ar
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

الذهاب إلى القناة على Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Khairul Hakimin Muhammad

تُعد قناة Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 36 285 مشتركاً، محتلاً المرتبة 283 في فئة التسويق و RR والمرتبة 907 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 36 285 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 22 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -387، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -16، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 9.02‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.02‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 0 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 734 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 23 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة التسويق و RR.

36 285
المشتركون
-1624 ساعات
-947 أيام
-38730 أيام
أرشيف المشاركات
Islamik Kalendar One Cookies_compressed_3.pdf8.55 MB

Kalendar Islam gais. Semoga bermanfaat

Anda akan sukses jika sentiasa fikir lebih dari 1 perkara nak dibuat dengan apa yang anda suka. Sebagai contoh: Anda suka mem
Anda akan sukses jika sentiasa fikir lebih dari 1 perkara nak dibuat dengan apa yang anda suka. Sebagai contoh: Anda suka membuat kuih melayu. Jadi: 1. Boleh berniaga kuih tersebut. 2. Boleh mengajar orang lain buat kuih tersebut. 3. Boleh bantu orang lain menjual kuih tersebut (sistem ejen). Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/fikir-lebih-dari-1-perkara/

Untuk menjual, #content yang bagus biasanya mempunyai kekuatan luar biasa perkataannya. Biasanya, apabila orang baca, orang akan beli terus. Ia adalah 5 perkara ini: 1. Gunakan panggilan yang sesuai. - awak, kamu, you, you all, anda, kalian. Bergantung kepada stail penulisan masing-masing. 2. Tambah sesuatu perkara dengan beri ia secara percuma. Perkataan percuma itu biasanya memberi nilai yang besar kepada audien. 3. Perkataan “kerana” sangat besar impaknya. Beritahu audien kenapa mereka perlu dapatkan produk / perkhidmatan kalian. 4. Perkataan “tidak rugi, kurang risiko, mudah, cepat, bagus,” akan beri audien rasa selesa. Beritahu audien yang produk / perkhidmatan kalian sangat rendah risikonya. (Namun tolonglah tidak gunakan pada tempat yang betul, mesti masih patuh syariah ya). 5. Beri arahan / perintah seperti “cepat! Lekas! Tinggal dua sahaja! Dapatkan sekarang!” Ini akan meningkatkan urgency dan audien akan membeli dengan segera. Begitulah. Selamat mencuba! Khairul Hakimin Muhammad, Kelas Content Mapping masih ada kekosongan. Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001

Sentapnya Ya Allah. Sungguhlah, duit itu memang boleh ja cari. Namun balik-balik semuanya untuk kembali ke sisi Allah. Lain m
Sentapnya Ya Allah. Sungguhlah, duit itu memang boleh ja cari. Namun balik-balik semuanya untuk kembali ke sisi Allah. Lain macam betul orang-orang kaya punya “pelaburan” untuk ke sana. Kita hanya nampak mereka pakai kot, berkereta mewah, namun kita tak pernah tahu disebalik semua itu ada “kerja” yang mereka usahakan. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/patutlah-makin-kaya-ini-resipinya/ .

Ini 5 kesilapan dalam menulis #Content yang kita buat. Biasanya benda ini menyebabkan orang tak teruskan membaca apa yang kita tulis. 1. Meletakkan tajuk. Biasanya heading yang tidak catchy atau yang “direct” akan menyebabkan orang jump to conclusion. Lebih selamat, tak perlu letak. Terus sahaja ke poin pertama di perenggan pertama. 2. Tidak buat perenggan. Jika tulisan kalian tidak ada perenggan langsung, ia akan menyebabkan kesukaran orang membaca. Walau cerita best, susah, sukar, orang menyampah dan akan skroll ke posting lain. 3. Tidak mengeja dengan betul. Banyak sangat singkatan, kesilapan ejaan dan menggunakan bahasa yang kalian sahaja faham akan menyebabkan orang lari dari wall kalian. 4. Banyak beri pendapat dari menulis fakta. Di media sosial, pendapat kita tak penting. Yang penting ialah perkara benar, kisah yang betul dan ada fakta. 5. Banyak membebel. Nak tahu merepek atau tak, tengok ada tak perkataan berulang dalam 1 perenggan. Contoh: Saya berjalan kaki menuju ke kedai Kak Limah. Kemudian berjalan ke sekolah, lalu saya nampak Makcik Rubi, saya menegurnya. Sudah bersembang saya berjalan lagi menuju ke rumah. 3 kali perkataan berjalan. Boleh sahaja ditukar ke: Saya berjalan kaki menuju ke kedai Kak Limah nak hantar kuih. Dah selesai, saya melangkah pula ke sekolah. Elok nampak Kak Rubi, bertanya khabar sekejap dan selesai sahaja semua, saya berlalu pulang ke rumah. Beza kan? *** Ini antara 5 dari banyaknya kesilapan yang kita buat di media sosial. Tulis panjang-panjang orang tak baca, merungut kenapa tulisan orang lain sedap dan sebagainya. Jujurnya, nak menulis atau nak banyak perkataan dalam kepala, ada 2 sahaja tekniknya. Pertama, banyakkan membaca. Jadikan rutin setiap pagi membuka 10-20 helai buku. Apa sahaja yang kalian suka, janji buat. Ke-2, keluarlah dari rumah. Minda terbuka dengan banyaknya melihat dan mendengar. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, #RahsiaPenulisanBerpengaruh

Untuk kekalkan semangat berusaha sentiasa ada dalam diri, lakukan ini kawan-kawan: 1. Rugi itu sementara, hari ini cuba rancang lagi, bincang lagi, buat lagi dan usaha lagi. 2. Gagal itu sementara, hari ini lihat semula, baiki dan bangun semula. 3. Dibuang, ditolak dan disisih itu sementara, pergi belajar, kuatkan ilmu, tajamkan kemahiran dan bangkit semula. 4. Tiada jualan itu sementara, patah balik dan lihat di mana salah, terima kesilapan dan baiki untuk naikkan semula. 5. Kena marah dengan bos, kena hina, kena ejek, semua itu sementara, duduk semula di kerusi kerja, fokus dan siapkan semuanya. * Kawan-kawan, Hampir semua benda dalam dunia ini hanya sementara sahaja. Berhenti jadi orang paling sedih dalam dunia. Kena apa sahaja halangan, cabaran, dugaan, letak dalam kepala “ini sementara sahaja.” Kalau tak letak, kita akan banyak sangat berfikir dan itu akan jadi penyakit dalam diri. Mula pening kepala, mula rasa meluat, rasa menyampah dan menambah benci. Ingat ini, boleh nak sedih, boleh nak marah, boleh nak kecewa, ambillah beberapa minit sahaja jangan lama-lama. Namun selepas itu bangkit dan berusahalah. Sesiapa yang Allah uji, itu tanda Allah sayang. Allah nak angkat diri kita, Allah nak beri lagi satu tangga. Jadi ujiannya semakin lama semakin berat. Sama juga apabila kita berjaya, boleh jadi itu juga sementara, mungkin Allah nak kasi kita lebih lagi hebat, lebih banyak lagi bantu orang dan Allah beri lagi ujian dan ujian. Semua atas kita, kita yang hadap. Kalau kita boleh berdepan semua itu dengan doa, solat, senyum, sabar dan baiki, maka kitalah orang yang hebat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit!

Kita yang kawal stress kita kawan-kawan. Stress bagus untuk bangunkan diri. Syaratnya ialah hadap baik-baik. Uruskan baik-bai
Kita yang kawal stress kita kawan-kawan. Stress bagus untuk bangunkan diri. Syaratnya ialah hadap baik-baik. Uruskan baik-baik. Orang suka stress, orang selalu stress dan boleh kawal adalah orang hebat. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/3-cara-hadapi-stress/

Dia sentiasa baiki diri dia sendiri, dia sering melihat kelemahan diri, dia selalu diri dia masih perlu belajar dan naikkan i
Dia sentiasa baiki diri dia sendiri, dia sering melihat kelemahan diri, dia selalu diri dia masih perlu belajar dan naikkan ilmu. Itulah orang positif, kaya dan berjaya. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/orang-positif-kaya-dan-berjaya/

10 Tabiat kecil ini akan ubah diri anda kepada lebih baik dalam tempoh setahun. Ia adalah: 1. Jam berapa anda bangun setiap pagi. 2. Bagaimana anda habiskan masa pagi tersebut. 3. Bagaimana anda bersyukur pagi tersebut. 4. Bagaimana anda bercakap kepada diri sendiri pada pagi tersebut. 5. Apa yang anda baca setiap hari. 6. Siapa yang anda jumpa dan bercakap setiap hari. 7. Siapa yang anda berikan tenaga setiap hari. 8. Siapa yang ada akses kepada emosi dan hal peribadi anda setiap hari. 9. Apa yang anda lihat dan dengar pada hari itu. 10. Doa apa yang anda panjatkan pada hari tersebut selepas anda bersedekah dan memberi hadiah. Kalian pilih. Semua ini ada baik atau buruk. Jika pilihannya negatif, maka setahun ini negatiflah hidup kalian. Jika positif, entah-entah dalam setahun ini kalian sudah jadi jutawan, dermawan, hartawan dan seorang yang budiman. Kita yang kawal diri kita. Bukan orang lain. Jadi, mari berubah sama-sama. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jom.

Kejutkan suami atau isteri kalian, kejutkan anak-anak sekali. Bangun awal. Solat sunat tahajjud sama-sama, kemudian solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Azan subuh sahaja, solat sunat qabliah dan solat subuh berjemaah. Doa kuat-kuat dan saling masukkan dalam hati masing-masing memohon pertolongan Allah supaya kita semua masih menyayangi keluarga, berkasih sayang sesama kawan dan rakan, membuang kejahatan sesama kita, diampunkan segala dosa, dijauhkan dari siksaan kubur dan api neraka dan dijauhi dari virus Covid-19 ini. Kawan-kawan, buang segan, buang malu. Buang semua. Kita keluarga. Kita mulakan perlahan-lahan. Mari. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad. Kita jaga kita.

RM1,000,000 bahagi 365 hari bersamaan dengan RM2,740. Kita perlu buat jualan sebanyak RM2,740 sehari untuk capai jualan RM1juta setahun. Ini kiraan mudah sahaja kawan-kawan. Jika nasi lemak yang kalian jual hari ini berharga RM5. Maka kalian perlu jual 548 bungkus sehari. Jika kek kalian berharga RM30, maka kalian perlu jual 92 biji kek sehari. Jika ebook kalian berharga RM79, maka kalian perlu jual 35 buah sehari. Hendak buat 548 bungkus nasi sehari, perlu dapatkan banyaknya ejen. Mungkin sekolah, mungkin pejabat, mungkin kilang. Kalau area kalian duduk ada 5 biji sekolah. 1 sekolah dapat supply 50 bungkus, sudah dapat 250 bungkus sehari. Ada pula pejabat dan kilang, selesai terus 548 bungkus sehari. Kena tambah tukang masak. Kena tambah tukang bungkus. Team kena besar tak boleh buat sendiri Kawan-kawan, rezeki Allah ini seluas langit. Jika kita berkehendak mahu capai sebanyak itu, maka gerak kerja juga mesti begitu. Hendak capai jualan berapa ratus juta pun, namun kita tak mahu ambil team, tak mahu tambah operasi, tak mahu belajar, tak mahu bina network, tak mahu berkongsi dengan para ejen, memang takkan terjadi. Kalau kita buat berdua suami isteri boleh capai jualan RM500 sehari. Bayangkan kalau kita tambah seorang lagi, tambah 2 orang lagi, jualan juga akan berganda. Membuka dan meluaskan rezeki kepada orang akan menjemput rezeki kepada kita sendiri juga. Jadi buatlah dan berkongsilah baik-baik. Kawan-kawan, Kita yang tentukan bisnes kita bagaimana. Kalau sangkut, cek solat. Kalau selalu bergaduh, cek sedekah. Kalau sering tak temu keputusan, cek ada bangun malam ke dak. Tanyalah sesiapapun yang hebat berbisnes, yang sudah pun kaya raya membina jualan sampai mencecah RM10juta sehari. Iya mereka sentiasa ada kunci yang besar-besar. Yang mana kunci itu mereka guna hari-hari. Nampak tenang, nampak relaks, namun mereka ini ada senjata rahsia besar iaitu menjaga kebajikan dalam 1 team, menjaga keluarga, menyantuni orang luar, membantu berkongsi rezeki, sentiasa berhubung dengan Allah setiap masa terutama waktu kita semua tidur. Nak capai, kejar. Tak mahu, okey sahaja. Kita yang tentukan hidup kita bagaimana. Bukan cikgu, bukan sifu, bukan guru, bukan sesiapapun, ia adalah kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Berjuang sampai capai sehari RM1juta jom. Bismillah.

Untuk sentiasa ada #content yang bagus, kekalkan untuk tulis sahaja apa yang kita suka, minat dan tahu. Tak jadi masalah seki
Untuk sentiasa ada #content yang bagus, kekalkan untuk tulis sahaja apa yang kita suka, minat dan tahu. Tak jadi masalah sekiranya perkara itu sampai 4 atau 5 jenis. Namun ia perlu disusun sebaiknya. Media sosial adalah biodata paling lengkap untuk diri sendiri. Ia bersifat sikap, sifat serta menjadi kecenderungan terhadap sesuatu di mata orang lain. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/kekal-tulis-perkara-kesukaan-kita/ .

Di Instragram, yang punya ramai pengikut disebut sebagai Instafamous. Di Facebook, yang punya ramai pengikut disebut sebagai Influencer. Istilah itu berbeza kerana: Instagram dibangunkan dengan asas hiburan (Entertainment). Sedangkan Facebook pula Education. Ia adalah 2 benda yang berbeza. Posting Instagram lebih kepada visual. Nak up resepi, video lawak-lawak. Nak up menyanyi, menari, miming, semuanya tentang berhibur semata. Facebook pula lebih tertuju kepada posting #content pendidikan yang mudah dan ringkas. Memasak ada step by step, berkebun, tips jaga anak, tips itu petua ini. Postingnya sedikit panjang berbeza dengan Instagram. Sebab itu di Insta, populariti yang dikejar. Di Facebook, menaikkan kredibiliti. Ia berbeza. Gunalah mana-mana, semua platform beri kebaikan dan manfaat mengikut apa yang kita nak ketengahkan. Asal guna untuk kebaikan, kebaikan juga akan kembali kepada kalian. Mana lebih bagus nak guna yang mana, itu tanya diri sendiri selesa yang mana. Tak ada orang lain boleh jawab soalan itu selain diri sendiri. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, ke sini ya https://t.me/ContentKHM

photo content

Tanda hati kita bersih ialah: 1. Apabila kita beri lebih, kita tidak pertikai orang beri sedikit. 2. Apabila kita bahagia, ki
Tanda hati kita bersih ialah: 1. Apabila kita beri lebih, kita tidak pertikai orang beri sedikit. 2. Apabila kita bahagia, kita juga rasa bahagia melihat orang lain bahagia. 3. Apabila kita bijak, kita tidak memperbodohkan orang lain. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/tanda-hati-kita-bersih/

Kurang 3 jam sahaja lagi pendaftaran Kelas Content ini akan ditutup. Kelas diadakan esok Jam 10.00 pagi sehingga 12:30 tengah
Kurang 3 jam sahaja lagi pendaftaran Kelas Content ini akan ditutup. Kelas diadakan esok Jam 10.00 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Kelas dalam Group FB khas. Jika tak sempat tonton live, masih boleh tonton video kelas selama 10 hari. Hanya RM49 sahaja! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001

Posting kehidupan yang ada content bermaksud: 1. Pergi kedai makan, jika sedap, bersih dan selesa, maka cerita menu yang dimakan (subjek) kemudian beritahu sedapnya tahap mana, bersihnya bagaimana, dan letak lokasinya dengan detail. Terus masuk dalam kategori posting “To Inform”. 2. Masuk meeting, tup-tup bos ada beri beberapa ayat motivasi. Terus ambil itu sebagai subjek di dalam posting. Contohnya bos cakap “teamwork adalah kerja berpasukan, kau buat bahagian kau, aku buat bahagian aku, kemudian kita bersatu dalam kerja-kerja kita, itulah pasukan.” Tulis ia dari siapa, mengapa dia cakap begitu dan apa perasaannya dapat kata-kata begitu. Maka ia akan jadi posting “To inspire.” 3. On the way nak balik rumah, teringat nak pergi Daiso nak beli barang. Sampai sana terjumpa beberapa organizer untuk simpan mainan anak-anak. Terus ambil gambar dan apabila dah balik buat step by step bagaimana nak asingkan mainan anak-anak. Posting ini terus masuk sebagai “To Educate.” 3 jenis posting ini akan buat orang klik butang share. Dan apabila share bertambah, maka follower juga bertambah. Ia dinamakan sebagai posting umpan. Selepas 3-4 posting begini, letak posting iklan produk kalian pula, kasi tebar jala! Sosial media mesti bersifat kehidupan individu yang memberi impak positif kepada audien. Jika kita tak habis-habis up iklan, wall kita akan mula jadi kedai, dan ia akan buat audien semakin menyampah. Begitulah. Selamat mencuba. Khairul Hakimin Muhammad, #TipsContentKHM.

Kelas Content terdekat pada hari esok. 10am-12.30pm. Kelas dalam Group FB khas. Jika tak sempat tonton live, masih boleh tonton video kelas selama 10 hari. Hanya RM49 sahaja! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001