ar
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 16 270 مشتركاً، محتلاً المرتبة 969 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 365 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 16 270 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 23 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -121، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -3، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 5.56‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 2.43‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 904 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 395 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 24 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

16 270
المشتركون
-324 ساعات
-377 أيام
-12130 أيام
أرشيف المشاركات
photo content

Please parents. SCREEN FREE-TIME/ZONE Kesan bila bersama screen contoh nya komputer, dan anak minta perhatian, atau kacau, parents akan rasa seperti diganggu, dan beri 'punitive response' seperti marah anak, tuduh ANAK ganggu, beri dendaan dsb. What Would they feel? -Saya salah -komputer/hp lagi penting, dari saya -hp komputer lagi menarik dari apa2 -apa agaknya yang ada di komputer itu ya sampai kan ayah ibu tak pandang saya, saya pun nak tengok lah apa ada dalam tu -bila mereka berpeluang di hadapan komputer/hp, perlu fokus dan adalah boleh untuk tidak respon bila orang bercakap 😨 Maka bila mereka berpeluang memegang hp atau komputer, Mereka akan jadi macam kita. So obsess ke screen. Apa yg kami buat ialah family rule. 1. No hp infront the Kids - Tak boleh hp depan anak2.. Haha. So si Fateh akan repeat peraturan ini, contoh "Ayah/Mummy, tak boleh tengok telefon depan anak-anak. Denda RM10. Masuk tabung. Tetapi jika untuk kerja seperti merakam aktiviti anak-anak untuk tujuan pembelajaran saya dan aunties kawan Mummy, dia ok. Anak kecil akan fahami. Just Explain baik-baik. 2. Zon tengok hp di rumah kami ialah di bilik kedua. Tengok /baca sebentar tanpa anak melihatnya. 3. No hp di bilik tidur utama - waktu tidur. Waktu tidur nak settle down, nak banyak aktiviti Special time dan signature touch yang Best dan good mood seperti baca buku cerita, ajar flashcards, games, sorok2, panjat badan dll. Agar bangun tidurnya mood pun baik baik. Wifi memang tidak baik untuk otak dan efek kualiti tidur, termasuk apa jua bentuk cahaya, as what we all know. Please. Kita tidak mahu anak abaikan kita bila Mereka memiliki dan bekerja dengan hp kelak pabila dewasa nya yang mana kita sudah tua dan sangat mendambakan perhatian dari mereka. Maznah Ibrahim

photo content

photo content

Anak Remaja, Quick Fact Untuk Anda❗ °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Assalamualaikum Puan..boleh tak puan kongsikan cara utk menangani tekanan dgn anak yg usia 13 thn ke atas..yg ckp kawan2 lebih didengar dari kami ibubapa.. ========= Wassalam boleh puan. Saya pernah menulis. Ada di telegram channel. . Basically untuk handle anak remaja, ia libatkan 2 elemen utama: 1) trust 2) freedom . Perlu difahami juga peringkat anak remaja, ejen utama dalam kehidupan memang rakan sebaya, yang lebih utama dari ibubapa dan famili. . Namun saya ada menyaksikan segelintir anak remaja yang masih sangat bond dengan ibubapa, dan antara faktor utama ialah pembinaan hubungan yang rapat, teguh, positif dan baik semasa fasa 0-6 tahun. . Ada saya mentioned dalam ebook TakNak Marah Anak dan ebook Teknik Rebonding. . Antara usaha puan boleh lakukan kini: . 1) Puan akan perlu banyak turunkan level ego as parent dan jadi sama level seperti dia, iaitu sahabat sebaya. . 2) perkataan dan cara pendekatan perlu moden ikut arus semasa dia, dia ada insta kita ada insta juga, asal dia tak block kita 😌 . 3) Juga berikan sedikit kebebasan yang dia mahu, dengan cara DISKUSI terbuka, WIN WIN ibubapa-anak dan beri syarat, maksus ia tetap ada batas. Contoh lepas tuition dia nak ke rumah kawan, boleh, asalkan hp tidak ditutup, dan pulang sebelum 6 pm. Contoh lain: Boleh main game di hp/ alat game, asal syaratnya selepas kerja sekolah selesai dan ia hanya 1/2 jam maksimum. . 4) Hargai dan percaya kepada pilihan dan cadangan dia, untuk dia rasa ada power, ada keterlibatan dan hak dalam pembuatan keputusan keluarga, dan ini menunjukkan ibu dan ayah percaya kepada buah idea fikiran dan pandangan dia. . 5) Banyak discuss bersama isu seksualiti dan kongsi pengalaman puan as remaja dahulu. Sama jantina : anak perempuan dengan ibu manakala anak lelaki dengan ayah, boleh buat storytelling dari kisah anak rakan / kisah lain seolah puan tahu kisah itu sepenuhnya. Tujuan hanya nak 'dekat' dengan isu dalam stage perkembangan mereka, buat mereka rasa ibu ayah 'tidak jauh', ibu ayah terbuka dengan isu ini. Isu percintaan, perasaan sensitif, akil baligh, perubahan fisiologi, pemikiran dll. . . InsyaAllah, Saya doakan sedikit usaha puan ini beroleh hasil. . Ia mungkin makan masa beberapa tahun, namun berbaloi, kerana dewasanya kelak adalah anak manusia yang berwibawa dan menyumbang dalam masyarakat. Berbakti pada ibubapa juga. Dan paling utama kita nak menjawab di depan Pemilik anak ini nanti, Allah swt di akhirat kelak. . . Ujian anak remaja memang lain dari anak kecil. . Namun key dalam parenting tetap sama, ❤Listen, ❤Respond, ❤Work Together. . . Refleksi, Maznah Ibrahim Jemput Channel Telegram Saya: t.me/ehsabar t.me/ehsabar t.me/ehsabar

photo content
+1

Menarik, pendidikan awal anak di dua negara ini, 1) Jepun, Ibu hamil akan berhenti kerja, dan kembali bekerja pabila anak berusia 8 tahun. Pendidikan awal bermula sejak dalam kandungan (janin). 2) Finland, Pemerintah akan beri Baby Box yang mengandungi barang asas bayi untuk digunakan sehingga usia 2 tahun. Betapa, Foundation seorang anak manusia ini adalah dari 0-8 tahun, Kukuh, elok, baik, Baiklah jadinya manusia dewasa ini. Cara berfikir, beremosi, mengendali isu dsb. Kita ibubapa adalah manusia pembelajar, Sentiasa perlu belajar. Apatah lagi anak kita, yang masih anak lagi. *bersambung Refleksi, Maznah Ibrahim

Bismillah Bonding Adik Beradik Bonding antara ketiganya dimulakan sejak Adik Baby dalam kandungan. Sebaik Adik Baby lahir, baru KN dipanggil Kakak dan dia cepat juga tune in dengan suasana, dan mula membahasakan dirinya sebagai Kakak. . Tips: . 1. Hari Mummy serah diri ke wad (12 Mei petang, adik Baby lahir 12 Mei malam), Mummy belikan hadiah untuk Abang Fateh dan KN. Ia merupakan benda yang mereka suka sesangat. Fateh kereta remote control, KN set doktor doktor kaler pink belaka. Saya Kata kepada mereka, Adik Baby yang hadiahkan kepada mereka. Fateh terharu dan terus peluk perut saya. Dia kata terima kasih adik baby... KN tak berapa heran tentang perkara itu. Just seronok dapat hadiah saja. . 2. Kerapkan skrip - baik membaik antara mereka. "Eh adik senyum kat Kakak, Adik Baby suka kakak la". Tak lama pastu KN ulang skrip, "Mummy Mummy baby senyum kat Kakak, dia mesti suka kat kakak". . 3. Pastinya anak anak excited nak dukung Baby kan. Beri izin tapi dengan pemantauan penuh. Ada adegan Fateh berniat baik dan terus angkat (jatuh jantung rasanya) dari katil ke meja makan, dengan sendiri. Terus ditegur agar tidak angkat sendirian, baby bunyi, panggil Mummy. Jadi mereka dua dapat gilir gilir peluang pangku si adik Baby. Sentuhan dan suara mereka ini pastinya Adik Baby dengar. Ia tingkatkan Trust dalam diri Baby kepada kakak dan abang, pabila ibubapa yang mulakan dulu, iaitu put the trust pada anak anak untuk memangku bayi. . 4. Sentiasa libatkan si anak besar dengan persediaan baby contoh masa tukarkan lampin, ambilkan minyak, tutupkan kepala botol minyak, ambil pampers dsb (syarat anak yang berminat nak libat dalam proses penjagaan ini. KN lebih ketara maybe sebab dia perempuan). Fateh lebih kepada ambilkan air suam satu mug untuk saya. Masa Fateh usia 3 dapat adik KN, pun dia begitu 😅. . Lain tips, masa bonding kan Fateh dan KN sejak dalam kandungan, ada dalam Ebook Percuma Tips Adik Beradik Ngam Sejak Dalam Kandungan. . * Oh ya, ada bertanya pada saya mengenai anak bayi dalam pantang dan abang/kakak usia 3, jadi saya berikan Skrip AsmaulHusna untuk ibu dalam pantang, boleh tengok di pics last ya. Semoga bermanfaat. Ada skrip baikkan adik beradik, skrip turunkan kuning dll. . Refleksi, Maznah Ibrahim pics di sini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213887353110355&id=1004411173

Camana Nak Buat Anak Kecil Tidur Awal ================================ Bila anak taknak tidur, mulalah kita pun nak jadi naga / raksaksa hijau dah. Fahami berapa jam anak kecil perlu tidur, ikut usia: (https://www.babycenter.com/0_how-much-sleep-do-babies-and-toddlers-need_7645.bc) . Sebaiknya latih anak kecil anda tidur awal bermula sewaktu usia bayi, ia jadi mudah untuk malam tidur dan siang berjaga dengan 1-3 kali nap siang ikut keperluan. . Harus diketahui pattern tidur anak juga dipengaruhi oleh cara gaya tidur ibu semasa mengandung. Jadi, usahlah marah anak tidur lewat jika kita sendiri jenis tidur lewat orangnya. . Beberapa tips asas dari saya :- . 1)✓ Biasanya, sibukkan anak anak dengan kepenatan waktu petang melalui aktiviti fizikal, agar malam tidur awal, lepas Isya'. Matahari petang sebenarnya amat baik sebab beri / bantu rembes hormon gembira serotonin untuk manusia, elak depress. Jika ramadhan, saya selamba aja bawa anak-anak ke playground sebentar selepas kerja, dan tidak ramai orang pula. Bila penat petang, malam mudah 'pengsan', hehe. . Tidur selepas Isya' juga baik untuk orang dewasa bagi bangun malam untuk ibadah sunat lain dan kerja rumah lain. Jika ramadhan, aktiviti masih boleh berjalan selagi anak minat dan ada tenaga. Malah matahari petang boleh beri / rembes hormon serotonin - positif gembira untuk mood, elak depress. Jika ramadhan, saya akan bawa anak anak ke playground sebentar selepas kerja jika tak terlalu panas, dan tak da orang pula, puas bermain sebentar. Ternampak la orang dewasa muslim juga berjogging. Hebat ! . 2)✓ Key nya tidur awal, untuk bangun awal. Kenapa penting bangun awal ? Sebab banyak aktiviti bermula selepas subuh, seperti ayat Al Quran, bertebaranlah kamu di muka bumi selepas solat (62:10). Sekolah juga banyaknya pagi. Malah tidur selepas subuh juga sangat tak baik untuk badan, otak dan kejayaan kerja yang melibatkan manusia lain di luar. (Nap anak kecil 1-3 kali, ikut usia, manakala orang dewasa 1 kali untuk 27 min tidur tengahari = 33% kualiti tidur malam nanti * sumber rujukan OCOC Dr Rizal). . 3)✓ Malam tu mak teman sekali tidur si kecil. Lepas anak dah tidur kita bangun semula untuk selesaikan aktiviti rumahtangga. Anak kecil suka menurut cara orang dewasa, dan mahu 'sama'. Jika mak ayah sahaja suruh anak tidur awal tapi mak ayah sendiri sibuk bergajet/ ber tv, (nampak belum selesai aktiviti lagi), anak juga mahu sama macam mak ayah. Jadi salah seorang mak ayah temani si anak sebentar. Anggap sedekah 1/2 jam berkualiti untuk bonding time dengan si anak anak, dapat selesaikan banyak isu masa yang lain. . 4)✓ Harus difahami, biasanya anak kecil ni jika bukan ramadhan pun dh biasa tidur lewat memang akan lewat lah. Maksud, ia latihan makan masa, bukan terus jadi di waktu ini anda mahu train. Kan mula dari bayi ? Jadi bagaimana nak strategi lagi. . 5)✓ Nak induce tidur awal tu, masuk awal ke tempat tidur dalam setengah jam, dan beri aktiviti santai sambil baring (atau aktiviti lain secara duduk * untuk induce body ke baring untuk tidur), terbaik ialah STORYTELLING kisah kisah samada anda reka sendiri atau guna buku sahaja. Budak memang suka dengar cerita ceriti hehe. . So katakan nak dia tidur 930pm, anda dah macam ibaratnya ting ting ting announcement "masuk bilik tidur semua" (kul 9pm). Ia mula-mula mungkin akan drag masa aktiviti sebelum tidur smpai 1 hour, means pukul 10.30 pm baru semua tidur. Tapi tak mengapa, ia satu latihan masa untuk body clock baru nak dilatih. . • Cuma ramadhan ni, jika si abang besar ayah handle untuk terawikh bagai, mak handle anak kecil semua tu, mak terawikh individu sahaja selepas itu. 6)✔ Pastikan bilik tidur gelap sepenuhnya dan tiada alat gajet sedang on untuk elakkan gangguan vibrasi / gelombang luar. Pasangkan alunan Al Quran cth surah al Mulk secara amat perlahan dan tak ganggu pendengaran. . . Refleksi, Maznah Ibrahim.

photo content

photo content

Pabila Emosi Tak Best Melanda Untuk Ibu di Bulan Ramadhan... Waktu bulan ramadhan inilah kita akan lebih diuji emosi, kerana apa? Kerana pertama perkataan Ramadh itu bermaksud panas. Kedua kerana kita ada niat nak didik hati dan diri jadi lebih baik, dan istiqamah baik. Maka, banyakkanlah atau lazimkanlah diri untuk: i) bertasbih, puji Allah, atas ujian ini, dan ii) minta ampun kepada Allah. Usah berlamaan menyesal. Move on. Dua hari lepas saya diuji emosi sungguh dengan anak pertama. Nak dekat buka puasa pula tu. Allahu ... Saya kesal, dan mohon Allah tunjuki dan pimpin saya. Saya dapat ilham, buka Al Quran. Secara rawak di tangan saya membuka hp saya : terjemahan Quran, dua kali saya scroll. Satu untuk surah, satu untuk ayat. Saya terpana mendapat ayat ke 3 dari surah An Nasr ini.... Sungguh bila tak boleh solat, bercuti, lagi diuji. Nak nak bila dekat berbuka puasa. Sabar dan kuatkan kesabaran, usaha lagi. Tiada yang sempurna... Allah didik kita dan bimbing kita sentiasa. Maznah Ibrahim. * tasbih : subhanallaha wabihamdihi 100x ========================= *Rujukan Tasbih Memuji Allah: Fadhillah atau keutamaan bertasbih : Mush’ab bin Sa’d menceritakan bahwa ayahnya pernah mengatakan, Rosulullah Sab bersabda,”Apakah seseorang diantara kamu kuat setiap hari melakukan 1.000 (seribu) kebaikan?”, sahabat menjawab,”Bagaimana seseorang diantara kami dapat melakukan 1.000 (Seribu) kebaikan ?, Rosulullah Saw menjawab,”Yaitu mengucapkan tasbih 100 (seratus) kali, maka akan dituliskan untuknya 1.000 (seribu) kebaikan dan akan diampuni 1.000 (seribu) kesalahannya” (HR. Muslim, Nasa’i dan disahkan oleh Tirmidzi) Abu Hurairah ra menungkapkan, Rosulullah Saw bersabda,”Barang siapa mengucapkan ‘Subhanalloh wa bihamdihi’ 100 kali dalam sehari semalam, maka ia akan diampuni segala dosanya, sekalipun dosanya itu sebanyak buih dilautan” (HR. Muslim dan Tirmidzi) Abi Umamah ra menyatakan, Rosulullah Saw bersabda,”Barang siapa yang terhalang oleh malam untuk dapat bangun atau terhalang oleh harta untuk memberi infaq atau takut kepada musuh dalam perang, maka hendaknya ia memperbanyak membaca ‘Subhanalloh wa bihamdihi’, karena sesungguhnya ucapan ini lebih dicintai oleh Allah dibandingkan segunung emas yang ia infaqkan dijalan Allah” (HR. Thobroni, tetapi sanadnya lemah) Abu Huroiroh ra mengemukakan, Rosulullah Saw bersabda, “Dua kalimat yang ringan diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan sangat dicintai oleh Tuhan Yang Maha Rahmat, yaitu ‘Subhanallo wa bihamdihi subhanalloohil azhiim’ (HR. Bukhori dan Muslim)

SALAM RAMADHAN 1439 H UNTUK SEMUA Di awal pagi sahur ini, Saya mengucapkan Salam Ramadhan untuk semua kenalan dan pembaca dari maznahibrahim channel, email, dan fb saya. Saya juga memohon maaf atas segala kekhilafan sekiranya ada, Saya mendoakan agar kalian sentiasa dalam keadaan baik, sejahtera, penuh manfaat dan menerima rahmat keberkatan dari Allah swt. . Semoga Ramadhan kali ini akan memberi lebih lebih lagi kebaikan dan makna dari tahun tahun lalu untuk anda sekeluarga. . Sedikit pesanan dari refleksi saya untuk ingatan bersama : . 1) Pastikan setiap ibadah dan aim yang anda telah niatkan / letakkan untuk ramadhan kali ini, diMAKNAI dengan penuh hati, dan direfleksi SETIAP HARI agar tidak tersasar dari tujuan asal anda yang murni, contoh: ➡ membaca Al Quran setiap hari 4 mukasurat, ➡ anak dapat memahami dan mengikuti makna puasa makan dan minum walau hanya separuh hari, ➡ tidak membeli di bazar ramadhan tetapi memasak makanan rumah sahaja, dll. Ini kerana tidak direfleksi setiap hari buatkan kita mudah tersasar dari track niat asal. . 2) KURANG kan masa ber GAJET, limitkan dan niatkan hanya untuk kebaikan dan silaturrahim sahaja, jadikan ia satu bentuk puasa dan ibadah dalam diri anda. ➡ Contoh: hanya maksimum 30 minit sehari membaca fb, insta dan media sosial, niat untuk inspirasi murni sahaja. Ini kerana kita mahu manfaat MASA bagi optimumkan point no 3 di bawah 👇. Sesuatu yang baik akan boleh turn to sesuatu tak baik dengan mudah (masa, jika kamu tidak memancungnya, ia akan memancung kamu). Contoh berbual elok elok, namun bila lama sangat, boleh terdengar umpatan, leka, lagha). . 3) Jadikan ibadah-ibadah di bulan Ramadhan ini sebagai satu LATIHAN pembentukan DISIPLIN untuk diri, anak dan keluarga secara konsisten/ istiqamah. Contoh ➡ berbuka waktu mahgrib sebagai satu masa makan istimewa bersama keluarga setiap hari, ➡ perut dilatih untuk off makanan selama sekurangnya 12 jam bagi rehat usus, ➡ solat fardhu awal waktu, solat sunat tambahan dan baca Quran dipertingkatkan untuk pembentukan karektor diri bagi aspek menjaga mata telinga hati, menjaga masa dan aktiviti bermanfaat, dll. Ini kerana latihan selama 21 hari berturut tanpa henti dapat membentuk satu karektor kekal dalam diri manusia. . *Alhamdulillah Saya telah selamat melahirkan anak ketiga sebelum ramadhan, iaitu pada 12 Mei malam, berbanding 21 Mei due. Hikmah ialah saya mungkin dapat bersama berpuasa insyaAllah dengan kesihatan ibu dan anak yang optimum. 😃 *InsyaAllah saya tetap akan menulis posting berkaitan dengan niat ia satu ibadah untuk diri saya. Jangan lupa set notification untuk tak terlepas ia. . . Refleksi, Maznah Ibrahim.

photo content

Anak Dimarah Kerana Kesilapan Kecil Contoh, sambil makan, lap mulut di bahu, Duduk saja-saja, tiba-tiba gigit baju di lehernya, Tengah main, tetiba cubit/terkasar dengan ibu/ayah/adik, Tengok TV, dekat dekat depan TV, Caranya, cuma peringatkan saja. Fitrah anak yang kecil yang spontan tidak dapat kawal perlakuan, Adalah Lupa. Cukupkah 5000-6000 + kali kita peringatkan mereka untuk tingkahlaku yang betul? Jika belum, usah berharap diri layak untuk marah marah beremosi kepada si anak. Marah berlampauan sampai pukul, ugut, kecam tingkahlaku dia. Gunakan KeyWord sahaja, anak akan faham. [Dengan andaian, sudah bincang berduaan One to One dengan anak 'KENAPA' / 'SEBAB APA tak boleh buat sedemikian]. i.e kenapa tak boleh tengok TV dekat? Sebab nak jaga mata, nak guna mata sampai tua, nak mata sihat. i.e kenapa tak boleh pukul walau gurau / teruja? Sebab kita mahu buat sentuhan selamat sahaja. Beza sentuhan selamat kita rasa sayang, selamat, suka, gembira. Manakala sentuhan tak selamat kita rasa tak selesa, sakit, marah, geram, nak balas balik. Contoh reminder keyword (half arahan, not too long statement): Fateh, jauh sikit (tonton tv dekat) Fateh, tak perlu gigit baju. Fateh, main elok-elok. https://maznahibrahim.com/berapa-kali-cukup-untuk-peringatkan-anak-benda-yang-baik/

Jangan lupa tonton kupasan saya mengenai karektor 'protector) / pelindung pada anak anak lelaki ? kita. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=908989599275625&id=477691842405405 Next Live FB saya akan berkenaan persediaan anak nak masuk remaja, erti cinta dan bagaimana hadapi persoalan anak berkenaan seksualiti, percintaan, dll.

Jumpa lagi dan lagi anak anak yang terbeban dengan memikirkan masalah ibubapa, hingga menanggung satu lagi isu, pscyhiatric problem di usia muda. Ia bukan kecil, tetapi besar sekali. Sama sama kita peringat diri kita. Terima kasih pn Eyza Faizah memanjangkan penulisan saya ini. https://www.bidadari.my/anak-terbeban/

Tanam, serap konsep : Berusaha, Pasti berjaya kepada anak-anak kita. Boleh aja jadikan Video Lagu Omar Hana ini sebagai storytelling yang baik untuk anak anak kita. 👇👇👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=908782429296342&id=477691842405405

photo content