Hann's Lavenders 💜
قناة بسيطة
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
إظهار المزيد1 007
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-17 أيام
-1030 أيام
أرشيف المشاركات
1 007
Selagi awak tak guna voucher tu, selagi tu boleh digunakan untuk mana2 ebook yang saya yang dijual secara solo. Maksudnya, ebook yang saya jual sendiri, tak collab dgn mana2 penulis.
Sekali guna saja tau!
03 أغسطس 2022, 09:18
1 007
Hai!
I need another beta reader untuk podcast cinta. Kalau ada yang berminat, boleh chat saya ya! @HanaHanisah
02 أغسطس 2022, 23:32
02 أغسطس 2022, ~23:47
1 007
Boleh tekan link di bawah!
https://wa.me/601110728101?text=EBOOK%20MISZHANN
02 أغسطس 2022, 09:02
1 007
Okay dah ada. Terima kasih sebab menawarkan dirii kwwkkwwk!
02 أغسطس 2022, 08:34
1 007
Siap!
Memerlukan beta reader ribbon lagi sorang hehehehe! Sorang dah ada.
Sesiapa yang :
Fast reader
Peka
Boleh chat saya! @HanaHanisah
02 أغسطس 2022, 08:33
1 007
Teaser 1
***
“Wazif jumpa bonda dan ayah Afya?” soal Puan Zainab sedikit terkejut.
Kepala diangguk. “Iya, umi. Petang tadi, Wazif lambat sebab Wazif hantarkan Afya balik rumah. Bonda ajak makan tengah hari sama-sama.”
“Wazif masih cintakan Afya?”
Puan Zainab terus bertanya tanpa berbasa-basi. Dia mahu tahu perasaan anak terunanya ini. Peristiwa lalu itu sangat memberi kesan kepada Wazif sehingga anaknya ini menutup pintu hatinya untuk semua perempuan.
Bagi Wazif, hatinya hanya untuk Afya.
“Umi tahu kan betapa pentingnya Afya untuk Wazif? Tak mudah untuk Wazif lupakan Afya macam tu je.”
“Walaupun dah enam tahun berlalu?”
Nafas ditarik dalam-dalam. “Ya. Walaupun dah enam tahun berlalu. Dan seberapa banyak masa yang berlalu sekalipun, Wazif tetap akan cintakan Afya.”
Memang gila kalau orang lain dengar kenyataan Wazif. Dia cintakan Afya daripada status wanita itu bujang, isteri orang dan sekarang janda. Sepanjang waktu itu, cinta Wazif Ifwat benar-benar hanya untuk Afya Athirah.
“Afya tahu perasaan Wazif?”
Diam.
Wazif tidak mahu perasan dan memendam perasaan teruja seorang diri. Tapi, dia yakin bahawa Afya pasti nampak dan mengerti bagaimana perasaannya terhadap wanita itu.
“Wazif yakin Afya faham, umi. Wazif yakin.”
“Kalau macam tu, tak nak cuba lagi sekali?”
Kepala ditoleh memandang sang ibu di sebelah. “Cuba lagi sekali?”
“Iya. Cuba lagi sekali. Cuba dapatkan hati Afya. Cuba berikan bahagia untuk Afya. Cuba untuk sentiasa ada dengan Afya.”
***
Klik di bawah untuk pembelian!
https://miszhann.carrd.co
30 يوليو 2022, 02:23
1 007
Saya rasa daripada sinilah kut kan hehehe!
Hai awak! Jujur saya kata, saya pun lemah biologi. Bukan setakat lemah tapi sangat2 lemah. Saya one of the student yg memerlukan bantuan lebih.
I dont remember bahagian B tu apa sebenarnya. Kalau subjektif, awak boleh try buat soalan2 past year. Banyakkan latihan and at the same time, hafal.
Bio ni untuk student yg memerlukan bantuan lebih mcm saya, cikgu akan suruh hafal je sebijik sejibon yang ada dalam modul/buku teks. Sebab kami tak boleh nak fahamkan dah time tu. So saya mmg hafal sebutir2😭😭😭
Agak pain ya sebenarnya. Benak otak🥲
Untuk bio, my teacher kata kena cri cara fun untuk belajar sbb bio ni bosan, banyak ayat.
So, saya akan tgk youtube ttg topik berkaitan, soal jawab dgn kawan2 and gunakan istilah2 sains bila bercakap dgn kawan2. Saja2 imbas sama2 gitu.
Btw, kalau sesiapa ada tips, boleh share ye. Saya tak rasa saya ni membantu since sy pun lemah bio🥲
29 يوليو 2022, 21:39
1 007
Heyyo!
I think lah kan, giveaway novel akan extend. Maybe hujung tahun ni time cuti2 gitu sebab...
Ada something sebulan ke depan ni wkwkwkkwkwkw!
Get ready your money okayyy HAHAHAHAHAHAHA
27 يوليو 2022, 10:13
1 007
Rasa macam nak share sini.
BAPAK KELAKOR SIOT AGAHAHAHAHAHAHA KONFIDEN TERUK 🤣🤣🤣🤣🤣
Teume, di mana anda🙋♀
20 يوليو 2022, 11:33
1 007
Kepada yang senior wkwkwkw, mungkin dah tahulah saja ni jenis random je share kat sini.
Untuk yang baru masuk ke lavenders, saya ucapkan selamat datang! Kat channel ni, saya bukannya share pasal cerita3 saya je tapi saya share pasal diri saya, random stuff yang sy rasa saya nak share wkwkwkwk!
Sangatlah random dan channel ni one of my comfort place untuk saya bercerita atau apa2.
Jadi, saya beranggapan mereka yang masuk ni, mungkin nak jadi kawan saya.
Terima kasih! 🤍
20 يوليو 2022, 05:40
1 007
*telan air liur.
Dari 399 tetiba hrini 438.
Saya takut ya. owbdowhdowha
20 يوليو 2022, 05:38
1 007
Sebab ada orang review random caller tadi ,)
Saya merindui merekaaaaa🥺🤍
19 يوليو 2022, 12:30
1 007
“Tepilah.” Bukan main dingin lagi suaranya. Setaraf kutub utara.
“Kejaplah. Aku nak cakap terima kasih. Tak sempat cakap pun tadi. Terima kasih, Fahri Adli!”
Lia tayang muka tak bersalah. Dia tak boleh duduk diam selagi Fahri belum kembali seperti biasa.
“Fahri Adli, aku nak minta maaf juga sebab buat kau risau tadi. Kau janganlah marah aku lama-lama, Fahri Adli. Aku nak dengar suara kau yang acah-acah gangster tu. Fahri Adli…”
Senyum yang mahu mula melebar, sedaya upaya ditahan. Fahri tidak mahu benteng kemarahannya tadi runtuh terlalu cepat hanya kerana…
Lia menyebut nama penuhnya.
Kalau Lia dipujuk dengan sepit rambut, Fahri pula mampu ditenangkan dengan menyebut nama penuhnya. Dan, Fahri sangat-sangat suka jika Lia yang menyebut namanya.
“Masuk rumah, Lia. Tidur. Aku nak balik ni. Ada lukisan yang aku kena siapkan esok.”
“Fahri Adli, berapa lama kau nak marah aku ni? Penat tau nak pujuk kau, Fahri Adli.”
Kepala ditoleh ke sisi, memandang Lia yang mendongak melihat wajahnya. Nafas dihela. Pandangan mata Fahri hanya kosong.
“Tepi. Aku. Nak. Balik.”
Disebut satu demi satu perkataan itu supaya Lia mengerti. Ingat Fahri kesah kalau Lia penat memujuknya? Biar si gadis itu tahu macam mana rasanya apabila hati orang yang dia rapat menjauh.
Lia akhirnya berjalan masuk ke dalam rumah, mengalah dengan manusia ais batu di hadapannya ini.
Sebaik sahaja Fahri memastikan Lia mengunci pintu, barulah dia masuk ke dalam perut kereta. Senyuman yang ditahan sedari tadi, dilebarkan selebarnya. Tangan yang memegang stereng itu mula menari.
“Adelia Sufiya…”
Sebaris nama itu disebut perlahan. Entah kenapa, hanya pemilik nama itu yang mampu menghidupkan rama-rama di perutnya, terbang naik ke paru-paru.
“Jangan letih untuk pujuk aku, Lia.”
19 يوليو 2022, 11:22
