SAHABAT TVSUFI
Kanalga Telegram’da o‘tish
627
Obunachilar
-124 soatlar
-27 kun
-530 kun
Postlar arxiv
Repost from Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
2 Hari Lagi Menuju
MALAM KASIH MENJUNJUNG DAULAT
Sempena Karnival Imarah Masjid Jom Makan Food Fest & Sepang Berselawat
Warisan Bukan Sekadar Kenangan
Didikan mak ayah, pesan orang tua dan akhlak yang dibiasakan dalam keluarga — semuanya sebahagian daripada warisan leluhur yang terus hidup hingga hari ini.
Di Selangor, Kitab Pohon Agama karya Sultan Ala’eddin Suleiman Shah yang disediakan pada tahun 1919 menjadi antara jejak usaha mendidik generasi melalui ilmu.
Jumaat ini, jom bersama keluarga menghayati warisan ilmu, zikir dan kasih terhadap leluhur dalam Malam Kasih Menjunjung Daulat.
🎙 Bicara Khas Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
🤲 Zikir & Tahlil Kasih Leluhur, Ulama dan Umara’
🗓 Jumaat, 23 Oktober 2026
🕖 7.00 – 9.30 malam
📍 Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya
✨ Penyertaan percuma
Sambil hadir majlis, singgahlah juga ke Karnival Imarah Masjid Jom Makan Food Fest bersama keluarga.
Jangan sekadar mengetahui, hadirlah bersama. Kongsikan jemputan ini dengan keluarga dan sahabat. Dua hari lagi, kita jumpa di Cyberjaya!
Bersama-sama kita menghayati warisan, menghargai jasa dan menyambung amanah.
🔗 Maklumat lanjut:
https://www.facebook.com/share/p/19cuePt27y/
📝 Pendaftaran Karnival Imarah Masjid Jom Makan Food Fest:
https://masjidcyberjaya.onpay.my/order/form/38
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamKasihMenjunjungDaulat
#KekeluargaanAlKubra
#SepangBerselawat
JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH
“Datanglah, datanglah, siapa pun dirimu…
Terbuka luas pintu kami bagi keputus asaan.
Bahkan jika kamu telah melanggar sumpahmu seribu kali, datanglah, datanglah kembali.”
Maulana Jalaluddin Rumi (petikan yang masyhur dinisbahkan kepadanya)
Ada kalanya kita terlalu malu untuk kembali kepada Allah.
Kita mengenang dosa-dosa silam, mengingati janji-janji yang pernah dimungkiri, dan menangisi kelemahan diri yang berulang kali jatuh pada kesalahan yang sama.
Pernah berjanji mahu berubah, tetapi kembali tergelincir.
Pernah menangis dalam taubat, tetapi beberapa waktu kemudian mengulangi maksiat.
Lalu hati mula berbisik, “Layakkah aku kembali kepada Allah? Bukankah aku sudah terlalu banyak berdosa?”
Wahai jiwa yang sedang berjuang…
Jangan biarkan dosamu membuatkan kamu menjauh daripada Allah. Jadikan penyesalan itu sebab untuk kamu kembali kepada-Nya.
Allah SWT berfirman:
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ
“Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.”
Surah az-Zumar, ayat 53.
Perhatikan panggilan Allah itu.
“Wahai hamba-hamba-Ku…”
Walaupun mereka telah melampaui batas terhadap diri sendiri, Allah tetap menyeru mereka agar tidak berputus asa daripada rahmat-Nya.
Betapa luasnya kasih sayang Allah. Betapa terbukanya pintu taubat bagi hamba yang mahu kembali dengan penuh penyesalan dan kesungguhan.
Namun, jangan salah faham.
Rahmat Allah bukan alasan untuk kita terus bergelumang dalam dosa. Harapan kepada keampunan-Nya sepatutnya membangkitkan keberanian untuk meninggalkan maksiat, memperbaiki diri dan memulangkan hak manusia yang pernah kita zalimi.
Jika jatuh, bangunlah.
Kita tidak diperintahkan untuk menjadi manusia yang tidak pernah berdosa. Kita diperintahkan agar kembali kepada Allah, bertaubat dengan ikhlas dan terus berusaha memperbaiki diri.
Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada seseorang yang menemukan semula tunggangannya yang hilang di padang pasir.
Riwayat Muslim, hadis 2747.
Jangan ukur rahmat Allah dengan banyaknya dosa kita. Sebaliknya, lihatlah betapa besarnya rahmat-Nya yang sentiasa menyeru kita agar kembali.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Ya Allah, ampunilah kami, rahmatilah kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
#tvsufidotcom #AlifMimSin #TigaKotaSuci #KesejahteraanNusantara
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.”
— Riwayat Muslim
Satu selawat daripada kita, sepuluh rahmat daripada Allah.
Jangan lepaskan peluang untuk membasahkan lidah dengan selawat dan menghidupkan malam bersama kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.
📅 19 Oktober 2026 | Isnin
⏰ 9.15 malam
📱 LIVE di TikTok tvsufi.com
SESI PERKONGSIAN
Buku Panduan 3 Kota Suci
Membentuk Generasi •Membina Peradaban •Dari Ilmu Ke Tindakan
JOM SERTAI!
Follow TikTok tvsufi.com
Aktifkan notifikasi
❤️ Like • Komen • Share
👥 Tag sahabat dan keluarga untuk turut berselawat bersama
Ajak sekurang-kurangnya seorang insan untuk berselawat malam ini.
Repost from Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Para leluhur meninggalkan jejak. Ilmu dan amanahnya wajar kita telusuri dengan hikmah.
Ayuh bersama dalam Malam Kasih Menjunjung Daulat — Bicara Khas Menjunjung Daulat serta Zikir & Tahlil Kasih Leluhur, Ulama dan Umara’.
🗓️ Jumaat, 23 Oktober 2026
🕖 7.00 malam – 9.30 malam
📍 Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya
Jom hadir bersama keluarga dan sahabat.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamKasihMenjunjungDaulat #KekeluargaanAlKubra #SepangBerselawat
Repost from Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
MALAM KASIH MENJUNJUNG DAULAT
Sempena Karnival Imarah Masjid Jom Makan Food Fest & Sepang Berselawat
Sebuah majlis, satu himpunan kasih… menyatukan selawat, ilmu dan penghormatan terhadap warisan kepimpinan umat.
Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) menjemput seluruh masyarakat untuk bersama-sama menghadiri Malam Kasih Menjunjung Daulat, yang bakal berlangsung di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya.
Majlis ini menghimpunkan para jemaah dalam suasana ibadah menerusi Bicara Khas Menjunjung Daulat serta Majlis Zikir & Tahlil Kasih Leluhur, Ulama dan Umara’ sebagai ruang menghidupkan ingatan terhadap jasa para pendahulu, menyuburkan kecintaan terhadap warisan serta mengeratkan muafakat dalam masyarakat.
🗓️ Jumaat, 23 Oktober 2026
🕖 7.00 malam – 9.30 malam
📍 Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya
Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat untuk mengimarahkan masjid dengan zikir dan ilmu, serta menyemai kasih dan muafakat dalam masyarakat.
Sambil itu, meriahkan Karnival Imarah Masjid Jom Makan Food Fest sebagai usaha menghidupkan masjid sebagai pusat ibadah, kekeluargaan dan penyatuan komuniti.
Jom hadir bersama dan sebarkan jemputan ini kepada keluarga, sahabat serta komuniti setempat.
Maklumat lanjut :
https://www.facebook.com/share/p/19cuePt27y/
Pendaftaran Karnival Imarah Masjid Jom Makan Food Fest :
Klik pautan untuk mendaftar
https://masjidcyberjaya.onpay.my/order/form/38
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamKasihMenjunjungDaulat
#KekeluargaanAlKubra
#SepangBerselawat
[LIVE] MULTAQA TASAWUF PULAU PINANG 2026
MANHAJ TASAWUF DALAM PEMBINAAN INSAN.
Ucaptama :
Sohibu as-Samahah Prof Madya Dato' Dr Mohd Sukki bin Othman (Mufti Kerajaan Pulau Pinang)
Panel :
1. Sidi Syeikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bantani.
2. Prof Madya Dr Abdul Manam Bin Mohamad
3. Tuan Guru Abdul Rauf Bin Nurin
Khamis
15hb Oktober
Pusat Islam, Masjid Universiti Sains Malaysia.
9 pagi - 5 petang.
https://www.facebook.com/share/v/1DbSfPd7mL/
MAJLIS ZIKIR PERDANA
Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM)
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Sukacita dijemput seluruh umat Islam untuk menghadiri Majlis Zikir Perdana yang akan diserikan dengan majlis zikir, tausiah serta ijazah amalan daripada para masyaikh.
Bersama:
• TG Syeikh Hj Shahul Hamid an- Naqsyabandi al- Filfilani
• Tuan Guru Baba Ahmad Ridhouddin bin Haji Wahab
• Syeikh Aleey Abdul Qadir At Tahiri.
Tarikh: Khamis, 15 Oktober 2026M
Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
🤍 Para hadirin digalakkan memakai pakaian berwarna putih.
Jamuan turut disediakan.
Marilah bersama-sama menghidupkan malam dengan zikir kepada Allah SWT, mendengar tausiah yang bermanfaat serta mengambil keberkatan melalui majlis ilmu, zikir dan ijazah amalan daripada para masyaikh.
Semua dijemput hadir.
Anjuran Bersama:
Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Rabithah Masyaikh Sufiyyah Nusantara, Pertubuhan Nahdhatul Ulama' Malaysia (NA'AM).
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.”
— Riwayat Muslim
Satu selawat daripada kita, sepuluh rahmat daripada Allah.
Jangan lepaskan peluang untuk membasahkan lidah dengan selawat dan menghidupkan malam bersama kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.
📅 8 Oktober 2026 | Khamis
⏰ 9.15 malam
📱 LIVE di TikTok tvsufi.com
SESI PERKONGSIAN
Buku Panduan 3 Kota Suci
Membentuk Generasi •Membina Peradaban •Dari Ilmu Ke Tindakan
JOM SERTAI!
Follow TikTok tvsufi.com
Aktifkan notifikasi
❤️ Like • Komen • Share
👥 Tag sahabat dan keluarga untuk turut berselawat bersama
Ajak sekurang-kurangnya seorang insan untuk berselawat malam ini.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
UCAPAN TAKZIAH
tvsufi.com merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah atas pemergian
YBhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali
yang telah kembali ke rahmatullah pada usia
100 tahun.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas
roh almarhumah, mengampuni segala dosa, menerima segala amal kebajikan dan menempatkan beliau dalam kalangan
hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Buat Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga, semoga dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tercinta.
Semoga segala jasa, budi dan teladan almarhumah terus dikenang.
Al-Fatihah.
Daripada seluruh warga tvsufi.com
Jom kita luangkan seketika untuk berselawat bersama-sama.
Bukan sekadar menyebut dengan lidah…
tetapi menghadirkan rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah ﷺ.
📅 Khamis | 17/09/2026
⏰ 9.15 malam
📱 LIVE di TikTok TVSUFI.COM
🤲 Selawat membawa rahmat.
Moga setiap selawat menjadi sebab hati lebih tenang, hidup lebih diberkati dan rahmat Allah sentiasa menyertai kita.
Jangan dengar seorang diri
jom berselawat bersama. 🌹
#SelawatHour #TVSufi #SelawatMembawaRahmat #SelawatNabi #RinduRasulullah
📿 TASBIH BERUBAH MENGIKUT ZAMAN, ZIKIR TETAP SAMA
Tasbih mungkin kelihatan kecil, tetapi ia boleh menjadi teman yang mengingatkan kita kepada Allah di tengah-tengah kesibukan hidup.
Dahulu kita mengenali tasbih dalam bentuk biji-biji kayu, batu, manik dan pelbagai bahan lain. Hari ini, hadir pula teknologi yang menjadikan tasbih lebih mudah dibawa dan digunakan.
1️⃣ TASBIH TRADISIONAL
Tasbih biji-biji yang digerakkan satu demi satu dengan jari. Ada yang diperbuat daripada kayu, batu, manik dan bahan semula jadi, dengan pelbagai bentuk dan keindahan.
2️⃣ TASBIH DIGITAL
Tasbih kecil yang menggunakan tekanan jari untuk mengira zikir. Angka akan bertambah pada paparan digital, menjadikannya mudah digunakan ketika bekerja, bermusafir, menunggu atau mempunyai masa lapang.
3️⃣ TASBIH DIGITAL BERBENTUK CINCIN
Yang lebih moden, ia direka benar-benar seperti cincin dan dipakai pada jari. Walaupun kelihatan seperti aksesori biasa, ia sebenarnya mempunyai fungsi kiraan zikir secara digital.
Menariknya, untuk memiliki tasbih digital pun tidak semestinya mahal. Sekitar RM2.60, ia boleh ditemui di EcoShop, bergantung kepada stok dan harga semasa. Kalau mahu, boleh juga mencarinya secara dalam talian.
Namun, jangan kita berhenti pada persoalan tasbih apa yang digunakan.
Yang lebih penting ialah apa yang kita isi dengannya.
Dalam kesibukan bekerja ketika memandu, menunggu klien, menunggu mesyuarat, dalam perjalanan atau ketika mempunyai beberapa minit masa lapang kita boleh mengisinya dengan:
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu Akbar.
La ilaha illallah.
Sallallahu ‘ala Muhammad.
Daripada masa yang mungkin terisi dengan percakapan yang kurang bermanfaat, atau terlalu lama melihat telefon, kita boleh mengambil sedikit ruang untuk berzikir dan berselawat.
Bukan bermaksud kita perlu meninggalkan semua urusan dunia.
Tetapi dalam kesibukan mengejar dunia, jangan sampai hati kita terlupa kepada Allah.
Zikir mengingatkan kita kepada-Nya, melembutkan hati dan mendorong kita memperbaiki akhlak serta meninggalkan sifat-sifat yang tidak baik.
Dan mudah-mudahan amalan yang kecil di dunia ini menjadi bekalan yang besar untuk kehidupan akhirat.
📿 Tasbih hanyalah alat.
Jari hanya mengira.
Tetapi hati yang mengingati Allah itulah tujuan sebenar.
Alat berubah mengikut zaman.
Teknologi semakin berkembang.
Tetapi keperluan hati untuk mengingati Allah tetap sama.
🤍 Di mana sahaja kita berada, luangkanlah sedikit masa untuk zikir dan selawat.
#tvsufidotcom #AlifMimSin #TigaKotaSuci #KesejahteraanNusantara
MERDEKA DARIPADA PENJAJAHAN PEMIKIRAN
Penjajahan tidak semestinya datang dengan senjata.
Ada penjajahan yang berlaku perlahan-lahan, melalui cara kita berfikir, apa yang kita kagumi dan nilai yang kita pilih untuk hidup.
Sebab itu, apabila kita berbicara tentang kemerdekaan, kita bukan hanya bercakap tentang pembebasan tanah air.
Kita juga perlu bercakap tentang membebaskan manusia daripada kejahilan.
Sejarah Nusantara menunjukkan bahawa perjuangan ini telah lama dilakukan oleh para ulama dan pendakwah.
Antaranya Wali Songo.
Mereka bukan sekadar menyampaikan Islam, tetapi membina masyarakat melalui dakwah, pendidikan, ilmu dan akhlak.
Mereka mendidik manusia untuk mengenal Tuhan, mengenal diri dan membina kehidupan berlandaskan nilai Islam.
Perjuangan itu kemudiannya diteruskan oleh ramai ulama dan tokoh Nusantara.
Ada yang berjuang dengan pena.
Ada dengan ilmu.
Ada dengan dakwah.
Dan ada yang bangkit mempertahankan masyarakat daripada penindasan.
Kita mengenang Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Sheikh Abdullah Fahim dan ramai lagi.
Tetapi jangan hanya bertanya:
“Siapa mereka?”
Tanyalah:
“Apakah yang mereka perjuangkan sehingga sanggup berkorban?”
Hari ini, kita mungkin tidak lagi berhadapan dengan penjajah yang datang membawa kapal dan senjata.
Tetapi pemikiran kita boleh dijajah melalui skrin di tangan kita sendiri.
Apa yang kita tonton.
Apa yang kita baca.
Siapa yang kita kagumi.
Apa yang kita anggap sebagai kejayaan.
Apa yang kita anggap sebagai kebebasan.
Semuanya perlahan-lahan membentuk cara kita melihat dunia.
Apabila kita mula melupakan sejarah, menjauh daripada agama, tidak mengenal ulama dan malu dengan jati diri sendiri
itulah penjajahan pemikiran yang paling halus.
Kemerdekaan yang sebenar memerlukan masyarakat yang:
berilmu, berakhlak, mengenal sejarah, memahami agama dan mempunyai jati diri.
Kerana membina manusia adalah perjuangan.
Mendidik jiwa adalah perjuangan.
Membebaskan akal daripada kejahilan adalah perjuangan.
Dan membangunkan kembali masyarakat dengan ilmu, iman, akhlak dan jati diri juga adalah perjuangan.
Tanah kita mungkin telah merdeka.
Tetapi perjuangan untuk memerdekakan fikiran dan jiwa manusia masih belum selesai.
Kerana bangsa yang kehilangan jati diri mungkin hidup di tanah yang merdeka, tetapi fikirannya masih terjajah.
#tvsufidotcom
#TigaKotaSuci
#kesejahteraannusantara
