ar
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

الذهاب إلى القناة على Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام Parenting Maznah Ibrahim

تُعد قناة Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 16 317 مشتركاً، محتلاً المرتبة 969 في فئة الأسرة والأطفال والمرتبة 2 352 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 16 317 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 11 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -128، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -7، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 4.14‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً N/A‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 676 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 0 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 12 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأسرة والأطفال.

16 317
المشتركون
-724 ساعات
-227 أيام
-12830 أيام
أرشيف المشاركات
'Reconnecting' dengan Anak (5) Kita tertanya-tanya kenapa anak berubah. Dulu dia tidak begini, dulunya dia adalah bayi paling comel dan manis yang kita pernah lihat dalam dunia ini, dia anak kita yang paling mulus dan baik. Kini? Elakkan kenapa tetapi tanyakan apa kepada dirinya: “Apa abang buat ni, apa maksud abang bila pukul badan adik?, Mama nak faham...” Tertanya-tanya apa sebabnya ya? Kenapa dia macam ni? Pasti ada underlying 90% iceberg puzzle tingkahlaku dia ni. Macam mana nak bantu? Cek tangki emosi (5: perkataan, layanan, sentuhan, masa, dan material) dan keperluan fisiologi asasinya (makan, minum, rehat/tidur dan aktivitinya). Banyakkan ‘wondering’ dan ‘curiosity’, bukan ‘labelling’ terus jatuh hukum (baca post sebelum ini). Hmm… apa sebenarnya yang dia tak cukup ya?..... (jawapannya ada, setiap persoalan ada jawapannya, mohon pada Tuhan untuk ilhamkan). . Sambung. . Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

'Reconnecting' dengan Anak (4) Kini telah lebih relaks sedikit. Bertenang. Menerima anak kita seadanya, lebih dan kurang nya, dan diri kita seadanya. Tugas kita. Kini kita nak proses seterusnya. Menjadi 'non judgemental'. Tidak melabel, menilai tingkahlaku anak itu buruk atau label tertentu yang kurang enak. Walaupun dia buat silap, elak label. Label membuatkan kita 'fix'. Melekat dengan label itu dan tidak ada ruang untuk kepercayaan yang anak boleh berubah. Elak. Elak sama sekali. Kata-kata diulang menjadi kepercayaan, kepada si anak dan kepada diri kita juga. Anak juga 'struggle', nak perbuat yang terbaik seperti kita hasratkan, mahu corakkan, dan mahu mereka jadi. Mereka bukan robot. Boleh programkan dan baiki, ulang bentuk, dan jadi formulanya. Mereka manusia ada hati nurani dan fitrah dinamik. Mungkin formula jadi untuk diri orang lain, namun tidak semestinya jadi untuk diri kita, anak kita, keluarga kita. Jawapannya ada pada diri kita. Pencarian jawapan, kenapa, bagaimana, apa, semuanya ada dalam diri kita yang telah melalui kehidupan ini bersama si anak dari kandungan lagi hingga usia kini dia. Tiada siapa yang salah, semua kita akan bertanggungjawab, kita lebih lagi sebab kita telah lebih dewasa. Bantu, bukan matikan. Sambung. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

'Reconnecting' dengan Anak (3) Setelah kita cuba untuk tidak lagi berfikir mahu ‘membaiki’ atau mengubah diri si anak, kini kita di fasa dua. Terima diri kita seadanya. Kita terlalu banyak ekspektasi kepada diri sebagai ibubapa, mahu menggiring ‘milestone’ anak seperti fasa awal kehidupannya, dan kalau boleh hingga dia dewasa. Hingga kita terlupa dia adalah entiti berbeza sebaik sahaja dia lahir dan dia adalah unik! Anak orang lain adalah lain dan anak kita adalah lain dan tetap hebat! Benar, penerimaan radikal yang perlu kita lakukan kini adalah PERCAYA yang anak kita kini telah perbuat apa yang terbaik dirinya mampu, pada ketika ini, usia ini. Dan terima fakta hakikat diri kita bukan Tuhan dan bukan berkuasa untuk segala-galanya, hanya pentadbir beramanah yang dipinjamkan harta ‘seorang anak ini, ini, ini’ di dunia ini. Terima diri, kita adalah pemegang amanah dari Yang Maha Kuasa saja. Besar peranan itu, tapi bukan fokus semata kepada anak, fokusnya adalah kepada Pencipta si anak, pemberi amanah, fokus kita kepada Dia : untuk ibadah. Lelah akan berpindah, tidak lagi merebah berat ke diri kita. Panjatkan rasa harapan dan kepercayaan kepada Dia, Yang Maha Kuasa Segalanya. Relaks. Tenang. Bermohon, Berusaha dan Kembali Berserah. . Sambung. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

'Reconnecting' dengan Anak (2) Langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah menerima diri anak kita seadanya. Kita selalu ada ‘mindset’ yang kita perlu ubah anak kita. Kita perlu baiki anak kita. Ia mudah: terima dia seadanya, tidak perlu ubah dirinya, namun sukar: sebab kita rasa kita berhak mengubah dirinya, sedang kita tahu kita bukan Tuhan. Jadi bagaimana? Itulah yang pertamanya, iaitu berhenti berfikir mahu ubah anak ini, dan memaksa dia menjadi seperti apa kita mahu. Terimalah dia, minat dia, kecenderungan dia, kekurangan dia dan kekuatan dirinya. Sambung. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

Selamat Menjadi Objek Kasih Sayang dan Bermain dengan Anak Bayi Kita! https://maznahibrahim.com/selamat-menjadi-objek-kasih-sayang-dan-bermain-dengan-anak-bayi-kita/

photo content

'Reconnecting' dengan Anak (1) Semakin lama semakin jauh rasa dengan anak, bila kita ada saja benda yang tak kena dan salah pada mata kita. Percayalah, dalam keadaan kita juga rasa 'stuck' dan tak tahu nak buat macam mana lagi, mereka juga sama. Mereka juga telah buat yang terbaik yang mereka mampu ketika itu, hatta pada pandangan mata kasar kita ia salah, ia tak betul, ia tak patut begitu dan sebagainya. Pertama, ubah mindset kita. Semua orang telah buat yang terbaik mereka mampu, ketika itu. Dia, dan kita juga. Kita marah, dia juga marah. Kita tak selesa gaduh setiap hari, dia juga rasa tak senang gaduh setiap hari. Siapa lebih 'makan garam'? Kita. Maka kitalah yang mulakan usaha reconnecting dengan dia. Kita cuba 'reconnecting' dengan mereka, perlahan-lahan. Sambung. Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

photo content

Psikologi kepada anak yang agresif dan diri kita. Sedarinya dan cuba latih emosi 'calm and firm' kita. Maznah Ibrahim Telegra
Psikologi kepada anak yang agresif dan diri kita. Sedarinya dan cuba latih emosi 'calm and firm' kita. Maznah Ibrahim Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan

Anak-anak Bergaduh dalam Rumah, Adalah Peluang untuk Kita Ajar Banyak Skil. 1. Skil ibu ayah respon kepada tingkahlaku mereka :- pengurusan emosi segera, tangani konflik 2-3 pihak, komunikasi dengan setiap anak (pelaku dan diperlaku) yang nak diajarkan skil komunikasi baik dan cegah buli skil tingkatkan bonding dengan anak besar yang mungkin terluka lebih berbanding anak lebih kecil . 2. Skil untuk anak-anak : Hadapi / menangani cabaran konflik / buli dengan senior/junior Skil urus emosi segera semasa berhadapan konflik Rebonding dengan adik beradik dan mak ayah juga . Benda ni nampak remeh tapi besar impaknya ke depan. Kelak inilah skil yang sama mereka nak guna di sekolah, asrama, kerja, bos dan pasangan serta anak-anak mereka kelak. . Bunyi canggih dan macam susah. Tapi ia adalah satu siri latihan berterusan untuk kita sebagai leader kepada diri dan anak-anak. Maka maksudnya lama-lama akan semakin baik/pandai uruskan. . Tak uruskan, biarkan? Akan semakin melarat, parah, luka dalam, dan kesan berbalik kepada kita dah tua nanti. Hmm. . 1 dari skil komunikasi cegah buli untuk si pelaku (katakan si adik kecil) kepada diperlaku (katakan si kakak /abang besar) - Baca sini lanjutnya ya: Sangat PENTING Skil Ini Untuk Semua Anak Kita Agar Tidak Kekal Pasif Atau Terlalu Agresif, Jadi Sederhana :- Asertif (tegas diri pertahankan hak diri, dalam masa sama tidak lukakan hati orang lain) Silakan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=751621311679122&id=477691842405405 MAZNAH IBRAHIM channel telegram parenting kita ibubapakini: T.mazn.me/chan

photo content

Selamat malam semua. Cukup tidur=cukup 'rest' Semoga esok adalah baik, lancar dan sukses untuk semua ya. Maznah Ibrahim. T.ma
Selamat malam semua. Cukup tidur=cukup 'rest' Semoga esok adalah baik, lancar dan sukses untuk semua ya. Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Memahami fitrah dan keperluan perkembangan kanak-kanak mengikut usia, mampu membuatkan kita lebih memahami (empatik), dan res
Memahami fitrah dan keperluan perkembangan kanak-kanak mengikut usia, mampu membuatkan kita lebih memahami (empatik), dan respon (bukan 'react'). Care ❤, Maznah Ibrahim Channel telegram psikologi anak dan keibubapaan positif di sini: T.mazn.me/chan

Pengurusan Emosi dalam Menghadapi Krisis Kehidupan: Persekitaran dan Individu Hari ini, Ahad, 31.10.21, 10 pagi https://www.f
Pengurusan Emosi dalam Menghadapi Krisis Kehidupan: Persekitaran dan Individu Hari ini, Ahad, 31.10.21, 10 pagi https://www.facebook.com/SoETELEPSYC

bawa kepada anak memahami perasaan dia sendiri (mulakan dengan kita pun perlu fahami perasaan mereka dulu), anak perlu berasa ok dengan perasaan dan pemikiran dia, maka stabillah tingkahlaku dia ya. Biasanya mereka pun tidak faham akan diri mereka sendiri kenapa bertindak begitu. Contohnya anak yang dimarahi teruk di rumah, akan sangat buat hal di sekolahnya. Anak yang rasa dirinya teruk, tak pandai dsb, juga akan bertingkahlaku sesuai dengan perasaannya terhadap dirinya sendiri, jadi tidak mahu membaca, tidak mahu terlibat dengan aktiviti akademik, benci sekolah/teacher dsb. Jadi nak baiki tingkahlaku anak, hanya perlu kenalpasti perasaan dia terhadap diri dan dunianya, bantu dia, dan kelak tingkahlaku mereka akan berubah jadi lebih baik, ok 🙂 CARE ❤, Maznah Ibrahim ...... Jom masuk telegram channel saya mengenai keibubapaan positif dan psikologi anak-anak di sini ya T.mazn.me/chan

6 PRINSIP KEIBUBAPAAN POSITIF yang PENTING untuk Kita Pegang dan Usaha Lakukan Ialah : . 1. KETAHUILAH, TERIMALAH yang sebarang tingkahlaku anak yang kita nampak kurang betul, kurang elok, tantrum, melawannya dan sebagainya yang tidak ikut spec kita, sebenarnya adalah satu bentuk komunikasi anak. TINGKAHLAKU = BAHASA, ada mesej yang nak disampaikan, terutama anak kecil yang belum mampu mengucapkan atau meluahkan, apatah lagi anak yang sudah besar namun sudah tahu bila dia cakap, pasti tidak dapat, atau tidak disokong, atau mungkin akan dimarahi, Maka berlakulah missbehaviour... Missbehave = Mesej Sesuatu Nak Disampaikan kepada sekeliling dia . 2. Anak-anak ada usahanya, kepada apa jua permintaan kita atau kita tak minta pun dia ada fitrah nak cuba melakukan sesuatu yang baik. Maka sahkah ia (validate ia) atau pastikan anak tahu yang kita terima, kita nampak, dan kita hargai usaha kecil dia. Contoh anak kecil yang berusaha nak cuba buatkan kopi untuk mak dia (macam Yumna saya - sebenarnya dia suka nak tuang dari teko kaca tu ke mug mak dia :sweat_smile:) masyaAllah rajinnya, tak perlu disuruh, atau baru sebut aja dia sibuk-sibuk nak buatkan. Tunjukkan yang kita 'perasan', akan niatnya yang baik itu. Puji 'noticed' usaha dia yang belum berlaku pun dan kesanggupan dia itu. Hmm memang anak kecil ni sesuatu yang kita belajar ialah mereka ni super duper yakin diri tau. Apatah lagi anak besar, remaja yang cuba membantu urusan rumah apabila ada konflik ibu ayahnya dengan memasakkan nasi untuk adik-adiknya atau membelikan sayur dengan menaiki motosikalnya. Pujilah usahanya itu. Puji, nyatakan secara jelas (Tangki Emosi: Perkataan: Words of Affirmation) . 3. Luahkan KEYAKINAN kita kepada keupayaan anak, di saat anak ada rasa 'down feeling'nya, momen emosi konflik diri, rasa tak yakin dirinya melanda... (ni biasanya anak sudah sekolah mula akan rasa inferioriti vs. yakin diri sesuai dengan tugas perkembangan usia 6-12 kanak-kanak). Bukan berbahasa basi, namun tunjukkan, luahkan, persepsi anda yang positif. "Ya, Mama YAKIN abang boleh buat, hari tu Mama tengok abang usaha berjaga malam siapkan kerja Matematik Tambahan tu. Bila kita usaha, insyaAllah adalah hasilnya berbanding kita tak buat apa-apa...". "Mama YAKIN kakak boleh present atas pentas dengan baik, berani, relaks dan fokus. Kami semua doakan. Lagipun kakak kan dah practice". . 4. Hormatilah anak, berikan HORMAT kepada mereka seperti mana kita mahu mereka hormati kita. Cara paling basic ialah pandang wajah mereka (beri full face - muka penuh) bila mereka mahu bercakap dengan kita, tinggalkanlah semua kerja yang sedang dilakukan, barang sebentar 10 saat pun amat bermakna untuk si anak sewaktu terujanya mereka mahu berbicara dengan kita. Apatah lagi anak remaja yang ada pandangan sendiri, keputusan sendiri, dan tindakan sendiri, hormatilah keputusan mereka, bawalah kepada berbincang dan negosiasi bila kita tidak setuju, dengan cara bermusyawwarah ya. . 5. Anak kita kan ada macam-macam reaksi dan perasaan, bila mereka ada perasaan yang kita rasa kurang sesuai, kurang wajar dirasai, ditunjukkan, tidaklah perlu hukum atas perasaan yang mereka rasa dan tunjukkan itu. Feelings are real. Tak kiralah perasaan baik ke, perasaan teruk ke, kita rasa macam drama sangat ke, mengada ke - No, isunya mereka sedang rasa. Hargailah perasaan itu, validate dulu barulah kita proses ia dengan bawa kepada perbincangan asertif. "Mama tengok tadi bila cousin datang, kakak macam serba tak kena, apa sebenarnya yang kakak rasa"(walau sebenarnya nak marah kenapa tergedik sangat anak Mama nih ya). (Berikan feedback dan dapatkan clarification dari dia). "Tadi Ayah tertinggi suara sikit aja, apa sebab abang meraung raung menangis macam tu, hmmm Ayah rasa malu, juga pelik sebab apa abang jadi macam tu. Cuba abang bagitahu ayah, ayah nak faham". (ni waktu tenang-tenang kemudian masa - usaha fahami si anak). . 6. Akhir, INGATLAH yang bila tingkahlaku anak Tak OK, sebenarnya ia reflek kepada perasaan Tak OK mereka juga. Jadi sebenarnya dalam keibubapaan ini, kita sentiasa nak