BAGAIMANA BENTUK PERSEPSI YANG BETUL UNTUK ANAK ANAK KITA
.
Semalam saya baca dan fahamkan buku Khalifah Parenting lagi. Beza kali ini bila kita lebih berusia dan ber anak yang bertambah bilangannya berbanding masa pergi kursus dulu, bujang tran tang tang, hehehe.
.
Ada kesamaan point penting disampaikan oleh Allahyarham Prof Dr Muhammad Al Mahdi di dalam Khalifah Method ini dengan NLP (Neuro Linguistic Programming).
.
Antaranya ialah Persepsi.
.
Persepsi ni macam apa yang anak 'perceive' / lihat, dan percaya, jadi belief system bak kata orang putih.
.
Umumnya ia dipengaruhi oleh 3 faktor iaitu:
1⃣ Fizikal - Persekitaran: kebendaan, macam info, ilmu, buku, gajet.
2⃣ Sosial - Komunikasi dalam keluarga, melibatkan aspek manusia, lingkungan pergaulan yang anak ini akan absorb/ diterapkan mesej mesej nya.
3⃣ Kata Hati - dari PML - Pembelajaran Masa Lampau (apa pengalaman terdahulu si anak, bentuk lintasan hati, niat).
.
Jadi anak akan ada persepsi berbeza-beza ikut masa, situasi, peristiwa, dan sebagainya bergantung kepada 3 faktor di atas tu.
.
Contoh diberi dalam buku tu,
.
❎ Anak yang suka merokok menganggap merokok itu adalah kool, best, menarik, dan berharga (biasa remaja la ni, bab peer pressure kan, self esteem dan identiti diri sedang dibentuk)
✅ Anak yang tak merokok akan anggap merokok ni macam kotor, membazir, tak sihat, buang masa.
.
Definisi berbeza ini akan bergantung kepada 3 faktor atas tu.
.
Jadi, bantu anak untuk sentiasa ada persepsi berlandaskan PERSEPSI ISLAM.
.
Sebab,
❗ Apa kita persepsikan banyak dipengaruhi oleh 3 faktor atas tu, bermakna ia berbeza dan tidak standard. Manusia banyak ragam banyak kepala ideanya, banyak pandangannya, kan?
‼ Ambil pendekatan standard, apa diajarkan dan dibataskan, disusun aturkan dalam Islam, adalah sudah cukup lengkap, dan terbaik. Islam itu lengkap/ syumul.
.
Bab ni, memang kena banyak rujuk Al Quran dan As Sunnah. Mak Ayah kena belajar banyak lagi merujuk kepada yang arif. Tadabbur banyak isi kandungan Al Quran dan As Sunnah ya. Dekati banyak orang yang berilmu ini.
.
Lain, sebagai parent biasa:
.
🔶 Kita kena selalu BERBUAL/BERBICARA dengan anak mengenai apa pengalamannya sehari-hari sebab ia membentuk KEPERCAYAAN / PERSEPSI yang mostly belum matang dan logik / tepat benar disebabkan faktor usia muda mereka.
.
Contoh anak saya Fateh pagi ni berkeras mahu diambil ayahnya awal dari sekolah, alasan awal sebab nak sama macam kawan kawan lain, ramai diambil awal pulang. Kemudian baru lah dia beritahu sebenarnya sebab dia tak suka tidur tengahari. Rasa dipaksa tidur di saat dia tak nak atau tak rasa nak tidur. Bab ni banyak kali kami masih perlu educate dia bab khasiat tidur tengahari ini untuk otak dan tenaga dia. Last pagi tadi saya minta dia berbincang dengan pengetua, apa dia boleh buat jika tak tidur. Kemudian saya pm pengetua standby kot dia berani berjumpa berbincang bab taknak tidur ni, heheh.
.
🔷 Banyakkan cerita cerita islami dan tauhid, agar penerapan nilai islam dan persepsi Islam dapat diselitkan. Buku storytelling saya tengok banyak sangat di pasaran kini, cuma baca tak terbaca ja, kan? Masa bercerita santai ni lah mungkin anak akan trigger dan mula bertanya atau beritahu (share) pengalaman dia atau lingkungan sosial nya (rakan itu, ini, guru itu ini dsb).
.
♦ Jangan tinggal doa, sebagai pendinding dan pemelihara diri anak dan keturunan kita, agar sentiasa terpelihara dari sebarang pengaruh tidak baik.
.
.
❤️❤️❤️
Refleksi,
Maznah Ibrahim.