ar
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 36 285 مشتركاً، محتلاً المرتبة 283 في فئة التسويق و RR والمرتبة 907 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 36 285 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 22 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -387، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -16، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 9.02‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.02‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 0 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 734 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 23 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

36 285
المشتركون
-1624 ساعات
-947 أيام
-38730 أيام
أرشيف المشاركات
Ready stok! Biskut Chocolate Chips gais. Order hari ini, esok kami hantarkan. Hanya RM38 sahaja! FREE KURIER! Ada dalam 45-50
Ready stok! Biskut Chocolate Chips gais. Order hari ini, esok kami hantarkan. Hanya RM38 sahaja! FREE KURIER! Ada dalam 45-50pcs sebalang. Sedap yakmaaattt! Chocolate Chipsnya banyaakkk. Order di sini sekarang ya! https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Soalan: Tuan, jualan saya sudah pun mencecah RM1juta sebulan. Cumanya baru-baru ini saya terima beberapa rungutan yang ejen-ejen saya tersalah membuat jualan. Mereka overclaim produk saya dan menjadikan ianya laju serta banyak terjual. Saya sudah beri pekeliling, kasi surat, pegang tanggungjawab untuk repair semua hal tersebut. Namun ada ejen yang undur diri kerana jalan yang saya sediakan itu agak susah nak buat sales. Produk saya bukan produk kesihatan, ianya sekadar kosmetik sahaja, tak ada janji-janji manis jadi muka putih ke apa ke, ianya memang bedak, gincu serta adalah sedikit untuk cantikkan bulu mata. Tapi saya tak tahu kenapa ejen saya boleh pergi claim bukan-bukan. Tuan boleh beri idea? Jawapan: Dalam membina #content, memang kena cerita fakta, hal sebenar dan perkara betul sahaja. Mana-mana founder yang datang ke kelas saya, akan ada yang tak setuju, ada juga yang setuju. Saya berkeras yang kita tak boleh overclaim. Kena cari jalan untuk menjual tanpa membuat tuntutan yang bukan-bukan terutama bab merawat penyakit. Content terbina dengan apa yang kita nak sampaikan. Bukannya kita reka-reka. Sama ada dari testimoni atau bukan, ia tetap kena guna benda betul sebagai asas. Cara nak bina content tentang satu-satu produk ialah bangunkan content mapping mengikut setiap satu jenis produk. Kalau 20 produk, 20 mapping. Cara nak buat ialah: Layer 1: Nama Produk. Layer 2: Bahan-bahan dalam produk. Layer 3: Kelebihan dalam bahan-bahan. Layer 4: Kegunaan dalam bahan-bahan. Layer 5: Cara menggunakan, tutorial. Layer 6: Bagaimana untuk mendapatkannya. Setiap 1 layer, susun di mana untuk letak posting: - to educate. - to inform. - to inspire. - to entertain. - to convert to RM. Kemudian, susun untuk content mana yang mahu dibuat dalam bentuk teks atau teks bergambar atau sekadar gambar berposter atau video. Apabila mapping siap, tanggungjawab menjual akan jadi lebih bagus. Kita akan bercerita benda benar sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pilih nak buat produk pahala atau produk dosa sebelum mahu bina empayar. Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Semua benda yang Allah beri sama ada senang atau susah, semua ada ujiaannya yang tersendiri. Ada yang diuji kesukaran, ada ju
Semua benda yang Allah beri sama ada senang atau susah, semua ada ujiaannya yang tersendiri. Ada yang diuji kesukaran, ada juga ujian kesenangan. Rasa pandai juga ujian, Rasa besar juga ujian. Rasa beriman, baik, sering solat jemaah, sering pergi masjid, surau, juga ujian. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/orang-jadi-jahat-bila-rasa-dirinya-mulia/

Soalan: Saya ada 3 bisnes berbeza, bagaimana saya nak tulis di wall saya. Saya jadi pening dan tak tahu nak mula yang mana. Jawapan: 3 bisnes atau 5 bisnes, tak pernah jadi masalah. Ia adalah bagaimana kita susun atur semuanya tanpa perlunya kita kecoh dan gopoh. Posting #crowd: tetap perlu susun #content untuk mendapatkan share dan menaikkan follower. Posting yang ini susun jam 8.00 pagi. Posting #RM: tetap perlu susun content untuk semua bisnes yang kita ada. Contoh: Bisnes makanan, up jam 10.00am setiap hari. Bisnes baju up jam 3.00 petang setiap hari. Bisnes baju bayi up jam 6.00 petang setiap hari. Bermain media sosial, tak perlu nak kumpulkan semua benda dalam 1 #posting. Tenang-tenang susun. Kemudian bermainlah dengan posting #side untuk kekalkan engagement bagus di wall kita. Susun sahaja gais, hasil akan datang kemudian. Semua benda nak serabut, memang tak kemana. Tenang-tenang. Duduk di meja, susun satu demi satu. Rezeki tak lari kemana pun. Ada sahaja untuk kita. Lagi kita susun, lagi beri lega. Kehidupan pun lancar dan kita sentiasa bahagia. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Kawan-kawan, mari amalkan ini: 1. Saat mulakan sesuatu, sebut Bismillah. 2. Saat kagum, sebut Masya-Allah. 3. Saat selepas so
Kawan-kawan, mari amalkan ini: 1. Saat mulakan sesuatu, sebut Bismillah. 2. Saat kagum, sebut Masya-Allah. 3. Saat selepas solat, sebut Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu akhbar. 4. Saat diberi kebaikan, hadiah atau apa sahaja ganjaran, sebutlah Jazakumullah khairan. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/kita-sama-sama-jom/

Tanda kebergantungan kita kepada Allah: 1. Apabila berkeinginan, solat hajat. 2. Apabila ingin memilih, solat istikharah. 3.
Tanda kebergantungan kita kepada Allah: 1. Apabila berkeinginan, solat hajat. 2. Apabila ingin memilih, solat istikharah. 3. Apabila ingin rezeki seluas langit, tak putus seperti tak putusnya zam-zam, solat dhuha. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/tanda-kebergantungan-kita-kepada-allah/

photo content

photo content

Kita nampak orang ramai follower dan ada kekayaan serta kejayaan hidup sama seperti kita. Namun ianya berbeza. Cara hidup, be
Kita nampak orang ramai follower dan ada kekayaan serta kejayaan hidup sama seperti kita. Namun ianya berbeza. Cara hidup, beza. Cara fikir, beza. Cara hadapi masalah, beza. Cara begitu begini, semua beza. Ia kerana mereka kreatif dalam banyak hal. Orang nak kata apa, lantakkan. Yang penting kita sendiri gembira dan bahagia. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/kreatif-dalam-banyak-hal/

Kita kawal diri kita, guna media sosial untuk bikin sesuatu, bukan merugikan diri sendiri okey! Dah kaya, hadiahkan keluarga
Kita kawal diri kita, guna media sosial untuk bikin sesuatu, bukan merugikan diri sendiri okey! Dah kaya, hadiahkan keluarga emak ayah, rumah atau apa sahaja untuk kebahagiaan mereka. Buktikan beli telefon harga RM6,000 boleh jana RM6,000,000! Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/kalau-nak-seribu-daya/

Soalan: Apa BIG DONT tuan dalam menulis posting? Jawapan: 1. Politik - buat orang bergaduh di ruangan komen. - orang tak berhenti beri pendapat sedangkan semua pendapat adalah betul buat orang yang memberi dan tak semestinya betul kepada yang menerima, oleh itu ia membuka ruang bergaduh. 2. Rasis - ia bukan rasis bangsa atau agama. Ia adalah perbandingan secara terang terangan. - contoh: duk cakap produk Apple lagi bagus dari Android, ia akan membuka ruang bergaduh yang tak berhenti. 3. Mengajar-ajar. - suka sangat guna ayat arahan mengajar sana sini, perli, sindir, buat status tergantung, tuju-tuju sana sini begitu begini. - membuka ruang fitnah dan buat orang tertanya-tanya. 3 ini JANGAN buat di wall masing-masing ok! #RahsiaPenulisanBerpengaruh Khairul Hakimin Muhammad. 💪💪💪

Percaya kepada diri sendiri gais. Itu mustahak sangat. Kita solat 5 waktu, tak solat kita berdosa kepada diri sendiri, kita z
Percaya kepada diri sendiri gais. Itu mustahak sangat. Kita solat 5 waktu, tak solat kita berdosa kepada diri sendiri, kita zalim kepada diri sendiri, kita kejam kepada diri sendiri. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/percaya-kepada-diri-sendiri/

Disiplin waktu untuk berjaya, kita lakukan ini sama-sama. Letak dalam kepala ada 2 waktu yang kita kena sentiasa kuat berdisiplin. Tulis dalam diari siap-siap! Saya tulis 5 dan 10. 5 pagi hingga 10 pagi- Bangun, mandi, solat sunat, stretching, sedekah, senaman, sarapan, baca buku, mengaji, zikir, keluarga. 10 pagi hingga 5 petang - Planning, checklist, jumpa orang, kelas, baca buku, jumpa team, sosial media. 5 petang hingga 10 malam - mengaji, senaman, update checklist, idea, more planning, network, baca buku. 10 malam hingga 5 pagi - tidur. ** Ini hanya contoh sahaja. Kalian boleh pilih waktu yang kalian suka. Jadikan ia sebagai disiplin hidup. Susun siap-siap, hidup kalian akan mula berubah apabila masuk ke bulan ke-2. Boleh jadi akan bermula bibit nak jadi kaya raya, boleh jadi juga kalian sangat lapang menerima ujian, tenang dalam menghadap cabaran, ceria dan sentiasa positif. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Team 5 pagi, cuma kadang-kadang terlepas waktu tidur ke 12 malam. Its okey!

Kawan-kawan, kita ini kurang kebergantungan kepada Allah. Kita tahu kita ada 24 jam sehari. Jadi kita bertuhankan jam tersebu
Kawan-kawan, kita ini kurang kebergantungan kepada Allah. Kita tahu kita ada 24 jam sehari. Jadi kita bertuhankan jam tersebut. Kita lupa Allah boleh buat apa sahaja. Allah boleh cepatkan, Allah boleh lambatkan. Semua Allah boleh. Jadi apa yang kita kena buat? Berharap kepada Allah. Berdoa kepada Allah, meminta kepada Allah. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/kuat-kebergantungan-kepada-allah/

Soalan: Bagaimana nak pastikan artikel kita itu akan disukai oleh pembaca di media sosial? Jawapan: 1. Mengeja dengan betul. 2. Mesti berbentuk cerita (story). 3. Jika pengalaman sendiri, lebih baik. 4. Mesti ada kesan positif. Jika dalam bentuk negatif, akan dapat audien yang negatif. #RahsiaPenulisanBerpengaruh

Apa sahaja kedudukan kita sekarang, kena besarkan jiwa. Kena ada perasaan bersyukur atas apa yang ada sekarang. Kemudian beru
Apa sahaja kedudukan kita sekarang, kena besarkan jiwa. Kena ada perasaan bersyukur atas apa yang ada sekarang. Kemudian berusaha untuk capai 1 lagi benda baru. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/buat-diri-sendiri-bangga/

Sungguhlah, kot macam mana pun keberkatan itu datang dari ibu bapa, keluarga, isteri (atau suami), adik beradik dan seluruh a
Sungguhlah, kot macam mana pun keberkatan itu datang dari ibu bapa, keluarga, isteri (atau suami), adik beradik dan seluruh ahli yang lain. Doa mereka ini adalah penguat kepada kejayaan kita hari ini. Jadi akar, jadi tunjang. Walau orang tak nampak, namun itulah yang memegang kita jadi kuat, jadi hebat dan mampu meneruskan usaha sampai ke pucuk yang mencecah awan. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/keberkatan-dari-ibu-bapa/

Nikmati 6 jenis biskut dalam 1 harga! Dapatkan OneBite Wonderpack OneCookies gais! Ready stok! Isnin kami kurierkan terus. Ha
Nikmati 6 jenis biskut dalam 1 harga! Dapatkan OneBite Wonderpack OneCookies gais! Ready stok! Isnin kami kurierkan terus. Hanya RM39 sahaja! Free kurier! Klik sini lekas: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Kuliah subuh itu hari tentang doa yang lambat makbul, ia adalah disebabkan: 1. Tidak bermula dengan memuji Allah. 2. Terlalu
Kuliah subuh itu hari tentang doa yang lambat makbul, ia adalah disebabkan: 1. Tidak bermula dengan memuji Allah. 2. Terlalu fokus diri sendiri sampai tidak berdoa untuk ibu bapa, ibu bapa mentua (jika ada) adik beradik, ipar duai, isteri, anak, kaum keluarga. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/doa-yang-lambat-termakbul/

Kawan-kawan yang betul serius bermain dengan media sosial untuk berniaga dan membina pengaruh. Tak perlu bimbang jika pengikut (follower) sekarang baru 100, 200, 500. 1. Bina pengikut mengikut kepakaran. 2. Tidak beritahu benda yang sentiasa nak angkat diri dalam bentuk perakuan seperti "saya mahir begitu begini". Alihkan dengan bukti atau hasil dari mengusahakan sesuatu. Contoh pandai masak, tak perlu cakap pandai masak, namun bangunkan content resipi. 3. Tidak sesekali beritahu proses kesusahan selagi belum berjaya. Proses biasanya berbentuk tunjuk ajar dan berkisar hal-hal kerja. Kejar kejayaan dahulu, baru cerita bagaimana sukarnya sampai ke tempat yang dituju. Baru anda mula mendapat respek. Pastikan semua posting berbentuk positif dan tidak mengajar-ajar. Membina pengaruh perlu merendah diri, ada daya 'manusia' (human being) dalam perkataan dan sentiasa peka (alert) dengan emosi orang lain. Erti kata lain, jaga hati audien walau ia memang sukar dilakukan. Kemudian, lihatlah bagaimana sedikit demi sedikit anda akan dapat pengaruh dalam bidang anda. Tenang-tenang, saya juga bermula dengan kosong. Khairul Hakimin Muhammad, Tak pernah pakar. Biasa-biasa sahaja.