uz
Feedback
. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪. 🇵🇸

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪. 🇵🇸

Kanalga Telegram’da o‘tish

~ ƈɦǟռռɛʟ ռօȶǟ f1-f5 ~ ×▪︎Way To 8.6K subs!▪︎× 🔥🔥🔥

Ko'proq ko'rsatish
8 470
Obunachilar
+124 soatlar
+187 kunlar
-3330 kunlar
Postlar arxiv
2. Laila sends Hani a message to
Anonymous voting

1. Baesd on the family tree , Mark and Wiliam are
Anonymous voting

hii korang nak quiz bi takk
Anonymous voting

Student lower form boleh jawab sehingga 31/1/2025

Hi semua,minta maaf link yg min hntr ada masalah teknikal....sekarang link tersebut telah pulihh...semua dijemput untuk menjawab... Terima kasihh..😊

happyy new yearrr koranggg!! thankyouuu yg mana still stay dgn channel nii!! semoga apa yg korang impikan akan menjadi kenyataan yea. semoga tahun ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. andd gudluck kpd abang and kakak² batch 07 yg akan mulakan ujian bertulis pada 2/1 nii. semoga dpt result yg cemerlang. and kepada student dlm channel ni, i hope korang punya result memuaskan hati korang. its ok if result korang x seperti yang korang harapkan, as long as korang dh berusaha. ingat, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. saya tak nak tulis panjang² sbb tak nak korang penat membacaa. HAPPY NEW YEARR yeaa!!

Maaf la kalau banyak cakap pula harini. Mungkin lepas ni saya akan hilang dari radar... tapi saya tau korang okay je. Tapi saya akan munculkan diri juga, In Shaa Allah jika tiada aral yang melintang. Lagipun korang ramai lagi admin. Jangan nakal ii. Haha macam bagi pesanan terakhir la pulak. Apa-apa pun, goodluck semua for next exam dan apa saja ujian hidup ini. Stay strong and remember, kalau rasa down atau hopeless , carilah Allah. Merintih dan pintalah padanya. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Pengasih. Jadi, untuk 2025 ni ... kosong ii ya? Maafkan segala tutur bicara dan ayat ii min yang menggores hati kalian. Maaf sangat-sangat. Min ni cuma manusia biasa. Kalau ada salah silap , silalah tegur. Kita baiki diri sama ii. Oh ya, perjalanan hidup kita ni macam storyline watak ii dalam satu novel atau cerita. Apa takdir kita dan apa yang akan jadi terhadap kita di masa depan mahupun beberapa saat kemudian, semuanya ditentukan oleh penulis atau pengarah. Diorang yang akan tentukan sama ada adakah happy ending layak untuk satu watak itu? Tetapi setiap penulis itu mesti sayangkan semua watak yang dia cipta. Maka, setiap apa yang dia tentukan buat satu watak itu adalah sesuatu yang baik buat watak itu. Dan adanya plot twist dan characters development. Bezanya, hidup kita ditentukan oleh Tuhan kita yang mana ialah pencipta kita iaitu Allah SWT. Setiap perintah dan larangan Nya semua kita boleh tahu daripada Al-Quran , Hadis dan orang yang alim. Semuanya lengkap. Cukup. Jadi kalau kita dah buat setiap perintah Allah dan jauhi larangan Nya, Allah pasti akan merahmati kita. In Shaa Allah. Dan ingatlah, setiap ujian yang dihadirkan buat kita sebab Allah sayangkan kita. Kalau Allah tak sayang kita, Dia akan biarkan je. Apa nak jadi, jadilah. Macam penulis yang tak suka watak antagonist dalam cerita mereka, mereka tak ambil kisah sangat pun. Walaupun kita rasa ujian tu terlalu berat atau tak mampu kita tanggung, ingatlah itu bermakna awak cukup kuat. Kuat dalam menempuhi ujian dari Nya dan masih bertahan. Tak salah untuk menangis, tapi ingatlah hari esok pastikan awak melepaskan ia pergi. What is past, is past. Okay terima kasih kerana membaca ceramah daripada seketul admin ini. Semoga yang baik-baik saja untuk kalian. Kalau ada salah silap dari pihak admin, kami minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Terima kasih kerana masih di sini, Study Zone's semua. Semoga bermanfaat kepada kamu semua. Tuntutlah ilmu hingga ke negara China. Bye semua. Bye masa lalu. Bye my ex. Bye 2024. Bye! Jangan rindu min, tapi min akan sentiasa rindukan kalian. Min doakan semoga kalian sentiasa dipermudahkan urusan dan diberi afiah kehidupan selalu. Kenang daku dalam doamu. Ceyh. And again, hi 2025! Let's create our new memories together! Chase your dreams Study Zone's. Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu, hidup akan malap. P/s : drop azam 2025 korang kat comments! Jazakallah khairan. Admin

Goodbye 2024, welcome 2025! Assalamualaikum and hi subscribers sekalian. First of all, salam 1 Rejab dan selamat tahun baru semua!! 2024, thank you for everything. Walaupun jujurnya banyak liku dan dugaan semasa tahun ni. Tetapi tak mengapa. Biarkan yang lepas, lepas. Jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran. Yang baik dan indah jadikan kenangan , yang sebaliknya kita jadikan iktibar. Bak kata pepatah, buang yang keruh , ambil yang jernih. Kepada semua yang pernah hadir dalam hidup ini pada tahun 2024, tak kiralah cuma sebentar mahupun hingga ke penghujungnya, terima kasih semua. Dengan rendah diri, saya memohon maaf jika ada sebarang tutur bicara mahupun perlakuan saya yang mengguris dan tidak menyenangkan hati kalian semua. Semoga yang baik-baik saja untuk kalian. Semoga sentiasa dibawah kurniaan rahmatNya 2025, saat ini adalah permulaan baru dalam hidup kami. Episod dan Bab baharu dalam kisah perjalan hidup bagi setiap lingkungan usia. Tak kiralah yang muda ataupun yang sudah berusia. Maka, marilah kita mulakan tahun ini dengan azam dan semangat baru bersama-sama. Kita berusaha untuk membaiki diri sendiri dan semoga tahun ni dapat mencipta salah satu kenangan yang indah yang takkan kita lupakan. Kuatkan mental, fizikal dan sentiasa lah jaga hubungan antara Tuhan dan orang yang kita sayang. Lepaskan masa lalumu, kejar matlamat mu. Sebab? Masa depan siapa yang tahu? Kita gagal kali ini, tidak mustahil di masa depan kita akan berjaya. Mencapai kejayaan bukan hanya sehari tetapi untuk selama-lamanya. Kalau kita jatuh sekarang, tidak bermakna kita takkan mampu bangkit. Orang kata ; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Jadi , kalau mahukan sesuatu kenapa mesti cari alasan? Carilah usaha dan jalan untuk mendapatkan keinginan itu. Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Dan yakinlah, setiap usaha itu pasti ada hasilnya kerana usaha takkan mengkhianati hasil. Jika tidak mendapat hasil yang dimahukan? Ingatlah, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Sebab Allah tahu setiap kemampuan hamba-hamba Nya. If you think you're loser, try to be better than before. That's enough than doing nothing and just crying for your failure. You know what? There are no escalators to success. So, key of success is efforts. And just trust the process. Stay patient and consistent. Setiap usaha untuk kebaikan itu tiada yang sia-sia . Pasti akan ada hasilnya. Setiap pilihan yang kita buat mahupun betul ataupun salah, memberi kesan yang baik ataupun buruk ; janganlah kita menyesal dan menyalahkan takdir. Terimalah dengan hati yang terbuka dan reda lah dengan setiap apa yang ditentukan buat kita kerana ia pasti baik untuk kita. Kalau bukan baik dari segi ganjaran mahupun kelebihan , ambilah ia sebagai pengajaran dan belajarlah dari kesilapan. Di dunia ini tiada manusia yang sempurna. Tapi tidak bermakna kita tak perlu berusaha untuk menjadi lebih baik. Nak Allah reda dengan kita, kita kena reda dengan ketentuan Dia. Memang susah. Tapi kita kena cuba. Saya cakap semua ni bukan bermaksud saya baik dan sempurna. Tidak. Malah saya ni apalah sangat nak dibandingkan dengan sesiapa pun. Saya hanya manusia biasa yang masih cuba untuk berubah. Memang nak berubah tu pasti ada dugaannya. Banyak lagi yang saya kena belajar dan cari dalam hidup ini. Jadi, ahli channel Study Zone yang seramai 7, 303 orang ni.... marilah kita sama-sama berusaha untuk membaiki diri ke arah menjadi yang lebih baik. Kita memang tak sempurna, tapi kalau kita bersama, terasa lengkap semuanya. Mungkin selepas ini kita tidak berkesempatan bertemu (online) lagi atas kesibukan dan tugasan hakiki masing-masing, tapi anggaplah saat ini hingga nanti kita sentiasa ada menyokong masing-masing. Belajar dan terbang tinggi lah anak-anak Study Zone. In Shaa Allah kejayaan itu milik kamu. Tiada yang mustahil jika ia dah ditentukan buat kamu. Dan anak-anak Muslim sekalian, ingatlah doa itu senjata kita. Gunakan ia sebaiknya.

Assalamualaikum and hi semua ! Terima kasih guys for 7.3K subscribers! 🥹🤍 For batch 07, goodluck for SPM! Yang lain goodluck kalau masih exam dan yang dah habis exam goodluck for your results! Study ii la sikit untuk tajuk next year

Semua student ting 1,2 dan 3 boleh menjawab sehingga 31/12/2024

hii untuk bakal f4 tahun depan , korang dah tau ke korang dapat aliran apa ?
Anonymous voting

hii, yg ambil aliran geo for upper form, meh join group ni. kita discuss and study sama² dlm group ni (even tho i x ambil aliran geo). if ada yg x paham, bole tanya dlm group tu. we help each otherr okk. link group https://t.me/+qBIYZrV_Ef80ZGE1

Tlg vote min nk tengok berapa ramai mengikut tingkatan
Anonymous voting

5 soalan je untuk setiap ting...tapi 11 org je yg jawab hmm😔...soalan semua senang2 tapi tkpelahh...for yg jwb terima kasih banyak2 semoga dpt memperolehi markah yg cemerlang ❤️❤️

Korang min dh release mark korang kt emel masing2 tau Korang kena usaha lagi untuk jawab soalan sejarah untuk next insyallah upper form pulak ya form 4 n form 5

if owner study zone bagi keizinan, saya terus buat group okk