Cuti Cuti Macam Ni Biasa Ibu Ayah Mudah Terlepas Marah
.
Ya lah, menghadap anak 24 jam ya?
Boleh bayangkan untuk ibu fulltime home engineer camana?
PERINGATAN UNTUK DIRI KITA ❗
Sentiasa ingatkan diri kita,
1⃣ Anak anak adalah tetap anak.
Mereka jauh usia dengan kita yang dikatakan dulu makan garam ya 😂
Mana sama anak 3 tahun pengalaman dengan anda 30 tahun pengalaman hidup.
Mereka perlu, dan nak kan perhatian, didikan, asuhan dengan sebaiknya.
.
Nak nak jika mereka dah bersekolah, ada rutin harian mereka.
[>>> Bila cuti beraya, rutin biasa weekend mereka laaagi jadi luar biasa, setahun sekali aidilfitri dan aidil adha]
.
2⃣ Mereka ialah tanggungjawab kita untuk diasuh, dididik, dibimbing apa betul, apa salah, dan bagaimana berhadapan dengan konflik.
..
Konflik dengan mak ayah di rumah, (lain suruh lain dibuat),
Konflik minat berbeza (interest) antara dia dan adik beradik dia, (berebut siaran tv dsb),
.
Bagaimana kita hadapi atau atasi konflik,
begitulah mereka belajar dan akan lakukan nanti.
.
Contoh jika kita marah si abang/kakak dan menangkan si adik,
Adik belajar, boleh marah si abang/kakak camtu juga. Adik tak hormat abang/kakak.
[>> Sentiasa asingkan si besar dan buat one to one bercakap dan didik mereka]
.
3⃣ Sebenarnya masa cuti ni lah ibubapa nak ambil peluang, untuk banyak nak dalami pengalaman anak anak di luar lingkungan kita; mereka di sekolah, mereka dalam lingkungan kawan kawan sebayanya yang kita mungkin tak pernah tahu / perasan.
.
Jangan terkejut,
Anda tak pernah ajar anak pasal kahwin-kahwin,
Anak usia 5 anda dah sebut pasal dah besar nak kahwin dengan orang ni, nak buat macam ni itu ini bila dah kahwin.
.
Cerita cerita macam ni,
Tak dapat dengar masa primer time anak jumpa kita yang lepas sekolah terus cerita kat kita,
.
Sebab ia info TAK berapa utama.
Anak pun tak ingat sangat.
Tapi, ia akan muncul bila santai-santai,
Bila tetiba dia trigger.
.
Jadi waktu santai dan rehat camni amat penting.
Masa ni bila dah tahu info baru,
boleh terus intervene,
didik apa betul dan salah perspektif, ok.
.
.
APA NAK BUAT BILA MULA RASA NAK MARAH?
Kalau rasa nak marah,
1⃣PAUSE dengan TARIK NAFAS DALAM sekurangnya sekali hingga tiga kali dulu,
2⃣BERGERAK untuk release energy marah.
3⃣CAKAP/TEGUR hanya bila dah tenang sikit,
Masa marah, pasti ayat keluar ayat yang tak baik,
[>> Maka, keluarkan dulu emosi negatif,
Untuk masuk emosi sedikit positif,
Baru deal/berhadapan dengan si anak].
.
.
CEK TANGKI EMOSI ANAK KITA HARI INI:
.
Banyakkan penuhi tangki emosi asas anak-anak:
❤️ Hugs peluk mereka full dada ke dada,
❤️ Ucapkan sayang dan hasrat anda ke mereka,
❤️ Main sebentar dengan mereka, temani mereka dengan aktiviti mereka pilih bukan kita pilih,
❤️ Hadiahkan mereka dengan perkara kegemaran mereka,
❤️ Layan mereka baik dan istimewa seperti Tuan Muda atau mak bapa mertua, atau anak kawan tumpang rumah (yalah orang luar kita layan baik, anak sendiri layan tak baik😐),
❤️ pandang mata mereka dengan kasih sayang seperti mereka baru lahir. .
.
.
Salam Cuti Eid Adha dan Cuti Sekolah Seminggu.❤️
Renungan,
Maznah Ibrahim