cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

𝒘𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 𝒍𝒊𝒍𝒍𝒂𝒉𝒊 🕊💌

𝚂𝚎𝚔𝚊𝚍𝚊𝚛 𝚌𝚘𝚛𝚎𝚝𝚊𝚗 𝚠𝚊𝚛𝚔𝚊𝚑 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚝𝚎𝚛𝚞𝚜 𝚋𝚎𝚛𝚊𝚍𝚊 𝚍𝚒 𝚊𝚝𝚊𝚜 𝚓𝚊𝚕𝚊𝚗 𝚝𝚊𝚔𝚍𝚒𝚛 🤍❤️ https://beacons.ai/warkah_lillahi

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
300
Obunachilar
+124 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
+330 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Amalan Rasulullah sebelum tidur boleh dijadikan ibadah sunat untuk umat islam. Beberapa amalan sederhana yang Baginda terapkan dapat memberi nilai positif. Berikut merupakan 5 amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah. 1. MEMBACA 2 AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH Nabi SAW mengajarkan umatnya agar membaca dua ayat terakhir daripada Surah Al-Baqarah. Daripada Abu Huraira RA bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ Maksudnya: “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah pada malam hari, maka ia sudah cukup.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, 5009) 2. BARING PADA SISI KANAN Selain memberi manfaat untuk jantung, tidur pada sisi kanan sangat digalakkan dalam Islam kerana ia boleh memudahkan seseorang untuk bangun solat pada waktu malam. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Berbaringlah di atas rusuk kananmu.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). 3. MEMBACA 3 KUL Berdasarkan hadis Nabi SAW daripada `Aisyah RA: أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ‏{‏قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ‏}‏ وَ‏{‏قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ‏}‏ وَ‏{‏قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ‏}‏ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ Maksudnya: “Adalah Nabi SAW jika ingin tidur pada setiap malam akan menadah tangannya lalu dihembuskan pada keduanya dan dibacakan padanya Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas kemudian Baginda menyapu pada kedua tapak tangannya itu ke bahagian badan (yang boleh dicapai) dimulai dengannya pada bahagian kepala sebanyak tiga kali.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5017) 4. BACA DOA TIDUR Doa tidur dikhususkan untuk mendapatkan tidur yang lena tanpa sebarang gangguan manusia atau jin. Dari Hudzaifah, ia berkata, “Apabila Nabi SAW hendak tidur, beliau mengucapkan: 'Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama Mu, Ya Allah aku ma ti dan aku hidup).’ Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan: “Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada Nya lah tempat kembali).” – (Hadis Riwayat Bukhari) 5. BERWUDUK SEBELUM TIDUR Rasulullah SAW bersabda: إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ Maksudnya: “Jika kamu mendatangi tempat pembaringanmu, maka berwuduklah seperti mana wudukmu untuk melakukan solat.” – [Hadis Riwayat Al-Bukhari (247), Muslim (2710) & Abu Daud (5046)] 🌙 https://t.me/warkahlillahi
Hammasini ko'rsatish...
🥰 3
Assalamualaikum dan selamat malam semua🌑 Jangan lupa untuk baca al mulk sebelum tidur 🪄 “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan Surah Al Mulk” ++ Bersihkan diri dan tempat rehat juga 🌟 🌤 https://t.me/warkahlillahi
Hammasini ko'rsatish...
𝒘𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 𝒍𝒊𝒍𝒍𝒂𝒉𝒊 🕊💌

𝚂𝚎𝚔𝚊𝚍𝚊𝚛 𝚌𝚘𝚛𝚎𝚝𝚊𝚗 𝚠𝚊𝚛𝚔𝚊𝚑 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚝𝚎𝚛𝚞𝚜 𝚋𝚎𝚛𝚊𝚍𝚊 𝚍𝚒 𝚊𝚝𝚊𝚜 𝚓𝚊𝚕𝚊𝚗 𝚝𝚊𝚔𝚍𝚒𝚛 🤍❤️

https://beacons.ai/warkah_lillahi

🥰 1
00:16
Video unavailableShow in Telegram
Hammasini ko'rsatish...
3
Photo unavailableShow in Telegram
tak dapat buat semua, jangan tinggal semua 👌
Hammasini ko'rsatish...
🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda, مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ “Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. 💌 https://t.me/warkahlillahi
Hammasini ko'rsatish...
🥰 1
Pagi!! Jom! Mulakan pagi yang indah dengan selawat 😉 ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Jangan lupa senyum dan beramal 😍 🪄 https://t.me/warkahlillahi
Hammasini ko'rsatish...
🥰 1
Ya ALLAH, ampunilah guru-guru kami dan mereka yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-MU, tempatkan mereka di tempat yang disenangi di sisi-MU, Wahai Yang Maha Penyayang. آمينَ يَا مُجِيبَ السَّائِلِينَ 🤲🏻
Hammasini ko'rsatish...
🥰 1
16 Mei 2024✨ 'Selamat Hari Guru Diucapkan buat semua para pendidik 🎉' Manfaatkan sambutan pada hari ini dengan cara; kita ekspresikan tanda syukur dan terima kasih kita buat guru ii yang dah banyak mengajar dan mendidik kita dari kecil hingga sekarang. Segala pengorbanan dan penat lelah guru dicatat dan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Hebatnya seorang guru hingga mampu melahirkan ramai anak didik yang berjaya. Mahupun dari segi pelajaran dan dari segi pengenalan kepada dunia. Guru tidak hanya terbatas pada yang mengajar di sekolah. Tapi mereka yang memperkenalkan 'sesuatu' pada kita juga dikira guru. Mereka yang menunjukkan suatu kebaikan kepada seseorang seperti mengajarkan ilmu, maka dia juga akan memperoleh pahala sepertimana pahala orang yang dia ajarkan. Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amir al-Ansari R.A, Rasulullah SAW bersabda: مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.” Riwayat Muslim (1893) 🌻 Guru dan kemuliaannya: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3593-bayan-linnas-siri-ke-202-guru-dan-kemuliaanya 🚦https://t.me/warkahlillahi
Hammasini ko'rsatish...
𝒘𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 𝒍𝒊𝒍𝒍𝒂𝒉𝒊 🕊💌

𝚂𝚎𝚔𝚊𝚍𝚊𝚛 𝚌𝚘𝚛𝚎𝚝𝚊𝚗 𝚠𝚊𝚛𝚔𝚊𝚑 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚝𝚎𝚛𝚞𝚜 𝚋𝚎𝚛𝚊𝚍𝚊 𝚍𝚒 𝚊𝚝𝚊𝚜 𝚓𝚊𝚕𝚊𝚗 𝚝𝚊𝚔𝚍𝚒𝚛 🤍❤️

https://beacons.ai/warkah_lillahi

👍 1🥰 1
*Renungan Malam* بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم *Rasulullah ﷺ bersabda*: يحشر المتكبرون يوم القيامة أمثال الذر في صور الرجال يغشاهم الذل من كل مكان *"Orang-orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam ukuran tubuh seekor semut dalam rupa manusia, mereka diliputi oleh kehinaan di setiap tempat."* *HR. Tirmidzi dihasankan Al-Albani* *♡ Jangan lupa baca Al-Mulk ♡* *♡ Amalkan sunnah-sunnah sebelum tidur ♡* *♡ Kuatkan niat tahajud di sepertiga malam terakhir ♡* *♡ Doakanlah saudara² muslim kita di Palestin agar selalu dalam pertolongan dan Perlindungan Allaah Azza wa Jalla ♡* *♡ Doakan negara Malaysia mendapat keberkahan,keamanan dan perlindungan Allaah subhaanahu wa Ta'ala ♡* *♡ Hidupkan sunnah, tumbangkan bid'ah ♡* *♡ Selamat beristirehat ♡* *Barakallaahu fiikum* https://t.me/nasihat_diri
Hammasini ko'rsatish...
Nasihat (Dakwah Sunnah)

Himpunan Ilmu (sunnah) Dan Hadits Shahih Untuk Keinsafan Diri

1
🦋 اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍ "Di akhir zaman ini,jangan kalian tinggalkan istighfar dan selawat kepada Rasulullah SAW. Tidak ada suatu yang lebih besar manfaatnya daripada dua perkara ini di akhir zaman" 😊🤍 (Sheikh Zainul Asri) - Dakwah ku 🤍:) https://t.me/dakwahku0123
Hammasini ko'rsatish...