ICC Pendidikan Moral SPM 2026
Group bimbingan khusus kepada calon SPM 2026 #programCSR #FREE
Ko'proq ko'rsatish📈 Telegram kanali ICC Pendidikan Moral SPM 2026 analitikasi
ICC Pendidikan Moral SPM 2026 (@pmsdary) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 10 615 obunachidan iborat bo'lib, Taʼlim toifasida 19 107-o'rinni va Malayziya mintaqasida 3 387-o'rinni egallagan.
📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika
невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 10 615 obunachiga ega bo‘ldi.
20 Noyabr, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni 866 ga, so‘nggi 24 soatda esa 47 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.
- Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
- Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 38.86% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 20.39% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
- Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 4 093 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 2 148 ta ko‘rish yig‘iladi.
- Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 22 ta reaksiya keladi.
📝 Tavsif va kontent siyosati
Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
“Group bimbingan khusus kepada calon SPM 2026
#programCSR
#FREE”
Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 21 Noyabr, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Taʼlim toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.
Ma'lumotlar yuklanmoqda
| Sana | Obunachilarni jalb qilish | Esdaliklar | Kanallar | |
| 21 Noyabr | +82 | |||
| 20 Noyabr | +47 | |||
| 19 Noyabr | +61 | |||
| 18 Noyabr | +98 | |||
| 17 Noyabr | +76 | |||
| 16 Noyabr | +38 | |||
| 15 Noyabr | +27 | |||
| 14 Noyabr | +26 | |||
| 13 Noyabr | +29 | |||
| 12 Noyabr | +21 | |||
| 11 Noyabr | +26 | |||
| 10 Noyabr | +7 | |||
| 09 Noyabr | +13 | |||
| 08 Noyabr | 0 | |||
| 07 Noyabr | +9 | |||
| 06 Noyabr | +12 | |||
| 05 Noyabr | +14 | |||
| 04 Noyabr | +17 | |||
| 03 Noyabr | +20 | |||
| 02 Noyabr | +13 | |||
| 01 Noyabr | +2 |
| 2 | Semua calon-calon SPM dan juga rakan2 guru yang dikasihi. Selepas ini sudah tiada lagi post berkiatan soalan2. Selamat berehat dan fokus pada peperiksaan minggu hadapan.
Saya mohon maaf jika apa yang disampaikan ini menimbulka kekeliruan dan salah faham.
Dengan jumlah 10k subscribers secara percuma... saya rasa ini satu pencapaian yg sangat mengagumkan.
Saya tidak berupaya membuka ruangan komen untuk mengelakkan spam/ scammers. 😘
Selamat berjaya batch 09 SPM2026 😘 | 1 |
| 3 | ❓ Soalan 9(d) [5 markah]
Sebagai seorang murid, Huraikan cara anda mengamalkan kehidupan bersatu padu bersama rakan-rakan yang berbeza agama, bangsa, dan budaya di sekolah?
✅ Jawapan Mudah (Formula: Fakta + Huraian + Contoh):
1️⃣Berkawan dan bekerjasama dengan semua rakan tanpa mengira kaum (Fakta) dalam aktiviti pembelajaran atau kokurikulum (Huraian). Contohnya, menyiapkan tugasan kumpulan bersama rakan berlainan bangsa (Contoh).
2️⃣Menghormati perbezaan agama dan budaya rakan (Fakta) dengan bersikap sopan dan bertolak ansur (Huraian). Contohnya, tidak mengejek cara berpakaian, makanan, atau perayaan rakan (Contoh).
📝 Contoh Penulisan di Kertas:
"Pertama, saya akan berkawan dan bekerjasama dengan rakan pelbagai kaum [1M] semasa belajar dan bersukan di sekolah [1M]. Contohnya, berbincang tugasan kelas bersama rakan berlainan bangsa [1M]." "Kedua, saya akan menghormati agama dan budaya rakan [1M] agar hubungan persahabatan kekal erat dan harmoni [1M]." | 1 |
| 4 | ❓ Soalan 9(d): Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda mengamalkan kehidupan bersatu padu bersama rakan-rakan yang berbeza agama, bangsa, dan budaya di sekolah? [5 markah] (Fokus kepada cara sahaja)
✅ Jawapan Mudah (5 Cara Ringkas — 1 cara = 1 markah):
1️⃣Makan bersama rakan pelbagai kaum di kantin sekolah semasa waktu rehat.
2️⃣Bermain dan bersukan dalam satu pasukan yang sama tanpa mengira kaum.
3️⃣Berusahasama (bekerjasama) membersihkan kelas mengikut jadual bertugas harian.
4️⃣Mengucapkan selamat menyambut hari perayaan kepada rakan berlainan agama.
5️⃣Membantu rakan berlainan kaum yang kurang faham dalam pelajaran.
📝 Contoh Penulisan di Kertas (Tulis 5 cara pendek):
"1. Makan bersama rakan pelbagai kaum di kantin sekolah [1M]." "2. Bermain dan bersukan bersama rakan berlainan bangsa [1M]." "3. Bekerjasama membersihkan kelas bersama-sama [1M]." "4. Mengucapkan selamat hari perayaan kepada rakan berlainan agama [1M]." "5. Membantu rakan berlainan kaum yang lemah dalam pelajaran [1M]." | 1 209 |
| 5 | ❓ Soalan 9(c) [5 markah]
Huraikan cabaran yang dihadapi dalam membentuk amalan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
✅ Jawapan Mudah (Formula: Fakta + Huraian + Contoh):
1️⃣Kurang kefahaman tentang budaya dan agama kaum lain (Fakta) yang boleh menimbulkan salah faham atau prasangka (Huraian). Contohnya, tidak mengetahui adat resam atau pantang larang rakan berlainan bangsa (Contoh).
2️⃣Penyebaran berita palsu atau sentimen sensitif di media sosial (Fakta) yang mudah menggugat keharmonian antara kaum (Huraian). Contohnya, berkongsi hantaran berunsur kebencian tanpa menyemak kesahihan (Contoh).
📝 Contoh Penulisan di Kertas:
"Pertama, cabaran membentuk perpaduan ialah kurang kefahaman terhadap budaya dan agama kaum lain [1M] sehingga mudah timbul salah faham [1M]. Contohnya, kurang mengetahui adat resam masyarakat berbilang kaum [1M]." "Kedua, penyebaran maklumat palsu di media sosial [1M] boleh menjejaskan hubungan baik antara kaum jika mudah dipercayai [1M]." | 755 |
| 6 | ❓ Soalan 9(b) [5 markah]
Mengapakah amalan perpaduan sangat penting untuk terus dikekalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa? Jawapan anda hendaklah disokong dengan nilai universal yang dipelajari.
✅ Jawapan Mudah (Formula: Fakta + Huraian + Nilai Universal):
1️⃣Mengekalkan keamanan dan keharmonian negara (Fakta) kerana rakyat pelbagai kaum saling menghormati dan bertolak ansur walaupun berbeza budaya dan agama (Huraian).
2️⃣Mengelakkan perselisihan faham dan pergaduhan antara kaum (Fakta) supaya negara kekal stabil dan maju (Huraian).
🏅 Nilai Universal: Nilai toleransi (atau nilai kerjasama).
📝 Contoh Penulisan di Kertas:
"Pertama, amalan perpaduan penting untuk mengekalkan keamanan negara [1M] kerana rakyat pelbagai kaum saling menghormati walaupun berbeza agama, bangsa, budaya, dan bahasa [1M]." "Kedua, perpaduan dapat mengelakkan salah faham dan pergaduhan antara kaum [1M] supaya masyarakat hidup sejahtera [1M]." "Nilai universal yang diamalkan ialah toleransi [1M]." | 549 |
| 7 | ❓ Soalan 9(a) [5 markah]
Berdasarkan situasi tersebut, nyatakan contoh amalan perpaduan yang boleh dilakukan oleh penduduk di taman tersebut untuk mengekalkan keharmonian.
✅ Jawapan Mudah (5 Contoh Ringkas 1 isi = 1 markah):
1️⃣Bertegur sapa dan bertanya khabar antara jiran pelbagai kaum.
2️⃣Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan taman perumahan.
3️⃣Mengadakan rondaan keselamatan kejiranan bersama-sama.
4️⃣Menziarahi jiran yang sakit atau ditimpa kesusahan.
5️⃣Menghadiri majlis rumah terbuka semasa musim perayaan.
📝 Contoh Penulisan di Kertas (Tulis 5 contoh pendek):
"1. Bertegur sapa dan beramah mesra sesama jiran [1M]." "2. Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan taman [1M]." "3. Membuat rondaan keselamatan di kawasan kediaman [1M]." "4. Menziarahi jiran yang sakit atau memerlukan bantuan [1M]." "5. Menghadiri rumah terbuka pada hari perayaan [1M]." | 503 |
| 8 | Matn yo'q... | 502 |
| 9 | Matn yo'q... | 560 |
| 10 | ❓ Soalan (d): Sebagai seorang individu yang prihatin, bagaimanakah anda mengamalkan perlakuan berperikemanusiaan dalam kehidupan harian bagi membantu mangsa yang ditimpa musibah kebakaran di kawasan kejiranan anda? [5 markah]
✅ Jawapan Mudah (Fokus Cara/ Ayat Pendek):
1️⃣ Menyumbangkan makanan, minuman, dan pakaian kepada mangsa kebakaran mengikut kemampuan diri dan keluarga. Contohnya, memberi makanan kering, air mineral, atau baju yang sesuai.
2️⃣ Mengumpul derma wang atau barang keperluan bersama jiran tetangga untuk diserahkan kepada mangsa.
3️⃣ Membantu mengagihkan bantuan atau membersihkan kawasan selepas kebakaran bersama penduduk setempat.
4️⃣ Menziarahi dan memberi kata-kata semangat kepada mangsa agar mereka berasa tenang dan tidak putus asa.
📝 Contoh Penulisan di Kertas (Pilih 2 cara lengkap):
"Pertama, saya akan menyumbangkan barang keperluan asas kepada mangsa kebakaran [1M] seperti makanan, air minuman, dan pakaian [1M]. Contohnya, saya mengumpul barang yang diperlukan oleh mangsa di kawasan kejiranan [1M]." "Kedua, saya akan bersama jiran membantu mengutip derma [1M] dan memberi kata-kata semangat supaya mangsa tabah menghadapi musibah [1M]." | 635 |
| 11 | ❓ Soalan (c): Jelaskan perasaan anda apabila berjaya menghulurkan bantuan kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran. Berikan alasan anda. Jawapan anda hendaklah disokong dengan nilai universal yang dipelajari. [5 markah]
✅ Susunan Jawapan Mudah (1 Nilai + 1 Perasaan + 3 Alasan):
🏅 1 Nilai sahaja [1M]: Nilai bertanggungjawab (atau nilai baik hati).
😊 1 Perasaan [1M]: Saya berasa bersyukur (atau gembira).
🗣 3 Alasan [3M]:
1️⃣Kerana saya dapat meringankan beban mangsa yang hilang rumah dan harta benda.
2️⃣Kerana saya dapat membantu mangsa mendapatkan keperluan asas seperti makanan dan pakaian.
3️⃣Kerana saya dapat memberi semangat agar mangsa tidak berasa sedih dan putus asa.
📝 Contoh Penulisan di Kertas (Ikut Susunan Tepat):
"Nilai yang diamalkan ialah bertanggungjawab [1M]. Saya berasa bersyukur [1M] apabila berjaya membantu mangsa kebakaran. Hal ini kerana saya dapat meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal [1M]. Selain itu, saya dapat memberi bantuan makanan dan pakaian yang diperlukan oleh mangsa [1M]. Akhir sekali, saya dapat memberi semangat supaya mangsa tidak berasa putus asa menghadapi musibah ini [1M]." | 386 |
| 12 | ❓ Soalan (b): Huraikan kesan/ Ramalkan implikasi yang akan dihadapi oleh mangsa sekiranya masyarakat sekeliling mengabaikan sikap berperikemanusiaan semasa berlakunya musibah kebakaran? [5 markah]
✅ Jawapan Mudah (Formula: Fakta + Huraian + Contoh):
1️⃣ Kebajikan dan keperluan asas mangsa akan terabai (Fakta) kerana tiada bantuan segera diberikan oleh orang sekeliling (Huraian). Contohnya, mangsa kekurangan makanan, air bersih, pakaian, dan tempat berteduh sementara (Contoh).
2️⃣ Mangsa akan mengalami tekanan emosi dan hilang semangat (Fakta) kerana berasa dipinggirkan dan tidak dipedulikan semasa ditimpa kesusahan (Huraian). Contohnya, mangsa berasa sedih, trauma, dan putus asa selepas kehilangan rumah serta harta benda (Contoh).
3️⃣ Keselamatan dan kesihatan mangsa semakin terancam (Fakta) apabila mangsa tidak mendapat perlindungan atau rawatan yang mencukupi (Huraian). Contohnya, mangsa mudah jatuh sakit atau mengalami kecederaan yang lebih teruk (Contoh).
📝 Contoh Penulisan di Kertas (Pilih 2 isi lengkap):
"Pertama, kebajikan mangsa kebakaran akan terabai [1M] kerana masyarakat tidak memberi bantuan yang sewajarnya [1M]. Contohnya, mangsa kekurangan makanan, pakaian, dan tempat perlindungan [1M]." "Kedua, mangsa akan mengalami tekanan emosi dan berasa dipinggirkan [1M] kerana tiada pihak yang mengambil berat tentang nasib mereka [1M]." | 345 |
| 13 | ❓ Soalan (b): Apakah kesan yang akan dihadapi oleh mangsa sekiranya masyarakat sekeliling mengabaikan sikap berperikemanusiaan semasa berlakunya musibah kebakaran? [5 markah]
✅ Jawapan Mudah (Senarai Kesan Sahaja — Tanpa Huraian):
1️⃣Kebajikan mangsa terabai.
2️⃣Mangsa terputus bekalan keperluan asas seperti makanan, air, dan pakaian.
3️⃣Mangsa mengalami tekanan emosi, sedih, dan trauma.
4️⃣Mangsa berasa dipinggirkan dan hilang semangat.
5️⃣Keselamatan dan kesihatan mangsa terancam.
6️⃣Harta benda milik mangsa berisiko rosak atau dicuri.
7️⃣Mangsa sukar mendapat bantuan segera.
💡 Tip Mudah Lulus: Murid hanya perlu tulis 5 kesan pendek di atas dengan jelas untuk melengkapkan peruntukan 5 markah. | 401 |
| 14 | ❓ Soalan (a): Huraikan kepentingan amalan sikap berperikemanusiaan terhadap mangsa kebakaran tersebut. [5 markah]
✅ Jawapan Mudah (Ayat Pendek — Fakta + Huraian + Contoh):
1️⃣ Kurangkan beban mangsa (Fakta) kerana mangsa hilang rumah dan barang. Contohnya, beri makanan, air, dan baju.
2️⃣ Beri semangat kepada mangsa (Fakta) supaya mangsa tidak sedih atau putus asa. Contohnya, pujuk dan tenangkan mangsa di pusat bantuan.
📝 Contoh Penulisan di Kertas (Salin & Hafal):
"Pertama, sikap berperikemanusiaan penting untuk kurangkan beban mangsa kebakaran [1M] kerana mereka hilang tempat tinggal dan harta benda [1M]. Contohnya, kita beri makanan, pakaian, dan wang kepada mangsa [1M]." "Kedua, sikap ini penting untuk beri semangat kepada mangsa [1M] supaya mereka tidak berasa sedih dan putus asa [1M]." | 495 |
| 15 | ❓ Soalan (a) [5 markah]
Huraikan kepentingan amalan sikap berperikemanusiaan terhadap mangsa kebakaran tersebut.
✅ Jawapan Mudah (Formula: Fakta + Huraian + Contoh):
1️⃣Mengurangkan beban dan penderitaan mangsa (Fakta) kerana mereka kehilangan rumah dan barang keperluan harian (Huraian). Contohnya, kita menyumbangkan makanan, pakaian, dan wang ringgit kepada mangsa kebakaran (Contoh).
2️⃣Memberikan sokongan emosi dan semangat kepada mangsa (Fakta) supaya mereka tidak berasa sedih atau tertekan bersendirian (Huraian). Contohnya, kita menziarahi dan menenangkan mangsa di pusat pemindahan sementara (Contoh).
📝 Contoh Penulisan di Kertas:
"Pertama, sikap berperikemanusiaan penting untuk mengurangkan beban mangsa kebakaran [1M] kerana mereka kehilangan tempat tinggal dan harta benda [1M]. Contohnya, kita menyumbangkan makanan dan pakaian keperluan kepada mangsa [1M]." "Kedua, amalan ini dapat memberi semangat kepada mangsa [1M] supaya mereka tidak berasa terpinggir semasa ditimpa musibah [1M]." | 426 |
| 16 | Matn yo'q... | 401 |
| 17 | ❓ Soalan 7(b): Huraikan kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika? [5 markah]
✅ Jawapan Mudah (Formula: Fakta + Huraian / Contoh):
1️⃣ Menjadi mangsa penipuan siber dan kehilangan wang (Fakta) kerana mudah percaya kepada pautan palsu dan mendedahkan maklumat peribadi (Huraian). Contohnya, duit dalam akaun bank dicuri oleh penggodam tanpa kebenaran (Contoh).
2️⃣ Kebocoran maklumat peribadi dan keselamatan diri terancam (Fakta) apabila kata laluan atau nombor akaun jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab (Huraian). Contohnya, identiti mangsa disalahgunakan untuk tujuan jenayah (Contoh).
3️⃣ Berlaku penyebaran berita palsu dan fitnah (Fakta) kerana pengguna tidak menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi (Huraian). Contohnya, menimbulkan salah faham dan pergaduhan dalam masyarakat (Contoh).
📝 Contoh Penulisan di Kertas (Pilih 2 isi lengkap):
"Pertama, pengguna mudah menjadi mangsa penipuan siber dan kehilangan wang [1M] kerana terpedaya dengan pautan palsu dan memberikan maklumat peribadi [1M]. Contohnya, penggodam mengeluarkan wang dari akaun bank mangsa tanpa kebenaran [1M]." "Kedua, maklumat peribadi mudah bocor dan disalahgunakan [1M] apabila pengguna tidak menjaga keselamatan kata laluan dengan baik [1M]." | 441 |
| 18 | ❓ Soalan 7(b): Apakah kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika? [5 markah]
✅ Jawapan Mudah (7 Kesan Ringkas — Tanpa Huraian):
1️⃣Menjadi mangsa penipuan siber dan kehilangan wang.
2️⃣Data dan maklumat peribadi mudah digodam.
3️⃣Terdedah kepada ancaman buli siber.
4️⃣Keselamatan diri, keluarga, dan harta benda terancam.
5️⃣Berlaku penyebaran maklumat palsu dan fitnah.
6️⃣Menjatuhkan imej dan reputasi diri.
7️⃣Menggugat perpaduan dan ketenteraman awam. | 417 |
| 19 | Matn yo'q... | 371 |
| 20 | ❓ Soalan 7(a): Nyatakan etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang patut diamalkan apabila berhadapan situasi di atas. [5 markah]
✅ Jawapan Mudah (Pilih 5 isi ringkas — 1 isi = 1 markah):
1️⃣Tidak mudah percaya kepada e-mel, mesej, atau pautan yang mencurigakan.
2️⃣Tidak berkongsi maklumat peribadi perbankan seperti kata laluan atau nombor PIN kepada sesiapa.
3️⃣Menyemak kesahihan maklumat dengan menghubungi pihak bank yang rasmi terlebih dahulu.
4️⃣Melayari laman sesawang rasmi bank sahaja dan mengelakkan pautan palsu.
5️⃣Berfikir secara rasional dan berhati-hati sebelum mengisi sebarang maklumat dalam talian.
6️⃣Melaporkan e-mel atau cubaan penipuan siber tersebut kepada pihak bank atau pihak berkuasa.
📝 Contoh Penulisan di Kertas (Tulis 5 isi pendek):
"1. Tidak mudah percaya kepada e-mel atau pautan yang mencurigakan [1M]." "2. Tidak berkongsi maklumat peribadi perbankan seperti kata laluan kepada pihak lain [1M]." "3. Menyemak kesahihan e-mel dengan menghubungi pihak bank secara rasmi [1M]." "4. Melayari laman sesawang bank yang rasmi dan sah sahaja [1M]." "5. Melaporkan cubaan penipuan tersebut kepada pihak bank atau polis [1M]." | 447 |
