✿ 🧺 ៸៸ study with sofi ۫ ⸼ ◌
Kanalga Telegram’da o‘tish
your future self is watching your effort right now . ݁ ˖ ♡ bot — @discusswsofi_bot 🌟 𓆩♡𓆪 collab : @study_angelz 𓆩♡𓆪 twin : @studyroom10 ⸝⸝ 𓈄 👛 ⊹ ˚ (𝓠.)ovely @studywsofichannel ꒱ 𓈒 ⠲
Ko'proq ko'rsatish1 629
Obunachilar
-424 soatlar
-97 kunlar
-3130 kunlar
Postlar arxiv
macam mana nak pupuk minat dalam subjek math ?
— first , try to change your mindset . minat kadang tak merubah your results . kadang kadang its about your mindset & usaha juga . cuba try test exam untuk lawan sifat kau yg tu . susah ? baru cakap tukar mindset
dah cakap susah 🫠 tolong diri sendiri . kalau rasa macam takde sape bole tolong , ingat , cikgu korang mati - matian try untuk tolong kau .
— pastu kena buat soalan senang gile😱 , mostly soalan senang dari buku topikal . then bila kita jawab yang senang kita akan tinggi diri . time tu puji la diri puas ii " hebat do aku boleh jawab math sekejap je" then ulang ii . baru la proceed untuk yang lebih susah . time tu walaupun kita tak boleh jawab , ego tu tak nak kalah . sebab diri dah sombong yg kita ni pandai math . so nak jugak jawab sampai boleh . then when we have the reason to try sampai jadi , masa tu la kita akan cri soalan math smpai muak sebab nak confident diri ni power math . at the same times you will start to bosan dengan math kecuali kalau jumpa soalan susah baru rasa excited . time exam math aritu aku excited sumpah, sbb susah 🙊
written by : batch 05
compiled by : @studytipsandnotes
↷#studentips
" @studywsofichannel 🦢 "
₍🕊₎ ..⃗. ꒰ tips ꒱
╰─▸ study tips @studywithadmin
↷#studentips
" @studywsofichannel 🦢 "
DEAR PELAJAR TINGKATAN 3 ,
tingkatan 3 ini bukan sekadar persinggahan , tapi permulaan kepada masa depan .
sekarang mungkin kamu rasa tahun ini rileks sikit , tak ada SPM lagi . tapi tahun depan kamu akan mula masuk fasa penting fasa di mana kamu kena pilih aliran , kena mula fikir hala tuju hidup kamu . sains ke , akaun ke , sastera ke ? semua itu bergantung pada usaha kamu tahun ini .
belajar dari sekarang . jangan tunggu ' esok ' . ' esok ' itu cepat sangat jadi ' terlambat ' .
apa yang kamu buat sekarang akan tentukan di mana kamu akan berdiri tahun depan . kalau kamu main - main hari ini , kamu mungkin akan menyesal bila tiba masa buat pilihan nanti . tapi kalau kamu mula serius sekarang , kamu akan bersyukur bila orang lain masih keliru , kamu dah tahu jalan hidup kamu .
tiada kejayaan tanpa usaha . tiada impian jadi nyata kalau hanya disimpan , bukan dikejar .
jadi , buka buku . fokus dalam kelas . tanya bila tak faham . letak telefon bila belajar . rehat bila perlu , tapi jangan jadikan rehat sebagai alasan untuk malas .
ingat , masa depan kamu bukan ditentukan oleh orang lain . ia ditentukan oleh keputusan dan tindakan kamu hari ini .
↷#motivation
" @studywsofichannel 🦢 "
untukmu Pejuang SPM ,
hari - hari ini mungkin terasa berat . buku bertimbun , latihan tak habis , dan kadangkala air mata menitis dalam diam . tapi ketahuilah , setiap titik peluh dan setiap doa yang kamu panjatkan sedang membina jalan ke arah kejayaan .
jangan takut gagal . takutlah jika kamu berhenti mencuba .
kerana SPM bukan hanya tentang markah . ia tentang ketabahan , pengorbanan , dan keberanian untuk berdiri saat orang lain rebah .
ingat , kamu sedang berjuang bukan hanya untuk keputusan , tapi untuk membanggakan ibu ayahmu , membalas jasa gurumu , dan mengangkat harapanmu sendiri .
kalau suatu hari kamu rasa penat , ingatlah mengapa kamu bermula .
kalau kamu jatuh , bangkitlah walau perlahan .
kerana setiap langkah kecil itu tetap membawa kamu ke hadapan .
dan bila tiba hari itu , hari kamu menulis nama di atas kertas peperiksaan , jalanlah masuk ke dewan itu dengan yakin .
bukan kerana kamu pasti berjaya , tapi kerana kamu tahu kamu telah berusaha sehabis baik .
langit tak selamanya mendung .
percayalah , selepas hujan ini akan datang pelangi .
dan kamu akan melihat kembali ke hari ini , tersenyum dan berkata , " aku berjaya , kerana aku tak pernah mengalah . "
↷#motivation
" @studywsofichannel 🦢 "
Endi mavjud! Telegram Tadqiqoti 2025 — yilning asosiy insaytlari 
