ar
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 36 270 مشتركاً، محتلاً المرتبة 283 في فئة التسويق و RR والمرتبة 908 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 36 270 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 23 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -379، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -8، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 9.20‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.02‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 0 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 734 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 24 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

36 270
المشتركون
-824 ساعات
-987 أيام
-37930 أيام
أرشيف المشاركات
Cuba bayang, setiap hari kerja kita bangun solat dan berdoa semoga murah rezeki, dipermudah segala urusan dan minta kepada Al
Cuba bayang, setiap hari kerja kita bangun solat dan berdoa semoga murah rezeki, dipermudah segala urusan dan minta kepada Allah supaya hidup kita berubah. Kita doa semua itu mungkin sudah 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun. Dan belum makbul. Rupa-rupanya setiap kali kita berdoa isnin hingga jumaat, kita pergi kerja. Namun Allah beri kita jalan dan peluang pada sabtu dan ahad. Dan peluang itu pula kita habiskan dengan tidur kerana kita rasa itulah waktu rehat yang kita ada. Saya ingat cikgu saya pesan; “Pastikan tak tidur langsung lepas subuh. Allah suka makbulkan doa selepas melihat orang itu konsisten meminta dan berusaha. Kalau kita kerja 5 hari, 2 hari kita tidur, maka kita rugi 29% dari usaha kita. 2/7 = 29% 5/7 = 71%. Jumlah itu sangat banyak dan kita tak boleh rugikan diri. Kita dah tidur, rehat waktu malam, maka pada setiap hari, konsistenlah berbuat sesuatu supaya kita dapat memberi lebih lagi kepada otak untuk berfikir dan tubuh untuk berbuat. Begitulah. #KHM

Kita Puasa Arafah sama-sama esok jom!
Anonymous voting

Beberapa jenis buku wajib dibaca untuk kalian mula menulis #content di media sosial: 1. Buku berkaitan dengan topik yang telah dipilih untuk ditulis. Ia akan membantu kalian mendapatkan idea dan meluaskan pandangan tentang apa yang kalian nak tulis. Contoh: Suka memasak, buku resipi. Suka travel, travelog. Suka berkebun, buku tentang pokok dan sebagainya. Suka bersukan, buku tentang kesihatan badan dan sebagainya. 2. Novel. Ia akan membantu kalian menulis ayat yang ada emosi terhadap satu-satu hal. Hanya novel sahaja mempunyai kisah keluarga, cinta, kehidupan dan masyarakat. Contoh novel yang bagus dijadikan rujukan: Padang Bulan, Andrea Hirata. Kunang Pesisir Morten, Raiha Bahaudin. Merantau Ke Deli, Buya Hamka. Maryam, Okky Madasari. Bahalut, Faisal Tehrani. Dentang, Saharil Hasrin Sanin. Bidadari Bermata Bening, Habiburrahman El-Shirazy. Surat Kecil Untuk Tuhan, Agnes Davonar. Perjudian, S. Othman Kelantan. Dan banyak lagi. 3. Buku rujukan agama tentang kisah nabi / kisah-kisah di dalam Al-Quran / tafsir Al-Quran. Ini untuk kalian mudah faham bagaimana satu-satu perkara yang kita nampak, kita lihat, kita dengar ada batas-batas agama yang kita kena ikut untuk fikir sama ada wajar atau tidak disebarkan. Yang saya sering rujuk ialah: Surah Yusuf - Tafsir Al-Quran. Menggapai Bintang - Kisah di dalam Al-Quran, Ustaz Syaari Abdul Rahman, Kisah-Kisah di Dalam Al-Quran, Dr. Hamid Ahmad Ath Thahir. When The Moon Split - Saifur Rahman Mubarakpuri Dan banyak lagi. *** Jadikan teman rapat buku-buku begini untuk kalian baca. Kalian akan dapat momentum untuk mula menulis. Kebiasaannya ia akan memberi kalian banyaknya idea, dan apabila ia berlaku, mudahnya kalian nak menulis. Buku-buku ini bukan untuk dicopy-paste isinya, ia adalah untuk rujukan sahaja. Kita baca, perkataan akan masuk dalam kepala, dan itulah yang kita akan hamburkannya keluar nanti. Tak membaca, tiada perkataan dalam kepala, dan kita akan tersangkut kerana mencari-cari ayat sesuai. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Baca lagi dan lagi. Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

PENDAFTARAN TUTUP JAM 8.00 MALAM INI gaisss! Dah daftar ke belum ni gais? Kelas ini akan bantu kalian bagaimana nak sentiasa
PENDAFTARAN TUTUP JAM 8.00 MALAM INI gaisss! Dah daftar ke belum ni gais? Kelas ini akan bantu kalian bagaimana nak sentiasa ada posting di wall sosial media kalian. Sentiasa ada idea, Sentiasa ada benda nak post! Hanya RM49 jaaa! Lekas daftar di sini ya: Kelas Content Mapping: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Nak buka butang Follow di Facebook: 1. Buka FB 2. Setting FB 3. Cari Public Post. 4. Cari Who Can Follow Me. 5. Klik Public. Kita sendiri tak nampak butang follow tersebut. Orang lain akan nampak. Kalau belum ada follower, belum keluarlah jumlah follower tersebut. #KHM

Jika anda serius membangunkan profile di Facebook, ruangan Friends perlu jadi Friends. Kesilapan mengambil mudah tentang hal ini dengan memasukkan sesiapa sahaja dalam jaringan kawan-kawan akan menyusahkan kalian sendiri. Kesemua friends yang sudah menerima pelawaan akan nampak apa yang anda tulis, begitu juga dengan anda akan nampak apa yang dia tulis. Maka akan mula berlaku sesi suai kenal dengan keadaan tidak sesuai, suasana yang hiruk pikuk, lalu kalian tidak serasi dan terus unfriend. Kalian pun kata, "entah siapa-siapa add aku dulu." Ingat, ruangan itu diisi dengan persetujuan ke dua-dua belah pihak. Seorang hantar pelawaan, seorang lagi terima. Jadi tak perlu salah menyalah. Tapis dan buka butang follower. Itu yang terbaik. Saya sendiri, ada 2,200 friends sahaja dan 290,000 pengikut. Tidak semestinya memenuhkan ruangan friends barulah boleh dibuka butang follower. Buka sahaja bila-bila masa. #RahsiaPenulisanBerpengaruh

Sekiranya kalian ada team / group untuk dapatkan Kelas Content Marketing atau Kelas Content Mapping bersama saya dah team, ka
+2
Sekiranya kalian ada team / group untuk dapatkan Kelas Content Marketing atau Kelas Content Mapping bersama saya dah team, kalian boleh terus hubungi PA saya (Kak Wan) di talian 0193505175. Whatsapp sahaja ya. Kita boleh susunkan kelas untuk kalian. Baru sahaja selesai team TUPPERWARE MALAYSIA, hampir 100 orang!

Kita sudah ada topik untuk menulis, juga dah mula membaca, bagaimana nak buat langkah pertama untuk siapkan #content di media sosial kita ini, baik, buat 3 langkah ini dahulu untuk permulaan: 1. Pendahuluan, tak perlu tajuk, tak perlu heading, terus sahaja ke isi penting dalam perenggan yang pertama. Social media (di personal account) benar-benar bersifat seperti kita sedang bersembang. Jadi terus sahaja kepada poin. Orang akan faham itulah topik kita. Contoh: “Pagi ini alhamdulillah dapat makan nasi kerabu biru. Punyalah lama nak cari.” - Topik di atas adalah nasi kerabu. Tak perlu pun letak tajuk “Nasi Kerabu Sedap Paling Agung.” Yang ini akan menyebabkan orang terus jump to conclusion dan tak baca sampai habis. 2. Perenggan ke-2, letakkan isi yang ke-2 iaitu yang menguat perenggan pertama. Ia mesti ada emosi yang kuat. Contoh: “Nasi yang ini kawan aku rekemen, dia kata sedap, aku cubalah. Memang ya, nasinya memang guna bunga telang, dia punya aksesori, daun ulam bagai, budu dengan dia punya sambal, terbaik weh, rasa nak tambah dua tiga pinggan! Sedap amat!” Kita sebut terus apa elemen nasi tersebut. Kalau ia tak jadi penguat, maka posting kalian tidak akan menjadikan orang nak baca. Maksud emosi yang kuat itu ialah kita dapat bayangkan apa yang disampaikan. Seperti tulisan di atas, sedapnya itu macam nak tambah dua tiga pinggan, kita boleh bayang perkara itu kan? 3. Penutup mesti memberi impak positif kepada audien. Kalau tak, kita seorang sahaja yang faham. Contohnya: “kau orang kalau nak makan nasi kerabu sedap ya ampun ini, lokasinya di belakang Warta, nama restorannya Nasi Ayam Kampung kalau tak salah. Kau pergi sahaja situ, lorong ke dua dari Warta. Ada sebelah kiri setentang dengan Pusat Dialisis tersebut. Pagi-pagi depa dah buka dah. Kena cuba okeh!” Dalam hal makanan atau travel atau mana-mana tempat kita nak rekomen, memberi tahu lokasi yang tepat adalah impak positif yang kita boleh beri kepada audien. Ia kerana audien boleh pergi terus untuk beli. Itulah maksud impak positif dalam hal ini. *** Selesai 1 posting, entah-entah ada orang share posting tersebut. Untuk posting ulasan ringkas begini, yang wajib ada ialah: Gambar sepinggan nasi, Gambar susunan lauk / aksesosi nasi kerabu, Gambar dalam kedai, Gambar luar kedai. Selfie dalam kedai. Lima atau enam keping sudah memadai. Juga pastikan setiap empat atau lima baris ayat, ada perenggan. Dan akhir sekali setiap satu gambar, wajib ada caption. Dan yang paling penting tolonglah fokus kepada asas content iaitu Fakta, Emosi, Bahasa dan Impak Positif, tak perlu berjela membebel, tulis apa yang perlu sahaja ya. Okeh Settle. Senang kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak mula hari ini, kalian rugi. Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Dah daftar ke belum ni gais? Kelas ini akan bantu kalian bagaimana nak sentiasa ada posting di wall sosial media kalian. Sent
Dah daftar ke belum ni gais? Kelas ini akan bantu kalian bagaimana nak sentiasa ada posting di wall sosial media kalian. Sentiasa ada idea, Sentiasa ada benda nak post! Hanya RM49 jaaa! Lekas daftar di sini ya: Kelas Content Mapping: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Nak berniaga dan dapat jualan lebat hebat mantap kaya juta-juta ini sifirnya mudah sahaja. Walau kita ada banyak perancangan, team power, gadget serta teknologi sistem bagai yang canggih manggih, namun kalau tak ada formula yang ini boleh jadi kalian tumbang begitu sahaja. Konsepnya ialah memberi. Analoginya mudah sahaja. Nak tangkap ayam, kalau kita kejar, dia lari. Jadi cara mudah ialah tabur beras, tabur makanan. Ayam pun datang. Kita pun senang tangkap. Kalau dapat tahu ada kucing garang yang sedang sakit kita nak bantu, dia menjerit-jerit marah, nak gigit kita, kita beri dia makan, dia akan perlahan-lahan faham yang kita nak bantu dia. Kalau nak rumah ada burung datang singgah, nak tengok kupu-kupu atau rama-rama terbang di halaman, maka kita tanamlah pokok bunga. Pasti kita akan dapat lihat keindahan itu. Semua itu perlu “modal” iaitu memberi. Kalian pergilah ke mana-mana jumpa orang kaya, syarat mereka mudah sahaja, mereka akan tanya “hari ini berapa banyak kau memberi.” Atau soalan yang saya sendiri pernah dinasihat. “Khairul, sebelum balik rumah, pastikan dah memberi sesuatu kepada sesiapa. Pastikan. Sama ada sedekah, hadiah, belanja makan atau apa sahaja, yang penting beri. Itu semua punca kepada banyaknya pintu rezeki terbuka.” Sebab itu perniagaan untung. Hati lega, hidup tenang kerana rasa berkongsi itu sentiasa ada dalam kepala. Kawan-kawan, sama ada kalian makan gaji atau berniaga, berusaha setiap hari memberi sesuatu. Bukan sekadar ambil sesuatu. Beri akan buat “simpanan” kalian di sana nanti bertambah. Dalam masa sama, Allah balas siap-siap semasa kita hidup hari ini. Utama keluarga, utamakan yang ada dalam rumah sendiri, kemudian ibu bapa, adik beradik ipar duai biras anak saudara semua. Kemudian lihatlah siapa yang paling hampir. Team sendiri, kakitangan serta yang sentiasa kita dapat jumpa. Kemudian diikuti kawan-kawan, saudara mara serta sesiapapun yang ada di sekeliling kita. Dan paling best ialah apabila berjumpa sahaja sesiapa yang perlu bantuan, spontan sahaja beri. Walau kita tahu dia takkan dapat balas balik kerana mungkin tak kenal kita, namun percayalah doa yang dia panjatkan kepada kita boleh jadi makbul dan sentiasa penuh dengan kebaikan. Kawan-kawan, dengan memberi, rezeki kita lebih luas. Kita dapat beri orang makan, orang happy. Dan Allah sayang kepada mereka yang buat orang lain gembira. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Hidup untuk memberi. Rindunya.

Modul Kelas Content Mapping: - the power of content mapping - kegunaan aplikasi untuk penghasilan content. - analisi content
Modul Kelas Content Mapping: - the power of content mapping - kegunaan aplikasi untuk penghasilan content. - analisi content plotting. - teknik content plotting - cara kira penghasilan posting. Semua ini bukan RM2,499 gais. Hanya RM49 sahaja! Lekas dapat seat kalian ya! Kelas pada 17hb Julai 2021, 9.30 malam! Lekas book seat andaaaa! Klik sini sekarang! https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Jumpa 9.15 nanti ya kawan-kawan. Guane nak maintain positif!
Jumpa 9.15 nanti ya kawan-kawan. Guane nak maintain positif!

Orang positif = mendengar, suka belajar, suka penyelesaian, tenang, tukar stress kepada peluang, suka bincang, bercakap hal baik, suka keindahan, jika lemah minta, jika kuat bantu. Nampak / dengar benda buruk lekas istighfar. Orang negatif = sembang masalah tanpa solusi, kuat mengeluh, suka merungut, tak suka penyelesaian, memburuk tanpa had, tak suka perubahan, tak suka belajar, benci kebaikan, hanya nampak benda tak elok, tak baik dan buruk. Selamat pagi kawan-kawan. #KHM

Kita jumpa jam 8.15 malam ini ya kawan-kawan!
Kita jumpa jam 8.15 malam ini ya kawan-kawan!

Gais. Rebut sekarang. RM39 sahaja. Mula 12 tengah malam ini, harga kelas ini naik ke RM49 tau! Belajar bagaimana nak buat ban
Gais. Rebut sekarang. RM39 sahaja. Mula 12 tengah malam ini, harga kelas ini naik ke RM49 tau! Belajar bagaimana nak buat bank content. Dari 1 topik boleh create lebih 1,000 posting! Klik sini ya! https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Tenang sahaja jika apa yang kalian sampaikan di media sosial itu dapat 1 share, 10 share, 15 share. Itu pun sudah cukup banyak. Selagi ia memberi kebaikan, apa sahaja yang dihebah dan dikongsi kembali kemudian mereka buat dan amalkan adalah pahala yang berpanjangan. Yang penting ialah membuat dan menulis posting kebaikan dengan konsisten. Ingat kawan, biar sedikit, namun konsisten. Macam kita mengaji, tak apa dapat sehelai dua sehari, namun apabila buat setiap hari, ia konsisten. Juga seperti kita solat 5 waktu sehari. Hanya sekitar 25-30 minit sahaja diambil dari 24 jam sehari untuk solat, namun jika konsisten, ia akan mengubah keseluruhan hidup kita ini. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, #KongsiKebaikan

Ready ya 9.30! Bismillah!

Pendaftaran Kelas Content & FB Writing malam ini ditutup jam 8.00 malam ya kawan-kawan. Lekas daftar. Selepas ini tak tahu bila lagi kelas akan dibuat semula. RM49 sahaja! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Perkara penting yang kita kena tengok ialah perhatikan apa yang kita sendiri buat setiap hari. Ini semua beri kesan. Berhenti
Perkara penting yang kita kena tengok ialah perhatikan apa yang kita sendiri buat setiap hari. Ini semua beri kesan. Berhenti salahkan orang kalau kita jadi begitu jadi begini. Semua salah sendiri. 1. Kalau kita buka phone, apa kita tengok. 2. Kalau kita buka tv, apa kita tonton. 3. Kalau kita jumpa kawan, apa kita sembang. 4. Kalau kita bersua keluarga, apa kita borak. 5. Kalau kita beli buku, buku apa kita baca. 6. Kalau kita keluar rumah, apa yang kita pandang. 7. Kalau kita berdoa, apa kebaikan yang kita nak. Atau kita pergi minta kerosakan orang. Ha semua ini tentukan kita siapa. Cara kita berfikir dan berbuat akan tentukan sama ada kita nak berjaya atau tak. Semua kita. Berubah sekarang gais! Bismillah! Khairul Hakimin Muhammad, Dulu pun begitu. Kita berubah jom.

Untuk kelas malam esok masih ada kekosongan tau! Lekas daftar! Hanya RM49 sahajaaaa. Klik sini segera ya https://khmonecookie
Untuk kelas malam esok masih ada kekosongan tau! Lekas daftar! Hanya RM49 sahajaaaa. Klik sini segera ya https://khmonecookies.com/shop/000001