ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 34 993 مشتركاً، محتلاً المرتبة 277 في فئة التسويق و RR والمرتبة 907 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 34 993 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 14 أكتوبر, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -351، وفي آخر 24 ساعة بمقدار 0، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 8.05‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 3.24‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 2 819 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 1 134 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 15 أكتوبر, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

34 993
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-1067 أيام
-35130 أيام
أرشيف المشاركات
Mengikut JeffBullas.com, ada 3 jenis saluran pengedaran content yang bagus dalam dunia internet. Ia disebut sebagai Digital Marketing Trifecta. 1. Owned Media (Media yang kita dimiliki): Owner yang memiliki sendiri platform ini seperti blog dan website. Biasanya ia menjadi tumpuan kerana penulisan blog dan dalam masa sama, kedai diwujudkan supaya memudahkan pembelian. 1. Earned Media (Media yang diperoleh) - Sebaik sahaja anda meletakkan content anda di saluran ini, audien akan dapat membaca dan berkongsi secara terus. Biasanya ia adalah akaun media sosial yang percuma seperti Facebook, Instagram, Twitter, Kontakte, Tumblr, Flikr, Sweebee, Youtube dan sebagainya. Ia membawa kepada pendedahan lebih organik untuk content anda dalam bentuk likes, komen dan share. 3. Paid Media (Media berbayar) - Dalam lanskap media sosial semasa, update content yang dihybrid dengan iklan akan dilihat oleh peratusan kecil pengikut. Iklan ini datang dalam bentuk sponsored, boost post dan sebagainya. Ia adalah akaun berbayar (atau iklan berbayar) dari media sosial seperti Facebook dan Instagram. Jika kalian lihat ke 3-3 jenis platform ini, ada 1 sahaja titik persamaan. Iaitu CONTENT. Jika content bagus, orang suka dan orang akan setia datang ke situ walau di mana ia berada. Bangunkan content di media yang anda miliki dan lihatlah kalian akan dapat bina pengikut dan mudahnya membuat jualan sampai juta-juta. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, www.khairulhakimin.com

photo content

Aturan tagging: 1. Posting tersebut wajib ada kaitan dengan tuan badan yang kita tag. 2. Tak boleh semua post kita bantai tag orang. 3. Tagging sebaiknya dalam posting. Bukan di ‘with’ atau terbit di sebelah atas posting. 4. Tak boleh duk cakap “feel free to untag kalau tak suka.” Banyak cantik muka kau, kau tepek iklan dekat dinding rumah orang, kemudian kau suruh tuan rumah cabut sendiri? 5. Tagging dalam story / posting / cerita biasanya akan lebih dapat impak yang bagus. Contoh, saya dan (nama orang yang ditag) akan ke Jepun dalam masa 2 minggu lagi. Ha barulah ok. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak suka kena tag yang tak ada kaitan dengan diri. Yang ada, saya okey ja! Nak tips lagi? Klik sini: https://t.me/ContentKHM

10 Tanda Anda Sudah Matang Bermain Media Sosial. 1. Hanya memuat naik perkara yang perlu sahaja. Hal peribadi, kejayaan atau kesedihan yang tidak mempunyai apa-apa impak kepada pembaca lain, tidak dimuat naik kepada umum. 2. Bermain media social hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Masih boleh berinteraksi dengan baik bersama kawan-kawan dan keluarga. 3. Pilih bahan bacaan yang betul dan tepat. Tidak sesekali mengikut rentak orang lain dengan mengetahui hal viral yang tidak penting, tidak perlu dan membuang masa. 4. Hanya tekan share apabila perkara itu sahih, memberi impak positif dan untuk menyebarkan kebaikan sahaja. Selain dari itu, abaikan. 5. Banyak memberi peluang kepada diri untuk siasat terlebih dahulu mana-mana berita sebelum copy dan paste di medan lain seperti Whatsapp dan sebagainya. Tak perlu jadi hero untuk sentiasa kekal nombor 1 dalam menyampaikan berita. Tak ada siapa nak anugerahkan perkara itu. 6. Menghormati perbezaan apabila ada perbincangan. Sekiranya dikecam kerana berbuat salah dan silap, tak perlu bertahan untuk sombong, boleh sahaja memohon maaf dan teruskan bermain media social seperti biasa. 7. Tidak mengecam orang lain sekiranya dia berbuat salah dan silap. Tegur dengan baik dan lebih baik secara PM tepi. 8. Tak perlu paksa orang untuk menerima pendapat atau cadangan kita. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan apa yang kita utarakan, berlapang dada untuk terima. 9. Menghormati tuan punya posting tanpa perlu copy paste. Sekiranya mahu kongsi, klik butang share. Copy dan kemudian letak kredit di medan sama (Facebook) tetap tidak ada integrity. Jika paste di web, blog, whatsapp dan medan lain, ia ok. 10. Sesekali, enjoy sahaja bermain media social. Banyakkan buat posting kebahagiaan, hentikan kecam sana kecam sini. Tulis benda baik, kongsi perkara yang kita suka buat dan sentiasa kemaskini kebaikan, ia akan kembali semula kepada kita. Audien kita adalah apa yang kita muat naik. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ulang Tahun ke-10 bermain Facebook.

Wah lamanya tak update. Sorrriii. Masih di Iceland. Kang saya kasi ya!

Kenapa orang tak mahu baca cerita kita? 1. Terlalu banyak watak (character). 3 watak maksimum untuk penulisan di media sosial. Contoh nak cerita tentang parenting, cukup tentang anak kita, kita dan isteri atau suami, tak perlu pergi ambil tambah watak anak jiran anak Jessica Alba bagai. 2. Terlalu banyak plot. Maksimum 3 plot sahaja untuk dimuat naik di Facebook. Mesti ada naik turun emosi, dan pengakhiran, mesti memberi impak positif walau emosinya sedih. 3. Sangat bagus ada conflict dan solusi. Contohnya, anak malas belajar (conflict) jadi terus beri step by step untuk anak menjadi rajin (solusi). 4. Ending dengan ibrah, impak positif yang audien boleh buat terus apabila sudah baca. Barulah orang akan klik butang share dan berkongsi sesama kalian. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Salam dari Dubai, Transit sat.

Mana yang sudah membuat pembayaran untuk sertai Affiliate menjual E-Book saya, kalian akan: 1. Menerima email untuk pendaftaran. 2. Reka sendiri ID, masukkan detail-detail lain. 3. Kemudian, Log in ikut apa yang kalian daftar tadi. 4. Sesudah log in, tengok di panel bahagian atas, ada tulis Link Affiliate. Ada 2 link, 2-2 boleh guna untuk buat promosi. 5. Link itu perlu digunakan untuk orang lain membuat pembelian e-book, dari situ, komisen kalian akan dikira. Jangan ambil dan copy link orang lain ya. Nanti orang itu yang akan dapat komisennya. 6. Komisen akan dikemaskini setiap 24 jam. 7. Kalian boleh sertai Channel Telegram yang dimaklum melalui emel untuk dapatkan copy-writing percuma bagi nak buat iklan dan sebagainya. Hanya copy-paste sahaja ke wall kalian. Nak buat Ads pun boleh. 8. Sekiranya ada masalah, boleh hubungi Whatsapp Cik Rahmah di talian: +60 13 924 9877 Terima kasih! Selamat menjual semuanya! Khairul Hakimin Muhammad, Kita buat sama-sama.

Hai semuaaa! Kami buka pendaftaran sesiapa yang nak join Affiliate E-Book kami. Hanya RM30 sahaja! Keuntungan 30-50% kami beri cash terus komisen tersebut. Baca dekat sini ya. https://www.facebook.com/1409650354/posts/10217883240858559/

Untuk sabtu / ahad, kalian boleh buat jualan pada jam 1.00pm. Buat Show Dont Sell. Caranya: Letak 1 poster (1 produk sahaja). Caption: Nama Produk, Harga, Harga Kurier, Whatsapp Link. Tak perlu ada penerangan.

Bermain media sosial perlu ada “mood management” yang baik. Sekiranya kalian sedang resah, gelisah, bimbang, muram, baru kena marah baru ada masalah, maka jauhi media sosial. Biasanya luahan di sini akan menyebabkan kalian lebih terjurus untuk menulis perkara yang tidak rasional dan ianya boleh jadi memburukkan lagi keadaan.

Mari baiki kita punya akaun sosial media dengan tulisan yang bermanfaat. Jika kalian mahukan suasana yang baik, selesa di mana-mana ruangan internet yang kalian ada, kalian juga perlu mulakan perkara yang sama. Guna nama manusia, Guna gambar profile yang betul dan benar, Sentiasa ambil masa untuk berfikir sebelum komen, Membaca apa yang perlu sahaja, Larang diri untuk terbabit dalam mana-mana pergaduhan, Elakkan diri sendiri dari memuat naik perkara yang boleh timbulkan persengketaan, Berhenti duk mengajar-ajar dan memberi perintah, suruh-suruh dalam pesanan, Dan banyak lagi. Sosial media ini tak ada limit. Orang boleh print screen, share dan kongsi seterusnya jadi bukti setiap kesilapan kita. Fikir dulu sebelum buat ya!

Untuk posting yang tanpa emosi (atau kurang elemen emosi) kalian boleh gunakan dengan cara bernombor. *** Contoh posting menggunakan nombor: Nak Kurus Semulajadi Dalam 10 Minggu. 1. Minum air sebanyak 3 liter sehari. 2. Senaman 30 minit sehari. 3. Makan dengan portion suku-suku separuh. 4. Kurangkan minum air manis. 5. Kurangkan pengambilan nasi. *** Jika kalian lihat, memang tiada perkataan yang ada kaitan dengan emosi seperti gembira, sedih, suka, duka, boring, menyampah, ok, tak ok semua. Ianya direct kepada poin yang kita nak sampaikan. Posting bernombor seperti ini jika kalian tulis mengikut kemahiran, kepakaran dan pengetahuan kalian, boleh jadi akan jadi ikutan, butang share akan diklik dan menjadi manfaat kepada ramainya orang. Kalian boleh ikuti #TipsContentKHM di Telegram ini ya: https://t.me/ContentKHM https://t.me/ContentKHM https://t.me/ContentKHM

Biasanya hari jumaat, saya fokus letak tips, letak posting yang bersifat numbering. Posting begini akan memudahkan orang membaca, rasa relaks dan rasa teruja. Pagi 1 posting (sekitar 7-11am). Tengah hari 1 posting hari (12-2pm) Petang 1 posting (4-6pm) Malam 1 posting (8-10pm) Cuma posting numbering itu 1 sahaja dari 4 kali itu. 3 lagi saya buat review, iklan dan juga posting side sahaja.

Kita boleh lihat ada banyak isu pada setiap hari di media sosial yang kita pilih. Cuma, adakah perlu kita ulas semua? Ya - jika kita boleh susun semua isu itu kemudian kita letak pada setiap posting berbeza mengikut isu. Isu = topik yang kita pilih. Tidak - jika kita hanya mahu fokus kepada niche sendiri sahaja. Jadi hanya baca dan teruskan posting lain seperti biasa.

Ada ramai antara kita menulis status dengan menggunakan quote atau kata-kata hikmah / mutiara dari sesiapa yang kita suka. Biasanya kata-kata itu adalah sepadan untuk kita. Namun membawanya ke media sosial, boleh jadi ia berubah kepada perli-perli dan menuju-nuju kepada seseorang yang kita mahu dia baca. Ia akan terjadi apabila kita tidak jelaskan tentang quote tersebut dan ianya akan tergantung di situ. Jadi untuk guna quote, ia mesti ada landas cerita, ada kupasannya dan ada kelebihannya yang diceritakan ya. Tak boleh hanya letak seperenggan quote itu begitu sahaja jadi sebuah posting. Ia bukan posting yang bagus.

Soalan: Boleh ke waktu pagi-pagi saya sekadar ucap salam sahaja tuan di wall. Tak tahu nak tulis apa. Jawapan: Boleh. Cuma ucapan biasanya bukan content. Kita mengharap ada balasan di dalam ucapan dan jarang orang share ucapan tersebut. Ia masuk dalam kategori posting “side” iaitu sekadar nak dapat enggagement. Namun jika ianya posting yang berulang, orang akan bosan. Tetap kena cari jalan untuk ianya menarik.

Tips #2 Semasa di conference DMWF, London baru-baru ini, dikatakan kebanyakkan negara Asia Tenggara tidak punya waktu tertentu yang tinggi penggunaan media sosialnya. Ia hanyalah sekitar jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Pada waktu ini hampir sama sahaja jumlah pengguna Instagram, Twitter dan Facebook berkumpul.

Aduh panjangnya

Tips #1 Mengeja dengan betul di semua platform komunikasi. Cewah. (Haha padahal baru buka Telegram). Sabar semua ya.

sticker.webp0.35 KB