NOTA - NOTA / MODUL SPM 📝
Kanalga Telegram’da o‘tish
Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
892
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-57 kun
-2030 kun
Postlar arxiv
Tips karangan A+ 🤩🌟
creds : someone
pendahuluan :
1. petik nama tokoh pape tak kisah la nama sape pun dr mahathir ke apa contoh ayat : “Tun Dr Mahathir pernah menyatakan bahawa penjagaan kesihatan amat penting “
2. letak definisi , tengok karangan tu tuju pada siapa masyarakat ke remaja kee contoh ayat : “ remaja merupakan golongan yang berusia belasan tahun dan masih menuntut di sekolah
* jangan guna ditakrifkan atau didefinisikan atau bermaksud sbb kalau guna perkataan tu wajib refer pada kamus dewan❎ * sebaliknyaa guna perkataan ialah / merupakan ✅
3. letak huraian + cakap pasal isu semasa sama ada positive atau negative contoh ayat : jika diperhatikan pada era globalisasi yang kian mencabar ini ( huraian ) jumlah remaja yang menghadapi masalah kesihatan mental semakin banyak meniti di bibir bibir masyarakat ( negative )
4. huraian 2 , tanya diri isu ni wajar dibiarkan atau tidak ?? contoh ayat : “ hal ini tidak wajar dibiarkan kerana remaja bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari nanti “
5. letak contoh , “contoh ayat berkaitan dgn karangan kesihatan mental boleh bagi contoh penyakit berkaitan kesihatan mental seperti keresahan , kemurungan dan stres”
6. bahasa indah ( peribahasa / kata kata tokoh : contoh if dah tak tau peribahasa apa nak gunaa tulis jee sudah terang lagi bersuluh + ulang balik tema , contoh ayat : “ sudah terang lagi bersuluh kesihatan mental wajar kita jaga dengan penuh tanggungjawab “
7. arahan : contoh ayat : “ persoalannya apakah cara yang boleh dilakukan oleh remaja bagi memastikan kesihatan mental berada dalam keadaan baik ? “
❗️Sebab dalam karangan ni pendahuluan yang penting untuk kita tarik minat pemeriksa nak baca kita punya karangan , yang isi isi semuaa tu buat macam biasa je.
❗️Untuk mulakan isi gunakan rangka karangan yang cikgu awak pernah ajar
❗️Kalau boleh setiap perenggan letak PERIBAHASA
Tips Kertas 2 Bahasa Melayu SPM
🛎
SOALAN 1 : MORFOLOGI (Kata) 🔐
1 . Baca dan fahami soalan
2 . Senaraikan perkataan yang diuji
3 . Bina ayat menggunakan perkataan yang dipilih
4 . Pastikan tiada kesalahan ejaan dan bahasa
5 . Bina ayat sendiri. Jangan mengambil ayat petikan
6 . Ayat mempunyai makna mengikut perkataan
7 . Jumlah ayat yang dibina mengikuti arahan soalan
SOALAN 2 : SINTAKSIS (Ayat) 🔐
1 . Mesti menguasai aspek-aspek penting dalam pembentukan ayat
2 . Baca dan fahami soalan
3 . Baca petikan yang diberikan dengan teliti
4 . Tulis jawapan berpandukan arahan soalan
SOALAN 3: PENYUNTINGAN (Betulkan kesalahan 🔐
1 . Baca keseluruhan petikan dengan teliti
2 . Garis kesalahan bahasa yang dikenal pasti
3 . Kesalahan bahasa dikenal pasti mengikut arahan soalan
4 . Bina jadual Salah dan Betul
5 . Tulis kesalahan bahasa tersebut dan betulkan
SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD 🔐
1 . Gugurkan kata klasik ; maka, syahadan, hatta, sebermula
2 . Kekalkan bahasa istana ; patik, beta, baginda, hamba, dayang, beradu
3 . Kekalkan tanda baca dan ayat dalam bentuk dialog
4 . Kekalkan bentuk dan urutan cerita
5 . Kekalkan nama watak, gelaran, tempat dan peralatan
6 . Tulis dalam bentuk perenggan sama seperti dalam
petikan
SOALAN 5: PERIBAHASA 🔐
-menyatakan peribahasa yang sinonim
-menyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi
-isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
-beri maksud peribahasa
-bina ayat daripada peribahasa
INGAT, FAHAM DAN AMAL.
❤️🫶🏻Kepada individu yang akan menduduki peperiksaan, saya senaraikan beberapa peribahasa Melayu & Inggeris yang boleh digunakan dalam karangan.
1. Nasi sudah menjadi bubur = Don’t cry over spilt milk.
Maksud: perkara yang sudah berlaku dan tidak dapat diubah lagi.
2. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga = A rotten apple spoils the whole barrel.
Maksud: akibat perbuatan seseorang, orang lain turut terkesan.
3. Ditelan mati mak, diluah mati bapak = Between the devil and the deep blue sea.
Maksud: berada dalam keadaan serba salah.
4. Ukur baju di badan sendiri = Cut your coat according to your cloth.
Maksud: berbuat sesuatu mengikut kemampuan diri.
5. Alah membeli, menang memakai = Get your money’s worth.
Maksud: barang yang berkualiti mempunyai harga yang mahal, tetapi dapat bertahan lama.
6. Biar lambat asal selamat, takkan lari gunung dikejar = Better to be safe than sorry.
Maksud: melakukan sesuatu perkara dengan cermat dan berhati-hati.
7. Masuk bakul angkat sendiri = Blow your own trumpet.
Maksud: seseorang yang suka memuji diri sendiri.
8. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi = It takes two to tango.
Maksud: kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab.
9. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya = The apple doesn’t fall far from the tree.
Maksud: perangai atau sifat anak yang serupa seperti ibu bapanya.
10. Siapa makan cili, dia terasa pedas = If the shoe fits, wear it.
Maksud: orang yang membuat kesalahan akan terasa apabila perkara itu diperkatakan.
11. Sambil menyelam minum air = Kill two birds with one stone.
Maksud: mencapai dua matlamat semasa melakukan satu tindakan.
12. Biar berputih tulang, jangan berputih mata = Better death than dishonour.
Maksud: lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.
13. Menangguk di air keruh = To fish in troubled waters.
Maksud: cuba mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain demi kepentingan diri sendiri.
14. Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit = A penny saved is a penny earned.
Maksud: sabar mengerjakan sesuatu sehingga membuahkan hasil.
15.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing = a friend in need is a friend indeed.
Maksud: mengharungi susah dan senang bersama-sama.
16. Cendawan tumbuh selepas hujan = mushrooms after a rain.
Maksud: sesuatu perkara yang wujud dengan banyak pada masa yang singkat.
17.Biar berputih tulang, jangan berputih mata = Better death than dishonour.
Maksud: lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.
18. Pisang tak berbuah dua kali = Lightning never strikes twice.
Maksud: sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pada masa akan datang.
19. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan = When there is a will, there is a way.
Maksud: Jika mempunyai cita-cita, seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
20. Masa itu emas = time is money.
Maksud: masa itu sangat berharga.
SENARAI PERIBAHASA YANG SESUAI DENGAN TEMA / HURAIAN DALAM KARANGAN
TEMA 1 – KERJASAMA
(a) bagai aur dengan tebing
(b) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(c) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(d) terendam sama basah, terampai sama kering
(e) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
TEMA 2 – KERAJINAN / USAHA / KEGIGIHAN
(a) bagai lebah menghimpun madu
(b) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(c) genggam bara api biar sampai jadi arang
(d) hati hendak semua jadi
(e) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
TEMA 3 – KEINSAFAN / KESALAHAN / BERINGAT-INGAT
(a) Sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(d) sediakan payung sebelum hujan
(e) sudah terhantuk baru tengadah
TEMA 4 – KEKELUARGAAN / IBU BAPA / ANAK-ANAK
(a) bagai menatang minyak yang penuh
(b) anak emas
(c) bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa borek anak rintik
(d) bagai kaca terhempas ke batu ( sedih / kecewa)
(e) melentur buluh biarlah dari rebungnya
TEMA 5 – REMAJA / BAKAL PEMIMPIN / HARAPAN NEGARA
(a) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
(b) rajin usaha tangga kejayaan
(c) yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
(d) kepimpinan melalui teladan
(e) guru kencing berdiri, murid kencing berlari (ajaran guru)
TEMA 6 – KEMALANGAN / PERKARA MALANG / KESUSAHAN
(a) hari ini hari orang, esok mungkin hari kita
(b) berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
(c) malang tidak berbau
(d) kusangka panas ke petang, kiranya hujan di tengah hari
(e) pandu cermat jiwa selamat / biar lambat asalkan selamat
TEMA 7 : WARISAN BANGSA / PERMAINAN TRADISIONAL
(a) tak kenal maka tak cinta
(b) tak basah dek hujan, tak lekang dek panas
(c) tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
(d) biar mati anak, jangan mati adat
(e) hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
KOLEKSI GOOGLE FORM DRILL K1 SOALAN SAINS TRIAL SPM 2021
1. terengganu
https://docs.google.com/forms/d/1X9ktWe14ySkxfKpcyFwnGMbFCAPaLPnTMBx9J0G97sE/copy
2. smka & sabk set 1
https://docs.google.com/forms/d/1NhoFebnL4okNAJlB5FA8vdxHzfGN_9Jk9qMNjkQpH6I/copy
3. melaka
https://docs.google.com/forms/d/1P5KG07nPm3eUauaoBWUdjXmklHhoNdbEgBbmtmtgW_4/copy
4. n. sembilan
https://docs.google.com/forms/d/1JzGFCGksgQoU2DDgk-37OXELCNkrul002uOTkAqQLgc/copy
5. perlis
https://docs.google.com/forms/d/1nYjlDYAKbcKDXosVPJAVWspu14kM0rZjvpw2aXGl2bI/copy
6. pahang
https://docs.google.com/forms/d/16_loVYc4oq3MSN8l2AizO_0_MPlYAB6tt8yyl3wNw_A/copy
7. kelantan
https://docs.google.com/forms/d/1IYVV_b7WuCbT-RDay9TMrexPIJILbSQM9sJyFjd47CE/copy
8. johor
https://docs.google.com/forms/d/1JUNIHG2EUETKNe5rNYQeh9WA6SMoCKtw-iml_QoSnxA/copy
9. selangor
https://docs.google.com/forms/d/1k17aElcNWNpwYRgYAaAA6i_8v7EbI6RcUnEiupnUOo4/copy
10. smka & sabk set 2
https://docs.google.com/forms/d/1kJs3Rr5vxK58S0hCa2iIBtS-R6pJAJ6fTs0eprq2T6U/copy
KOLEKSI GOOGLE FORM DRILL K1 SOALAN FIZIK TRIAL SPM 2021
TRIAL FIZIK SBP 2021
• https://forms.gle/UJg5KfNWC9eTcoHM8
TRIAL FIZIK KELANTAN 2021
• https://forms.gle/EkVXRnNYashkcMka6
TRIAL FIZIK PAHANG 2021
• https://forms.gle/cgakaU1vjV6Kcem37
TRIAL FIZIK SARAWAK 2021
• https://forms.gle/Mdbo5Vj2vNPSv3vx8
TRIAL FIZIK SELANGOR 2021
• https://forms.gle/JwJbuEffo5WYhay29
TRIAL FIZIK PERLIS 2021
•https://forms.gle/M1qNY6gDnYnnDYHu5
TRIAL FIZIK KEDAH SET 1
•https://forms.gle/zDGYr4U6NTpWWjmx6
TRIAL FIZIK KEDAH SET 2
•https://forms.gle/EnqnBTiGt1yQXX5FA
KOLEKSI GOOGLE FORM DRILL K1 SOALAN SEJARAH TRIAL SPM 2021
01 TRIAL TERENGGANU
https://forms.gle/c5Nrv4LLhuKSHA379
02 TRIAL JOHOR (KLUANG)
https://forms.gle/4rBGNbpPuDdmXPYe8
03 TRIAL JOHOR (KOTA TINGGI)
https://bit.ly/3Gu4IPa
04 TRIAL MELAKA
https://bit.ly/3EYhBRr
05 TRIAL KELANTAN
https://forms.gle/zotdLejqCoim1bQV7
06 TRIAL PAHANG
https://forms.gle/WCTSbksHpUc8ExCw9
07 TRIAL PULAU PINANG
https://forms.gle/4ZA2knDWBDgUjEJu8
08 TRIAL PERLIS
https://forms.gle/yEdYuXYXJkbbTFa8A
09 TRIAL SARAWAK
https://forms.gle/4jAEwm9eSud6EjNZ6
10 TRIAL SARAWAK (SARATOK)
https://bit.ly/3pPQUYv
11 TRIAL SARAWAK (SIBU)
https://bit.ly/31Wg7s2
12 TRIAL SABAH (LAHAD DATU)
https://forms.gle/vTA1MnoGPS2dcwobA
13 TRIAL SELANGOR (SET 1)
https://forms.gle/AU3vVgPSCm2s1Rxd8
14 TRIAL KEDAH
https://forms.gle/S5XDbsBGqe1N6p7Q9
CREDS TO RESPECTIVE OWNER
Spoken English Lesson
https://youtu.be/hoyhPZDp3dE
https://youtu.be/kzkEGEjkb30
https://youtu.be/vXI2lRCnTKw
https://youtu.be/eKbdUv4nj_8
https://youtu.be/bg_zwkDOcNc
https://youtu.be/qb-m3tEW_as
https://youtu.be/wva1rclob1g
https://youtu.be/QHOmj2TO4mM
https://youtu.be/th4_mJLxNe8
https://youtu.be/Da6MVHpabQY
https://youtu.be/zKAYAnLsoUk
https://youtu.be/E9pFeMKZR1I
https://youtu.be/DEJYuIZH5f8
https://youtu.be/sZ9ioZA9KFI
