cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qilingΒ», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

5 Minit Resepi

Jom share resepi simple, mudah, cepat dan enak.

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
7 852
Obunachilar
+924 soatlar
+497 kunlar
+9830 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Photo unavailableShow in Telegram
Airfryer siapa yang masih jadi tukun? Boleh cuba resepi mudah ni. Esok saya nak bawak bekal kuih bakar jugak.😍😍 Hanya bakar dalam air fryer sahaja. senang , mudah ,dan cepat. saya share resepi kat bawah ni siapa ada air fryer boleh cuba. πŸ₯§Resepi Kuih Bakar Super SimpleπŸ₯§ 1 Cawan air daun pandan 2 Cawan santan/1kotak kecil 2 Cawan tepung gandum 1 Cawan Gula 2 Biji telur 1 Sudu kecil garam 1 Sudu kecil esen vanilla 1 Sudu kecil pewarna hijau Blend semua bahan tadi sampai sebati.. Masukkn dalam loyang (loyang airfryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun. Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau.. Kira bahagi dua la bancuhan tu. Masukkan dalam Airfryer suhu 170Β° masa 45minit Siap!! Tunggu betul2 sejuk baru potong tau..Nanti bahagian tengah tu akan mendap sedikit.. Fuhhh bau dia. Serius sedap.
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 5
Photo unavailableShow in Telegram
Mee sanggul goreng petang ni. Saya suka yang basah2 telur lebih macam ni.. hehehe MEE SANGGUL GORENG BASAH 3 bungkus mee sanggul ( rendam dalam air biasa sampai lembut ) Udang 5 biji Telur 4 senduk Cili kisar 2 senduk Sos cili 1 senduk Sos tomato 1 senduk Sos tiram Setengah senduk Kicap pekat 1 ikat Sayur sawi ( potong ) Garam Bahan-Bahan Kisar : 4 biji Bawang besar 2 ulas Bawang putih Cara masak : 1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan bahan-bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak. 2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Boleh tambah air kalau pekat sangat. Masukkan garam, masak sehingga mendidih. 3. Kemudian masukkan telur dan kacau bagi hancur, telur dah masak, masukkan udang. Bila udang dah masak masukkan mee sanggul. Gaul rata. 4. Last sekali masukkan sayur sawi. Siap. Makan perah dengan limau lagi best. Kredit : Akma Abdullah
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 2
Resipi Nasi Ayam Hainan Bahan-bahan:- Nasi Ayam (10 Orang Makan) 4 Cawan Beras Wangi/Biasa 4 Cawan air 4/5 Paha Ayam 1 bawang besar holland (Potong 4) 2 kiub ayam maggi 3 inci halia (Potong halus) 2 sudu sos tiram 1 tangkai daun bawang 1. Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang d atas sekali. 2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali naa.. 3. Ayam boleh goreng utk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka. Taugeh/ Sayur 4 ulas bawang putih 2 sudu sos tiram 2 sudu minyak 1. Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak. 2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap. 3. Masukkan sayur Sumber : Nadiah Halimβ€Ž
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 4❀ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Resepi Mee Kuah Kelantan ❀️ Bahan2 2 bungkus mee -toskan Ayam potong kecil (Boleh tambah lauk2 lain. Lagi sedap guna daging) Fishball 7 ulas bwg putih-tumbuk jgn hancur sgt 1 sudu kecik lada hitam-tumbuk 1 ketul kiub daging@ayam (x de pon x pe) Sayur-kubis, sawi, carrot, tomato Cili merah besar Cili api kalau nak pedas Telur Garam&gula Sedikit sos tiram Kicap ikan/sotong Beberapa biji telur Cara2 1. Tumiskan bwg putih dan blackpeper sehingga wangi@perang 2. Masukkan ayam@ lauk2 lain. Tunggu sehingga air ayam keluar. Then masukkan air. Biarkan mendidih. 3. Masukkan kiub ayam@daging. Pecahkan telur sbiji2. Biarkan separuh masak. 4. Kemudian masukkan sayur2. Last masukkan garam, gula dan kicap sotong secukup rasa. 5. Nak masukkan mee ke dalam kuah terus pon boleh. Tapi kena terus makan nanti mee kembang. Atau nak celur mee dan asing kuah pon bolehπŸ‘Œ Boleh dihidangkan dengan cili jeruk dan serbuk lada sulah.πŸ‘πŸ» Kredit : Tuan Adriana Arissa
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 5
Kuih lapis 3 musim 😍 Pestime uolsss, dah sejuk nanti kita bedah siasat. Nervous dia mcm nak ambik exam πŸ˜‚ KUIH LAPIS 3 MUSIM Bahan A 2 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 2 sb tepung jagung 1 sk garam 2 cawan santan pekat Bahan B 1 1/4 cawan gula pasir 1 cawan santan pekat 2 cawan santan cair 2 helai daun pandan (disimpul) Jom tengok cara masak πŸ‘‡
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 7
Photo unavailableShow in Telegram
Jom try buat Kerabu bunga kantan ikan bilisπŸ˜‹πŸ˜πŸ˜πŸ˜ Bahan-bahan : Ikan bilis Bunga kantan Serai Tomato Bawang besar Cili Lemon ( boleh gantikan dengan limau nipis ) Sos ikan Garam Cara masak : 1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing 2. Masukkan bunga kantan, serai, tomato, bawang besar, cili, sos ikan, perahan lemon dan garam dalam mangkuk dan gaul rata.. 3. Masukkan ikan bilis dalam mangkuk tadi dan gaul rata.. Tips : Garam jangan letak banyak sebab ikan bilis dan sos ikan dah masin.. Credit : Akma Abdullah
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 5
Photo unavailableShow in Telegram
Siap Rendang Bali Bahan-bahan : *Sekilo Daging ( top side jimmy campur yg ada urat n lemak sikit ) *5 ulas bawang merah kecil *2 ulas bawang merah besar *20biji cili api * 5 ulas bawang putih * 2sudu ketumbar , 2 sudu jintan manis , 2 sudu jintan putih , 3 sudu lada hitam , sangai n tumbuk halus , ( sudu kecil ) * halia dan lengkuas 3 btg serai * 4 sekawan * kemiri atau buah keras * daun salam daun limau purut dan daun kunyit * kerisik ( optional ) jimmy letak sbb makin sedap * santan Garam , gula , perasa Cara masak : 1. Tumis semua bahan. Masukkan air dan masukkan daging. Biar mendidih. 2. Kalau dah agak kering sikit masukkan santan pekat dan reneh. 3. Masukkan kerisik, kemudian taburkan hirisan daun kunyit. Selamat mencuba Kredit: Jimmy Haneul
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Comel pulak tengok mesin parut kelapa ni. Ada bekas siap untuk tadah kelapa yang dah parut. Tengok review pem be li kat sini.πŸ‘‡ https://shope.ee/4Kgne6VrdI . .
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 3
Balik kerja, trus ke dapur buat ayam Bakar madu black paper..saja buat kuah, sebab suami suka cicah ayam ngan kuah tu, Bahan perap ayam Bawang besar 2 biji Bawang putih 3 ulas Halia Madu Garam Gula Serbuk perasa Sos black paper Lada hitam yang di tumbuk Minyak zaitun Air sedikit Blend semua barang di atas dan lumur ke ayam dan bakar dalam 1 jam siapπŸ˜€πŸ˜€ Kredit : Ema Hidayah
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 4
Perap Kambing untuk Berkelah esok hari... Saya just guna 3 bahan je untuk perap, tapi rasa dia memang sedap. Bahan bahan: Sos tiram Sos black paper Gula apong @ gula merah Gaul semua bahan dan masukkan kambing. Perap 1 malam. Esok bakar. Nyum nyum.. Kredit : Rinda Sofea
Hammasini ko'rsatish...
πŸ‘ 5
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.