cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qilingยป, bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

Kemas Kini Perang Palestin terkini. Dibawakan oleh Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) #TaufanAlAqsa #SebarkanKemenangan #AkhiriPenjajahan

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
32 196
Obunachilar
-2024 soatlar
-1017 kunlar
-30830 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—›๐—”๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—จ๐—™๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐—”๐—ค๐—ฆ๐—” Risalah Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa adalah e-book terjemahan Bahasa Melayu dokumen yang dikeluarkan Hamas bertajuk "Naratif Kami, Taufan Al-Aqsa" yang diterbitkan oleh Pejabat Media Hamas. Dokumen naratif ini telah diterbitkan Hamas bagi menjelaskan hakikat perjuangan rakyat Palestin dalam menuntut pembebasan tanah air mereka yang telah dijajah lebih 100 tahun serta sebab berlakunya Taufan Al-Aqsa. Risalah Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa ini sangat sesuai untuk disebar luaskan capaiannya ke masjid-masjid, pejabat-pejabat, rumah ibadat pelbagai agama dan premis awam supaya naratif keadilan perjuangan Hamas dan rakyat Palestin serta kekejaman penjajah Israel dan sekutu baratnya dapat difahami oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Dapatkan e-book ini di sini: bit.ly/naratifhamas ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿ‘ 35โค 7
๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—›๐—”๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—จ๐—™๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐—”๐—ค๐—ฆ๐—” Lebih 200 hari berlalunya Taufan Al-Aqsa. Apakah yang menyebabkan Hamas melancarkan suatu operasi yang telah mengubah geopolitik Timur Tengah dan pandangan dunia terhadap perjuangan Palestin dan penjajahan Zionis? Fahami naratif yang ingin disampaikan oleh Hamas melalui sesi webinar ini yang akan mengupas dokumen Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa dengan kajian perkembangan semasa di Palestin. - Rakaman penuh webinar beserta sesi soal jawab selama 2 jam - E-sijil dan slide diberikan - ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—บ๐—ฎ e-book Risalah Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa (Bahasa Melayu). ๐——๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด. Klik di sini: bit.ly/duniapalestin006 ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ t.me/duniapalestin
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿ‘ 45โค 3๐Ÿ”ฅ 1
๐—ฉ๐—œ๐——๐—˜๐—ข ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—›๐—˜๐— ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ ๐——๐—œ ๐—š๐—”๐—ญ๐—” Alhamdulillah, syukur kepada Allah, pada 13 dan 14 April 2024, Kelab Perwira Malaysia telah berjaya menyalurkan sumbangan anda dalam bentuk bantuan khemah perlindungan untuk 2 buah keluarga di Rafah, selatan Gaza. Sumber: Kelab Perwira Malaysia t.me/kelabperwiraofficial
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿ‘ 62๐Ÿฅฐ 17โค 10
Al-Jazeera: KFC menutup 108 cawangan di Malaysia berikutan boikot terhadap penjajah Israel. Sumber: Al-Jazeera t.me/duniapalestin
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿ‘ 192โค 42๐Ÿ”ฅ 21๐Ÿ˜ข 1
https://t.me/FauziAsmuni Penutupan KFC: Mari Berkongsi Keperitan 1. Berita penutupan 108 cawangan KFC saya sambut dengan perasaan bercampur baur. Ada kegembiraan kerana nampaknya rakyat Malaysia makin menolak produk yang ada kaitan dengan AS. Ada sedikit rasa kurang selesa kerana penutupan itu sudah tentu menyebabkan ramai pekerjanya dari rakyat negara ini yang majoritinya orang Melayu Islam akan hilang pekerjaan. Dengan suasana ekonomi yang meruncing sekarang, sudah tentu kehilangan pekerjaan adalah satu yang sukar buat mereka semua. 2. Tapi begitulah harga perjuangan yang kita perlu tanggung jika kita serius ingin terlibat merasai sekali keperitan saudara kita di Palestin dan terlibat di dalam mengaut pahala jihad bersama mereka. 3. Tidak ada siapa yang boleh menafikan boikot memberi kesan kepada Israel dan pembela kuatnya iaitu AS. Mereka perlukan bantuan kewangan yang banyak untuk membunuh rakyat Palestin. Setiap sen yang berjaya dihalang dari sampai ke Israel adalah rahmat dan keringanan kepada warga Palestin. Sen dan ringgit yang berjaya dihalang akan memeritkan Israel ... dan itu adalah jihad kerana ia termasuk di dalam menjejak tempat yang menimbulkan kemarahan musuh. Firman Allah: ุฐูŽูฐู„ููƒูŽ ุจูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ู„ูŽุง ูŠูุตููŠุจูู‡ูู…ู’ ุธูŽู…ูŽุฃูŒ ูˆูŽู„ูŽุง ู†ูŽุตูŽุจูŒ ูˆูŽู„ูŽุง ู…ูŽุฎู’ู…ูŽุตูŽุฉูŒ ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุทูŽุฆููˆู†ูŽ ู…ูŽูˆู’ุทูุฆู‹ุง ูŠูŽุบููŠุธู ุงู„ู’ูƒููู‘ูŽุงุฑูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽู†ูŽุงู„ููˆู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุนูŽุฏููˆู‘ู ู†ู‘ูŽูŠู’ู„ู‹ุง ุฅูู„ู‘ูŽุง ูƒูุชูุจูŽ ู„ูŽู‡ูู… ุจูู‡ู ุนูŽู…ูŽู„ูŒ ุตูŽุงู„ูุญูŒ ".... demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka (pahala) amal yang soleh..." (At Taubah: 120) 4. Palestin tidak akan merdeka selagi umat keseluruhannya tidak merasai keperitan yang dirasai oleh warga Palestin. Mereka di sana syahid, kehilangan keluarga, kehilangan rumah, tiada makanan, tiada rawatan, tidak cukup tidur, sentiasa kebimbangan, air mata sentiasa mengalir, masa depan masih kelam dan segala macam kesengsaraan yang sukar untuk kita gambarkan. Jika keperitan itu tidak ditanggung seorang sedikit oleh umat yang lain secara kolektif, bagaimana mampu Israel yang dibangun dan dipertahankan oleh sekutu mereka dari seluruh dunia akan jatuh? 5. Ketika saya dan rakan-rakan dari GSPP bertemu dengan pengurusan McDonald, kami nyatakan bahawa kami yakin bahawa hati dan jiwa pengurusan McDonald bersama Palestin. Kepada pengurusan dan pekerja KFC, saya nyatakan perkara yang sama; jiwa dan hati anda semua saya yakin bersama Palestin. Jadi marilah kita sama-sama melakukan sesuatu untuk Palestin dan bersama menanggung keperitan itu. 6. Saya yakin ada banyak alternatif yang boleh dilakukan oleh pengurusan dan pekerja KFC berdepan suasana ini. Di mana ada kemahuan, di situ sudah pasti ada jalan. 7. Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar tidak menjadikan isu boikot ini sebagai faktor perpecahan kita. Tidak perlu memprovokasi. Tidak perlu mengejek dan menyindir. Jika ada cadangan yang lebih baik bagaimana isu boikot ini dapat dikurangkan mudharatnya kepada warga Malaysia, cadang dan bincangkanlah dengan baik melalui saluran yang betul. Amat rugi jika gerakerja boikot yang disambut baik dan menyatukan sebahagian warga Barat, tetapi di negara kita ianya menjadi faktor perpecahan. Wallahu a'lam Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Hammasini ko'rsatish...
Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Satu perkongsian ....

โค 86๐Ÿ‘ 40๐Ÿ”ฅ 4๐Ÿ™ 1๐Ÿ˜Ž 1
1. Saya rasa poster ini tersebar dan mungkin memberikan pelbagai persepsi kepada pembaca tentang apakah pendekatan Hamas berkenaan hala tuju perang Israel-Palestin sekarang. 2. Poster ini mungkin mengambil apa yang disimpulkan oleh wartawan dalam wawancara mereka bersama Dr Khalil al-Hayyah di Turki. Secara umum kesimpulan wartawan tersebut agak kurang cermat hingga menimbulkan salah faham terhadap pendekatan terkini Hamas. Antara salah faham yang boleh timbul dari poster tersebut: i. Hamas dilihat sudah lemah dan mula mengambil pendekatan mengalah ii. Hamas mengiktiraf Two State Solution lalu seterusnya mengiktiraf keabsahan kewujudan negara Israel iii. Hamas kalah dalam rundingan genjatan senjata hingga menggugurkan beberapa tuntutannya terhadap Israel 3. Saya pernah menulis tentang pendirian Hamas tentang Two State Solution yang diucapkan oleh Khalid Masy'al pada tahun 2017. Pembaca boleh merujuk semula di sini untuk memahami apa pendirian Hamas terhadap penyelesaian Two State Solution: https://www.facebook.com/share/gx1Err2UXmzAFybu/?mibextid=WC7FNe 4. Berkenaan tentang pendirian Hamas sekarang, pembaca dengan mudah boleh memahaminya jika mendengar ucapan-ucapan pemimpin kanan Hamas berkenaan isu ini. Saya kongsikan salah satu daripadanya untuk rujukan pembaca: https://youtu.be/KC-RO8Ahx8E?feature=shared 5. Kesimpulan pendirian sebenar Hamas tentang isu yang ditimbulkan di dalam poster di atas: i. Hamas menuntut untuk dikembalikan 'hak tarikhi' (hak sejarah) terhadap seluruh Palestin. Tiada tolak ansur dalam perkara tersebut. ii. Sebagai penyelesaian sementara, Hamas bersetuju dengan 2SS dengan syarat Gaza, Tebing Barat dan Quds dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat Palestin. Juga seluruh pelarian Palestin mesti dikembalikan ke Palestin dan genjatan senjata berlaku dalam tempoh panjang (terbaru dipersetujui lima tahun). iii. Jika sudah wujud negara Palestin yang merdeka, Hamas akan bertukar kepada badan dalam kerajaan (sebagai tentera kerajaan, sebagai parti politik dan sebagainya yang akan mempertahankan negara). 6. Tetapi dunia semua tahu bahawa Pbb lagi sekali telah menolak Palestin. Dan dunia semua tahu bahawa Israel dan sekutunya ingin mengosongkan Gaza dan seterusnya Tebing Barat. Jadi soalan tentang pendirian Hamas tentang pendirian dan masa depan mereka hanyalah soalan andaian yang sukar berlaku kerana Israel tidak bersedia untuk berhenti menyerang Palestin. Wallahu a'lam Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿ‘ 78โค 7๐Ÿ”ฅ 3๐Ÿ˜ข 3
๐Ÿ‘ 7๐Ÿค” 3
โค 25๐Ÿ‘ 2๐Ÿ‘ 1
#Infoperwira | VIDEO SUMBANGAN PEK MAKANAN RAKYAT MALAYSIA SAMPAI! Alhamdulillah, syukur kepada Allah, 19 April 2024, Jumaat lepas Kelab Perwira Malaysia telah berjaya menyalurkan sumbangan anda dalam bentuk juadah makanan sebanyak 300 pek untuk 300 orang penerima di Utara G4z4. Saksikan video sumbangan bantuan di Youtube https://youtu.be/fQR5-4G7ODw Kami mengucapkan jutaan TERIMA KASIH tidak terhingga atas kebaikan & bantuan kepada semua ahli Perwira, penyumbang serta rakyat Malaysia. Kejayaan ini membutikan ahli Perwira mempunyai semangat kemanusiaan yang hebat dan tinggi . Kami masih percaya, picisan sinar masih ada dan berharap Malaysia tidak henti membela nasib saudara kita di P4le$t1n. ๐ŸŒLayari kami: www.kelabperwira.com '๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™™๐™ž๐™– & ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™—๐™–๐™ ๐™ฉ๐™ž' #kelabperwiramalaysia #bersediadanberbakti #sukarelawanberkemahirantinggi #kitaperwiratanahair
Hammasini ko'rsatish...
Alhamdulillah, bantuan makanan kita berjaya diagihkan di utara Gaza hari Jumaat 19 April 2024.

Kempen : Bantuan Kecemasan Palestin Projek : Bantuan Pek MakananLokasi : Utara GazaTarikh : 19 April 2024 / JumaatJenis Bantuan : Pek Makanan (300 Pek)- Nasi...

โค 42๐Ÿ‘ 12๐Ÿ‘ 1๐Ÿซก 1
MAHASISWA TOLAK ZIONIS! LAPORAN POLIS TERHADAP BRUCE GILLEY Satu laporan polis telah dibuat terhadap profesor pro-israel, Bruce Gilley yang telah dijemput memberi ceramah di Universiti Malaya tempoh hari. Laporan ini dibuat atas dasar kebiadaban dan kelancangan beliau dalam mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara yang menyokong "Holocaust Kedua" terhadap orang-orang Yahudi. Sumber: PEMBINA UM t.me/duniapalestin
Hammasini ko'rsatish...
๐Ÿ‘ 103๐Ÿ”ฅ 23โค 8๐Ÿ’ฏ 4