uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi πŸ‘‰ Belgini koβ€˜rmoqchi boβ€˜lsangiz, obuna boβ€˜ling

γ€Œβ€γ€ π– ³ κ’° for you πŸ¦‹

γ€Œβ€γ€ π– ³ κ’° for you πŸ¦‹

Kanalga Telegram’da oβ€˜tish

any question ? Β° @Nneshaaaa Β° @Zeannzz

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
5 870
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kun
-4330 kun
Postlar arxiv
kalau ad apa ap boleh la chat personal inshaa allah sha balas secepat yg mungkin

assalamualaikum and hi everyone semua sihat ? Hopefully korang sihat . Nesha nk ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi untuk join telegram bahasa melayu yng sha buat , sha tk sngka ad yang join sebenarnya . Ad yg tanya " Akak lama x upload, akak pi mna ni " firstly sha nk mintak maaf sbb dah lama sngt xupdate note . Sha betul"minta maaf sbb sha makin sibuk dngn urusan peribadi dan sha xsmpat nak update apa apa nota . sha rindu nk uplode tp itula . Walau apa pun sha harap nnti one day sha balik and update semula semua nota . Sha doakan korang semua berjaya dunia dan akhirat amin 🀍 terima kasih semua take care oke ? 🀍🀍

#tatabahasa [ KATA PENGUAT ] > kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif ' 3 JENIS KATA PENGUAT ' 1. Kata penguat hadapan β€’ Terlalu β€’ Paling β€’ Agak 2. Kata penguat belakang β€’ Sekali β€’ Benar β€’ Kian β€’ Betul 3. Kata penguat bebas β€’ Amat β€’ Sungguh β€’ Sangat

#tatabahasa [ KATA PERINTAH ] Perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan . Boleh ditambah partikel -lah di belakang . Β° Jangan - melarang melakukan sesuatu Β° Usah - jangan melakukan sesuatu Β° Sila - Meminta dengan hormat untuk melakukan sesuatu Β° Jemput - mengajak atau mengundang Β° Minta - mahu akan sesuatu Β° Tolong - meminta bantuan Β° Harap - meminta supaya terjadi sesuatu perkara

#tatabahasa [ perbezaan antara ' ialah ' dan ' adalah ' ] Ialah = diikuti dengan frasa nama / kata nama Contohnya : β€’ Guru kelas saya ialah Encik Daniel . β€’ Hobi saya ialah menyanyi Adalah = diikuti dengan kata adjektif / kata sendi . Contohnya : β€’ Hadiah ini adalah untuk adik saya . β€’ Tuduhan itu adalah palsu

Btw jangan lupa doa , solat , ngaji ( for muslim ) , rehat cukup , makan jangan tinggal nnti xmakan xde tenaga . Tenaga tu penting sgt . All the best akk abg πŸ’—

Besok ada paper ke? Paper apa?

goodluck untuk pelajar yg akan menjawab SPM β™‘οΈŽ
+1
goodluck untuk pelajar yg akan menjawab SPM β™‘οΈŽ

#peribahasa [ PEMBINAAN AYAT DENGAN PERIBAHASA ] β€’ Formula A Siapa + buat apa + peribahasa contoh : murid-murid kelas 4A bekerjasama membersihkan kelas bagai aur dengan tebing β€’ Formula B Oleh sebab + peribahasa + siapa + buat apa contoh : Oleh sebab dimana ada kemahuan disitu ada jalan Ali telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai keputusan SPM yang cemerlang . β€’ Formula C Siapa + berpegang pada prinsip + peribahasa + telah + buat apa contoh : Naufal yang berpegang pada prinsip biar putih tulang jangan putih mata telah menyertai pasukan tentera demi mempertahankan kedaulatan negara β€’ Formula D Kita mestilah + buat apa + kerana + peribahasa contoh : Kita mestilah makan makanan seimbang untuk mengelakkan penyakir berbahaya kerana mencegah lebih baik dari mengubati

Nesha nak minta maaf dekat semua , nesha tak buat dan tak ajar sub lain selain dr " bahasa melayu " sbb sub lain nesha kurang mahir . Nesha cuma boleh sub bm sahaja . Maafkan nesha πŸ’—

#karangan [ KARANGAN JENIS SYARAHAN ] 1. Syarahan juga dikenali sebagai pidato. 2. tajuk syarahan biasanya dikemukakan dalam situasi pertandingan. 3. cara menulis karangan jenis syarahan hampir sama dengan karangan jenis ucapan dan ceramah. 4. Syarahan seperti ceramah, digunakan untuk menyampaikan buah fikiran tentang sesuatu perkara secara lisan. 5. Isi-isi yang disampaikan hendaklah jelas dan tepat agar dapat menerangkan maksud yang dihajatkan. 6. Karangan syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas, dan audiens. Jika untuk pertandingan, peserta-peserta haruslah menyebut β€œpara hakin yang arif lagi adil”. 7. Untuk kata-kata penghadapan sesuatu karangan jenis syarahan, anda perlu menyebutkannya mengikut protokol atau tatacara yang telah ditetapkan. 8. Nyatakan juga tajuk syarahan yang ingin disampaikan oleh anda. 9. Anda perlu menyebut kata panggilan β€œTuan-tuan dan puan-puan”, dan sebagainya bagi menarik perhatian para pendengar. 10. Penutup ialah kesimpulan menyeluruh daripada isi-isi syarahan yang dinyatakan. Kesimpulan yang dibuat hendaklah padat dan jelas serta tidak terpesong daripada tajuk asal.

Contoh karangan Soalan: Satu majlis jamuan telah diadakan kerana meraikan kejayaan pasukan bola baling sekolah anda. Selaku k
Contoh karangan Soalan: Satu majlis jamuan telah diadakan kerana meraikan kejayaan pasukan bola baling sekolah anda. Selaku ketua pasukan, anda diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulis ucapan anda selengkapnya.

#karangan KARANGAN UCAPAN β€’ Format Karangan Ucapan Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian dalam format karangan ucapan iaitu: i) Pengenalan Setiap ucapan perlu dimulakan dengan kata-kata aluan. Kata-kata aluan ini perlu disusun mengikut protokol atau tahap kedudukan para jemputan yang hadir di dalam sesebuah majlis. ii) Isi Isi lazimnya dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur majlis yang kemudiannya disusuli dengan menyebut tujuan ucapan. Isi ucapan perlu tertumpu kepada memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, atau peringatan kepada hadirin yang hadir. Letakkan 1 atau 2 kata penghadapan sebelum memulakan isi baharu untuk menarik perhatian seperti hadirinΒ yangΒ dihormati sekalian. Adalah digalakkan untuk memasukkan kiasan, pantun atau peribahasa supaya ucapan tersebut menjadi lebih menarik. iii) Penutup Ucapan penutup perlu menjurus kepada menyatakan tanda penghargaan dan hasrat. Selain itu, ucapan penutup pula perlu mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan. Ucapan penutup perlu disudahi dengan ucapan terima kasih dan mengucapkan salam kepada hadirin yang hadir terutamanya kepada jemputan yang diraikan. β€’ Gelaran/Panggilan Dalam karangan ucapan, setiap gelaran dan panggilan kepada jemputan yang hadir perlulah bersesuaian. Sebagai contoh, gelaran atau panggilan untuk individu berikut adalah seperti: YangΒ di-Pertuan Agong: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertua Negeri: Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Malaysia: Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri: Yang Amat Berhormat Menteri/Timbalan Menteri: Yang Berhormat Wakil Rakyat/Adun: Yang Berhormat

#gayabahasa GAYA BAHASA ~Diksi =pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. ~Hiperbola =bandingan yang tidak logik atau melampau ~Paradoks =pernyataan yg ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud yg tepat ~Personikasi =bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda,keadaan dan suasana. ~Metafora =bahasa kiasan yg tidak menggunakan kata-kata bandingan.Boleh terdiri dripada konsep logik dan abstrak. ~Simile =kiasan yg membandingkan dua bende yg berbeza tapi ada persamaan.Pengguna ~Epifora =pengulangan kata - kata di akhir baris puisi

3. Buah jambu ini sangat manis subjek : ? prediket : ?

2. Pokok rambutan itu di belakang rumah
Anonymous voting

1. Bangunan itu bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia
Anonymous voting

❀ Prediket - Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek. Predikat ayat terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa a
❀ Prediket - Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek. Predikat ayat terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama