cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Catatan Faedah📝

Chanel ini akan di share berbagai macam catatan-catatan kajian, dan kalam-kalamnya para Asatidz/Asatidzah. Semoga bermanfaat 🥰 http://instagram.com/catatanfaedah_ https://t.me/cttnfaedah Barakallah fiikum✨

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
1 498
Obunachilar
-224 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
+1030 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

CATATAN DS 30: ﷽ KITAB HALAH AHLUL HAQIQAH MA'ALLAH BERSAMA USTAZAH ZAINAB AL-KHATIB KELAS ISTIMEWA MINGGU KEDUA (8/7) Seseorang yang mengetahui tentang Allah tidak berpaling selain dari Allah kerana dia sendiri tidak melihat selain Allah dan dia hanya melihat Allah serta bertawakal kepadaNya. Dan dia mengetahui selain Allah tidak berkuasa dan lemah, dengan itu dia tidak akan berpaling selain daripada Allah, sesiapa yang sudah dapat bersama dengan Allah maka dia tidak akan melihat selain Allah swt kerana Allah itu sentiasa bersama dengannya Firman Allah swt berkata kepada nabi musa a.s "sesungguh aku ini maha mendengar dan melihat" kebersamaan Allah itu tidak akan sama dengan orang arif dan makhluk yang lain. Berkata abu yazid pada waktu malam adalah minuman bagi orang orang arifin dan hati mereka terbang pada waktu malam kepada cinta Allah swt dan mereka tidak mahu malam itu habis kerana mereka mau bersama dnegan Allah swt, minuman itu bermaksud berupa kebingungan dengan rasa dasyat dan takjub dari keajaiban keindahan Kebingunan yang datang tanpa ada makrifat dia akan rasa takut maka dia jauhi, kerana tidak tahu apa yang berada disebaliknya dan manusia tidak akan menjadi bingung kecuali pada perkara pelik dan sesuatu yang dia tidak pernah tahu dan tidak pernah lihat Dan orang yang arif bila mereka merasa bingung melihat keindahan itu dan tidak dapat menjelaskan sehingga dia menjadi bingung, ketika ditanya maka dia jadi bingung dia tidak tahu cara menjelaskannya. Orang arif mereka menjadi bingung kerana terlalu tenggelam didalam cinta mereka, seperti itu disebut kan tahap paling tinggi cinta itu membuatnya sangat tenggelam maka hilang lah dia Sepertimana seorang habib ketika solat beliau berdiri/rukuk/sujud beliau tidak akan bangun kerana beliau terlalu tenggelam didalam ibadah cintanya, dan orang yang bingung dalam cinta dan makrifat sehingga dia tidak sedar dengan dirinya tidak tahu apa yang sedang ia lakukan Boleh jadi kebingungannya kerana dia melihat keindahan dan akan bertambah keindahan yang baru dengan itu dia semakin merasa bingung dan keindahan itu tidak pernah berhenti akan sentiasa bertambah Doa Orang arif billah "wahai yang maha menunjukkan kepada orang yang bingung maka tambahkan lah kebingungan ini" kerana supayah ditambahkan lagi keindahan kepadanya dan boleh jadi kebingungan dimaksudkan ini datang dari kejahilan maha dia minta agar ditambah kebingungan agar bertambah pengetahuan tentangNya. Antara doa itu "ya Allah Tenggelamkan lah aku didalam cintamu sehinggah aku dapat melihat keindahanmu" Dimaksudkan disini adalah langkah pernah dengan dia mengenal kesalahannya ketika dia mengenal pasti salahnya dan kekurangannya dengan itu dia bertaubat dan dia melangkah pertama dalam menjalani makrifatullah dan dimaksudkan dengan taubat sentiasa merasa bahawa dirinya berdosa dengan itu dia sentiasa juga bertaubat Orang yang bijaksana sentiasa menyalahkan hawa nafsunya dan merasa dirinya berdosa maka dia akan sentiasa bertaubat, janganlah merasa diri tidak berdosa dan tidak pernah melihat dosa itu adalah dosa dosa, tanda taubat itu kembali kepada Allah dan tidak kembali kepada dosanya Dihadis ketiga daripada anas bin malik berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda "Islam itu jelas dan iman itu dalam hati dan takwa itu disini (baginda menunjuk dadanya sebanyak tiga kali)" MaksudIslam itu jelas dan nampak daripada dalil lafaz, islam itu berserah menyerahkan, menjadikan islam membimbingnya memandunya Ketika ada orang melakukan rukun islam jangan menyangka dia hanya melafaz, kita tidak dituntut mencari kebenaran dari sesuatu yang bathin, sebab nabi ﷺ bersabda "jika ada sesorang yang mengucapkan syahadah maka haram darahnya keatasku (memeranginya) dan mengambil hartanya kecuali zakat" Beriman Didalam hati, iman dan islam tidak akan terpisah kedudukan seperti orang faqir dan miskin, orang yang faqir mestilah dia miskin, tapi yang miskin belum tentu dia faqir, dengan tu iman ini adalah urusan pada hati
Hammasini ko'rsatish...
Dan iman itu martabat nya lebih tinggi dari islam, maksud iman yang lain adalah apa yang menetap pada hati dan dibuktikan dengan amal nya yakni segala anggota kamu bersetuju untuk beriman dengan itu anggota badan ini akan menterjemahkan hati dan begitu juga sebaliknya, iman itu didalam hati kemudian beramal dengan tubuh badan dan istiqamah dalam amalnya Jika seseorang dihati nya tidak ada dorongan berbuat kebaikan maka dia tidak akan mudah menerima nasihat, amalam tubuh badan merupakan saksi dan bukti keimanan didalam hatinya, sebagaimana orang yang beramal mendustakan iman didalam hatinya amalan itu akan dikembalikan kepadanya yakni diumpan Jika batin itu sudah dibaiki maka amal juga menjadi baik, dikatakan bahawaanya niat seorang muslim itu lebih baik daripada amalnya, kerana jika seorang itu melakukan amal maka didalam hatinya adalah lebih baik. sabdaan baginda ﷺ "jika kalian benar benar beriman maka ikutilah aku kerana aku adalah orang yang beriman paling sempurna" Kerana amal itu menjadi bukti ucapan kalian, apa terjadi bila kita ikuti nabi? Maka Allah akan mencintai kita, siapa didalam batin nya yang baik maka baik jugalah perbuatannya melalui zahirnya, Jadi begitulah zahir dan batin itu sentiasa berhubung, apa dilakukan zahir akan terkesan bagi batin, apa yang dilakukan batin akan terkesan bagi zahir, Jika batin kita istiqamah maka zahir kita juga akan istiqamah ✍🏻 @BintuHass #MingguKedua
Hammasini ko'rsatish...
﷽ JALSAH AD-DURAR AN-NAFISAH SAMBUNGAN PENGENALAN DAR AZZAHRA MINGGU KEDUA AWAL MUHARRAM (7/7) Dar Azzahra hari Khamis:- Pada hari khamis pelajar tarim dibenarkan pegang telefon hanya sekejap, itupun telefon yang lama contoh (telefon nokia) Ahlu tarim itu sangat menjaga peradaban mereka terhadap media sosial, mengambil sesuatu atau menyebarkan sesuatu, maka jika sampai ke kota tarim jagalah adab kita jangan sesuka hati mengambil gambar wanita disana Bahkan kanak kanak perempuan disana juga sangat terjaga walaupun baju baju mereka kembang mereka sentiasa memakai seluar Kita yang datang kesana hormatilah pegangan mereka, jaga adab kita sebagai tetamu, cukuplah tarim ini kita semati didalam hati dan fikiran kita, jika cinta dan rindu kita luahkan secara fizikal bukan sekadar diambil gambar disimpan kalau rindu maka ditengok, bukan! daruzzahra kenapa diketat kan daripada pegang telefon? Adalah kerana mereka sangat menjaga para wanita wanita mereka disana dikatakan jika ada satu bilik mereka ingin letakkan wanita mereka disana dan jika ada almari didalam bilik itu mereka lebih ingin masukkan lalu dikunci mereka didalam almari itu, kerana menjaga wanita ini daripada segala fitnah Insyaallah kita azam dan tanamkan untuk kesana, dan ingatkan kepada para sahabat kita untuk menjaga adab, lagi lagi kalian yang belajar dari daurah ini ibarat kalian sudah belajar terus daripada Alhabib umar bin hafidz kerana beliau telah menyusun jadual ini Dan kalian yang sudah tahu dan sudah belajar kalian mestilaj mengamalkannya Jika menghadiri majelis janganlah mengambil gambar wanita lalu disebarkan atau dipost kemana mana kerana gambar gelas sahaja yang mempunyai bekas lipstick maka lelaki sudah berfikir macam macam apatah lagi jika gambar wanita atau terlihat belakang wanita, tidak mengapa jika hanya bergambar keluarga atau diri sendiri untuk disimpan maka silakan Acara tahunan dar zahra:- Sambutan bulan Maulidur rasul dar Azzahra mereka akan membaca maulid yang berganti ganti dari seluruh negara dan mereka membaca maulid diseluruh pelusuk bilik atau ruangan dar Azzahra seperti, perpustakaan, dapur, musollah, bahkan dirooftop kecuali tandas apatah lagi diluar dar zahra, dan bahkan pada waktu qiamullail begitulah gambaran betapa cintanya mereka kepada baginda ﷺ Program daurah 40 hari:- Daurah dibuat dekat Madrasah hukumi berada diatas bukit tidak dibuat didar azzahra kerana ramainya peserta yang menghadiri, madrasah ini sangat besar seperti sebuah studio jika dilihat dalamnya ✍🏻 @BintuHass #MingguKedua
Hammasini ko'rsatish...
﷽ JALSAH AD-DURAR AN-NAFISAH PENGENALAN ALHABIB UMAR BIN HAFIDZ MINGGU KEDUA AWAL MUHARRAM (7/7) cahaya keberkatan ilmu itu memenuhi semua di alam ini sama ada kepada muslim ataupun yang bukan muslim Persekitaran seseorang itu hidup menjadikan satu kepentingan untuk nya membesar dengan sangat baik, kota tarim itu tanahnya yang disucikan dengan kaki para solihin daripada dahulu, dan dikota ini sumber yang sangat penting iaitu hidayah kepada orang orang sama ada dengan ilmu ataupun tarbiyah Kota yang kecil ini merupakan sebahagian daripada kota kota yang ada dihadramaut yaman yang mana sangat ramai terlahirnya alim ulama', banyak buku menceritakan tentang penduduk negeri ini Yang kita dapati cerita para kewalian yang tinggi dan tidak ada dapat mencapai tahap kewalian mereka, ketika seseorang itu ingin menulis cerita tentang tokoh tokoh dikota tarim yang didapati hanyalah kesamaan iaitu sebagaimana mereka mengangkat yakni menjunjung tinggi Al-Quran Sehinggakan dinamakan kota ini juga dengan hufaz kerana ramainya budaya menghafal Al-Quran dikota ini ketika 8hijrah kaum muslim masuk ke kota ini ketika mereka sampai mereka mendapati kesemua 40 buah rumah sedang membacakan surah yasin Kesimpulannya tersebarnya Al-Quran ditarim sangat dipentingkan, diantara tempat yang paling banyak membaca Al-Quran dan mengajarkan Al-Quran dan menghafalkan Al-Quran sebuah kuba yang bernama murain, kubah ini sudah ada sejak zaman syekh Abdurrahman Asseggaf Mereka menghafal Al-Quran pada setiap hurufnya dan makna nya sehinggakan Al-Quran tinggal didalam darah darah mereka maka inilah antara sifat kebanyakan ulama dikota tarim Kita nampak pada zaman ini tersebarnya kekacauan didapati sesetengah orang mengajarkan Al-Quran akan tetapi niatnya bukan kerana Allah swt namun niatnya hanya inginkan bahagian daripada dunia, dia tidak mengajarkan dengan bacaan/tajid/makraj dengan betul Alquran diturunkan adalah untuk kita menghayati setiap ayat ayat yang diturunkan oleh Allah swt, maka didalam kita membaca Al-Quran diperlukan tiga perkara:- 1. Hati - merasai dan terkesan dengan firmanNya 2. Lafaz - membacanya dengan betul 3. Akal - menghayati apa yang sedang dibaca Kita sebagai seorang mukmin wajib ke atasnya bersifat seperti didalam Al-Quran, kota tarim juga digelar sebagai As-Siddiqin kerana sesetengah negara dan kota diyaman menahan diri mereka daripada mengeluarkan zakat kecuali kota tarim, sehinggakan abu bakar bangga atas mereka, lalu kota ini mendapat doa khusus dari sayyidina abu bakar:- 1. Agar air dikota ini tidak pernah terputus 2. Agar kota ini terus makmur sehinggah hari kiamat 3. Dan agar akan ramai lahirnya alim ulama dikota ini Ramai melihat kota ini bahawa kota ini lain dari yang lain, kita berdoa agar Allah menjadikan keberkatan kota ini makmur sehinggah hari kiamat dan inilah kota tempat Alhabib umar bin hafidz dilahirkan juga daripada kedua orang tua yang soleh Alhabib umar bin Hafidz ketika dilahirkan itu datuk beliau masih hidup iaitu habib salim bin Hafidz beliau juga satu ulama yang sangat tersohor, seorang yang tinggi ilmunya serta mulia akhlaknya dan beliau (habib umar) menuntut ilmu daripada kedua orangtua beliau dan datuk beliau Apabila datangnya komunis pada waktu itu untuk mnejajah kota tarim dan kota sekitar nya sehinggakan mereka banyak menyeksa para ulama dan banyak terjadi peristiwa, salah satunya adalah kisah penjajah mengambil ayahnya habib umar Habib umar telahpun mengarahkan segala tenaganya agara tersebar nya agama ini dengan membuat daurah dan kelas kelas dari dahulu hinggah sekarang masih diteruskan dan semakin ramai remaja mendapat petunjuk daripada Allah swt berjalan menuju kepada Allah swt, semoga daurah ini sampai ke hari kiamat nanti امين اللهم امين ✍🏻 @BintuHass #MingguKedua
Hammasini ko'rsatish...
📖 Dars Khulasoh 🧕 Ustadza Munibah 📆 Sabtu, 6 Juli 2024/ 29 Dzulhijjah 1445H 🌹Wirid Syekh Abu Bakar bin Salim🌹 Habib Muhammad bin Abdullah Alhaddar berkata "Wirid ini dikarang oleh Syekh Abu Bakar bin Salim dengan penuh keyakinan pada sesuatu yang mungkin mustahil" Kapan waktu membaca wirid ini?Bacalah pada pagi dan malam hari, maka ketika itulah doa akan mustajab pada waktu waktu akhir malam, dibaca sebelum atau selepas solat. Di Darul Musthofa membacanya selepas adzan sebelum iqamah, wirid ini dapat melindungi diri dari syaitan walaupun wirid nya singkat, ini salah satu wirid yang dianjurkan. Di zaman sekarang ini penuh dengan fitnah atau apa saja hajat kita. Doa Syekh Abdul Qadir Aljailani sama seperti doanya Syekh Abu Bakar bin Salim didalam wirid ini. Dimulai dengan Bismillah dan puji pujian kepada Allah swt Dan milik Allah lah segala nikmat diatas muka bumi ini, tidak ada usaha kita melainkan ianya daripada Allah swt Kita terlahir dari keluarga islam itu pilihan Allah, kita istiqamah itu juga dari keinginan Allah swt. Kalau sesuatu bagi kita susah, maka ketahuilah bagi Allah itu mudah. Jika hati ini punya taaluq kepada dunia maka dia akan benci atau takut untuk mati. Bacalah "Salamun ala nuhin fil alamin, innaka dzalika najzil muhsinin, innahu min ibadinal mukminin" sebanyak 3x jika kita melihat binatang buas. Zikir ini juga terdapat dalam Wirdul Latif karangan Imam Abdullah Al Haddad. Jika seseorang didunia dia kaya akan tetapi tidak ada Allah dalam hatinya, dia akan merasa miskin. Walaupun seseorang itu miskin jika Allah ada didalam hatinya maka dia merasa bahwa dialah orang paling kaya sekali didunia ini. Ingat bahwa Allah bersama orang orang yang sentiasa takut KepadaNya. Maka kita mestilah beradab kepada orang orang yang takut kepada Allah. Jika kita sayang kepada mereka maka Allah akan sayang kepada kita, kita berharap kepada Allah dan semuanya untuk Allah swt. والله أعلم با الصواب
Hammasini ko'rsatish...
3
📖 Kelas Kitab Haalah Ahlul Haqiqah Ma'allah (حاله أهل الحقيقة مع الله ) 🧕 Ustadza Zaynab Al Khatib 📆 Sabtu, 6 Juli 2024/ 29 Dzulhijjah 1445 H Orang yang selalu bermaksiat kemudian dia bersangka baik bahwa Allah mengampuni nya sedang dia tidak berusaha meninggalkan maksiat itu maka itu juga termasuk dosa. Setiap amalan yang kita lakukan adalah langkah pertama untuk kita mendapat makrifat Allah swt. Makrifat itu adalah cahaya yang Allah letakkan kedalam hati hamba hambanya melalui amalan yang mendekatkan diri kepada Nya, makrifat ialah kesan daripada amalan yang ia lakukan. Setiap amalan itu datang dari semangat kita, semangat yang kuat dan keinginan yang besar serta sebenar benarnya tawajjuh kepada Allah swt itulah yang diperlukan. Segala amal itu dianggap seperti bekas yang dimasukkan cahaya oleh Allah swt. Bagi orang yang mempunyai makrifat itu segala yang ada disemesta ini merupakan perantaraan antara dia dan Allah swt sebagaimana Allah menceritakan segala kekuasaan penciptaan langit dan bumi serta kebesarannya. Allah berkata untuk kita lihat saja mengenai diri kita sendiri agar kita tahu siapakah yang menciptakan diri kita dan semesta ini. Semua ini adalah hadiah daripada Allah swt yang memudahkan bagi kita untuk meraih kebaikan dengan Allah swt. Sekiranya makrifat itu dikatakan sumber maka tidak lagi orang yang akan mengenal kepada yang dikenali, sedangkan yang dikenali lah datang dahulu sebelum yang mengenal. Jika  dzat Allah tidak mampu dikenali maka tidak adanya makrifat. Rasa makrifat dan mahabbah itu berpusat nya Allah swt kepada ahli makrifat, untuk dia mengenal kepada Allah agar mendapatkan makrifat tersebut, setiap manusia berbeda beda tahap martabat nya. Yang mendapatkan ma'rifat, jiwa dan hati yang akan menerangi dengan cahaya sehingga dia akan melihat sesuatu yang dibelakang ijab, bagaimana bosa dia melihat dibelakang ijab? Karena hatinya bersih seperti memantulkan cahaya tersebut. Seumpama sebuah bilik yang ditutupi dengan langsir maka tidak akan masuk cahaya matahari itu, manakala jika cermin terbuka maka mudahlah cahaya itu memantulkan cahayanya sehingga teranglah ruangan tersebut. Maka dari itu hendaklah kita membersihkan hati sehingga menjadi bersih dan berkilau. Rasulullah bersabda "Orang yang muslim itu umpama cerminan bagi saudara muslimnya" maka siapa cerminan terbaik kita ? ialah Baginda Rasulullah Saw. Hendaklah kita meletakkan cermin hati kita di depan cermin hati Rasulullah seperti Rasulullah berada di depan sedang membimbing kita. Membersihkan hati, menghilangkan segala kotoran yang ada di dalam hatinya seperti ujub, riya', sombong dan lainnya maka dengan ini dia akan menyaksikan Allah dengan hatinya. Melihat lebih banyak apa yang ada di balik keindahan ciptaan Allah. والله أعلم با الصواب
Hammasini ko'rsatish...
1
*Hubabah Umm Salim*🌹 Bila kita bicara tentang Hubabah maka akan banyak sekali yg dpt dcritakan. Waktu itu tahun '90an kala kita masih belajar di Tarim, kita belajar beberapa pelajaran bersama Beliau. Belajar tentang beliau, sikap Beliau yang mengagungkan ilmu.. Beliau datang ke rumah kita, duduk bersama dalam halaqah fiqh Pertama kali bertemu Hubabah Nur tahun 1994 , waktu itu wanita-wanita di Kota Tarim yang belum menikah tidak boleh keluar rumah karena masih marak penjajah komunis saat itu,, Menambahkan kehormatan seorang wanita dalam kebiasaan suku Arab yaitu dengan tidak menyebarkan nama mereka.. Hubabah Nur memiliki anak pertama bernama Salim.. Karena itu Beliau dikenal juga dengan nama Hubabah Ummu Salim Habib Muhammad bin Abdullah Al Haddar adalah nama ayah Beliau, Hubabah Nur. Habib Muhammad Al Haddar tinggal di Baidho yg juga Guru kepada habib Umar bin Hafidz. Tempat pertama yg habib Umar datangi saat keluar dari Tarim yaitu Ribathul Haddar milik ayahnya Hubabah Nur. Lalu Habib Muhammad Al Haddar menikahkan putrinya, Hubabah Nur dengan muridnya yaitu Habib Umar bin Hafidz. Ayahnya Hubabah Nur meninggal di Makkah dan dimakamkan disana. *Semangat Hubabah Nur dlm beribadah.* Suatu hari kami keluar untuk berdakwah selama 4hari. Kami berdua dengan Hubabah membantu didapur . . Selama Beliau bekerja di dapur, kami memperhatikan lisannya tidak pernah luput dari dzikir dan ayat-ayat Al Qur'an. Kala waktu makan siang datang Hubabah Nur slalu mengingatkan kami apa-apa sunnah sebelum makan Ketika dalam perjalanan dan ada diantara kami membaca kitab, Beliau selalu menegur apabila ada keliru dalam bacaan kami.. Kami merasa sangat senang jika Hubabah menegur karena bagi kami itu artinya Hubabah Nur telah mengambil berat atas ibadah ibadah yang kami buat. Lalu saat kami mengadakan halaqah/majlis dalam mushola dan masih ada yang solat, maka ada seseorang yang mengangkat suaranya, maka Beliau akan marah karena itu akhlak yg tak seharusnya. Semoga kita dapat bagian menjadi pengikutnya yg baik. Pada awal tahun habib Umar mengadakan Dauroh Shaifiyyah, Hubabah ikut mengajar. Apabila sedang berlangsung Rouha bersama habib Umar, Hubabah Nur mengawasi dan menegur apabila ada yang terlihat tidak fokus. Dalam majlis Haul Syekh Abu Bakar bin Salim, di Indonesia. Di Sukabumi waktu itu .... (Tertinggal..) .... (Tertinggal..) Bagi Hubabah Alawiyah setiap membersamai Hubabah Nur dakwah adalah momentum yang sangat indah, termsuk saat saat Hubabah Nur menegur. Anak-anak di Daruzzahra selalu menghias tempat duduk Hubabah Nur di Daruzzahra untuk menyambut Hubabah Nur dari perjalanannya. Saat itu agak terlambat tiba dari perjalanan hajinya.. Dan salah seorang muridnya menulis kerinduannya ke pada Hubabah Nur dalam sebuah Qasidah.. *_Musytaq iliyk yaa Nuur_* *Keseharian Hubabah Nur.* Saat itu dirumh Beliau belum ada yg membantu dan rumah Beliau banyak menerima tamu. Beliau menyiapkan semua keperluan rumah sendiri selayaknya wanita-wanita lainnya. Istimewanya Beliau tidak pernah menolak permintaan orang. Dan dalam majlis majlisnya sangat memperhatikan aurat perempuan. Bahkan semua masakan-masakan untuk santri santri di Darul Musthofa (Habib Jindan, Habib Munzir.. Dan lainnya saat itu) Beliau Hubabah Nur lah yang menyiapkan. Pada saat kami berbulan Romadhon di Daruzzahra, Beliau memastikan santriwati semuanya berbuka dirumah Beliau setiap hari. Bliau melakukan pekerjaan rumah, menjaga anak-anak, dsb., seperti wanita-wanita lainnya dan tak pernah menyurutkan semangat ibadahnya, selalu perhatian dengan ibadahnya. **_Mohon maaf masih banyak kekurangan, kesalahan dr pribadi ana dalam membuat nota_🙏🏻
Hammasini ko'rsatish...
2
2. Melawan nafsu, membuang segala keburukan, menghiasi diri dengan akhlak yang baik dan mempelajari kita kitab yg mengajarkan kita membuang akhlak yg buruk dan menghiasi diri dengan akhlak yang baik (perlu mempelajari kitab kitab seperti ini untuk benar benar berjalan dijalannya Allah yang mana diceritakan bagaimana sikap org yg beriman dan bertakwa) perlu mempelajari kitab kitab ini setiap hari, carilah waktu untuk membaca daripada buku buku ini. Amalan yang berterusan, ilmu tidak bisa dicapai dengan berharap kita perlu menyusun waktu kita seharian dalam mendapatkan manfaat untuk diri kita di dunia dan akhirat. 3. Menyebarkan apa yang dipelajari sesama manusia dengan cara yang baik, lembut. Maka jadikan sedikit waktu dari umurmu dengan memanggil yang lain kepada Allah. Semoga Allah memberikan kepada kita taufiq untuk bersifat dengan sifat sifat ini dan menjadikan kunci pembuka segala kebaikan dan penutup segala keburukan dan menjadikan akhir kata kata kita di dunia ini laila ha ilallah https://www.instagram.com/p/C9G55SEJd14/?igsh=cDJxbHJsOXZsa243
Hammasini ko'rsatish...
Habib Umar dilahirkan dikota ini dari ibu dan ayahnya yang shaleh. Ayahnya yang mana silsilah keturunan mereka merupakan org org yg shaleh, bertakwa dan baik. Ayahnya mengambil ilmu dari kakeknya hingga sampai ke Rasulullah. Hubabah zahra yang mana disaksikan para wanita yang hidup bersamanya tanda kerendahan hati didalam sifat beliau seperti sifat para istri nabi Habib Umar dilahirkan 4 muharram selepas subuh, 27 mei. Beliau dilahirkan dikota tarim dan sewaktu itu kakek beliau masih hidup yaitu habib salim yang merupakan ulama terkemuka dikota tarim yang disifatkan org yg tinggil ilmunya dan mulia akhlaknya. Habib umar menuntut ilmu dari kedua org tuanya dan habib salim dan dengan banyak masyaikh dikota tarim Beliau juga menuntut ilmu dari saudaranya, mufti tarim dan dengan ulama lainnya yang tinggi kemuliannya. Apabila datang komunis pada waktu itu yang mana mereka datang untuk menjajah kota tarim dan kota sekitarnya sehingga mereka banyak menyiksa para ulama. Habib Umar pergi musafir ke utara yaman untuk mengambil ilmu. Maka begitulah menuntunya ilmu habib umar daripada tempat ke tempat sehingga skrg beliau dapat berdakwah dan menyebarkan ilmu yang beliau ambil dari ulama ulama Selepas menuntut ilmu di utara yaman beliau pindah ke mekah dan mengambil ilmu dari Habib Abdul Qadir dan ulama ulama mekah. Setelah itu berpindah ke oman karena beberapa ketua dikota salalah meminta habib umar untuk datang, beliau disana menyebarkan ilmu sehingga memberi kesan yang sangat baik kepada kota tersebut. Lalu beliau berpindah mengajar di ribath mustafa saat itu banyak org menuntut ilmu kepada beliau, mereka adalah ulama ulama terkemuka dizaman kita ini. Setelah itu Habib Umar pindah ke tarim dan memulai berdakwah dikota tarim dengan berbagai cara karena keinginan beliau untuk menjaga kesucian ilmu ini dan beliau telah mengerahkan tenaga beliau untuk memastikan ilmu ini menyebar dengan berbagai cara. Beliau mempunyai semangat yang sanggat tinggi dalam menyebarkan dakwah sama seperti semangat ayahnya yang suka menyebarkan ilmu. Maka apabila datang komunis pada saat itu mereka ingin memadamkan cahaya islam dikota tarim dengan menyakiti ulama, ayah habib umar diculik tetapi Allah ingin menyempurnakan cahaya islam ini sehingga dijaga Habib umar dan ulama lainnya sehingga semangat itu dapat diteruskan oleh mereka. Kita dapati dari seluruh dunia beliau mempunyai pelajar dari tempat tersebut. Awal awal dikota tarim beliau membuka rumahnya untuk menuntut ilmu, beliau membuat daurah yang mana dikhaskan untuk pelajar yg belajar disekolah akademik untuk menghabiskan waktu liburnya selama 3 bulan itu supaya mereka dapat menghadiri daurah ini sehingga dapat menuntut ilmu daripada ulama ulama. Semoga daurah yang baik ini berterusan sehingga mengeluarkan org org yang baik hingga hari kiamat Maka dibuka dar mustafa seperti yang kita tau skrg bangunan itu dibuka pada tahun 1417H dihari 29 Dzulhijjah. Ramai daripada ulama dan penduduk kota tarim menghadiri pembukaan kota tersebut, tempat itu dibuka untuk mempelajari segala ilmu mengenai islam ini. Bangunan ini diasaskan karena maklamat untuk menyebarkan warisan Rasulullah melalui setiap org yg mempelajari dan mengamalkannya didalam pribadinya. Ramai org dizaman kita tidak perlu dengan nasihat yang banyak karena dalam percakapan ramai org yg bisa berbicara, kebanyakan dari mereka (org non muslim) membaca tentang islam lebih banyak daripada muslimin sendiri tetapi yang penting adalah akhlak sebelum percakapan Semoga Allah memberikan kita hakikat yaitu menanam warisan kenabian ini kepada kepribadian mereka yg menyebarkan warisan ini. Diantaranya cara untuk menyampaikan kita ke maklamat ini dengan 3 cara 1. Menuntut ilmu dgn bersungguh sungguh (org yg jahil tidak akan memberi ilmu kepada org atau mereka yang tidak bersungguh sungguh hanya akan menjahilkan diri mereka yg mana akan memberikan kerusakan kepada umat)
Hammasini ko'rsatish...
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Habib Alwi ~نٙوٙيْتُ كٙما نٙوٙى مَشَايِخُنَا و أَسْلاَفُنَا الصالِحُون~ Kembali keturunan beliau kepada syekh abdurrahman bin salim. Beliau mengambil pendidikan awal di dar mustafa dan seterusnya ke university az zaituna dan telah mendapat pencapai pencapaian dengan grade yang bagus. Beliau salah satu anggota ahli fatwa dikota tarim __ Biografi Habib Umar Hakikat harga dan tingginya pangkat Habib Umar ini terlampau tinggi, yang mana cahaya keberkatannya itu memenuhi yang ada di dalam alam ini baik muslim maupun non muslim. Komunitas yang beliau bangun dan membesar disitu, karena dipekersekitaran (lingkungan) org hidup menjadikan satu kepentingan satu seseorang untuk seseorang itu membesar (tumbuh) dengan baik. Negeri itu tanahnya disucikan oleh kaki kaki para shalihin, tarim kota yang kecil yang merupakan kota daripada kota kota hadramaut yaman yang melhirkan ramai ulama ulama. Jika kita lihat buku buku yg menceritakan ahli penduduk kota ini maka akan kita dapati cerita mengenai ramai para ulama,sholihin dan org yg mendapat pangkat kewalian yang tinggi dan tidak dapat terhitung jumlahnya Apabila salah seorang ingin menulis tokoh tokoh ulama dikota tarim dia dapati persamaan para shalihin yaitu bagaimana mereka memandang tingginya Al quran. Sehingga kota ini dinamakan dengan kota para penghafal quran karena tersebarnya budaya menghafal al quran dikota ini Ini sedikit sejarah masuknya islam ke kota tarim, mereka awal masuk ke kota tarim mereka mengatakan 40 rumah semuanya sedang membaca surat yasin. Disini kita ingin memberi kesimpulan bahwa persekitaran yang tersebar di tarim mementingkan Al quran Diantara tempat yang paling banyak membangunkan pembacaan al quran dan mengajar dan menghafal anak anak akan al quran dan kubah abu muraim yang mengeluarkan ramai penghafal quran daripada penduduk kota tarim. Sudah berada sejak Syekh abdurrahman assegaf Penghafal quran yait mereka yang memahami al quran, menghafal setiap huruf al quran sehingga al quran telah tercampur didalam darahny. Maka ini diantara sifat ulama ulama tarim Salah seorang daripada penulis sejarah yg hidup 100 tahun yg lalu daripada kota lubnan didalam dia mengarang para ulama dia dapati bahwa ramai ulama yg datang dari kota ini yang menyebarkan dakwah terutamanya dinusantara kita ini yang mana dakwah mereka memberi kesan perkembangan islam ke dunia Maka dia terkejut dan ingin tau bagaimana ulama ulama tersbeut dapat memberi kesan yg luar bisa, tidak lain karena kuatnya pegangan para ulama ini dengan Al quran. Kita lihat zaman ini kekacauan tersebar, setengah org yg mengajarkan al quran tapi keinginannya untuk mendapat kebahagiaan duniawi. Mengajarkan al quran tapi tidak menekankan tajwid dan makharijul huruf yang sepatutnya ditekankan. Al quran diturunkan dengan maksud kita mennghayati ayat ayat yg diturunkan Allah Maka didalam membaca al quran memerluka 3 perkara 1. Hati 2. Lafadz (Membaca Al quran dengan cara yang betul) 3. Akal (Menghayati apa yang sedang dibaca ) Diwaktu ini ramai lomba al quran tapi banyak yang hanya menghafal dalam mulut saja tpi akhlak mereka tidak menggambarkan akhlak yang diturunkan Allah dalam Al quran. Kita diminta bersifat sesuai Al quran apalagi org yg menghafal al quran maka wajib baginya bersifat seperi sifat sifat yang ada di Quran Kota tarim juga dinamai kota As Shidiq, setelah wafatnya Rasulullah setengah negara telah menahan dirinya untuk menahan zakat. Kecuali penduduk tarim apabila diantar utusan ke kota tarim tidak melakukan seperti yg dilakukan kota kota lain maka Sayyidina Abu bakar mendoakan beberapa doa 1. air dikota ini tidak akan putus 2. Terus maknur hingga kiamat 3. Kota ini dipenuhi para ulama dan sholihin Maka Allah menerima doa ini, sehingga bisa dilihat doa doa ini terjadi dikota tersebut hingga sekarang. Ramai yang melihat kota ini sangat berbeda dengan kota lain dari berbagai sisi, kita berdoa kepada Allah semoga Allah menjadi keberkatan kota tersebut senantiasa makmur hingga hari kiamat
Hammasini ko'rsatish...
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.