uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi 👉 Belgini ko‘rmoqchi bo‘lsangiz, obuna bo‘ling

Theya

Theya

Kanalga Telegram’da o‘tish
3 214
Obunachilar
-324 soatlar
-127 kun
-4130 kun
Postlar arxiv
Theya
3 214
pujuk hati perlahan-lahan. jangan dimarahinya kerana masih bersedih, jangan dipaksa melupakan sesuatu yang pernah membuatnya bahagia. ada perkara yang mengambil masa untuk kita terima, ada kehilangan yang masih terasa walaupun sudah lama berlalu, dan ada kenangan yang sesekali datang mengetuk pintu, hanya untuk mengingatkan kita bahawa kita pernah menyayangi sesuatu sepenuh hati. tak mengapa. kita manusia biasa, yang kadang-kadang tahu apa yang perlu dilakukan tetapi masih belum punya keberanian untuk melakukannya. suatu hari nanti, kita akan baik-baik sahaja. mungkin bukan hari ini, mungkin bukan esok. tetapi akan tiba satu pagi apabila kita bangun dan mendapati hati kita tidak lagi sesesak dahulu. kita masih ingat, cuma sudah tidak menangis. kita masih rindu, cuma sudah tidak menunggu. jadi, sementara hari itu belum tiba, berlembutlah dengan diri sendiri. tak semua perkara perlu diselesaikan malam ini. tak semua luka perlu ditutup dengan segera. sesekali, duduklah bersama hati sendiri dan katakan, kita sudah lalui begitu banyak perkara. kalau hari ini kita cuma mampu bertahan, itu pun sudah cukup baik.

Theya
3 214

Theya
3 214
raikan setiap satu. raikan langkah kecil yang orang lain mungkin tidak nampak, keberanian untuk mencuba sekali lagi selepas berkali-kali kecewa, dan kekuatan untuk terus berjalan meskipun hidup tidak selalu memihak kepada kita. kita terlalu sibuk menunggu sesuatu yang besar untuk diraikan, sehingga terlupa bahawa masih mampu bangun setiap pagi, masih punya hati untuk menyayangi, dan masih punya kekuatan untuk meneruskan hidup juga merupakan nikmat yang tidak ternilai. belajarlah menghargai setiap detik, setiap pertemuan, setiap kehilangan, dan setiap perubahan yang perlahan lahan membentuk diri kita. tidak semua kemenangan memerlukan tepukan, dan tidak semua kebahagiaan perlu disaksikan dunia. ada hal hal kecil yang hanya kita dan tuhan tahu betapa besarnya makna di sebaliknya. maka, raikanlah selagi masih ada waktu, kerana mungkin suatu hari nanti, perkara perkara kecil yang kita anggap biasa hari ini akan menjadi kenangan yang paling kita rindukan.

Theya
3 214

Theya
3 214
tolong, hidup untuk hal-hal kecil. untuk kopi yang masih hangat di pagi hari, untuk langit yang tiba-tiba cantik selepas hujan, untuk lagu yang datang tepat pada waktunya, untuk seseorang yang bertanya, “dah makan?” tanpa kita minta. hidup tidak selalu perlu mempunyai alasan yang besar untuk diteruskan. kadang-kadang, kita hanya perlu belajar menghargai perkara kecil yang masih mahu tinggal bersama kita. jadi, kalau hari ini terasa berat, jangan paksa diri untuk mencari sesuatu yang besar untuk membuatmu bahagia. cukup cari satu perkara kecil yang masih boleh membuatmu tersenyum. mungkin, sebenarnya, hidup sedang cuba memberitahu kita bahawa bahagia tidak pernah perlu menjadi sesuatu yang besar.

Theya
3 214

Theya
3 214
riuh suara realiti kadang-kadang terlalu kuat, sampai kita lupa bagaimana bunyi hati sendiri. semua orang seperti mahu kita terus berjalan, terus menjawab, terus kuat, seolah-olah berhenti sebentar itu tanda kita sudah kalah. padahal ada hari-hari di mana kita cuma penat menjadi manusia. penat memahami orang lain, penat menjelaskan diri, penat berpura pura bahawa semuanya baik-baik sahaja. maka biarkan sunyi henti seketika. duduklah dengan diri sendiri tanpa perlu melawan apa apa. biarkan segala yang tertahan itu datang perlahan lahan rasa kecewa, kehilangan, rindu, marah, dan perkara yang kita sendiri tidak tahu bagaimana mahu namakan. mungkin kita akan menangis, mungkin kita akan teringat kepada seseorang yang sudah jauh, mungkin kita akan sedar bahawa ada bahagian dalam diri yang sudah lama kita tinggalkan demi menjaga semua orang. dan tidak mengapa. tidak semua luka perlu segera sembuh. tidak semua persoalan perlu punya jawapan. ada perkara yang hanya akan kita faham setelah kita cukup jauh daripadanya. ada manusia yang kita sayang tetapi tidak ditakdirkan untuk tinggal. ada perpisahan yang pada awalnya terasa seperti kehilangan, tetapi perlahan-lahan menjadi ruang untuk kita menemukan semula diri sendiri. dalam sunyi, kita belajar bahawa melepaskan bukan bererti tidak mencintai lagi. kadang-kadang, melepaskan adalah cara paling lembut untuk mengakui bahawa kita juga perlu diselamatkan. jadi, biarkan dunia riuh seperti biasa. biarkan orang datang dan pergi dengan ceritanya masing-masing. untuk seketika, kita tidak perlu mengejar apa-apa. kita hanya perlu duduk, bernafas, dan mendengar hati sendiri. dan mungkin, di penghujung segala riuh itu, kita akan sedar sesuatu yang paling menyedihkan: ada suara dalam diri yang sudah terlalu lama kita diamkan, bukan kerana ia tidak mahu berbicara, tetapi kerana kita sendiri takut mendengar apa yang sebenarnya ingin ia katakan. lalu malam menjadi saksi, bahawa pernah ada satu versi diri kita yang begitu ingin diselamatkan dan kita hampir terlupa bahawa orang itu adalah kita.

Theya
3 214

Theya
3 214
jangan biarkan dunia mengambil bahagian paling cantik dalam diri kau. sebab dunia selalu pandai mengajar kita untuk menjadi keras. sedikit demi sedikit, ia akan memujuk kau supaya kurang percaya, kurang peduli, kurang berharap. ia akan meyakinkan kau bahawa untuk terus hidup, kau perlu menjadi seperti mereka yang pernah melukakan kau. tapi jangan. kerana bahagian paling cantik dalam diri kau bukan kelemahan. ia adalah cara kau masih memilih untuk memahami walaupun pernah disalah faham. cara kau masih mampu mendoakan orang yang pernah mengecewakan kau. cara kau masih berhenti untuk mendengar apabila orang lain hanya mahu didengari.

Theya
3 214

Theya
3 214
lalui saja, walaupun hari ini terasa panjang dan tidak semua langkah mampu difahami. ada hari yang datang hanya untuk menguji sabar, ada kehilangan yang hadir hanya untuk mengosongkan ruang, dan ada penantian yang sebenarnya sedang menyusun sesuatu dengan lebih lembut. jangan terlalu marah pada diri sendiri kalau penat, kalau lambat, kalau masih belum sampai ke tempat yang orang lain sudah pijak. hidup ini bukan perlumbaan yang meminta kita menang cepat, tetapi perjalanan yang mengajar kita mengenal makna, satu luka demi satu doa. pasti akan ada di depan nanti. sesuatu yang membuat semua lelah ini terasa tidak sia-sia. mungkin bukan seperti yang pernah diminta, tetapi cukup untuk menenangkan hati yang sudah lama bertahan. maka lalui saja, dengan air mata kalau perlu, dengan diam kalau belum mampu bercerita, dengan percaya yang kecil-kecil pun sudah memadai untuk terus hidup. kerana suatu hari nanti, kita akan menoleh semula dan tersenyum perlahan, bukan kerana semuanya mudah, tetapi kerana akhirnya kita faham, setiap yang dilalui pernah menjadi jalan untuk sampai.

Theya
3 214

Theya
3 214
hidup ini tidak pernah kedekut ia memberi tanpa perlu diminta berulang kali. memberi dalam diam, dalam cara yang tidak bising. seperti sesuatu yang hadir perlahan lahan, tanpa disedari, tetapi sentiasa ada ia hadir pada hal hal yang tidak dipandang besar. pada nafas yang masih setia menemani pada langkah yang masih mampu bergerak walau hati pernah lelah. pada hari hari yang sederhana, yang tidak sempurna. tetapi cukup untuk meneruskan segala yang tertunda. kadang kita menunggu sesuatu yang besar, sedangkan yang kecil kecil itu sudah pun memeluk kita setiap hari memberi tenang tanpa diminta memberi ruang untuk sembuh tanpa disedari. memberi kekuatan dalam bentuk yang paling sunyi. dan dalam semua yang tidak terlihat itu. sebenarnya ada kasih yang sangat luas yang tidak pernah berhenti mengisi. walau kita sering lupa untuk menyedari bahawa hidup ini, sejak awal tidak pernah sekali pun berkira untuk memberi.

Theya
3 214

Theya
3 214
kita selalu menunggu sesuatu yang besar untuk merasa cukup, sedangkan sebenarnya hidup ini dibentuk oleh perkara-perkara kecil yang kita hampir tidak perasan. cara seseorang menyebut nama kita dengan lembut, cara seseorang menunggu kita tanpa tergesa, cara seseorang memilih untuk tetap baik walaupun penat. semuanya perlahan-lahan mengajar kita tentang kasih, tentang sabar, tentang menjadi manusia yang tidak pernah selesai belajar. mungkin sebab itu, tidak ada yang benar-benar remeh dalam hidup ini. kerana setiap yang kecil punya cara sendiri untuk mengubah arah kita, menyembuhkan sesuatu yang tidak kita ceritakan, dan mengingatkan bahawa makna tidak selalu datang dengan bunyi yang kuat. kadang-kadang, ia datang sebagai bisikan yang halus, tetapi cukup untuk membuat kita percaya bahawa setiap perkara, sekecil mana pun, tetap berharga dan tetap penting.

Theya
3 214

Theya
3 214

Theya
3 214
salam aidilfitri buat semua. hari yang sepatutnya penuh tawa ini datang dengan pelbagai rasa yang tak semua orang mampu ungkapkan. ada yang pulang dengan hati yang penuh, dikelilingi suara keluarga, bau masakan yang mengingatkan tentang rumah, dan pelukan yang menenangkan. dan ada juga yang pulang dengan ruang yang sedikit kosong, yang tak semua orang nampak, tapi cukup terasa di dalam diam. untuk yang masih ada, hargailah setiap detik walaupun sederhana, setiap perbualan kecil yang kadang kita anggap biasa, kerana suatu hari nanti itulah yang paling kita rindukan tanpa kita sedar. dan untuk yang pernah kehilangan, yang sedang belajar menerima sesuatu yang tidak pernah kita pilih, tidak mengapa kalau perjalanan itu terasa panjang. tidak mengapa kalau ada hari kita kuat, dan ada hari kita hanya mampu bertahan. berdamailah dengan takdir dengan cara kita sendiri, perlahan-lahan, tanpa perlu membandingkan luka kita dengan sesiapa. maafkanlah diri sendiri walaupun sedikit, walaupun hari ini hanya mampu menarik nafas dan terus berjalan. kerana kehilangan tidak pernah benar-benar menghilangkan cinta, ia hanya mengubah cara kita memegangnya. kadang ia hadir dalam doa yang kita bisikkan, dalam kenangan yang datang tanpa diundang, dan dalam cara kita belajar menjadi lebih lembut kepada dunia, walaupun dunia pernah mengajar kita tentang perpisahan.

Theya
3 214
rindu adalah doa yang berjalan tanpa henti, diam diam menyusup dalam setiap langkah dan nafas kita, tak pernah meminta untuk dilihat tapi sentiasa ada, setia mendoakan dari jauh tanpa suara dan mungkin itu yang paling indah tentang rindu. ia tidak perlu sampai, cukup wujud, cukup terasa, cukup menjadi bukti bahawa pernah ada yang kita sayang sepenuh hati.

Theya
3 214