cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Info Viral Terkini

Perkongsian maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan info semasa dalam dan luar negara seperti info politik, sosial dan ekonomi. https://t.me/infoviralterkiniofficial

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
2 372
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-187 kunlar
-7430 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

sticker.webp0.07 KB
00:32
Video unavailableShow in Telegram
Hammasini ko'rsatish...
1.76 MB
sticker.webp0.07 KB
Teruja lihat 'UFO' dan 'makhluk asing' depan mata OTTAWA - Sepasang suami isteri di Kanada terkejut selepas melihat dua objek terbang yang tidak dapat dikenal pasti (UFO) di ruang udara Sungai Winnipeg. Justin Stevenson dan pasangannya, Danielle sedang menaiki kereta melalui Fort Alexander ketika mereka bertembung dengan objek misteri bercahaya ketika insiden pada bulan lalu. "Objek misteri seperti bebola itu terang seperti cahaya matahari dan ia kemudiannya hilang di sebalik awan. Pengalaman melihat UFO di depan mata seperti dalam filem sains fiksyen. "Saya rasa sudah melihat beberapa makhluk asing," ujarnya dengan teruja yang turut merakamkan kejadian itu dan dimuat naik ke Facebook. Penemuan tidak dijangka itu, sekali gus meyakinkan Stevenson tentang kehidupan di luar bumi. "Saya agak skeptikal sebelum ini. Kini, saya percaya ada makhluk lain di luar angkasa sana," katanya lagi. Klip yang sudah ditonton lebih 650,000 kali itu turut menarik perhatian pentaksub teori konspirasi dan kumpulan menjejaki makhluk asing yang menyifatkan ia sebagai 'anamoli pelik' serta 'gambar jelas UFO'. Ada juga pengguna media sosial yang cuba memberikan penjelasan lebih logik dan berpendapat ia mungkin belon cuaca atau dron. Difahamkan, Ottawa telah menyaksikan lonjakan kejadian penampakan UFO dan sebanyak 17 insiden dilaporkan pada 2023 termasuk daripada sumber boleh dipercayai seperti juruterbang serta kru WestJet, Air France dan British Airways yang mendakwa melihat objek tersebut. Pada Februari 2023, dua syarikat penerbangan mendakwa telah melihat cahaya pelik di ruang udara Quebec malah ia turut didokumenkan menerusi pangkalan data dalam talian yang dikendalikan oleh Pengangkutan Kanada. - Agensi MARLISSA MOHAMMAD KAMAL 30 Jun 2024 07:00am Artikel ➡️ Sinar Harian
Hammasini ko'rsatish...
00:44
Video unavailableShow in Telegram
1.82 MB
sticker.webp0.07 KB
Seorang maut, Lamborghini terbabas dalam longkang, terbakar Bentong: Seorang maut dan seorang lagi cedera selepas kereta Lamborghini dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar di Kilometer (KM) 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur di sini, hari ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.32 pagi. Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dikejarkan ke lokasi. Berdasarkan laporan, Lamborghini terbabit dipercayai terbabas ke dalam longkang sebelum terbakar. "Terdapat dua orang mangsa dengan seorang tersepit di dalam kenderaan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Seorang lagi mangsa yang turut mengalami kecederaan dihantar ke hospital oleh orang awam," kata kenyataan itu. Disiarkan pada: Jun 30, 2024 @ 2:32pm Raja Noraina Raja Rahim [email protected] Artikel ➡️ Harian Metro
Hammasini ko'rsatish...
2.83 MB
sticker.webp0.07 KB
Gambar kecederaan Zayn Rayyan tersebar Hafidzul Hilmi Mohd Noor [email protected] Kuala Lumpur: Gambar keadaan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dipercayai ketika proses bedah siasat mula tersebar di media sosial. Dua gambar berkenaan dimuat naik di aplikasi telefon pintar, Telegram sejak malam tadi. Kedua-dua gambar berkenaan memaparkan keadaan kanak-kanak berkenaan selepas ditemui di anak sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai. Sebelum ini, tular kertas siasatan pembunuhan kanak-kanak berkenaan di aplikasi yang sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penularan kertas siasatan terbabit. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata sekiranya ia kertas siasatan yang benar, pihak yang menyebarkannya perlu diambil tindakan berikutan kes berkenaan akan dibicarakan di mahkamah. "Tindakan pihak-pihak tertentu memasukkan perkara seperti ini (kertas siasatan) dalam Telegram umpamanya, tidak diketahui sama ada maklumat itu (kertas siasatan) betul atau tidak, sama ada direka atau dibuat-buat,"katanya. Sebelum ini, ibu dan bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lalu. Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang berusia 29 tahun itu dilaporkan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh. Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya. Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya. Ibu bapa kanak-kanak malang itu kemudiannya ditahan pada 31 Mei lalu di sekitar Puncak Alam, Selangor dan direman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan. Disiarkan pada: Jun 30, 2024 @ 11:10am #harianmetro #infosemasa
Hammasini ko'rsatish...
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.