uz
Feedback
Study with eun

Study with eun

Kanalga Telegram’da o‘tish

stpm batch 06 2025 Ulangan 1 Ulangan 2

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
2 114
Obunachilar
-224 soatlar
-77 kunlar
-3630 kunlar
Postlar arxiv
Perkembangan perdagangan dia minta, tpi saya spot pertanian, maritim Portugal, tapi jepun keluar memang nak kena mpm ni

Spot saya kena tpi lain 🤗

Betul ramalan tk keluar
Betul ramalan tk keluar

Cepat tngok konten saya spam

Weyh tdik kan 😭😭😭 aku tngok soalan pertama dh gelak, pastu pengawas kata "mesti senang kn" Ye cikgu, senang nak gila 🥰🥰

Jgn tnya aku, bagi aku , rm 50 aku terbang

Botak keluar dhla aku confident dia tk keluar

WOI APA SIOT BENDA DH KELUAR KELUAR BALIK, krisis Balkan( (2017) , Charles tu sibuk keluar balik

Bye masuk dewan kalau ada apa² doa je

Botak aku guys

masyarakat industri jerman faktor dahagi feudalisme jepun perang dunia 1 gandhi baca guys

Baca saja saya pun hafal isi je ni

photo content

photo content
+1

perjuangan mahatma gandhi 1. kongres kebangsaan indian (inc) - merupakan sebuah parti elit yg ditukarkan kpd gerakan massa slps kepulangan MG - ⁠gol. massa blh wakili smus kelompok masy - ⁠benda ni tingkat kesedaran politik yg tingkatkan semangat nasionalisme - ⁠beliau tukar BI kpd BT 2. prinsip perjuangan - ada 3 prinsip perjuangan utk capai kemerdekaan - which is : satyagraha , ahimsa , swadesi - ⁠swadesi ni kehidupan berdikari tanps bantusn org lain - ⁠MG tekan hidup bersederhana - ⁠dorg pulsu brgan drpd E, S, & I - then guna brg tempatan - ⁠ahimsa - perjuangan tanpa kekerasan - tiads pertumpahan darah - ⁠instead- bt mogok lapar - ⁠so tentera B takdak kuass nk guna kekerasan sbb takdak timbul motif india nk serang depa - ⁠so benda ni paksa B kasi kemerdekaan kpd india 3. pergerakan garam - @ pergerakan dandi - ⁠B monopoli garam so harga dia naik - ⁠so masy n MG buat perarakan garam - jalan tak pakai kasut smpai pantai dandi - ⁠bends ni dpt sambutan smpai MG kena tahan - ⁠jadi simbol penentangan 4. pergerakan khilafat - jadi sbb TU kalah dlm PD1 - ⁠bimbang ttg kedudukan khalifah islam - ⁠MG bt Persidangan Muslim Seluruh India - ⁠f(x) : join puasa then bt mogok n sembahyang utk pertahankan tempat" suci islam 5. persidangan meja bulat / gandhi irwin - MG batalkan pergerakan awam sbb B setuju nk tarik balik undang" darurat also lepaskan tahanan politik - ⁠tpi jdi perubahan politik - pilihan raya - ⁠P. Buruh (MG) kalah mnkl P. Konservatif (B) menang - ⁠so susah india nk tentang B now

2024

photo content

Persediaan menghadapi dorang esok

photo content
+1

Soalan: Bincangkan sumbangan Karl Marx dalam perkembangan ideologi di Eropah pada abad ke-19. Pendahuluan Karl Marx merupakan seorang pemikir, ahli ekonomi, dan sosiolog Jerman yang dianggap sebagai bapa Sosialisme Saintifik. Melalui kerjasama dengan Friedrich Engels, beliau telah mengemukakan idea yang mencabar sistem kapitalisme yang sedang pesat berkembang di Eropah. Sumbangan beliau bukan sahaja mencorak pemikiran ekonomi, malah mencetuskan gerakan politik radikal yang mengubah landskap sejarah dunia melalui karya-karya seperti The Communist Manifesto. Isi 1: Memperkenalkan Konsep Materialisme Sejarah Fakta: Marx menyumbangkan teori Materialisme Sejarah sebagai cara memahami perkembangan tamadun manusia. Huraian: Menurut beliau, faktor ekonomi (asas/base) menentukan struktur sosial, politik, dan undang-undang (superstruktur). Sejarah bergerak berdasarkan perubahan dalam cara pengeluaran ekonomi. Contoh: Beliau membahagikan sejarah kepada beberapa tahap seperti zaman feudalisme yang kemudiannya digantikan oleh zaman kapitalisme selepas Revolusi Perindustrian. Penegasan: Teori ini memberikan perspektif baharu dalam sejarah bahawa perubahan sosial bermula daripada perubahan sistem ekonomi. Isi 2: Teori Perjuangan Kelas (Class Struggle) Fakta: Marx menegaskan bahawa sejarah manusia adalah sejarah perjuangan antara kelas. Huraian: Beliau membahagikan masyarakat kepada dua kelompok utama, iaitu Borjuis(pemilik modal) dan Proletariat (pekerja). Konflik timbul kerana golongan borjuis sentiasa menindas proletariat untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Contoh: Di kilang-kilang Eropah abad ke-19, pekerja dipaksa bekerja dalam tempoh lama dengan upah yang sangat rendah, manakala pemilik kilang menjadi semakin kaya. Penegasan: Idea ini membangkitkan kesedaran kelas di kalangan pekerja untuk bersatu menuntut hak mereka. Isi 3: Analisis Kritikal terhadap Kapitalisme (Nilai Lebihan) Fakta: Beliau menyumbang analisis mendalam mengenai kelemahan sistem kapitalisme melalui konsep Nilai Lebihan(Surplus Value). Huraian: Marx berhujah bahawa keuntungan yang diperoleh majikan sebenarnya adalah "nilai curian" daripada titik peluh pekerja. Pekerja menghasilkan nilai yang lebih besar daripada upah yang mereka terima. Contoh: Dalam karyanya Das Kapital, beliau menjelaskan bagaimana eksploitasi ini akan menyebabkan krisis ekonomi dan akhirnya meruntuhkan sistem kapitalis itu sendiri. Penegasan: Kritikan ini menjadi asas kepada tuntutan reformasi ekonomi dan pengagihan kekayaan yang lebih adil. Isi 4: Penghasilan Manifesto Komunis (1848) Fakta: Penulisan The Communist Manifestomerupakan sumbangan literasi politik yang paling berpengaruh. Huraian: Buku ini menggariskan matlamat gerakan komunis, iaitu penghapusan hak milik peribadi dan pengambilalihan kuasa oleh golongan pekerja melalui revolusi. Contoh: Seruan terkenal beliau, "Kaum buruh seluruh dunia, bersatulah!" menjadi slogan utama gerakan sosialis antarabangsa. Penegasan: Karya ini berjaya menyatukan pelbagai gerakan buruh yang sebelum ini bergerak secara berasingan. Isi 5: Pencetakan Gerakan Politik dan Revolusi Fakta: Pemikiran Marx menjadi pemangkin kepada pembentukan parti-parti politik berasaskan ideologi sosialis dan komunis. Huraian: Idea beliau tidak terhenti di atas kertas, tetapi diterjemahkan kepada gerakan praktikal yang menuntut perubahan struktur kerajaan. Contoh: Pengaruh Marxisme membawa kepada penubuhan International Pertamadan kemudiannya menjadi inspirasi utama kepada Vladimir Lenin untuk melancarkan Revolusi Rusia 1917. Penegasan: Ini membuktikan bahawa ideologi Marx mempunyai impak nyata dalam mengubah sistem pemerintahan dunia. Kesimpulan Secara keseluruhannya, Karl Marx telah memberikan impak yang sangat besar melalui idea Sosialisme Saintifiknya. Walaupun beberapa ramalannya tentang keruntuhan total kapitalisme tidak berlaku sepenuhnya di Barat, namun pemikiran beliau telah memaksa sistem kapitalis untuk berubah (seperti pengenalan pencen dan had masa bekerja). cc: tele lindseycherylcouva