cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qilingΒ», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Fadhlina Sidek

Telegram Rasmi YB Fadhlina Sidek

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
29 649
Obunachilar
-2424 soatlar
-1507 kunlar
-92630 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Usai semua urusan rasmi sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal, saya ambil keputusan untuk meraikan kejayaan anak-anak Nibong Tebal dalam peperiksaan SPM semalam, dengan berkunjung ke rumah mereka!☺️ Tahniah buat anakanda Norsuhaila binti Samsuri daripada SMK Sungai Acheh, atas kejayaan yang sangat membahagiakan seluruh warga Nibong Tebai!😍😍 SMK Sungai Acheh telah berjaya melakukan lonjakan saujana untuk keputusan SPM pada tahun ini dengan peningkatan yang cukup signifikan! Tahniah buat ibu bapa Norshuhaila iaitu En. Samsuri dan Pn Siti Endun, para guru, PPD SPS dan JPN Pulau Pinang atas kejayaan ini. Saya setulusnya mendoakan anakanda yang sopan santun dan baik budi ini akan berjaya mencapai cita-citanya menjadi seorang pakar perubatan! "Stand tall, fly high girl"!🫰❀️ #SPM2023 #NibongTebalSejahtera #Penang2023 #PendidikanManusiawi #MalaysiaMADANI
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 19❀ 13
❀ 6πŸ‘ 3
Menghadiri Majlis Pelancaran Program Pengesanan Perkembangan dan Intervensi Murid Prasekolah (ProsPIM) Tahun 2024, petang semalam di Seremban. Turut hadir, YB Wong Kah Woh (Timbalan Menteri Pendidikan), YB Tuan Haji Ismail Lasim (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan), Pengurusan KPM dan Kepimpinan Kanan JPN Negeri Sembilan. ProsPIM ialah suatu langkah proaktif ke arah membantu murid prasekolah mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya sesuai dengan usia mereka. Tahap pertumbuhan dan pembelajaran anak-anak di prasekolah amat penting untuk dikenalpasti. Ia akan membantu kita merancang keperluan intervensi dan perkhidmatan sokongan. Agenda pengukuhan dan perluasan prasekolah sememangnya menjadi salah satu fokus penting KPM dalam usaha mereformasi pendidikan dalam negara. #7TerasKPM #ReformasiPendidikan #PendidikanManusiawi #MalaysiaMADANI
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 9❀ 7
❀ 4
Menghadiri acara β€œSepetang Bersama YB Fadhlina Sidek” anjuran protege Penggerak Madani Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan, petang semalam, bertempat di Sekolah SRI Seremban. Turut hadir, YB Tuan Haji Ismail Lasim (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan) dan Dr Haji Roslan Hussin (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan). Program ini dianjurkan bagi memberi ruang dan peluang kepada Sukarelawan Madani Negeri Sembilan khasnya dalam kalangan para siswi lepasan STPM untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai aspek perbincangan. Kematangan yang ditampilkan dalam sesi interaksi ini cukup membanggakan. Adik-adik semua sememangnya sudah bersedia untuk terjun ke medan kemasyarakatan. Setelah ini, kesemua mereka akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang pelbagai. Memang prioriti kita belajar bersungguh-sungguh, namun keterampilan dalam konteks kepemimpinan, "soft skills" dan kemahiran insaniah perlu diasah ketika menjadi mahasiswa. Seperkara lagi, harus diingat bahawa "mahasiswa ialah anak masyarakat". Kembali berbakti kepada masyarakat saatnya menjejakkan kaki ke menara gading. Selamat maju jaya semua! #FadhlinaSidek #PendidikanManusiawi #MalaysiaMADANI
Hammasini ko'rsatish...
❀ 2

Usai mesyurat di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan pagi tadi, saya berkunjung pula Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan. Turut hadir, Tuan Haji Abdul Said Husssin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah membentangkan laporan analisa keputusan SPM 2023 bagi Daerah Seberang Perai Selatan. Peningkatan yang memberangsangkan dicapai oleh anak-anak kita dengan 90.93 peratus layak mendapat sijil. Dalam masa yang sama, kami juga membahas lanjut perihal keciciran murid yang berlaku, dan kaedah menanganinya. Usaha intervensi yang lebih gencar perlu dilakukan khasnya untuk menjangkau anak-anak yang tercicir ini melalui program "outreach". Pendedahan laluan bidang pengajian akademik dan bidang kemahiran kepada anak-anak lepasan SPM juga dibincangkan. Ruang dan peluang yang ada kini tidak wajar disia-siakan. Pelbagai program pembangunan kecemerlangan akademik dan keterampilan sahsiah juga dirancang dalam pertemuan ini, di samping pelaporan penyelenggaraan sekolah bawah PPD Seberang Perai Selatan. #NibongTebalSejahtera #Penang2030 #7TerasKPM #ReformasiPendidikan #PendidikanManusiawi #MalaysiaMADANI
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 5❀ 4