ar
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 16 314 مشتركاً، محتلاً المرتبة 968 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 352 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 16 314 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 12 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -126، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -3، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 4.19‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً N/A‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 684 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 0 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 13 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

16 314
المشتركون
-324 ساعات
-257 أيام
-12630 أيام
أرشيف المشاركات
photo content

photo content

Blue_Monotone_Minimalist_ConflictDisplacement_Crisis_Hub_Poster.png3.97 KB

photo content

InsyaAllah mari kita jadi ibu ayah yang kompeten dan ambil peluang bina sesuatu yang baik, dari fasa sukar pandemik covid ini yang akan beri manfaat besar kepada perhubungan kita dengan anak-anak kita. Hasilnya nanti lebih baik, puluhan tahun nanti. Percaya kepada prosesnya. Bentuk diri, jadikan diri lebih baik, maka akan bentuk dan jadikan anak kita baik juga. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Kerapkali Kita Marah Anak Sebab Kita Terasa Hati Orang Cakap Buruk Pasal Anak Kita Sendiri Cukup Kenal Anak Kita = PERISAI PENTING untuk Pelihara Emosi Anak . Cukup kenal anak kita sendiri merupakan satu ‘perisai’ untuk melindungi maruah anak kita. . Apabila kita cukup tahu sensitiviti anak, kita mampu mempertahan, menjawab, dan mengubah arah haluan anak di sepanjang kehidupannya yang berkemungkinan boleh mencederakan emosinya, tanpa kita sedar dan mahu. . Ini agar anak memperoleh pengalaman yang sebaiknya, agar ‘self esteem’ dirinya terpelihara yang tidak yang menggagalkan konsep kendirinya. . Contohnya ya anak saya kelihatan degil namun dia sebenarnya kental dengan pendirian yang dirasakannya benar, sehingga dia mampu untuk menjadi lebih matang dan empati dalam sedikit masa lagi. . Ya anak saya kelihatan kurang sensitif kepada perasaan orang lain namun dia jenis ‘straight forward’ yang mengikut peraturan. InsyaAllah nanti dia akan mula mengambil berat perasaan orang lain secara perlahan-lahan, saya akan terus menasihati dan mendoakannya. . Ya anak saya nampak kuat merajuk namun dia sebenarnya seorang yang berhati lembut dan paling ‘sweet’ pandai menjaga adik ‘baby’nya bila saya ada kerja di dapur. . Jika bukan kita melindunginya dengan ‘perisai’ ini, kerana cukup kenal dengan sifat, sikap dan sensitivitinya, siapa lagi yang akan memahamkan orang lain mengenai dirinya? . Orang lain hanya melihat dan menilai anak kita pada saat/momen itu, dan mereka bukanlah 24-7 duduk bersama anak kita, kan? . Fikirkan apakah peranan kita apabila orang luar mula meletakkan nilai atau label negatif kepada anak kita. . Adakah kita mengiyakan tanpa sedar, menambah lagi cerita untuk sedapkan hati orang lain atau kita ada memberi perspektif baru yang positif mengenai anak kita kepada orang lain itu? . Refleksi, Maznah Ibrahim. *Jemput ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di : t.mazn.me/chan www.taknakmarahanak.com

photo content

<iframe src="https://open.spotify.com/embed/episode/2sEWfSxSrLKV31c9mwtacr?t=0" width="100%" height="232" frameBorder="0" allowtransparency="true" allow="encrypted-media"></iframe>

Anak Tidak Suka Kelas Online/PDPR/ Buat Kerja Berkaitan Sekolah? Ramai mengadu kepada saya yang anaknya tidak suka belajar ke
Anak Tidak Suka Kelas Online/PDPR/ Buat Kerja Berkaitan Sekolah? Ramai mengadu kepada saya yang anaknya tidak suka belajar kelas online, atau hadiri kelas pdpr mahupun buat kerja sekolah... Di sini saya kongsikan 4 point penting berkaitan ini, mudahan anak dan kita sama-sama dapat solusi untuk telusuri tempoh PKP dan tetap cinta proses menimba ilmu ini dengan sebaiknya, serta meminimakan kesan negatif dari pembelajaran alaf ini.... Dengarkan audio / podcast ini. Boleh install 'spotify lite', untuk dengar semua audio atau hanya dengar dari internet saja :) https://open.spotify.com/episode/2sEWfSxSrLKV31c9mwtacr?si=kuJv5Xg4RSCpHU0s8hI7eg&dl_branch=1

Anak Cepat Merajuk: Senang ke Susah Nak Pujuk, Macam Mana Nak Handle ? Apa Cara Terbaik? "Tak nak kawan Mama". "Tak nak kawan Ayah" Alahai si anak comel kita ni dah merajuk daaaahhhh 😅 Anak kecil ni seawal 1.6 tahun ada yang sudah mula menunjukkan tanda bunga-bunga tantrum; sama ada merajuk atau mengamuk. Heheh. Merajuk ni lebih kepada melt down feelings, sedih-sedih gitu, dan kategori pasif, manakala yang mengamuk ni lebih kepada gaya agresif. Mari kita fahami lebih mendalam mengenai anak merajuk ni dari sudut psikologi (pemikiran, emosi dan tingkahlaku). https://maznahibrahim.com/anak-cepat-merajuk-mudah.../ *Poster: panduan 'quick win' untuk kita, yang penting 'win-win situation' antara mak ayah dan anak, ya. Kongsikan.

photo content

Momen anak kecil dahulu... Pastinya kita yang memahami fitrah anak kecil akan bersabar melayani dan mengingatkannya, bukan terus memarahi teruk dirinya, kan. Namun ramai juga antara kita akan terus memarahi dan mungkin memukul tanda ingatan kepada si kecil yang kita fikir hanya dengan kekerasan sahaja dia akan belajar, dan ingat. Hakikatnya dalam menyantuni anak kecil, apabila dikaji ikut barat dan juga islamik, jelas menunjukkan cukup sekadar memberitahu elok-elok, dan terus memodelkan cara yang betul, anak kecil akan lebih ingat secara emosi positif dan penuh rasa tanggungjawab, bukan terpaksa malah keliru lagi. Solat, perlakuan baik. Tapi dimarahi kerana bermain? Apakah itu, keliru sebenarnya. Perkara baik tapi ditekan-tekan dimarah-marah, dihukum? Sebentar tadi anak yang sama ini (berbaju oren) solat bersama-sama ibu ayahnya di sebelah namun solat individu, dan diketahui ayahnya ia adalah 2 rakaat saja, culas dan mungkin sengaja atau tidak sengaja. Ayahnya berpesan kepada ibunya, Bisikkan kepadanya yang ayah perasan dia solat 2 rakaat saja, Tak perlu beritahu kuat agar dia terpelihara maruahnya, di depan adik-adiknya. Pernah berlaku sebelum ini dan dia terus menunaikan solat sekali lagi 3 rakaat, bermakna dia buat, bila diberitahu elok-elok. Ibunya pergi mendekatinya dan beritahu secara bisik di telinganya mengenai ini: "Mummy dapat tahu yang Fateh solat maghrib 2 rakaat, Mummy dan Ayah bimbang Fateh tak dapat markah penuh nanti, malaikat pun memang catat". Dia tersedar dan kata ya, nanti Fateh solat balik. Dia tonton semula TV (Sabtu malam boleh tonton lebih sedikit sampai malam). Ibunya mengingatkan masa berjalan dan waktu maghrib singkat. Kemudian si anak terus berlalu dan pergi menunaikan solatnya semula. Mudah, beritahu saja, Anak yang sudah tahu memang tahu, Sekadar mengingatkan saja sudah memadai. . Sama juga aspek 'belajar', pembelajaran, pendidikan formal dan informal. Belajar pdpr, perkara baik, namun dipaksa-paksa ditekan-tekan, disuruh-suruh dengan nada ancaman, apakah itu? Seronokkah kita bila belajar dalam keadaan tertekan? Disuruh siapkan kerja kita dalam keadaan terlalu banyak perkara nak disiapkan dan tiada siapa memahami... melainkan diri kita sendiri dan Tuhan yang Tahu. Fahami anak, Fahami juga diri, Cari solusi, Perlahan-lahan, susun aturkan semula. Pergantungan kepada Tuhan juga, untuk memudahkan usaha sungguh-sungguh kita. Positif selalu untuk emosi ibuayah dan anak-anak kita. Maznah Ibrahim Tulisan 31 Julai 2021 Gambar 31 Julai 2016 T.mazn.me/chan www.taknakmarahanak.com

photo content

photo content

Bila Marah, Diam. Apa Maksudnya Ya? 🤔 Diam sebab tak nak terkeluar perkataan tak sepatutnya, yang biasanya melukakan dan ibarat : "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya...."... (betullah pepatah orang tua kata) Maka bila diam, tenaga marah perlu disalurkan keluar juga, sebab marah ada tenaga dan tenaga perlu dipindahkan atau disalurkan keluar, tidak boleh dipadamkan begitu saja, hatta baca Quran pun akan perlu guna tenaga dan masanya (dan memang ia ubat terbaik), Sebab, kita tak mahu 'emosi marah besar itu memakan diri' = kita sakit nanti... sakit hati, sakit badan, sakit kepala, tak lancar sirkulasi darah kita, tekanan darah meningkat, dan sebagainya..... kesan jangka masa panjang memang ada kaitan emosi dan kesihatan fizikal dan mental kita/. Maka juga, ini antara yang ibu ayah boleh lakukan ya 🤗. Rujuk poster. Jum, alternatif marah. SHARE kan, Maznah Ibrahim. Join telegram channel untuk 'reminder' keibubapaan positif kita sehari-hari dan ilmu psikologi anak-anak kita: T.mazn.me/chan

photo content

Kita MENDENGAR (dengar persekitaran) dulu untuk MEMAHAMI, Kemudian baru kita RESPON dan BERKOMUNIKASI... Macam panjang, namun berapa saatlah beza dari terus 'tembak peluru' tu. Ia satu proses. Proses mendidik diri sebenarnya. Kesannya ialah elak luka dalam berpanjangan dan jadi keras berpecah-pecah sebab dah biasa ketuk cara begitu. 😭 (inilah yang saya terima feedback dari ramai ibubapa, saya tak mahu kita patah semangat, kita mulakan semula hari ini saat ini). Sebenarnya banyak yang kita lakukan saban hari ialah BUKAN BERKOMUNIKASI, tetapi bercakap-cakap (bebel) syok sendiri aja, Macam cakap jenis lontaran kepada siapa kita pun tak pasti, sampai ke tak mesej tu, huhuhu..... Kadang juga macam 'peluru berpandu', bebas ke sekeliling, Sampai anak pun dah biasa, bingit dan maybe 'tutup telinga' dia secara fizikal atau shut off aja pendengaran dia dari dalam hati... . Takpalah, Bila emosi tak ok, Kita usaha 'mute' dulu mulut kita, Ketap mulut sambil serentak tarik nafas dalam......... hembussssss perlahan-lahan..... 💆‍♀️💆‍♂️ . Mudahan bila sudah tenang-tenang, Hampiri anak, Pegang tengkuk dia, Dan tundukkan wajah menghampir telinganya, bercakap dengan nada rendah (hampir berbisik), . Tengok respon dia berubah tak. Dari kebiasaan kita menjerit=dan mereka shut off pendengaran atau melawan cakap kita, Kepada KOMUNIKASI berkesan telah berlaku (InsyaAllah) = anak punya respon pun.... lebih positif :) . Siapa tahu? mungkin ini akan berkesan. . Matematiknya mudah aja, Ubah cara kebiasaan, Maka respon biasa diterima juga akan turut berubah. Ubah cara masakan, ingredients, eh output rasa masakan berbeza. . Sebab, Kita berubah dulu. . Ya, kitalah yang perlu mulakan dulu. Kerana kita IBUBAPA, memimpin dan memodelkan kepada si anak. Kita dipertanggungjawab kan untuk mendidik mereka. . Allahu, semoga dipermudahkan usaha kecil kita untuk sabar saban hari, Dan kita istiqamah ya. CARE ❤, Maznah Ibrahim Ebook Hypnoscript: Https://hypnoscript.cc mengandungi apa yang kita mungkin perlukan, pemilihan perkataan yang lebih sesuai untuk kondisi spesifik. Join telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak kita di sini: T.mazn.me/chan

photo content