidak boleh berlaku dengan menggunakan Profil sendiri atau mana-mana Fan Page. Menarik bukan? Jadi bina pengikut setia anda dengan Aplikasi Group. Lima perkara ini nampak enteng. Tetapi adakah anda tahu diluar sana anak-anak muda sedang mula bergelar jutawan dengan menggunakan tips-tips ini. Mereka hanya ada kurang 5,000 pengikut tetapi menjana kewangan (RM) dengan 15 kali ganda sebulan dari jumlah pengikut yang mereka ada. Asasnya ialah bina kredibiliti di akaun sendiri dengan menulis menggunakan ejaan tepat dan penuh, beradab, memberi maklumat dan fakta serta memberi keseronokan kepada pembaca. Hasil selepas itu tuan puan nantikan, insya-Allah. Setiap orang mendaftar dengan FB dan memaparkan profil diri masing-masing, ada yang bertindak merahsiakan identity (tidak menjadi kesalahan), ada juga yang meletakkannya sebagai public. Semuanya sangat bagus dan perlu bererti kepada pemilik akaun dan juga kepada audien. Sekiranya anda memang suka mencari kenalan di FB, dan melihat profil

Guna prinsip ini setiap kali nak berkongsi di media sosial: 1. I - Ingin menyampaikan. Jadi tulis sesuatu perkara dengan fokus kebaikan sahaja. Tak boleh buat perbandingan dengan perkara keburukan dan sekiranya ada, tak perlu tulis. Tulis hal kebaikan sahaja. 2. C - Content. Mesti ada asas content. Wajib! Fakta, Emosi, Bahasa dan Impak Positif tersusun setiap satunya dan apabila kita baca, kita tahu itu adalah maklumat dan ianya bermanfaat. 3. D - Debrief. Wajar untuk kita semua tutup (closing) penulisan tersebut dengan memberi peringatan umum, menaikkan info dengan memberi impak positif kepada audien tanpa mengajar-ajar, tanpa elemen memerintah juga tanpa elemen arahan. Ini adalah media sosial. Sekiranya ada perkara buruk berlaku, tulis bagaimana solusi dan pencegahannya. Tak boleh sesekali kita campak hal buruk, kemudian kita diam dan biarkan orang bergaduh di ruang komen. Ingat kawan, Punya ramai mengatakan sosial media adalah lubuk keburukan, sedangkan ianya adalah pusat informasi, titik tengah antara berkawan dan berbisnes dan semestinya menaikkan pendapatan seisi keluarga. Seperti pisau, ada orang guna untuk memotong daging, ayam, sayur, buah bagai. Ada juga yang guna untuk keburukan. Kita pilih. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Content Master Kesayangan Negara.

Satu jam sahaja lagi! Rebut kerusi untuk MasterClassContent KHM dengan harga hanya RM288!
Satu jam sahaja lagi! Rebut kerusi untuk MasterClassContent KHM dengan harga hanya RM288!

Antara pengetahuan pengurusan yang kalian wajib ketahui dan kuasai apabila kalian menceburi dunia perniagaan online ialah: 1. Teknik memasarkan produk melalui story telling, copy writing, soft sell, hard sell dan show dont sell. 2. Teknik ‘close sale’ melalui salah 1 CTA yang diletakkan di dalam iklan atau promosi. 3. Teknik memilih dan menguasai perkataan yang sesuai dalam berkomunikasi dengan pelanggan, membangunkan content serta menaikkan artikel ‘high-impact’ kepada audien. 4. Teknik menguruskan jualan dan promosi melalui FBAds, SEO, Instagram dan sebagainya. 5. Teknik menguruskan kurier, penghantaran COD. 6. Menguasai teknik after sales seperti mendapatkan maklum balas, menguruskan konflik dan rungutan pelanggan serta bagaimana menerima pendapat, cadangan serta penambah baikan dari pelanggan. 7. Teknik mengurus wang masuk, wang keluar, cash-flow, perbelanjaan dan lain-lain hal berkaitan. 8. Teknik menggunakan gimik, menaikkan rating serta membuat perancangan pemasaran bagi sentiasa kelihatan relevan. 9. Teknik mengurus kakitangan. 10. Teknik membina kredibiliti diri, kakitangan serta stokis dan ejen di akaun personal mana-mana media sosial yang ada. Begitulah. Bagaimana nak cari kelas-kelas ini? Itu kau google. Khairul Hakimin Muhammad.

Antara kredibiliti yang wajar ada pada setiap pendiri bisnes ialah kebijaksanaan menggunakan media sosial. Ini akan jadi sebuah tiket kepada semua yang melihat kepada posting, akan bertukar kepada follower. Dan pastinya ia akan mengubah kepada sebuah transaksi keuntungan. Kita telitikan perkara ini perlahan-lahan. Aminah seorang yang tidak dikenali. Kemudian, beliau menggunakan sosial media untuk berkongsi minatnya tentang dunia travel. Oleh kerana beliau sangat mahir, kerap mengembara dan semestinya beliau mengetahui selok belok dalam arena tersebut, maka beliau mula berkongsi. Pada setiap hari isnin dan rabu, 8.00 pagi, beliau susunkan posting tips-tips memilih penerbangan, tips memilih tempat tidur, tips memilih tempat dan lokasi terbaik bagi sekian-sekian peminat dunia kembara. Manakala pada setiap hari selasa dan khamis pula, secara konsisten Aminah menulis tentang kisah-kisah yang pernah beliau alami semasa mengembara. Aminah meneruskan posting-posting itu dengan tersusun. Sampailah ke sebuah posting yang mana Aminah dan biasa tulis dengan content yang bagus, maka berlakulah ‘viral’. Dan dengan tiba-tiba juga, wallnya dikerumuni orang ramai. Butang follow yang beliau sudah tetapkan dari awal ditekan-tekan. Dari 9 orang pengikut, hari ini beliau dikejutkan dengan 3,000 orang pengikut. Diikutkan, Aminah ini hanya sekadar membuat dropship produk-produk lain sahaja. Dan dari awal lagi beliau susunkan hanya 1 kali posting iklan pada isnin dan rabu sahaja sebelah petang. Itu sahaja yang beliau buat. Namun selepas naiknya follower, minggu seterusnya itu, jualan beliau dari RM100/posting, menaik ke RM350/posting. Dari 3,000 pengikut, Aminah teruskan sahaja posting-postingnya, sesekali beliau muat naik posting sampingan, lawak-lawak dan kehidupan biasa yang beliau alami. Sekadar nak beritahu yang beliau juga ada kehidupan yang biasa-biasa. Kawan-kawan, Membina jati diri di media sosial bermula dari kita bercerita perkara yang kita selalu buat, kita mahir dan semestinya itulah kepakaran kita. Namun, semua ini mesti dalam bentuk kehidupan secara total. Kerana ini adalah media sosial. Jika hari-hari buat iklan, konon tak habis nak bangunkan personal branding ke sudut membuat RM dan mendapatkan RM dari audien, audien akan berundur sekiranya kalian itu masih belum dikenali. Ingat, di medan media sosial ini, audien hanya mahu lihat ‘life’ kita. Iklan, promosi, dan segala tentang bisnes, susunlah supaya ia tidak nampak seperti kalian ‘try hard’ sangat menjual. Apabila ia terjadi, ketahuilah akan bermulanya sesi mengundurkan diri dari kalangan pengikut kalian. Nisbah terbaik membuat posting ialah setiap 5-10 kali posting kehidupan, baru 1 kali posting iklan. Ingat, umpan-umpan-umpan-umpan-umpan, baru tebar jala. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad Ini adalah media sosial.

Kita semua ada 168 jam seminggu yang sama. Purata yang kita gunakan ialah: 40 jam bekerja. 42 jam berkeluarga, beraktiviti, kemas rumah, masak, makan, main media sosial, tengok tv serta shopping. 56 jam tidur. Dan kita masih ada 30 jam baki seminggu. Yang ini kita perlu buat: 1. Kita ada baki 4.28jam sehari. 2. Kita boleh ambil 30 minit membaca. 3. 1 jam bersenam. 4. 1 jam duduk mengulangkaji dengan anak-anak. 5. Dan baki hampir 2 jam Sehari itu kita boleh buat duit dengan membangunkan content. Hanya perlu baca, tulis, buat bank content, susun dan bermain media sosial dengan berstrategi. Inilah jawapan kepada mereka yang kerap tanya di mana saya ada masa untuk susun semua ini. Ingat ini kawan-kawan, Kalau kita merancang untuk berjaya, maka kita sedang merancang kejayaan. Jika sebaliknya, maka begitulah juga apa yang kita akan dapat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Masa takkan tunggu. Kita yang kena kawal.

Soalan: Saya suka banyak benda. Dan dah jadi tak tahu nak tulis apa. Saya suka travel, mengumpul Hot Wheels, kadang-kadang ikut kawan pergi memancing, suka kereta, suka juga tengok bola. Bisnes saya pula jual barang bayi. Aduh, pening. Jawapan: Susun sahaja contentnya. Bangunkan secara konsisten mana yang lebih besar titik persamaan dengan orang lain. Itu akan memudahkan pemahaman audien tentang apa yang saudara tulis. Contoh: Antara travel, Hot Wheels, memancing, suka kereta, suka tengok bola, mana yang kita sedar dan tahu ramai orang suka? Sudah tentu travel, kan? Ianya menjurus kepada orang awam, lelaki atau perempuan, umur pun dari kecil sampai ke tua memang bab travel orang suka. Jadi, posting ‘crowd’ adalah posting travel yang tersusun dan consisten. Buat 2-3 kali seminggu. Jadikan ia sebagai imej saudara. Untun posting ‘RM’ iaitu iklan. Buat 2-3 kali seminggu juga. Itu adalah imej niaga saudara yang perlu dikekalkan. Manakala jadikan kesukaan terhadap memancing, bola dan Hot Wheels itu sebagai posting ‘side.’ Ingat, crowd travel ini adalah crowd orang ada duit. Membangunkan penulisan yang menjurus kepada berkerumunnya orang ke wall saudara akan memberi pulangan kepada saudara sendiri. Crowd = Umpan. Lagi besar contentnya, lagi besar share yang kalian dapat. Bertambahnya share, tambah juga jumlah follower. RM = Tebar jala. Apabila follower sudah ramai, waktu menebar jala ini akan dapatlah ikan jerung, sotong kurita, ada juga ikan bilis dan udang geragau. Cewah. Ok? Khairul Hakimin Muhammad, Memasak = Crowd.

#KelasContentOnline bermula esok ya. Kita buat dalam Group Telegram. Masih boleh register. Tak kisah anda dari mana, boleh sa
#KelasContentOnline bermula esok ya. Kita buat dalam Group Telegram. Masih boleh register. Tak kisah anda dari mana, boleh sahaja sertai. Nak baca bila-bila suka hati. Group ini akan bertahan selama 1 bulan (atau lebih). Semua detail ada dalam link di bawah termasuk hal pendaftaran. Klik sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/kot2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/kot2019 https://bykhm.onpay.my/order/form/kot2019

#TipsBisnesPartTime Beli 1 kodi kain pasang, biasanya terus dapat harga 50%. Contoh, harga sehelai (4m) RM50, namun jika beli sekodi (20 helai), boleh dapat RM25/helai. RM25 x 20 helai = RM500. Jual balik di pejabat RM50/helai. RM50 x 20 helai = RM1,000. Untung bersih RM500. Ulang lagi step tersebut sampai 1 bulan sebelum puasa. Lagi best jika dapat deal dengan kedai yang sekiranya jika ada yang tak laku, boleh tukar. Fuh power. Khairul Hakimin Muhammad, Masa tinggal di Kelantan dulu, penuh kereta orang kirim kain!

Untuk orang biasa seperti kita, kita akan cakap “ala dia artis, dia mestilah boleh buat. Orang dah kenal dia.” Kan kan? Jujurnya ada ramai orang biasa yang boleh bina crowd seperti ini untuk membuat jualan atau nak bina kredibiliti di media sosial. Crowd terbentuk dalam beberapa cara: 1. Bercerita sesuatu di media sosial secara konsisten melalui content. 2. Content itu adalah perkara yang ada kaitan dengan kehidupan kita semua. 3. Ia penulisan jujur yang menyebabkan orang lain ada perasaan untuk klik butang follow. 4. Perkara yang orang suka ialah: - Makanan (tulis tips dan resipi). - diet (teknik, resipi dan tips) - DIY (siap video step by step). - dunia parenting (tips dan story). - kemanusiaan / kemasyarakatan (story). - sukan - drama / filem / hiburan - keagaaman - pemotoran dan banyak lagi Semua ini jika ditulis dalam bentuk content (ada fakta, ada emosi, ditulis dengan ejaan yang betul serta memberi impak positif kepada yang membaca) maka kalian akan dapat #share dari posting tersebut. Dari situ, jika butang #follow sudah dibuka, maka orang akan mula follow kalian. Dan bermulalah crowd itu berkumpul dari wall kalian. Dan, nak menjual pada waktu itu, jadi mudah! Kalian boleh cuba okey. Saya sendiri juga bukan artis, bukan selebriti namun saya berjaya lakukannya! Mari kita buat sama-sama. Khairul Hakimin Muhammad, Bina content okey!

photo content

Ini langkah mudah untuk kalian baiki akaun personal profile kalian (untuk mereka yang buat bisnes dan ada bawah 3,000 pengikut). 1. Tidak penuhkan ruang friends. Itu adalah ruang berkawan dan memang untuk kawan sebenar. 2. Buka butang follow dengan buat tetapan: Facebook - Setting - Account Setting - Public Post - Public Profile - On. 3. Mana yang add kalian, dan kalian tidak kenal. Biar. Mereka otomatik menjadi follower. Apabila kalian delete friend request tersebut, mereka tetap jadi follower (jumlah follower tidak meningkat kerana dah jadi dah pun). 4. Pastikan gambar cover kalian adalah yang punyai nilai kehidupan. Bukannya produk, quote, poster dan sebagainya. Iklan mesti dalam posting, bukan di tetapan profile. Ini bukan page. 5. Pastikan juga gambar profile adalah gambar kalian seorang diri sahaja. 6. Menggunakan nama manusia. Bukan nama kedai, produk atau beritahu kalian sebagai apa. Elakkan ya. 7. Ejalah dengan betul. Ia membantu Facebook untuk detect bahasa apa yang kalian gunakan. Facebook sudah bangunkan lebih 240 bahasa di seluruh dunia dan ia boleh dilihat terjemahannya melalui See Translation. Rugi benar jika tidak menggunakannya dengan betul. 8. Bina komuniti positif di ruangan pengikut dengan membuat posting-posting yang beri impak positif kepada audien. 9. Buat posting yang orang akan klik butang share. Bukan sekadar like. 10. Balas komen sebaik-baiknya. Usahalah sebaik mungkin walau sebanyak-banyaknya. Jika tak larat, kasi like. Ia adalah penghargaan besar kepada pengikut. Begitulah #TipsMediaSosial hari ini. Khairul Hakimin Muhammad, 2015, penat susun content. 2016, mendaki dapatkan pengikut. 2017, dapat 100,000 pengikut! 2018, mari kita buat sama-sama.

https://www.facebook.com/1409650354/posts/10218526377936584/ Tonton untuk tengok CONTENT MAPPING ANALISIS