cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

ꜝ ֢ 💌 Ⴆlαƈƙ ɾσʂҽ ⎋ ۫ ִ| hiatus

╭──────────────── 🌿 ╰➤ welcome to @smileywriter ↷ all about . . .novel and music ↷ bot : @smileywriter_bot ↷ build : 22 Oktober 2021 ↷ bot pfp : @pfpdinosour_bot ↷partner : @cafeislamic, @luvvlibrary ────────────────── ︎︎ ︎

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganTil belgilanmaganToif belgilanmagan
Reklama postlari
556
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-107 kunlar
-2530 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

"Relax. Don't think to much I dont want to harm you or anything. I just want to help you" Tanpa sedar, aku kembali tenang. Perlahan-lahan aku mengangkat wajah ku. Wajah kacak nya di tatap. Wajah ini Pernah ku lihat! "Dah ingat saya? " dia senyum segaris. Macam tahu-tahu apa yang sedang bermain di Kepala ku sekarang ni. Terus berkerut keningku. Macam mana dia boleh jumpa aku? Banyak lagi soalan yang ingin ku tanyakan padanya. Namun Kepala ku sakit. Berdenyut-denyut seakan-akan mahu pecah. "Tak apa, awak rehat dulu. Lagipun dah lewat ni, Kalau perlukan apa-apa panggil aje saya. Saya akan tidur di bilik sebelah" senyum manis Kelihatan di wajah nya. Namun dia masih tidak berganjak dari tempat nya. Mata hitam pekatnya memandang ku lembut. Dia seakan-akan mahu mengatakan sesusatu namun tiada apa yang keluar dari mulut nya. Sesudahnya aku hanya mampu berdehem. Terus mata nya di alihkan dari terus memandang ku. Dia mula menapak ke arah pintu. "Selamat malam Haira...mimpi indah" Sempat dia mengatakan sesusatu kepada ku. Tanpa menunggu banyak masa lagi, mata layu ku terus terkatup. Aku harap sakit kepala ku akan hilang apbila aku bangun esok.
Hammasini ko'rsatish...
Bab 14 Mrs. Adriel Hidayat Silap aku balik petang. Lebuh raya ini sangat lah sesak maklumlah orang pulang dari kerja. Hampir sejam aku tersangkut dalam jem. Waktu kini telah masuk waktu magrhib. Di sebab kan aku masih tersangkut dengan jem, aku terpaksa menunnda dulu solat ku. Tinggal lagi satu traffic lights saja lagi. Kereta hadapan masih tidak berganjak. Bosan. Punat suara radio itu di tekan. Mencari siaran lagu-lagu yang dapat menghilangkan kebosanan ku. Kiri kanan ku pandang. Di sebelah kiri ku ada sebuah kereta Hailux, sebelah ku pula ada sebuah kereta Honda city. Dan ada sepasang kekasih yang sedang bermesra. Haih nak bermesra-mesra pun tunggu lah sampai rumah. Namun orang yang di dalam kereta itu menarik minat ku. Di sebab kan oleh kawasan yang gelap, Samar-samar susuk tubuhnya Kelihatan. Macam ku kenal. Berkerut keningku cuba mengecam. Sampai lah sepasang kekasih itu berciuman dari mulut ke mulut. Terus aku lari kan pandangan. Astagfirullahalazim!!! Haa!! Tu lah usha lagi orang yang tengah berasmara dana! Dan selepas itu, aku tak lagi pusing ke arah kanan. Keras terus tengkuk di buatnya. Kelihatan kereta hadapan mula beransur. Aku mula tukar gear kereta. Aku harap lah bila aku sampai rumah nanti Adila dan Hani ada di rumah. Lepas kejadian yang menimpa ku dulu, aku kini tak lagi berani nak duduk sorang-sorang dalam rumah. Takut ada mafia sesat pula. Mata jeling jam di tangan. Sudah pukul 7:32. Teringat kan yang aku belum solat magrhib lagi, aku mula mencari mana-mana masjid atau surau yang terdekat. Elok aku bagi signal nak masuk tepi. Kereta yang di naiki sepasang kekasih tadi memotong. Kali ni jelas wajah nya. Di sebabkan di suluh lampu-lampu jalan. Diam. Tangan ku bergetar. Mata ku terasa berair. Lelaki dan kekasih nya yang bahagia seperti dunia ini mereka yang punya... Adalah tunang ku! Dada ku naik turun naik turun. Tekak terasa berpasir. Keliru, terkedu. Tak mampu aku untuk menerima kenyataan. Lelaki... Yang berciuman tadi... Ya Allah dugaan apa yang kau berikan padaku ini?! Lutut ku terasa lembik hendak menekan minyak. Lalu kereta ku tak bergerak. Telinga bagai hilang fungsi. Kereta yang hon dari belakang tak ku endah kan. Sungguh aku terkejut. Tunang aku... Reykal?! Aku tak kuat ya Allah! Apa patut aku lakukan sekarang? Aku rasa bagaikan aku tak dapat bergerak malah kepala ku pula terasa seperti berpusing. Aku takut! Penglihatan ku kian kabur, tangan ku cuba di angkat namun gagal. Tiba-tiba tingkap di sebelah ku di ketuk bertalu-talu. Mata ku kian terkatup. Aku cuba untuk kekal terjaga namun terasa seperti ada batu yang besar terletak di atas kelopak mata ku. Dan selepas itu gelap dunia ku. ---- Perlahan-lahan kelopak mata di buka. Sungguh berat. Kepala ku masih terasa seperti sedang berpusing. Laju tangan di bawa untuk mengurut dahi ku. Di mana aku sekarang? Kawasan sekeliling di pandang. Aku sekarang berada berada di dalam sebuah bilik. Seluruh dinding nya berwarna putih. Dan di sebelah kanan ku pula terdapat sebuah pintu kaca yang terkuak luas. Namun bukan itu yang menarik perhatian ku. Ada seoarang lelaki yang sedang berdiri di balkoni itu. Tinggi, kulitnya putih bersih. Badannya pula tegap. Otak baru dapat menganalisa apa yang sedang terjadi. Bilik? Lelaki?! Terus aku bangun dari pembaringan ku. Seluruh tubuh ku di raba. Alhamdullillah pakaianku masih ada di tubuh ku. Macam mana aku boleh berada di sini? Seingat aku, aku berada di dalam kereta tika itu aku dalam perjalan pulang ke rumah sewa ku kemudian... "Argh!" Laju tangan memegang Kepala ku. Rasa sakit yang amat. Tanpa sedar air mata ku menitis setitik demi setitik. Mungkin oleh suara ku yang kuat tadi, lelaki yang entah siapa itu meluru ke arah ku. Automatik kaki di bawa ke dada lalu ku sembam kan wajah ku. Sungguh aku takut akan sebarang kejadian yang bakal terjadi. Entah apa yang akan di lakukannya terhadap ku. "Hey! Its okay you're save with me" Perlahan nada suaranya cuba memujuk.
Hammasini ko'rsatish...
╭─ׄ──ׄ──ׄ──ׄ──ׄ──ׄ──ׄ──ׄ─ • • 🐵 ─ׄ─╮ ★ 𝐌ᨵnkᧉy 𝐁lᨵᨵm ‹𝟹 ╰─ׅ─ 🌸 • • ─ׅ──ׅ──ׅ──ׅ──ׅ──ׅ──ׅ──ׅ─╯ ぅ♡ let's look into this mini forest ♡‌ ࣪ ૪ 🐵 ꒰ @rintihan_jiwa ꒱ ➥ 𖠗 rintihan dari jiwa seorang manusia ៸៸ ૪ 🌸 ꒰ @smileywriter ꒱ ➥ 𖠗 novel and story horror here's ៸៸ ૪ 🐵 ꒰ @smileinpain49 ꒱ ➥ 𖠗 αlwαys bᧉ α blooming flowᧉr ៸៸ ૪ 🌸 ꒰ @sfcbly ꒱ ➥ 𖠗 nh's big garden ៸៸ ૪ 🐵 ꒰ @flowerylix ꒱ ➥ 𖠗 kpop , quote here ៸៸ ૪ 🌸 ꒰ @seindahdiri ꒱ ➥ 𖠗 indah ? ya , dia ៸៸ ૪ 🐵 ꒰ @moshirogarden ꒱ ➥ 𖠗 garden filled with quotes ៸៸ ૪ 🌸 ꒰ @lifelessnotes ꒱ ➥ 𖠗 life and notes ៸៸ ૪ 🐵 ꒰ @thesilenceperson ꒱ ➥ 𖠗 no one hears it ៸៸ ૪ 🌸 ꒰ @ ꒱ ➥ 𖠗 ៸៸ ·  ·  · ─────────────── ·  · ·  ♡‌› ࣪ っ αuto delete αfter 5 hours % ♡‌› ࣪ っ 1 seat left %   ♡‌› ࣪ っ by : @greenhouse_asp % ·  ·  · ─────────────── ·  · ·  𖤩 special monkey today 🐒 𓂃 ִֶָ   https://t.me/thesilenceperson
Hammasini ko'rsatish...
dark .

There will be nobody gonna care about you @thesilenceperson Twinnie: ↳ @meandmyteddy

Whisper bot 💬
Tingkap slaiding itu kembali di tutup. kepala cuba mengingat gerangan lelaki yang baru sahaja datang bertandang di depan rumah ku tadi. Tengah otak ligat bekerja akhir nya aku mengingat. Zarift! Zarift Damien, anak makcik wahida. Lelaki yang bermata coklat pekat itu. Cepat sungguh aku lupa tentang nya. Tak sangka di sebalik gaya beku nya itu dia sangat nyaman. Entah kenapa aku rasa selesa dengannya mungkin sebab dia gentle? Tengah pikiran ku sedang terbang, telefon pintar ku kembali berdering. Ikon hijau itu di gesek lalu di tekupkan ke telinga. "Assalamuaalaikum cinter! " Riang suara nya di hujung talian. Terus lebar senyum ku apabila mendengar suaranya. "Waalaikumussalam" suara cuba ku tahan agar tidak kedengaran terlalu berlebihan. "Awak tengah buat apa tu? " "Tak buat apa pun, kira-kira semut ja" Kedengaran dia ketawa di hujung talian. "Haira, Kal nak mintak maaf sebab tak dapat ambik Haira pergi dinner malamtu" Suara seakan akan memujuk. "yee... Tak apa lagipun malam tu... " Terus mulut ku di tekup. Sebelum aku terlepas cakap baik aku diam. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata Habis lah kau Haira! "Hmm? " "Tak ada apa, sebab malam tu Haira keluar dengan Hani" Auta ku. Kalau aku beritahu perkara yang sebenar nanti tak pasal-pasal perang dunia. Reykal ni boleh di katakan kuat cemburu juga orangnya. Aku pun tak tahu lah macam mana aku boleh bertahan dengannya. Mungkin sebab terlalu sayang. "Auh. Awak jangan tipu saya ehh? Saya tahu kita jarang jumpa tapi ingat awak tu tunang orang " Ugutnya di hujung talian. Laju aku mendengus. Mau saja aku membidas. 'lah tau pun saya ni tunang awak, ingat kan dah lupa tunang sendiri' Namun aku hanya diam. Malas hendak memulakan pergaduhan. "Ye saya tau. Tapi bagi awak saya tak tahu lah" sabdu cukup-cukup ayat ku. Dia diam di hujung talian. "Eh tak apa lah Haira. Saya dah nak kena masuk kerja balik. Bye assalamualaikum sayang. " Dan kemudian talian mati. Kalau ungkit hubungan kami, ada saja dia hendak berdalih. Sudah lama, aku rasa Reykal ada sorokkan sesuatu dari aku. Namun aku cuba sedap kan hati sendiri. Dalam sesuatu hubungan itu amat memerlukan kepercayaan antara satu sama lain. Hanya itu yang selalu ku pegang. Aku tak tahu apa motif nya selau menelifon ku. Adakah hanya sekadar pura-pura ambil tahu? Sakit hati apabila memikirkanya. Kalau ikut kan hati, nak aje aku baling telefon ni. Namun teringat akan harganya, aku hanya mampu menyimpan telefon itu rapi di dalam poket. Apabila sakit hati ku sudah reda, aku berlalu ke bilik ku hendak mengemas barang-barang yang patut di bawa pulang ke rumah sewa esok. Berat hati nak balik rumah sewa. Lagi berat bila nak menghadap Dr. Zaiddan sudah lah waktu kelas nya esok selama tiga Jam! Dari pukul 3 sampai lah pukul 5. Bersengkang mata lah aku esok. *** Jam kini telah menunjukkan pukul 5 setengah petang, namun kelibat umi masih belum ku lihat. Amboi kalau dapat pergi membawang! Jalan balik rumah pun dah tak ingat. Sebuah beg bagasi biru kecil itu di masukkan ke dalam bonet kereta. Kini aku sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah sewa. Jadual ku sangat padat untuk esok hari. Aku harap aku dapat bertahan untuk hari yang panjang! "Haira, dah nak balik dah ke? " Sergahan umi buatkan aku terkejut sehingga terangkat ke dua-dua bahu ku. "Haih umi ni! Suka sangat terkejutkan Haira! " Tangan di bawa untuk mengurut dada kiri ku. "Kamu yang mengelamun. Umi pula yang di salah kan? Ni Makcik Wahida ada bungkus kan Kamu lauk. " Plastic yang berisi lauk itu di hulurkan ke arah ku. Sempat aku selongkar beg plastic tersebut. Ada lauk ayam masak paprik dan ayam masak merah. Bersinar mataku. Macam tau-tau aje ini makanan kegemaran aku. Terus terasa air liur meleleh. Baru aku sedar. Mak cik Wahida bungkus kan? "Umi! Rumah Makcik Wahida ke yang nak adakan majlis tu? " "Haah" Umi menjawab. Kelihatan umi melabuh kan punggungnya di atas kerusi batu yang terdapat di halaman rumah itu.
Hammasini ko'rsatish...
"kenduri kahwin ka umi? " aku berjalan ke arah umi lalu punggung turut di hempas kan di tempat duduk di sebelah umi. "Bertunang... Anak sulung nya yang bekerja di luar negara tu dah nak Bertunang hari rabu ni. " Terang umi lagi. Sudah Lama aku tidak mendengar khabar dari nya. Akhirnya dia dah jumpa jodoh ya. "Kalau Kamu tak ada urusan apa-apa, balik la datang kenduri tunang anak makcik Wahida tu lusa ni" Umi bersuara. "Insyaallah. Tengok lah macam mana" Jam di tangan kanan ku di lihat. Dah lewat nanti gelap pula sampai rumah. "Umi Haira balik dulu lah, dah lewat " tangan umi ku cium. "Iya lah bawak kereta tu elok-elok, Kalau menagntuk berhenti tidur dulu. " Umi menurun kan pesan. Kepala ku yang bertudung itu di usap lembut. "Bye umi assalammualaikum! " "Waalaikumussalam " @smileywriter ━━━━━━━━━━━━━━━━
Hammasini ko'rsatish...
★ ⋆ ⋆ ━━━━━━━━━┓    Mrs. Adriel Hidayat ┗━━━━━━━━━ ⋆ ⋆ ★ ⌕ bab 13: Mrs.Adriel Hidayat ⊰ Don't copy my novel or forwαrd to your chαnnel ! Pagi-pagi lagi aku sudah berpeluh . Mana tak berpeluh nya uii!!! Membungkuk bungkuk di tengah panas ini. Pagi-pagi lagi umi dah membebel ke telinga ku supaya tolong umi berkebun. Pasu bunga yang tersusun rapi itu di lihat. Bangga pula apabila tengok hasil sendiri. Walaupun terpaksa korbankan waktu tidur ku huuuuu! "Ha! Dah siap? " sergah umi dari belakang. Nasib tak meloncat kijang aku dibuatnya. "Dah... Haa macam mana? Pandai kan anak umi ni berkebun? " Tangan naik mencuit cuit pinggang ramping umi. "Itu pun nak tunggu orang suruh baru nak buat" Perli umi. Ish penat-penat aku berpeluh macam ni bukannya nak puji! Perli adalah! Hampehh "Apa-apa ajelah umi, Haira nak masuk Mandi kejap, kepam." bau badan sendiri di hidu. Kepala menoleh ke belakang sekali sebelum berjalan menuju pintu rumah. Tak sia-sia juga aku berkebun. Cantik halaman rumah aku. Jam kini telah menunjukkan tepat pukul dua belas tengah hari. Selesai sahaja mandi, terus tv yang aku cari. Bosan duduk dalam bilik akhirnya aku keluar. Umi macam biasa, awal-awal lagi dah pergi membawang. Bukan mengumpat tapi pergi mengopek bawang. Ada kenduri yang bakal berlangsung katanya. Dari pembaringan, aku kini duduk bersila di atas sofa berangkai tiga itu. Balik kampung pun bosan. Aku lagi sanggup dengar suara nyaring hani daripada duduk sorang-sorang. tiba-tiba telefon pintar ku yang terletak di atas meja bersederhana besar itu berdering. Terus tangan laju menggapai telefon itu. Tertera nama Dr. Zaiddan. Berkerut dahi ku apabila melihat nama Dr. Zaiddan yang naik. Basah kan tekak dahulu sebelum ibu jari menggesek butang hijau itu. "Ya, assalammualaikum Dr. " Aku memulakan dahulu percakapan. "Waalaikumussalam Haira, awak Ada class tak petang ni? " Kelas? Aku rasa tak ada. Dan di sebabkan oleh itu lah aku berada di kampung. "Emm, tak ada Dr. Kenapa? Ada kelas ganti ke? " Aku mula cemas. Tapi kalau ada kelas ganti mesti lecture inform dulu. "Eh tak ade lah" Haa kan betul aku cakap. "Saya nak jemput awak keluar makan." Terbeliak biji mata ku memdengarnya. Baru semalam kami keluar makan sekali. Hari ni ajak lagi? "Maaf Dr. Saya ada dekat kampung sekarang" aku harap lah dia faham. "Share location saya datang pick up." Amboi dah macam grab dah nak pick up pick up. "Eh tak apa dr lagipun kampung saya ni jauh, kesian pula dekat dokter nak kena drive jauh-jauh. " Dia diam. "Awak tak sihat ke? Dah makan? " Tanya Dr.Zaiddan " Eh saya sihat je dokter alhamdulillah. " dan ketawa hambar selepas itu. "Jangan lupa makan ikut waktu okay? " terselit amaran dalam pesanan nya. "Baik Dr. Zaiddan" "Okay lah jumpa awak nanti, assalammualaukum. " "waalaikumussalam. " Dan tiada lagi Kata-kata selepas itu. Telefon itu kembali di letak kan di atas meja. Teringat kan tentang Dr. Zaiddan tadi buatkan aku tertanya-tanya. Sejak dua menjak ni Dr. Zaiddan makin rapat dengan ku. Makin kerap kami berjumpa. Kalau bukan jumpa di kelas nya, kami akan berjumpa di luar kawasan kampus. Normal ke bagi status pensyarah dan pelajar? "Assalammualaikum" Tengah aku melayan pemikiran sendiri, aku tak sedar ada orang di luar rumah. Lantas Aku bangun dari sofa itu. Tudung selendang yang tersangkut di hujung kerusi itu di sambar lalu di lilit kan ke kepala. Tingkap slaiding itu di buka. Lalu ku menjenguk ke luar. Ada seorang lelaki yang segak berkemeja berwarna royal blue sedang bersandar di depan kereta velfire yang mewah itu. Susuk tubuhnya agak familiar. Apatah lagi dengan kereta nya, seperti pernah ku lihat sebelum nya. Tapi di mana ya? "Ehem!... Makcik Alina ada? " Dia tegak kan tubuhnya. "Auh umi tak ada. Ada apa ya? " "Auh tak apa lah kalau macam tu. Kirim salam dekat umi awak saya datang lain kali" Dia senyum dulu sebelum meminta izin untuk berlalu. Kenapa dia nak jumpa umi? Umi ada Main duit kutu ke? Aah! Ape-ape aje lah.
Hammasini ko'rsatish...
╭─ׄ──ׄ──ׄ──ׄ──ׄ──ׄ──ׄ──ׄ─ • • 🐵 ─ׄ─╮ ★ 𝐌ᨵnkᧉy 𝐁lᨵᨵm ‹𝟹 ╰─ׅ─ 🌸 • • ─ׅ──ׅ──ׅ──ׅ──ׅ──ׅ──ׅ──ׅ─╯ ぅ♡ let's look into this mini forest ♡‌ ࣪ ૪ 🐵 ꒰ @rintihan_jiwa ꒱ ➥ 𖠗 rintihan dari jiwa seorang manusia ៸៸ ૪ 🌸 ꒰ @smileywriter ꒱ ➥ 𖠗 novel and story horror here's ៸៸ ૪ 🐵 ꒰ @smileinpain49 ꒱ ➥ 𖠗 αlwαys bᧉ α blooming flowᧉr ៸៸ ૪ 🌸 ꒰ @sfcbly ꒱ ➥ 𖠗 nh's big garden ៸៸ ૪ 🐵 ꒰ @flowerylix ꒱ ➥ 𖠗 kpop , quote here ៸៸ ૪ 🌸 ꒰ @seindahdiri ꒱ ➥ 𖠗 indah ? ya , dia ៸៸ ૪ 🐵 ꒰ @moshirogarden ꒱ ➥ 𖠗 garden filled with quotes ៸៸ ૪ 🌸 ꒰ @lifelessnotes ꒱ ➥ 𖠗 life and notes ៸៸ ૪ 🐵 ꒰ @thesilenceperson ꒱ ➥ 𖠗 no one hears it ៸៸ ૪ 🌸 ꒰ @ ꒱ ➥ 𖠗 ៸៸ ·  ·  · ─────────────── ·  · ·  ♡‌› ࣪ っ αuto delete αfter 5 hours % ♡‌› ࣪ っ 1 seat left %   ♡‌› ࣪ っ by : @greenhouse_asp % ·  ·  · ─────────────── ·  · ·  𖤩 special monkey today 🐒 𓂃 ִֶָ   https://t.me/lifelessnotes
Hammasini ko'rsatish...
lifᧉ᾿s stⱺry ₊˚ ᥫ᭡

welcome to @lifelessnotes ♡ we provide ; • healing quotes in malay , indo & english . • healing video . • random pictures . collab ; @happinessvibe promote group ; @jvkepromote . enjoy ur dream , dear .

🧐 learn crypto💰
saya terlupa, nanti kalau saya buat yang lain dri lain, rosak pula citernya
Hammasini ko'rsatish...
👍 1