uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi πŸ‘‰ Belgini koβ€˜rmoqchi boβ€˜lsangiz, obuna boβ€˜ling

Kelab Celik Wang Fun(d) for Life

Kelab Celik Wang Fun(d) for Life

Kanalga Telegram’da oβ€˜tish

Sebuah kelab untuk mereka yang ingin celik wang. Kami akan kongsikan tips wang & program berkaitan wang dibawakan oleh Fun(d) for Life, πŸ’―% percuma oleh FWD Takaful & Arus Academy https://linktr.ee/fundfor.life

Ko'proq ko'rsatish
2 181
Obunachilar
-224 soatlar
-177 kun
-3930 kun
Postlar arxiv
Salam sejahtera semua! Biasanya kami buat program untuk anak murid. Kali ni untuk cikgu2 pula! Jangan lepaskan peluang ini! Daftar dan hadir ke sesi info untuk dapatkan maklumat lanjut :) Jumpa cikgu di sana!

*Guru Selangor, jom sertai Program Sekolah Celik Wang!* PEMIMPIN dan Arus Academy, dengan tajaan penuh HSBC Malaysia, menjemp
*Guru Selangor, jom sertai Program Sekolah Celik Wang!* PEMIMPIN dan Arus Academy, dengan tajaan penuh HSBC Malaysia, menjemput guru-guru KPM di Selangor untuk menjadi sebahagian daripada kohort rintis Program Sekolah Celik Wang! Ini adalah peluang untuk memperkukuh literasi kewangan dalam kalangan guru dan membawa pembelajaran kewangan yang praktikal ke sekolah anda. πŸ”— *Pek Maklumat:* https://bit.ly/PekMaklumat_SCW2627 πŸ’¬ *Komuniti Sokongan:* https://bit.ly/KomunitiSokonganSCW πŸ“… *Sesi Info:* Selasa, 10 Nov 2026, 8:30 malam (Pautan akan dikongsi melalui WhatsApp Komuniti Sokongan) πŸ“ *Daftar sekarang:* https://bit.ly/PendaftaranSCW2627 _Guru Mahir Kewangan. Murid Bijak Wang. Sekolah Celik Wang. πŸ’›_

Tarikh permohonan semakin hampir ditutup untuk FFL Uni Zon Utara mohon sekarang sebelum 1.11.2026. Kongsikan dengan rakan-rakan anda terutamanya yang di Perlis, kami nantikan permohonan anda πŸ˜‰ Yang dekat Perak, Penang dan Kedah pun boleh lagi mohon 🀩

Repost from N/a
Hampa nak kasi upgrade cara urus duit? Mai join FFL-Uni! πŸ’ΈπŸ”₯ πŸ“£PERMOHONAN FFL-UNI KOHORT 7 UNTUK TERIMA GERAN RM3,000 SEDANG
Hampa nak kasi upgrade cara urus duit? Mai join FFL-Uni! πŸ’ΈπŸ”₯ πŸ“£PERMOHONAN FFL-UNI KOHORT 7 UNTUK TERIMA GERAN RM3,000 SEDANG DIBUKA BAGI ZON UTARA! Permohonan terbuka kepada: πŸ“ Pelajar warganegara Malaysia lepasan SPM πŸ“ Berumur 18–24 tahun πŸ“ Sedang menjalankan pengajian di Pulau Pinang, Kedah, Perlis atau Perak πŸ“ Daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah πŸ”— Mai mohon sekarang: arus.cc/ffluni-c7-permohonan πŸ—“ Tempoh permohonan: 1 Sept - 1 Nov 2026 Apa yang hampa akan dapat? βœ… Bootcamp kewangan bersemuka 3H2M (ditaja program) βœ… Bimbingan bulanan (online) πŸ’° Peluang menerima geran RM3,000 di akhir program (tertakluk kepada terma & syarat) πŸ“… Nak tahu FFL-Uni ni pasai apa? Jom join SESI INFO atas talian untuk kenal program ni dengan lebih lanjut! πŸ“ 21 Oktober 2026 (Rabu) ⏰ 8:00 – 9:00 malam πŸ”— Daftar sesi info: https://arus.cc/ffl-uni-borang-tunjuk-minat πŸ“± Instagram: https://www.instagram.com/fundforlife_uni/ πŸ’¬ Ada soalan? πŸ“² Mesej Coach Tulasi: 01136566012

HelloΒ² kepada yang tengah belajar di Utara. Coach nak share peluang ni lagi sekali kepada anda semua. Kalau ada kawan, kenalan atau anda sendiri yang tengah belajar dekat Utara. Mohon cepatΒ² sebab permohonan masih dibuka dan sesi temu duga akan bermula tak lama lagi juga πŸ˜‰

πŸ“£ Masa yang ditunggu dah tiba! Orang Utagha, mai lekas ke Sesi Info Pertama FFL-Uni! Jangan risau, sesi ni santaiii je. Hampa nak tanya apa pun, kami akan jawab dengan hati yang terbuka. Jadi, jumpa kami: πŸ“† Rabu, 23 September 2026 ⏰ 8:00 malam – 9:00 malam πŸ’» Google Meet Hampa isi borang ni untuk dapatkan pautan ke Google Meet www.arus.cc/ffl-uni-borang-tunjuk-minat Isi awal, biaq tak kalut! Jangan lepaskan peluang ni. Mai sembang dengan kami!

Hello semua! Coach nak share peluang kepada yang dah hampir masuk ke alam dewasa: Program Fun(d) for Life Edisi Uni! Nak tahu dengan lebih lanjut, boleh baca kat post dibawah!

πŸ‡²πŸ‡Ύ#5: Dalam masa 10 tahun, saya nak….
Anonymous voting

πŸ‡²πŸ‡Ύ#4: Saya nak bebas daripada…
Anonymous voting

πŸ‡²πŸ‡Ύ#3: Benar ke salah? Bila dah kaya nanti, tak perlu risau pasal uruskan duit dah.
Anonymous voting

πŸ‡²πŸ‡Ύ#2: Yang ni ke yang tu?
Anonymous voting

πŸ‡²πŸ‡Ύ #1: Pada saya, kebebasan kewangan bermaksud....
Anonymous voting

Hi peserta FFL semua! πŸ‘‹βœ¨ Lama betul coach tak berinteraksi dengan kamu semua! πŸ˜† Hari ni coach nak minta tolong sikit boleh? πŸ‘€ Coach ada beberapa soalan nak tanya. Kamu cuma perlu pilih jawapan yang paling menggambarkan diri kamu. Tak ada jawapan betul atau salah tau! Coach cuma nak kenal kamu dengan lebih dekat, berseronok dan tengok apa yang kamu fikirkan sekarang. 😊 Okay, dah ready? Jom jawab soalan2 kat bawah! Semua berbentuk poll, jadi kamu tinggal pilih je πŸ‘‡ BTW, jawapan kamu mungkin coach akan kongsikan bersama rakan-rakan FFL yang lain dalam posting khas sempena Hari Merdeka πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Kami dapati ada akaun palsu yang menyamar sebagai Fun(d) For Life dan mempromosikan trading serta β€œduit mudah”. Ini bukan kam
+3
Kami dapati ada akaun palsu yang menyamar sebagai Fun(d) For Life dan mempromosikan trading serta β€œduit mudah”. Ini bukan kami. Akaun rasmi kami hanya πŸ‘‰ @fundfor.life Sila berhati-hati, semak dulu sebelum percaya, dan bantu kami report akaun tersebut. Boleh sahkan daripada kami, atau @arusacademy sahaja. Terima kasih kerana sentiasa bersama kami 🀝 Coach, FundForLife #scamalert

Hello semua. Kami dari Fun(d) for Life telah menerima laporan berkaitan akaun Instagram fundsfor.life yang telah menghubungi follower FFL berkenaan stock investing. Kami ingin maklumkan akaun ini tiada kaitan sama sekali dengan program Fun(d) for Life. Boleh report akaun ini jika anda menerima mesej dari mereka okay. Kami juga tidak akan meminta sebarang pembayaran wang untuk program kami. Akaun rasmi FFL, hanyalah fundfor.life dan jika ada sebarang keraguan boleh check dulu dengan @arusacademy. Terima kasih atas perhatian.

Kali ni, kami nak kongsikan juga, program kewangan oleh guru-guru FFL yang gempak 🀩 Bukan sekadar mengajar tapi cikgu-cikgu
+6
Kali ni, kami nak kongsikan juga, program kewangan oleh guru-guru FFL yang gempak 🀩 Bukan sekadar mengajar tapi cikgu-cikgu FFL juga dah buktikan betapa dedikasinya mereka nak pastikan setiap murid, tak kira latar belakang, dapat akses kepada ilmu kewangan melalui Geran Guru Celik Wang! Dengan geran RM500, macam-macam projek 'out of the box' yang cikgu-cikgu FFL dah laksanakan πŸ‘ Terima kasih cikgu! Kerana usaha gigih anda semua, murid-murid dari Sabah hingga ke Perlis kini lebih bersedia untuk masa depan kewangan mereka. Anda lah superheroes FFL yang kami perlukan untuk sama-sama membina generasi celik kewangan πŸ€— πŸ“ŒBagi yang tak tahu lagi, program Fun(d) For Life ini merupakan program pendidikan kewangan yang dibawakan oleh FWD Takaful (@fwdtakaful) & dilaksanakan oleh Arus Academy (@arusacademy)! Program kami juga mendapat sokongan Jaringan Pendidikan Negara (@myfenetwork) demi membina generasi celik wang! #FFL #generasicelikwang #globalmoneyweek2026 #gmw2026

Wohooo, dah habis dah Bengkel Kewangan Siri Smart Money Generation sempena Minggu Kewangan Global 2026! πŸ’° Coaches FFL pun ha
+4
Wohooo, dah habis dah Bengkel Kewangan Siri Smart Money Generation sempena Minggu Kewangan Global 2026! πŸ’° Coaches FFL pun happy sangat dapat peluang jumpa ramai peserta dari seluruh Malaysia yang sangat SMART sepanjang bengkel berlangsung. Kita dah sama-sama belajar tentang topik kewangan yang berbeza macam simpan, belanja, lindung dan labur. Best tak bila dah jadi lebih celik wang? πŸ˜‰ Tak dilupakan juga, kepada murid dan guru SJKC Kheung Wa & SJKC Choong Ha 1 yang dapat belajar tentang kewangan melalui simulasi FFL. Coach dengar hari tu, ada yang berjaya simpan sampai RM300 πŸ‘ Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid yang dah sertai Bengkel Kewangan Smart Money Generation tahun ini. Anda semua dah belajar banyak benda kan, sekarang masanya untuk amalkan supaya anda jadi generasi yang lebih celik kewangan πŸ’Έ #FFL #generasicelikwang #globalmoneyweek2026 #gmw2026

Apa! Kami boleh jemput FFL datang sekolah kami??! Yes! Betul tu! Untuk tahun 2026, pasukan Fund For Life (FFL) kini terbuka u
+2
Apa! Kami boleh jemput FFL datang sekolah kami??! Yes! Betul tu! Untuk tahun 2026, pasukan Fund For Life (FFL) kini terbuka untuk dijemput ke sekolah anda! Terbuka kepada semua sekolah rendah atau menengah ataupun institusi pendidikan yang berminat untuk belajar ilmu literasi kewangan dengan cara yang fun, relevan dan praktikal, kami sedia turun padang! πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Untuk guru πŸ‘¦πŸ‘§ Untuk murid 🏫 Untuk institusi pendidikan dan komuniti. Cikgu-cikgu, jika berminat untuk FFL datang berkongsi, jalankan aktiviti atau program pendidikan kewangan di sekolah anda β€” Scan QR code dan isi borang tunjuk minat anda. Mari bina generasi celik kewangan bersama!

KEPUTUSAN GERAN GURU CELIK WANG 2025 DAH KELUAR 🎊 πŸ—ƒ Daripada semua permohonan geran guru celik wang yang kami terima, coach
+6
KEPUTUSAN GERAN GURU CELIK WANG 2025 DAH KELUAR 🎊 πŸ—ƒ Daripada semua permohonan geran guru celik wang yang kami terima, coach nak ucapkan tahniah kepada 39 orang penerima Geran Fun(d) for Life 2025 Guru Celik Wang πŸ₯³ Untuk semua guru yang menerima geran, kami dah teliti aktiviti kewangan yang cikgu nak lasanakan bukan je dengan murid tapi rakan-rakn guru juga. Kami tak sabar nak tengok program-program hebat daripada cikgu nanti, jangan lupa kongsikan gambar dan video anda dengan kami juga. Semua projek kewangan ini boleh dilaksanakan sehingga 1 Mac 2026. β€Ό Tetapi, langkah paling penting sekarang untuk cikgu semak email dan sertai kumpulan sokongan telegram untuk proses yang seterusnya. Tahniah dan jom sama-sama kita bina generasi celik kewangan. #FundForLife #FFL #CelikWang #ArusAcademy