uz
Feedback
Score A+ together

Score A+ together

Kanalga Telegram’da o‘tish

make sure if nak share something from this group , letak credit ! since february 2023 owner @hiddoublea

Ko'proq ko'rsatish
8 457
Obunachilar
+124 soatlar
+797 kunlar
-6330 kunlar
Postlar arxiv
mengarut !

Kak Daa nak kawen !!

SAYA NAK BUAT SURPRISE MACAM SAYA NAK KAWEN ! tapi telegram tak bagi kerjasama 💔💔💔💔💔

tele takde " see more " macam ws 💔💔

ish bnci , surprise kelima takjadi ! 😔😔

surprise kelima : kak daa nak kerja

xda yg ckp tq ke kat kak daa bila dia beri note🤣🤣

fakta bersama kak daa🌷 2.4 nasionalisme di Asia Tenggara ( part 1 II ) 1. Filipina ( dijajah oleh Sepanyol ) : selepas usaha yang dilakukan oleh Jose Rizal gagal , usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Filipina diteruskan oleh Bonifacio dan Aguinaldo. : Bonifacio dan Aguinaldo menggunakan gerakan radikal dimana gerakan ini menggunakan kekerasan. pada peringkat pertama : - Bonifacio menubuhkan Katipunan ( persatuan ). - persatuan ini ditubuhkan untuk menuntut kemerdekaan melalui revolusi ( perubahan ) - Bonifacio juga menggunakan akhbar Kalayan untuk menarik minat rakyat Filipina supaya menyertai perjuangannya. - dalam akhbar Kalayan , Bonifacio menyebarkan tentang idea revolusi. pada peringkat kedua pula : - Bonifacio dan Aguinaldo melalui Katipunan melancarkan revolusi Filipina yang bertujuan untuk menyingkirkan pemerintahan Sepanyol. - Gerakan ini juga tetap menemui kegagalan kerana Sepanyol menggunakan ketenteraan untuk menyerang kembali persatuan Katipunan ini. - kedua dua nya ditangkap dan dipenjarakan , namun Aguinaldo membela diri dengan mengatakan bahawa semuanya rancangan Bonifacio . - Bonifacio kemudian dibunuh manakal Aguinaldo dibebaskan. pada peringkat ketiga pula : - Aguinaldo meneruskan usaha dengan meminta bantuan Amerika Syarikat untuk mendapatkan kemerdekaan Filipina. - dengan usaha ini , mereka berjaya mengusir Sepanyol. - Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina - namun bagaimanapun , Amerika Syarikat tidak mengiktiraf kemerdekaan tersebut dan meletakkan Filipina dibawah naungan Amerika Syarikat. - Filipina berjaya memerdekakan negara dari Sepanyol namun kembali dijajah oleh Amerika Syarikat. pada peringkat keempat pulak : - golongan nasionalis memutuskan untuk menukar strategi iaitu melalui gerakan yang sederhana iaitu parti politik. - golongan nasionalis ini menubuhkan saluran diplomasi iaitu saluran berbincang. - parti nasionalis ini dipimpin oleh Sergio Osmena. - Sergio Osmena juga dilantik untuk menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina. - Gerakan untuk menuntut kemerdekaan ini diteruskan sampai Perang Dunia Kedua. credit : @studywithdaa

fakta bersama kak daa 🌷 2.4 nasionalisme di asia tenggara ( part 1 I ) 1. Filipina ( dijajah oleh Sepanyol ) : Ada tiga tokoh di Filipina yang pelajar perlu tau    - Jose Rizal ( Ketua )    - Bonifacio    - Aguinald : Nasionalisme di Filipina telah dimulakan oleh Jose Rizal dengan melakukan gerakan propaganda. : Gerakan ini menuntut Sepanyol untuk menjadikan Filipina sebagai sebahagian daripada Sepanyol. : Gerakan ini juga menuntut supaya rakyat Filipina dilayan secara adil seperti Sepanyol melayan rakyat mereka sendiri iaitu rakyat di negara Sepanyol sendiri. : Kemudian , Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina iaitu merupakan sebuah persatuan atau parti politik dimana persatuan ini mendesak Sepanyol untuk melakukan perubahan dari segi politik , ekonomi dan sosial. : Namun bagaimana pun , usaha Jose Rizal ini gagal kerana Jose Rizal telah ditangkap dan dibunuh oleh pihak Sepanyol. credit : @studywithdaa

fakta bersama kak daa 🌷 sejarah bab 2 tingkatan 4 2.4 nasionalisme di asia tenggara - nasionalisme di asia tenggara melibatkan 5 buah negara iaitu Filipina , Burma ( Myanmar ) , Vietnam , Indonesia dan Thailad - namun bagaimanapun , terdapat sebuah negara yang tidak dijajah iaitu Thailand . - Empat buah negara lain pula melibatkan penjajahan credit : @studywithdaa

fakta bersama kak daa 🌷 2.2 perkembangan idea nasionalisem di barat ( revolusi amerika ) - revolusi amerika adalah satu satunya revolus yang melibatkan penjajahan di Barat . revolusi amerika melibatkan us dan yang menjajah adalah britain atau british . 🗣 " apa yang jadi ? " - us menentang british kerana british telah menjajah 13 kawasan us tetapi dalam masa yang sama british tidak melindungi hak rakyat us . british juga telah memperkenalkan cukai baru iaitu akta teh dan akta gula . selain itu , us menentang british sebab tiada satu pun wakil us dalam parlimen . 🗣 " macam mana us tentang british ? " - wujudnya satu kongres yang diketuai oleh george washington . kongres ini ditubuhkan bertujuan menuntut kemerdekaan . 🗣 " lepastu , apa jadi ? " - us menang dan 13 tanah yang dijajah digabungkan dan dinamakan sebagai amerika syarikat credit : @studywithdaa

fakta bersama kak daa 🌷 2.2 perkembangan idea nasionalisme di barat ( revolusi perancis ) - revolusi perancis ni melibatkan rakyat perancis yang menentang pemerintah . pemerintah ni melibatkan raja dan pembesar . 🗣 " kenapa rakyat tentang pemerintah sendiri ? " - sebab pemerintah di perancis ni menguasai keistimewaan disana 🗣 " contohnya ? " - contohnya , raja dan pembesar je yang boleh pergi hospital , rakyat biasa takboleh pergi . 🗣 " selain tu , kenapa rakyat tentang pemerintah ? " - sebab rakyat terbeban dengan cukai yang tinggi .. pemerintah mereka naikkan cukai sehingga. 50% dari gaji .. setiap bulan mereka hanya akan menerima separuh dari gaji sebab separuh lagi dah buat bayar cukai .. 🗣 " macam mana mereka tentang ? " - wujud golongan pemikir iaitu Jean Jacques Rosseau atau lebih dikenali Rosseau . 🗣 " apa yang Rosseau ni buat ? " - Rosseau ni tulis satu akhbar iaitu " The Social Contract " untuk sedarkan masyarakat .. dalam Teh Social Conract ni menyatakan bahawa rakyat kena bersuara untuk menjamin keselamatan masyarakat . then , Rosseau ni jugak buat speech / ucapan tentang persamaan , persaudaraan dan kebebasan .. bila pemerintah sedar apa yang Rosseau buat , Rosseau pun dipenjarakan di Bastille . tapi rakyat tak duduk diam , rakyat ceroboh penjara Bastille ni and keluarkan Rosseau and ahli politik lain yang menjadi ketua peperangan .. akhirnya Raja Louis berjaya digulingkan dan tamatlah pemerintahan beraja di Perancis credit : @studywithdaa

fakta bersama kak daa 🌷 2.2 perkembangan idea nasionalisme di Barat ( revolusi keagungan ) - revolusi keagungan melibatkan negara england tetapi revolusi keagungan ni tak berperang . 🗣 " kenapa boleh tak berperang ? so kalau tak berperang macam mana boleh ada idea nasionalisme dekat england ni ? " - revolusi keagungan ni terjadi antara parlimen England dengan Raja James . 🗣 " apa yang menyebabkan parlimen menentang Raja James ? " - parlimen England nak mengukuhkan kuasa parlimen dan mengukuhkan hak asasi rakyat 🗣 " kenapa ? apa yang jadi ? " - revolusi keagungan ni jadi apabila Raja James mengabaikan atau membelakangkam parlimen semasa menggubal undang undang .. lepastu ahli parlimen sedar yang mereka perlu menentang pemerintahan raja yang berkuasa mutlak . 🗣 " macam mana mereka nak menentang ? mereka dibawah kuasa raja .. mereka takkan menang klau mereka tentang raja " - sebab mereka sedar yang mereka takkan menang kalau guna kuasa mereka je , so mereka minta bantuan orang luar . 🗣 " siapa orang luar tu ? " - orang luar tu ialah Mary II dan suaminya. Raja William . so , Mary II dengan suaminya ni dah berbincang dan berpakat dengan ahli parlimen .. bila mereka dah bergabung , sokongan terhadap Raja James berkurang .. bila Raja James sedar , so Raja James pun melarikan diri ke Perancis .. - peristiwa ataupun kejadian ini dipanggil sebagai revolusi keagungan sebab tiada pertumpahan darah yang berlaku .. - bila Mary II dengan Raja William memerintah , mereka tetapkan konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan . Bills Of Right pula digubal untuk beri keutamaan kepada parlimen supaya dapat gubal undang undang dan parlimen diberi hak untuk kutip cukai . credit : @studywithdaa

fakta bersama kak daa 🌷 sejarah bab 2 tingkatan 4 2.1 maksud nasionalisme - maksud nasionalisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara .   ** 1 markah 🗣 " kalau soalan 3 markah , kita nak jawap apa ? " kita jawap ni : maksud nasionalisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara . selain itu , nasionalisme membawa maksud semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap sanggup menentang penjajah . akhir sekali , nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik , sosial dan ekonomi dari penguasaan orang asing . credit : @studywithdaa

surprise keempat :

surprise ketiga 💞💞

kali kedua benda sama dpt😭

surprise kedua 💞💞