cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Penadarihati🌻

ما يخرج من القلب يدخل في القلب •Perkongsian dakwah dan pengalaman seorang pelajar di bumi para Anbiya'.

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
386
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
+330 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

00:15
Video unavailableShow in Telegram
‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Hammasini ko'rsatish...
IMG_2616.MOV2.30 KB
Repost from N/a
‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Dalam setiap kesusahan yang kita hadapi itu Tuhan sentiasa mempermudah segalanya. Tanpa kita minta. Kadangkala dalam keadaan yang hampir membuatkan kita hilang arah,hanya Tuhan yang sentiasa mengikuti setiap jejak langkah kita. Maha Baiknya Allah, sentiasa memastikan kita masih dalam keadaan baik, kita mampu menempuhinya, kita tidak dibiarkan keseorangan. Syhrh Najwa. Catatan 1 Julai 2024.
Hammasini ko'rsatish...
👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Lima cara untuk hidup tenang : 🍃Berdamailah dengan masa lalumu agar tidak mempengaruhi masa sekarang. 🍂Apa yang orang lain fikirkan tentangmu bukan urusanmu. 🍃Waktu akan menyembuhkan segalanya, jadi berikanlah waktu untuk melakukan tugasnya. 🍂Kebahagiaanmu tidak bergantung pada orang lain, terimalah dirimu apa adanya untuk menjadi bahagia. 🍃Tersenyumlah, kerana kamu tidak menghadapi semua masalah di dunia. -Teras langit-
Hammasini ko'rsatish...
2
Photo unavailableShow in Telegram
Disapa dengan ucapan salam. Di tangan sambil bawa barang, tangan kanannya bawa barang, tangan kirinya pegang tasbih. ماشاء الله Begitulah kehidupan di sini. Selalu tengok pakcik atau makcik di sini , sambil lintas jalan ada yang sambil bertasbih, tunggu barang hatta dalam Koster( bas kecil) sekalipun tak lekang tasbih di tangan. Di mana sahaja mereka bawa. Tidak kira tasbih, begitu juga dengan selawat, senantiasa menjadi zikir harian buat penduduk bumi barakah ini. Terima kasih Ya Allah, memperlihatkan kepada aku bahawa masih ada manusia yang masih sempat mengingati MU walaupun mereka sibuk. Tidak ada waktu kosong bagi mereka untuk mengingati MU ya rabb. Catatan 24 Jun 2024, Markaz Quran Irbid
Hammasini ko'rsatish...
1
Apabila kita ditinggalkan orang tersayang, diuji dengan kehilangan, awalnya memang perit, hati berkata kenapa aku diuji begini. Selalu ingatkan diri, tidak mengapa. Kita sekadar diberi pinjaman sementara. Bukankah Dia sendiri yang mengatakan di sisi-Nya jauh lebih baik? Bukankah Allah berjanji akan menggantikannya dengan yang jauh lebih baik? Ketika kita didera oleh kesukaran, kesakitan, masalah hidup yang terus menimbun, sabar. Bukankah Allah mengatakan Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar? Apabila kita ditimpa kesusahan yang seolah-olah tiada penamatnya, realiti-realiti pelik, keadaan hidup yang tidak menyenangkan, kejadian yang memilukan. Tidak usah risau. Jangan bersedih hati, kerana Allah tidak pernah meninggalkan kita. Apatah lagi kita dalam keadaan kacau-bilau, bersikap tenanglah sebab kita ada Allah. Dialah yang menolong kita pada setiap kesakitan dan kesukaran kita. Jangan biarkan diri melayan perasaan sedih. Jangan mudah berputus asa hanya kerana ujian yang berterusan. Jangan mudah menyerah ketika bertubi-tubi diberi cubaan. Berasa kecewa itu biasa, tetapi jangan putus asa. Jangan sesekali menyerah apatah lagi memberikan diri dalam keadaan tidak terkawal. Sebenarnya Allah hanya mahu kita bahagia, Allah begitu menyayangi kita. Tetaplah bersabar sedikit lagi. Teruslah berikhtiar sehingga tidak ada jeda berputus asa. Teruslah berdoa sehingga Allah melayakkan kita mendapat hasil perjuangan selama ini. Kita tidak akan pernah tahu hadiah indah yang sedang Allah persiapkan pada celah kesusahan yang sedang kita hadapi. Syhrh Najwa, Hidup bukan hanya untuk dijalani, tetapi juga perlu dikendalikan. Catatan 29 Jun 2024.
Hammasini ko'rsatish...
👍 1 1
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.