Hann's Lavenders 💜
قناة بسيطة
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
إظهار المزيد1 021
المشتركون
-124 ساعات
-17 أيام
-730 أيام
أرشيف المشاركات
1 021
Saya rasa daripada sinilah kut kan hehehe!
Hai awak! Jujur saya kata, saya pun lemah biologi. Bukan setakat lemah tapi sangat2 lemah. Saya one of the student yg memerlukan bantuan lebih.
I dont remember bahagian B tu apa sebenarnya. Kalau subjektif, awak boleh try buat soalan2 past year. Banyakkan latihan and at the same time, hafal.
Bio ni untuk student yg memerlukan bantuan lebih mcm saya, cikgu akan suruh hafal je sebijik sejibon yang ada dalam modul/buku teks. Sebab kami tak boleh nak fahamkan dah time tu. So saya mmg hafal sebutir2😭😭😭
Agak pain ya sebenarnya. Benak otak🥲
Untuk bio, my teacher kata kena cri cara fun untuk belajar sbb bio ni bosan, banyak ayat.
So, saya akan tgk youtube ttg topik berkaitan, soal jawab dgn kawan2 and gunakan istilah2 sains bila bercakap dgn kawan2. Saja2 imbas sama2 gitu.
Btw, kalau sesiapa ada tips, boleh share ye. Saya tak rasa saya ni membantu since sy pun lemah bio🥲
1 021
Heyyo!
I think lah kan, giveaway novel akan extend. Maybe hujung tahun ni time cuti2 gitu sebab...
Ada something sebulan ke depan ni wkwkwkkwkwkw!
Get ready your money okayyy HAHAHAHAHAHAHA
1 021
Rasa macam nak share sini.
BAPAK KELAKOR SIOT AGAHAHAHAHAHAHA KONFIDEN TERUK 🤣🤣🤣🤣🤣
Teume, di mana anda🙋♀
1 021
Kepada yang senior wkwkwkw, mungkin dah tahulah saja ni jenis random je share kat sini.
Untuk yang baru masuk ke lavenders, saya ucapkan selamat datang! Kat channel ni, saya bukannya share pasal cerita3 saya je tapi saya share pasal diri saya, random stuff yang sy rasa saya nak share wkwkwkwk!
Sangatlah random dan channel ni one of my comfort place untuk saya bercerita atau apa2.
Jadi, saya beranggapan mereka yang masuk ni, mungkin nak jadi kawan saya.
Terima kasih! 🤍
1 021
“Tepilah.” Bukan main dingin lagi suaranya. Setaraf kutub utara.
“Kejaplah. Aku nak cakap terima kasih. Tak sempat cakap pun tadi. Terima kasih, Fahri Adli!”
Lia tayang muka tak bersalah. Dia tak boleh duduk diam selagi Fahri belum kembali seperti biasa.
“Fahri Adli, aku nak minta maaf juga sebab buat kau risau tadi. Kau janganlah marah aku lama-lama, Fahri Adli. Aku nak dengar suara kau yang acah-acah gangster tu. Fahri Adli…”
Senyum yang mahu mula melebar, sedaya upaya ditahan. Fahri tidak mahu benteng kemarahannya tadi runtuh terlalu cepat hanya kerana…
Lia menyebut nama penuhnya.
Kalau Lia dipujuk dengan sepit rambut, Fahri pula mampu ditenangkan dengan menyebut nama penuhnya. Dan, Fahri sangat-sangat suka jika Lia yang menyebut namanya.
“Masuk rumah, Lia. Tidur. Aku nak balik ni. Ada lukisan yang aku kena siapkan esok.”
“Fahri Adli, berapa lama kau nak marah aku ni? Penat tau nak pujuk kau, Fahri Adli.”
Kepala ditoleh ke sisi, memandang Lia yang mendongak melihat wajahnya. Nafas dihela. Pandangan mata Fahri hanya kosong.
“Tepi. Aku. Nak. Balik.”
Disebut satu demi satu perkataan itu supaya Lia mengerti. Ingat Fahri kesah kalau Lia penat memujuknya? Biar si gadis itu tahu macam mana rasanya apabila hati orang yang dia rapat menjauh.
Lia akhirnya berjalan masuk ke dalam rumah, mengalah dengan manusia ais batu di hadapannya ini.
Sebaik sahaja Fahri memastikan Lia mengunci pintu, barulah dia masuk ke dalam perut kereta. Senyuman yang ditahan sedari tadi, dilebarkan selebarnya. Tangan yang memegang stereng itu mula menari.
“Adelia Sufiya…”
Sebaris nama itu disebut perlahan. Entah kenapa, hanya pemilik nama itu yang mampu menghidupkan rama-rama di perutnya, terbang naik ke paru-paru.
“Jangan letih untuk pujuk aku, Lia.”
1 021
Tapi, saya tak putus harapan. Saya cakap dkt diri sendiri, "hana, kau boleh."
So, saya usaha gilaw dan alhamdulillah, drpd budak yang tak pernah dapat A langsung sepanjang 5 tahun, tiba² time SPM dapat straight A (beberapa subjek je tapi subjek tu sederet) wkwkwkwkw!
Banyak weh! Menangis aku haa!
Pastu, sejak tu saya percaya dgn rezeki Allah.
Masuk diploma, sem 1, saya tak dekan. Pedih gak ah time tu sebab saya rasa exam boleh jawab. 3.33 je pointer first sem.
Then, saya usaha lagi. Cabar diri itu ini.
Start sem 2 sampailah sem last, dekan.
Alhamdulillah!🥺🤍
Moral of the story :
Teruskan usaha dan yakin dgn rezeki Allah!
Kita tak tahu bila Allah nak bagi rezeki dkt kita. Selagi kita usaha dan percaya dgn rezeki Allah, ada ganjarannya di masa depan.
Cerita ni, bukannya niat nak riak atau apa. Saya sekadar nak berkongsi. Saya pun prnah berada dkt tempat2 bawah yang anat sangat dlam pelajaran ni.
Tapi, saya percaya dgn rezeki Allah.
Kawan2 saya dulu sama2 payah nak paham apa yang kami belajar time MRSM, semua dah berjaya. Dean list setiap sem.
Jadi, keep trying okay!
Nangis, perkara normal. Gagal itu permulaan satu kejayaan hebat.
Okay?
1 021
Untuk ni, saya rasa org yg sama yg tulis dkt link secret message sebelum ni.
Nak share sikit pengalaman hidup yang mungkin boleh bantu(?)
Masa sekolah rendah darjah 1-3, result saya merudum² mcm nak jatuh gaung. Kwkwkwkw!
Darjah 4 pindah sekolah. Darjah 4-6, saya slalu nombor 1. Tak pernah tak dapat nombor 1. Bukan riak tau ni just nak share okay! UPSR pun, 5A. Top student, banyak dapat hadiah, naik pentas. Time tu, saya rasa legalah. Rasa mcm, okay tak payah struggle sangat.
But then... BOOM!
Masuk je MRSM, result aku mcm jatuh gaung. Jatuh sejatuhnya. Dari form 1 sampai form 5. PT3 ada A tu pun, alhamdulillah jelah. Sebab exam biasa, susahnya nak lulus aku ni🥲
Time SPM, azabnya nak belajar tu, Allah je tahu. Rasa bodoh pekat sbb tak paham apa bende yang saya belajar. Percubaan MRSM, lagi payah drpd SPM sebenar. Saya tak dapat satu pun A. Banyak C dan D je🥲
1 021
http://ngl.link/miszhann
Jom main soal2 wkwkwkwkwk!
Nak reward diri dgn bertenang kejap drpd laptop wkwwkkwkwwkkw
1 021
Ouh ye. Giveaway novel
Nadratul Nisa
Lelaki versi hero novel
Dikta&Hukum
Is around the corner!
Maybe hujung bulan 7 atau tgh bulan 8.
Boleh baca mana2 ebook/ cerita wattpad dan cri gambar2 yang sesuai duluu sebelum edit cantik2! Wkwkwkwkwkwk
1 021
Dkt igs, gaduh FRTF dgn Posmen Cinta Puasa Raya wkwkwkwkwkw
Poll selama 24 hours. Pastu, nanti tgklah yg mana ekk kekwkwkkw
1 021
Free ebook for 24 hours is coming! Sila pilih nak ebook yang mana. 1 sahaja. Yang paling banyak, yang itulah saya akan bukak google form nanti.
