Antara Soalan Kerap Ditanya Kepada Saya Ialah:
Berkenaan Anak Berbohong/Menipu?
.
PENGGUNAAN KEYWORD YANG LEBIH TEPAT
--------‐----------------------------------
Kerapkali juga saya jelaskan 'keyword' perlu guna untuk rujuk situasi seperti ini ialah
"Anak TIDAK bercakap BENAR" (tujuan nak mendidik minda parenting kita)
dan Bukanlah 'MELABEL' anak dengan keyword 'MENIPU/BERBOHONG/
MENYEMBUNYIKAN KESALAHAN'.
Sebab kita nak 'lead' dan didik anak kepada 'BERCAKAP BENAR' (sifat Al Amin, kan).
Dan antara punca utama ialah anak sudah tahu RESPON ibu ayahnya bila dia beritahu sesuatu berkaitan dia salah.
Bila mereka bercakap benar tentang sesuatu perkara yang merupakan kesalahan mereka,
Seperti mengambil barang rakan, memukul rakan, didenda guru dsb...
Ibu ayah akan REACT bukan RESPOND,
Dengan marah, atau menyalahkan dia lagi ada la.........
.
Maka anak pun TAKUT untuk BERCAKAP BENAR,
Rela lagi
i. bercakap tidak benar atau
ii. ada yang sampai mereka cerita lain pula (make up other stories), ataupun
iii. memendam,
Menyimpan aja rahsia tak selamat tu...
.
APA IBU AYAH PERLU CAKAP KEPADA SI ANAK
-----‐--------------------------------------
Biasanya juga saya akan katakan:
1. Tekankan kepada anak yang Ibu Ayah Lebih Suka bila anak bercakap benar walau apa dia buat tu benda salah,
2. Dan kesalahan menyembunyikan kebenaran dengan mereka cerita lain adalah DUA KALI GANDA kesalahan iaitu i. kesalahan asal itu sendiri, ii. kesalahan mereka cerita lain pula...
.
.
MARI KITA TENGOK JAUH LAGI KE BELAKANG
----------‐-----‐‐-------------------
Ini satu lagi perkara yang perlu anda tenung dan telusuri pengalaman respon anda kepada anak sewaktu usia dia awal-awal kehidupan,
iaitu usia 1 tahun.... dulu.
.
Pabila Anak Kecil Kita Tu Memberitahu Sesuatu Berkaitan Kesalahan Dia...Besarnya Pengaruh Respon Kita Untuk Karektor Dia Kemudian Nanti
Kesalahan si kecil seperti:
Air tumpah,
Nasi bertaburan,
Beras bertebaran,
Meja makan atau lantai makannya berkecahan,
Mainan kecilnya masuk ke lubang jamban,
Dengan beria-ia sekali,
Seolah 'Tak Rasa Bersalah' ? 😆😟🤔
Raikan 'kejujuran' dan 'kesungguhan' dia tu
dengan selesaikan atau solusikan saja situasi itu dengan tindakan,
Bukan membebel, atau marah, atau berlebihan menasihati
(boleh memberitahu minima apa perlu buat saja contoh "Makan elok-elok ya Y-Nama Dia")
.
HASILNYA NANTI TAK LAMA PUN
----------‐-------------------------------
Percayalah nanti besar sedikit dia tu,
Pabila ada perkara yang dia buat salah
di rumah pengasuh,
Taska, Tadika, Sekolah,
hatta rumah sendiri,
Dia akan tak teragak-agak atau takut nak beritahu kita,
(Sebaiknya berlaku 👉 Kata kasar sikit = 'Anak Suka Menipu')
Sebab dulunya sewaktu dia beria-ia beritahu kesalahan tulus dia dengan jiwa murni dia,
Kita tak marah pun dia,
Malah kita bantu dia SOLUSIkan,
Kita TUNJUKKAN CARAnya,
.
Dan seawal dia usia 1 tahun lebih pun,
Percayalah,
Dia sudah boleh buat sendiri 'SOLUSI' yang selalu anda lakukan,
Atau tunjukkan,
Dengan jujur, tulus, murni, ikhlas, bersungguh-sungguh,
Tanpa perlu DISURUH pun.
.
MasyaAllah...
Care,
Maznah Ibrahim
Kongsikan dengan circle anda agar ramai-ramai kita berusaha positif pada kesalahan anak yang masih peringkat 'immature' ini.
#RefleksiKeibubapaanMaznahIbrahim
*CikYumna 1thn 6 bulan dah tak mengadu ketumpahan makanan nasi dia dah, sebaliknya terus ambil penyapu dan cuba sapu sendiri. Waktu lain, dia ambil dan gunakan penyapu dan penyodok sekaligus......♥️