Hiii korangg! Min nak mintak pendapat ni. Okey tak sinopsis cerita baru min ni?
Fatin Adhwa, gadis berkaca mata separa bulat dengan sikap yang pemalu. Huh, kalau disuruh bercakap mau suara pun tak dengar. Tapi, kalau dah lama kenal ni, fuh. Kalah time raya bising dia. Bertemu dengan Affan tak bermaksud si gadis dapat menukar caranya. Apa lagi, setelah mengetahui lelaki itu masih patah hati dan dihantui bayangan ex marka dia yang psiko. Fatin yang mendengar pun turut rasa meremang.
Mata Affan dipandang. He looks...
"Are you still in love with her?"
"Sadly, no. I love my life now without her."
Mereka mula berteman. Fatin masih dengan sikapnya, dan Affan yang belum bisa menerima mana-mana perempuan. Dia trauma. Kisah dia bersama bekas kekasihnya sungguh buatkan dia tidak mahu berkenalan rapat dengan mana-mana perempuan.
"Affan, Are you made of copper and tellurium? Cuz, you looks cute"
"Oh Allah. Manis jugak kan mulut kau. Kuat bagi ayat lah. Dua kali dah kau buat aku senyum"
Fatin mencuba nasib. Cuma mengayat tidak lebih. Mungkin ini kisah hidup Fatin, tetapi Affan yang terlalu mengisahkan Fatin. Bukan sebagai kawan, tapi...
"Aku suka kau, Affan."
"I'm so sorry, Faa. Aku masih tak dapat terima mana-mana girl dalam hidup aku. Aku harap kau tunggu sampai aku ready."
Fatin patuh pada pesanan Affan. Tunggu, tunggu dan terus menunggu. Terasa lama masa yang perlu diambil.
"Aku mintak maaf. Aku tak boleh."
Patah hati dirasakan. Pertama kali untuknya. Fatin pergi menjauh, meninggalkan Affan yang masih terkapai-kapai mencari.
"For the sake of Allah, aku lupakan kau Affan."
Pertemuan sekali lagi sangat tidak disangka. Sama ada Fatin, mahupun Affan dua-dua saling mengharap.
"Aku selalu sebut nama kau dalam doa aku supaya jodoh kita kuat."
"But you seem don't care about me at all"
Ya! Hanya Fatin yang mengetahui segalanya. Pergi bercuti tetapi dianggap sedang bertemu lelaki lain buatkan Affan lelah. Mungkin Fatin tidak tercipta untuknya. Dan, mungkin silapnya juga kerana ego tidak mahu berkata benar.