ar
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 16 009 مشتركاً، محتلاً المرتبة 967 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 307 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 16 009 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 28 أغسطس, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -117، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -2، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 5.09‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.24‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 815 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 359 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 29 أغسطس, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

16 009
المشتركون
-224 ساعات
-247 أيام
-11730 أيام
أرشيف المشاركات
Fokus kepada apa kita boleh kawal Iaitu DIRI KITA Sekali terlajak kata, dan tindakan, nak berundur kembali memang perlu usaha
Fokus kepada apa kita boleh kawal Iaitu DIRI KITA Sekali terlajak kata, dan tindakan, nak berundur kembali memang perlu usaha yang keras. 💪 Refleksi, Maznah Ibrahim Telegram channel : t.mazn.me/chan

Makluman: Pendaftaran Early Bird dibuka sekarang untuk webinar live TERBARU saya ini, boleh daftar sekarang gunakan link di b
Makluman: Pendaftaran Early Bird dibuka sekarang untuk webinar live TERBARU saya ini, boleh daftar sekarang gunakan link di bawah: KLIK >>https://webinar.maznahibrahim.com/emosi-besar-mereka?utm_campaign=tc-eb1 Early Bird ini akan tamat pada esok Sabtu 12 malam & yuran akan meningkat selepas itu. Semoga dipermudahkan.

Cara Handle Momen kepada Emosi Anak - supaya kita tak terlepas kapal gelombang emosi anak lagi https://fb.watch/o3edgABxrc/?m
Cara Handle Momen kepada Emosi Anak - supaya kita tak terlepas kapal gelombang emosi anak lagi https://fb.watch/o3edgABxrc/?mibextid=Nif5oz .

Emosi Besar Mereka! Kita mahu bantu anak dengan memahami dan mengendalikan gelombang emosi mereka sewaktu mereka menghadapi c
Emosi Besar Mereka! Kita mahu bantu anak dengan memahami dan mengendalikan gelombang emosi mereka sewaktu mereka menghadapi cabaran kehidupan mereka. Jemput masuk ke waiting list baru pendaftaran early bird nanti. InsyaAllah awal Disember adalah Webinarnya.🌷 Link daftar ke waiting list di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/waiting-list-1 .

Pilih Sabar Berbanding Marah Pilih Mendidik Berbanding Mengherdik Pilih Pandang Anak Lebih Berbanding Pandang Hp Lebih Pilih
Pilih Sabar Berbanding Marah Pilih Mendidik Berbanding Mengherdik Pilih Pandang Anak Lebih Berbanding Pandang Hp Lebih Pilih yang lebih perlu dan penting Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Sambil buat kerja atau drive kereta, boleh tonton video live pendek saya ini ya : https://fb.watch/nJRxoMCHKG/?mibextid=Nif5o
Sambil buat kerja atau drive kereta, boleh tonton video live pendek saya ini ya : https://fb.watch/nJRxoMCHKG/?mibextid=Nif5oz

photo content

photo content

InsyaAllah kita ibu yang ada sentuhan magis tersendiri. Sentuhan Magis Ayah bagaimana ? 😀 Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan
InsyaAllah kita ibu yang ada sentuhan magis tersendiri. Sentuhan Magis Ayah bagaimana ? 😀 Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Tenangkan diri dahulu ya 👌
Tenangkan diri dahulu ya 👌

Kita adalah tempat selamat anak apabila mereka rasa tak selamat. Kita adalah tempat 'landing' anak apabila dia rasa 'down'. K
Kita adalah tempat selamat anak apabila mereka rasa tak selamat. Kita adalah tempat 'landing' anak apabila dia rasa 'down'. Kita adalah tempat 'bouncing' selamat anak apabila dia tersilap jalan. Kita adalah tempat luncur anak bila dia sedang mengalir air mata kesedihan... Kita adalah papan putih anak bila dia sedia mahu belajar. Kita adalah pen warna anak bila dia sedia untuk dicorakkan... Senarai takkan habis. Untuk ini kita perlu ada kesudian, kesanggupan, kesediaan untuk ikut naluri hati mahu bertindak lebih baik setiap hari, belajar dan perbuat lebih baik setiap hari juga. Momen demi momen... Tidak akan sia-sia usaha kecil kita. Moga Allah Redha. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Tidak Mudah Melakukan Secara Istiqomah Perkara yang Betul dan Lebih Baik, Namun Tidak Sia-sia Setiap Usaha kepada Perkara Ter
Tidak Mudah Melakukan Secara Istiqomah Perkara yang Betul dan Lebih Baik, Namun Tidak Sia-sia Setiap Usaha kepada Perkara Tersebut. Pasti Ada Bezanya... Maznah Ibrahim Telegram channel : T.mazn.me/chan

*'Thursday MINDTALK' Siri ke-8 Kembali* Tajuk : *_Another Side of the Coin_- Kefungsian Minda ADHD* Tarikh: 14 September 2023 Masa: 2.30-3.30 petang Medium: FB Hospital Putrajaya, Google Meet dan Youtube Unlisted Di dalam dunia yang serba pantas ini, kita seringkali terlalu fokus kepada apa yang dianggap sebagai 'kekurangan' atau 'masalah' dalam kehidupan kita. Namun, adakah kita pernah berfikir bahawa setiap sisi perkara ada aspek yang unik dan berharga? Di dalam webinar live kami yang bertajuk 'Another Side of Coin': Kefungsian Minda ADHD ini, kami akan membongkar satu aspek yang seringkali dianggap sebagai tentangan, tetapi sebenarnya mempunyai potensi luar biasa - Kefungsian Minda ADHD. Mari kita meneroka maklumat baru dan menarik ini bersama-sama Pegawai Psikologi Klinikal Hospital Putrajaya untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam dalam memahami individiu ADHD, keunikan dan potensi mereka yang belum terungkap. Sertai kami dan teroka perspektif yang berbeza dalam perjalanan bersama individu ADHD ini (sama ada kanak-kanak mahupun dewasa). Link Daftar untuk mendapatkan link tontonan 'Live' di Google Meet dan Youtube Unlisted: https://forms.gle/skNp2VVZ4ZFu71eJ9 E-sijil akan diberikan selepas pengesahan kehadiran dan penilaian diberikan bagi tempoh masa ditetapkan.

photo content

Apa Yang Anak Kita Lihat ? Boleh, tak boleh Mana yang baik, mana yang tak baik Hitam dan putih jelas batasannya. Bagaimana nak tahu mana selamat tak selamat? Ajar perasaan. 1️⃣Benda yang dia lihat, rasa selamat, rasa ok = ✓ boleh continue lihat 2️⃣Benda yang dia lihat, rasa tak selamat, rasa tak ok = X perlu continue lihat ▶️ say No to self, stop, pergi dari situ dan beritahu ibu ayah, ▶️ Anak besar sikit, ajar stop dan tukar / skip. Kemudian beritahu ibu ayah juga. Kenapa beritahu ibu ayah ? Sebab ibu ayah perlu tahu apa dia terlihat, dan guide, beri input tambahan lagi. 3️⃣Benda yang dia lihat, rasa keliru / tak sedap hati, jatuh kepada = X Selamat Maka proceed kepada tindakan ni 2️⃣ di atas. Kesimpulan : Ajar anak kenali perasaan. Dari perasaan dia akan dapat buat banyak tindakan lain yang betul 👍. Ia sebahagian dari Skil EQ anak. Ada saya cerita sebaik mungkin dalam Webinar ini 👇👇👇 https://maznahibrahim.com/product/webinar-keibubapaan-eq-anak-penting/

photo content

Kita Nak Disiplinkan Anak Tapi Kita Bukan Guru Disiplin atau Terapis Tingkahlaku https://fb.watch/mwZmnddJO5/?mibextid=Nif5oz

Anak Juga Perlu Dijaga Perkataan Kita Kepada Mereka Seperti Kita Menjaga Perkataan Kita Kepada Orang Dewasa 'Penting' Yang La
Anak Juga Perlu Dijaga Perkataan Kita Kepada Mereka Seperti Kita Menjaga Perkataan Kita Kepada Orang Dewasa 'Penting' Yang Lain Maznah Ibrahim Reminder keibubapaan kita sehari-hari ♥️: T.mazn.me/chan

Ini akan bantu anak-anak untuk membentuk hubungan yang kuat dengan orang lain, tidak kira orang dewasa seperti atuk nenek, makcik pakcik, guru, orang awam, atau individu rakan sebaya mahupun yang lebih kecil... . 6. Identiti Jantina: Ayah boleh memainkan peranan penting dalam membentuk pemahaman anak-anak tentang peranan dan identiti jantina. Ayah yang menyokong dan berfikiran terbuka boleh menggalakkan anak-anak untuk menerima dengan positif dan secara sihat tentang jantina mereka sendiri sambil menghormati kepelbagaian perasaan dan isu dalam perhubungan berlainan jantina atau sesama jantina anak-anak ini. Tak kira dari usia prasekolah 4-6 tahun mahupun sekolah rendah dan menengah. Anak-anak akan sentiasa ada isu dengan orang lain dan mereka sebut budak tu, that boy, that girl etc... cikgu perempuan tu, cikgu lelaki tu.. dsb. Sebab dialog ayah akan lebih logik berbanding ibu yang berunsur emosi atau bias, kan.... Tapi ada momen dalam fasa tertentu sesuai ibu dengan anak perempuan remaja untuk berkongsi secara telus akan pengalaman mak masa remaja dulu... chatting chatting gugurl la kiranya... dan usia 3-5 tahun electra complex yang anak girl tiru mak tapi admire ayah, dan anak lelaki tiru ayah dan admire cinta kat mak tu kannnnn..... . 7. Resilien (kental diri) Ayah yang konsisten memberikan sokongan emosi dan bimbingan sewaktu anak menghadapi cabaran hidup, boleh membantu anak-anak untuk membentuk daya tahan dan kemahiran menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka. Ini sangat penting sebagai perisai atau skil anak dalam mengemudi pasang surut kehidupan dewasa mereka kelak. . ***Penting untuk kita ambil perhatian bahawa kesan figura seorang ayah ni mungkin berbeza-beza berdasarkan keadaan individu, kualiti perhubungan dan persekitaran keluarga secara keseluruhan. Ada setengah anak tiada figura bapa, kerana perpisahan mahupun kematian kan? Namun dengan adanya penglibatan lelaki dewasa yang rapat dalam hidup anak ini dan positif, bersama-sama membantu menyokong perkembangan anak ini, boleh menyumbang kepada perkembangan sihat anak-anak apabila mereka besar kelak. Apatah lagi yang ayah itu sendiri wujud (tidak bercerai atau meninggal), mainkanlah peranan sebaiknya. Ia tidak bermaksud anda merendahkan martabat diri dengan terlibat dalam sedikit urusan mikro rumah, iaitu tengokkan anak dan main dengan mereka, ia sebenarnya sangat menyumbang besar dalam kehidupan seorang anak.... PERCAYALAH (lagu Ct Nurhaliza)... . ACEs (Adverse Childhood Experiences) sangat jelas 10 itemnya melibatkan hubungan ibu dan ayah, peranan kedua ibu dan ayah kepada anak-anak, dan aspek ketiadaan, penceraian atau cabaran dalam rumahtangga dan satu item khusus untuk ayah (anak menyaksikan ibu diperlakukan kekerasan fizikal dalam pelbagai cara).... dan kesannya, kekal dan ia adalah dari 14 aspek kehidupan seorang anak dewasanya kelak.... . Terima kasih sudi baca, jarang saya menulis sedikit panjang, kongsikan dengan pasangan kita, dan kawan-kawan kita yang lain ya.😍👍👏. . Maznah Ibrahim. Telegram channel reminder keibubapan kita sehari-hari: T.mazn.me/chan