ar
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 16 314 مشتركاً، محتلاً المرتبة 968 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 352 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 16 314 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 12 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -126، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -3، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 4.19‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً N/A‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 684 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 0 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 13 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

16 314
المشتركون
-324 ساعات
-257 أيام
-12630 أيام
أرشيف المشاركات
Pesanan Khidmat Masyarakat: Untuk anak kita yang bila bercakapnya kuat sangat, menjerit, dan marah-marah tak tentu pasal 💁‍♀️💁‍♂️ Pening mak pak eh. Pesanannya cuma: "Tak perlu jerit-jerit, Yumna. Cakap elok-elok aja". "Rendahkan suara..." "Tarik nafas..." (sambil kita tarik nafas dalam sekali) Anak fasa ini (2-3 tahun) adalah fasa mereka belajar meregulasi emosinya, mengurus emosinya. Ya kadangkala mereka mungkin ada 'trigger', benda tak selesai, marah tak lepas/luah, terpendam. Kadangkala juga just kerana fasa emosi swing mereka, kerana peringkat 'emotional brain' dia tengah main peranan. Beri pesanan khidmat masyarakat yang pendek seperti ini. Anak usia 5-6 ke atas? Boleh sangat peringatan / pesanan khidmat masyarakat seperti ini, cuma tambah sesi 'one to one' dan beri mereka luah, perkaitan perlakuan tadi dengan mana-mana peristiwa berkaitan. Tanyakan, pasti ada sebab 'underlying'nya. Pengurusan emosi anak, boleh mula dibimbing sejak usia 2 tahun lebih. Hasilnya anak yang lebih matang emosi, beri kesan untuk peringkat seterusnya (prasekolah, sekolah rendah, menengah), bermula sewaktu otak rasional pula main peranan sekitar usia 4 tahun ke atas. Kita boleh jadi coach emosi kepada anak kita sendiri, Kitalah siapa lagi. . Care, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan p/s: Nantikan webinar EQ dan Master Skill yang kita perlu kuasai agar anak kita dan diri kita juga terdidik secara emosi baik, insyaAllah. Saya akan umumkan nanti.

photo content

4 Perkara Penting Ini Adalah Tips Bagi Mengurangkan Gangguan Emosi dan Tingkahlaku Anak Kita di Rumah Sehari-Hari Apakah ia?
4 Perkara Penting Ini Adalah Tips Bagi Mengurangkan Gangguan Emosi dan Tingkahlaku Anak Kita di Rumah Sehari-Hari Apakah ia? Asas aja: Makan, Rehat, Aktiviti dan Tenang Diri. Kita usahakan bantu mereka ok? Care, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan p/s: Nantikan saya umumkan webinar berkenaan EQ dan master skill yang perlu ibu ayah kuasai agar anak kita nanti seimbang dan sukses dalam kehidupannya kelak, juga gembira pada masa kini kerana didengari emosinya, diiktiraf emosinya dan mampu luah emosinya dengan baik ya......

Selamat tengahari yang positif. Selamanya kita tetap menjadi ibu ayah kepada anak kita sampai kita mati dan walau mereka tela
Selamat tengahari yang positif. Selamanya kita tetap menjadi ibu ayah kepada anak kita sampai kita mati dan walau mereka telah tua 😄. Didik dan terus mendidik mereka, Didik dan terus mendidik diri kita jua. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Pada kebanyakan situasi, Ibubapa tidak bermasalah pun untuk anak yang dikatakan ada 'masalah', ada isu, ada mencabar kita dan sebagainya... Hakikatnya ibubapa itu adalah solusi atau jawapannya. Saya percaya bila ibubapa tahu, faham, ada kesedaran, Maka ibubapa akan mampu perbuat lebih baik untuk menyokong perkembangan anak-anak secara fitrah. Maka wahai ibubapa, Kita adalah solusinya. Bila ada hadapi cabaran berkaitan anak dan keluarga, Kita akan merenung diri, bermuhasabah diri dan insyaAllah akan menjumpai jawapannya. Untuk revolusi atau perubahan dalam menjalankan sedikit hikmah, sedikit lebih positif dalam keibubapaan, satu-satunya jawapan ialah Ibu Ayah itu sendiri. Mari kita bersama untuk kekal meraih ilmu, mencari jawapan dan membuat keputusan. Jawapannya Allah akan ilhamkan, Pelaksanaan juga bermula dari kita. Kita berubah, anak akan berubah. Percayalah. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan . "Bila saya berubah, cakap baik-baik dengan anak, yang mana dulunya saya memang selalu menengking dan marah-marah, hukum, cubit, maki masa zaman anak remaja saya dulu usia bawah 6 tahun, kini baru saya sedar adik-adiknya yang kecil tu, mereka berubah. Eh mereka boleh mendengar lah... Allahu... yang kakak remaja tu dah terlepas dah. Saya sedar sekarang". - customer Ibu, Ebook Hypnoscript. Https://hypnoscript.cc

photo content

Semoga sambutan hari kemerdekaan kali ini tetap memberi suatu hikmah pelajaran, dan ilham solusi kepada diri kita, dalam sett
Semoga sambutan hari kemerdekaan kali ini tetap memberi suatu hikmah pelajaran, dan ilham solusi kepada diri kita, dalam setting keluarga kita. Antaranya usaha tingkatkan bonding, penyusunan semula aktiviti dan tugasan ahli keluarga, laksana rutin bersama dan mengambil berat serta prihatin terhadap sesama ahli rumah kita. Perkuatkan bahagian itu dan carilah solusinya, pasti ada. Semoga dipermudahkan semua urusan kita untuk mendepani cabaran kehidupan sehari-hari ya. Salam kemerdekaan 2021, Bebaskan diri dari belenggu emosi masa lampau, Mulakan langkah solusi membantu diri, Secara spiritual dan emosi. CARE, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Anak kita berusia 3-6 tahun banyak idea, Suka buat eksperimen itu ini, Sepah itu ini, Ada idea/plan/imaginasi dia. Tanya aja:
Anak kita berusia 3-6 tahun banyak idea, Suka buat eksperimen itu ini, Sepah itu ini, Ada idea/plan/imaginasi dia. Tanya aja: 'Apa adik nak buat ni?' 'Apa maksud 'benda' ni?' (hasil dia) . Rai aja: 'Wah kreatifnya adik punya istana' 'Oh ... rupanya adik nak buat xyz... baru mama faham' . Solusikan: Ok lepas dah siap, nanti kita kemas sama, boleh? . Hasil kemudian nanti: - 'Problem solving skills' dia, - Kreativiti dia dalam penyelesaian masalah - Usaha dia dalam nak mencapai sesuatu . Peranan kita: Faham peringkat perkembangan dia, Rai, sokong, puji, solusi Tenang-tenang aja ya, Fasa ini tak berulang enthusiasm dia sama macam fasa ini. Executive functioning dia, untuk berfikir dengan baik dan bantu selesaikan masalah dia dan orang lain nanti. . Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan -

photo content

Yang telah daftar, nanti tonton rakaman ya, tempoh 30 hari sahaja, hadamkan dan amalkan nanti dan kongsi feedback. Semoga ber
Yang telah daftar, nanti tonton rakaman ya, tempoh 30 hari sahaja, hadamkan dan amalkan nanti dan kongsi feedback. Semoga bermanfaat!

Alhamdulillah selesai malam ini untuk Siri 2, Webinar Perkembangan dan Pendidikan Seksualiti Anak Kita, Semoga bermanfaat dan menjadi perisai keselamatan peribadi anak kita kini dan akan datang ya... Jumpa nanti webinar akan datang, berkenaan EQ Anak Kita Penting Macam Mana Nak Buat? bulan September ini. Salam sayang semua, Doa saya sentiasa bersama kalian yang berusaha menjadi ibu ayah terbaik setiap kali dan setiap hari... Maznah Ibrahim

InsyaAllah kita akan bersambung Webinar Siri 2 bagi tajuk Pendidikan dan Perkembangan Seksualiti Anak Kita pada malam ini ya.
InsyaAllah kita akan bersambung Webinar Siri 2 bagi tajuk Pendidikan dan Perkembangan Seksualiti Anak Kita pada malam ini ya... Saya bangga dengan peserta saya minggu lalu yang komited dari 9-12 malam,... Siap print notes semua siap-siap. . Tega dan teguh hingga akhir masa. Semoga dengan mengetahui aspek ini dapat membantu menjadikan diri kita sebagai ibubapa yang terbuka dan mampu menge 'coach' anak kita bila tiba masanya... Pencegahan lebih baik dari mengubati, kan. Boleh tonton rakaman 30 hari kan. . CARE ❤, Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Jemput esok, 9 pagi hingga 4 petang. Kita ambil peluang untuk menimba ilmu dari pakar-pakar berkenaan pendidikan dan perkemba
Jemput esok, 9 pagi hingga 4 petang. Kita ambil peluang untuk menimba ilmu dari pakar-pakar berkenaan pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak. .............................................. Ingin tahu bagaimana cara menghadapi isu dan cabaran dalam menangani masalah perkembangan kanak-kanak? Bahagian GENIUS, KPM dengan sukacitanya menjemput semua follower Page ini mengikuti Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan seperti butiran berikut: Tarikh : 28 Ogos 2021 Masa : 9.00 pagi Platform : FB Live Program Genius https://www.facebook.com/programGenius TAJUK: KENALI YANG NORMAL- ISU DAN CABARAN DALAM MENANGANI MASALAH PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti seminar ini!! *Slot saya pada 11 pagi - 12.30 tengahari ya. Kongsikan kepada seramai mungkin kenalan anda.

Jom Saksikan WEBINAR PENYUSUAN SUSU IBU & MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH
Jom Saksikan WEBINAR PENYUSUAN SUSU IBU & MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2021 📍Platform: FB LIVE Persatuan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Negeri Kedah (PKSPK) di page https://m.facebook.com/susuibukedah/ 🗓Tarikh: 26 Ogos 2021 (Khamis) ⏰Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang Pemenang bagi Pertandingan Menulis Cerpen “Coretan Titisan Kasihku” & Anugerah Ibu Contoh Penyusuan Susu Ibu Peringkat Negeri Kedah juga akan diumumkan semasa Majlis Perasmian. MyCPD A3: 4 mata 🤱🏻 #WBW2021 #worldbreastfeedingweek2021 p/s: Slot saya pukul 11-12 tengahari ya https://www.facebook.com/susuibukedah/videos/312760150604428/

photo content

photo content

Tiba-tiba, anak berubah Tiba-tiba anda perasan kebaikan kecil anak hari itu sebab biasanya nampak (spot) yang silap aja. Atau Anda memang berusaha nak cari kebaikan kecil anak untuk semata sengaja dipuji. Itulah pengukuhan positif. Lakukan aja, puji besar-besaran dan segera ya. . Care, Maznah Ibrahim . Channel telegram keibubapaan positif dan psikologi anak : T.mazn.me/chan

Cuba kaedah baru.
Cuba kaedah baru.

Situasi kebiasaan
Situasi kebiasaan

Saya kongsikan satu contoh dari slide saya baru-baru ini, Bila mana kita otomatik akan marah, bebel dan ugut anak yang buat salah. Hentikan, kerana ia mengukuhkan tingkahlaku salah dia, sebab si anak dapat reward negatif = pengukuhan kepada tingkahlaku negatif dia; dia dapat perhatian dan dia akan guna kaedah sama untuk buat kita marah atau orang lain itu marah (cth kes ini abangnya yang kerap mengadu dan tidak asertif, menangis saja, lagi seronok adik buli abang). Gantikan, dengan special treat, special time one to one, Eh anak rasa macam dipanggil dating bukan dipersalahkan segera di hadapan orang lain... Maznah Ibrahim. Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan