uz
Feedback
USIM | Info Akademik USIM

USIM | Info Akademik USIM

Kanalga Telegram’da o‘tish

Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen. Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM © PPAUSIM2026

Ko'proq ko'rsatish

📈 Telegram kanali USIM | Info Akademik USIM analitikasi

USIM | Info Akademik USIM (@infobpausim) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 13 895 obunachidan iborat bo'lib, Taʼlim toifasida 14 467-o'rinni va Malayziya mintaqasida 2 752-o'rinni egallagan.

📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika

невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 13 895 obunachiga ega bo‘ldi.

07 Iyul, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni 91 ga, so‘nggi 24 soatda esa 6 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.

  • Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
  • Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 45.85% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 15.80% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
  • Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 6 373 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 2 196 ta ko‘rish yig‘iladi.
  • Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 19 ta reaksiya keladi.

📝 Tavsif va kontent siyosati

Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen. Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM © PPAUSIM2026

Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 08 Iyul, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Taʼlim toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.

13 895
Obunachilar
+624 soatlar
+127 kunlar
+9130 kunlar
Postlar arxiv
📢 HEBAHAN PENDAFTARAN MINAT PENYERTAAN iBAF2026 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempelawa pelajar yang berminat untuk menyertai 12th Islamic Banking, Accounting and Finance International Conference (iBAF2026) yang akan berlangsung pada 9–10 September 2026. Melalui penajaan yang diterima, beberapa pelajar berpeluang dipilih untuk menghadiri persidangan antarabangsa ini. Sehubungan itu, semua pelajar yang berminat dimohon mengisi borang pernyataan minat melalui pautan berikut: 🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfiYher8DE4UjAosE67eHHELp0-NUcLzxhX5smKXTpf9FO4xw/viewform Penajaan ini adalah untuk penyertaan berpandukan butiran berikut: Tarikh: 9 September 2026 Masa: 0800-1700 Lokasi: Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA Maklumat penting: • Pengisian borang ini adalah bagi tujuan mengumpul minat penyertaan dan tidak menjamin pemilihan sebagai peserta. • Peserta yang berjaya akan dimaklumkan selewat-lewatnya sebulan sebelum program. • Peserta yang dipilih hendaklah memberikan komitmen penuh untuk hadir. Sekiranya tidak dapat hadir selepas pengesahan dibuat, peserta perlu mencari pengganti atau tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan. • Penginapan tidak disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai persidangan antarabangsa yang menghimpunkan ahli akademik, pengamal industri dan penyelidik dari dalam serta luar negara bagi membincangkan perkembangan terkini dalam bidang kewangan Islam, perbankan, perakaunan dan fintech. Tarikh tutup pendaftaran: 31 Julai 2026

SURAT KELULUSAN RASMI PEMINDAHAN KREDIT SEMESTER A252 Perhatian kepada pelajar program Sarjana Muda. Surat kelulusan rasmi bagi Pemindahan Kredit Semester A252 boleh diperolehi di Fakulti masing-masing mulai pukul 2.00 petang, 8 Julai 2026 (Rabu). Sekian, terima kasih.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, selaku Tua
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, selaku Tuanku Canselor USIM, telah memperkenankan tarikh Majlis Konvokesyen Ke-24 USIM pada: 3 – 6 November 2026 bersamaan 23 – 26 Jamadilawal 1448H. Untuk mendapatkan info lanjut berkaitan konvokesyen, semua bakal graduan dikehendaki untuk sertai Telegram Khas Konvokesyen Ke-24 USIM melalui pautan t.me/Konvo24USIM Tahniah kepada semua bakal graduan. Nantikan maklumat lanjut berkaitan konvokesyen melalui saluran rasmi USIM. “Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan.”

PAPARAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA PENILAIAN KURSUS BAGI SEMESTER I SESI AKADEMIK 2025/2026 (A251) Perhatian kepada
PAPARAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA PENILAIAN KURSUS BAGI SEMESTER I SESI AKADEMIK 2025/2026 (A251) Perhatian kepada pelajar program Sarjana Muda. Keputusan Permohonan Semakan Semula Penilaian Kursus bagi Semester I, Sesi Akademik 2025/2026 (A251) telah dipaparkan dalam Portal iStudent - Keputusan Peperiksaan A251 pada 6 Julai 2026 (Isnin). Surat Keputusan Permohonan Semakan Semula Penilaian Kursus A251 boleh diambil di Fakulti masing-masing. Sekian Terima Kasih.

Assalamualaikum and greetings, NOTICE: VISA UNIT, USIM ‘ALAMIYYAH Please be informed that all matters related to visa applica
Assalamualaikum and greetings, NOTICE: VISA UNIT, USIM ‘ALAMIYYAH Please be informed that all matters related to visa applications, visa renewals, documentation and enquiries regarding visa and student pass must be handled directly through the Visa Unit, USIM ‘Alamiyyah. Students and relevant parties are advised to contact the official channel below: 📱 WhatsApp: wa.me/60187776001 📧 Email: visa@usim.edu.my Please be informed that USIM ‘Alamiyyah has never appointed any individual, agent or third party as an intermediary or representative to manage visa and student pass applications. Any communication or arrangements made through unofficial channels are not recognised and will be outside the responsibility of USIM ‘Alamiyyah. Your cooperation in using the official communication channels is highly appreciated to ensure accurate information and proper assistance. Thank you. USIM 'ALAMIYYAH

Dikemukakan bersama-sama ini Takwim Akademik Sesi 2026/2027 yang telah diluluskan oleh Senat Universiti Bil. 5/2026 pada 20 M
Dikemukakan bersama-sama ini Takwim Akademik Sesi 2026/2027 yang telah diluluskan oleh Senat Universiti Bil. 5/2026 pada 20 Mei 2026 untuk dimuat naik ke dalam laman web USIM dan juga PPA sebagai rujukan umum dan juga pihak berkepentingan: Takwim Program Sarjana Muda (Kampus Nilai) : https://shorturl.at/9UfKj Takwim Program Perubatan (FPSK) : https://shorturl.at/LCiE2 Takwim Program Pergigian (FPg) : https://shorturl.at/YpA8b Takwim Program Pelancongan (FKP) : https://tinyurl.com/265kyexz Takwim Program Syariah (Industri Halal) (FSU) : https://shorturl.at/5kuaR Takwim Program Siswazah : https://tinyurl.com/ymjze94r Takwim Program Siswazah (FPg) : https://tinyurl.com/3jb2e4s2 Selain itu, mohon juga dimuatnaik Pindaan Takwim Akademik bagi Sesi 2025/2026 iaitu: Pindaan Takwim Program Sarjana Muda (Kampus Nilai) : https://tinyurl.com/ye6tp4td Pindaan Takwim Program Siswazah : https://tinyurl.com/5n6f95yj

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2025/2026 akan berlangsung mulai pada 20 Julai 2026 hingga 7 Ogos 2026. Diingatkan bahawa, Jadual Peperiksaan ini adalah tertakluk kepada pindaan. Sebarang perubahan tarikh dan masa mungkin berlaku tertakluk kepada situasi dan keadaan semasa. Maklumat lengkap berkaitan Jadual Peperiksaan seperti lokasi, tempoh masa, no. meja dan lain-lain boleh dilihat dalam Slip Masuk Peperiksaan selepas pelajar melengkapkan Penilaian Kursus dan Pengajaran (eNilai) bermula pada 14 Julai 2026. Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik melalui emel kepada peperiksaan@usim.edu.my atau hubungi/Whatapps PPA wa.me/606788148 untuk maklumbalas segera. Notis Rasmi ➡️ https://shorturl.at/fhgNB ✅ Jadual Waktu Peperiksaan Akhir ➡️ https://shorturl.at/8enUQ

Sedar tak sedar, 26 tahun USIM terus melangkah. Di usia ini, USIM teguh membina legasi yang gemilang dalam mengintegrasi ilmu
Sedar tak sedar, 26 tahun USIM terus melangkah. Di usia ini, USIM teguh membina legasi yang gemilang dalam mengintegrasi ilmu demi melahirkan Muslim profesional yang memberi wadah buat ummah. Ayuh kita ‘teguh bersama’, satu jiwa, satu tekad, terus mencipta kejayaan. Selamat Menyambut Ulang Tahun USIM ke-26! #USIM26Tahun #USIMKnowledgeIntegration

Salam Maal Hijrah 1448H Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperkukuh iman, memperbaiki amal
Salam Maal Hijrah 1448H Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperkukuh iman, memperbaiki amal dan terus melangkah dengan semangat baharu menuju kejayaan dunia dan akhirat. Hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik, penuh keberkatan dan keredaan Allah SWT. “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati” #MaalHijrah1448H

MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Y
MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz, Pro- Canselor USIM atas pemasyhuran sebagai Tunku Panglima Besar pada 11 Jun 2026 bersamaan 25 Zulhijjah 1447H di Istana Besar Seri Menanti. Seluruh warga USIM mendoakan semoga Yang Amat Mulia sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, serta dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan, dan kekuatan dalam meneruskan amanah demi menjunjung kedaulatan Institusi Diraja Negeri Sembilan serta kesejahteraan rakyat dan negeri. Ikhlas daripada seluruh warga USIM #TahniahDariUSIM

ANNOUNCEMENT ON THE CLOSURE OF COUNTER SERVICES Assalamualaikum and greetings. Please be informed that all counter operations
ANNOUNCEMENT ON THE CLOSURE OF COUNTER SERVICES Assalamualaikum and greetings. Please be informed that all counter operations at the Centre for Academic Management will be closed in accordance with the Notice on Work-from-Home Office Operations following the implementation of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Utility Cost-Saving Initiative. Accordingly, counter services at the Centre for Academic Management will be closed every Thursday and Friday, effective 11 June 2026. 🗓️ Counter services will operate as usual according to the following schedule: 📅 Days: Monday, Tuesday and Wednesday ⏰ Time: 8.30 am – 5.00 pm 📞 For any enquiries, please contact the relevant divisions via WhatsApp or email as follows: 👥 lDivision of Undergraduate Management 🟢 WhatsApp: +606-798 8148 📧 Email: [bpps@usim.edu.my] 👥 Division of Graduate Management 🟢 WhatsApp: +606-797 8640 📧 Email: [dgm@usim.edu.my] 👥 Division of Marketing and Student Admission 🟢 WhatsApp: +606-798 8027 📧 Email: [study@usim.edu.my]

DIRGAHAYU TUANKU Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha
DIRGAHAYU TUANKU Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H. Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan merahmati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dengan penuh keberkatan, kebijaksanaan dan kesejahteraan. Sembah takzim daripada Universiti Sains Islam Malaysia #USIM #DaulatTuanku

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh warga USIM dan umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh warga USIM dan umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang ketakwaan, keikhlasan dan pengorbanan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ikhlas daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) #USIM #Aidiladha1447H

PAPARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GANTIAN & GRED TIDAK LENGKAP (TL) BAGI SEMESTER I SESI AKADEMIK 2025/2026 (A251) Perhatian kepada pelajar program Sarjana Muda. Keputusan Peperiksaan Gantian dan markah bagi kursus bergred Tidak Lengkap (TL) bagi Semester I, Sesi Akademik 2025/2026 (A251) telah dipaparkan dalam Portal iStudent pada 20 Mei 2026 (Rabu). Sekian Terima Kasih.

SEORANG LAGI RAKAN SEPERJUANGAN KAMI TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA SEMUA . . DARI ALLAH KITA DATANG & KEPADA-NYA JUALAH KITA
SEORANG LAGI RAKAN SEPERJUANGAN KAMI TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA SEMUA . . DARI ALLAH KITA DATANG & KEPADA-NYA JUALAH KITA KEMBALI Seluruh wargakerja Pusat Pengurusan Akademik dan USIM mengucapkan takziah kepada keluarga: Allahyarham En. Agoos Munalis Tahir Pensyarah Universiti, Fakulti Ekonomi dan Muamalat yang telah kembali kerahmatullah pada hari Rabu 29 April 2026 | 11 Zulkaedah 1447H. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman serta mendapat rahmat dari-Nya. al-Fatihah

Majlis Bacaan Yaasin En Agoos Munalis Tahir Tuesday, Apr 28 · 8–9 PM Google Meet joining info Video call link: meet.google.com/hjx-tuau-ox… Semua dijemput untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan, kesembuhan & kebaikan buat pensyarah FEM, En Agoos Munalis Tahir

SOLAT SUNAT HAJAT MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN BUAT PENSYARAH USIM Pusat Islam USIM menjemput seluruh warga kampus
SOLAT SUNAT HAJAT MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN BUAT PENSYARAH USIM Pusat Islam USIM menjemput seluruh warga kampus untuk bersama menunaikan Solat sunat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat En. Agoos Munalis Tahir, Pensyarah, FEM yang sedang kritikal. 📅 Tarikh & Masa: Selasa, 28 April 2026 – Selepas Solat Maghrib. 📍 Tempat: Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) ✨ Semua dijemput hadir bagi memohon doa dan pertolongan Allah SWT buat saudara yang ditimpa ujian. #PusatIslamUSIM #SahabatPusatIslamUSIM #KompleksIslamTuankuMuhriz

SEMAKAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 (A252) Semua pelajar dikehendaki membuat semak
SEMAKAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 (A252)   Semua pelajar dikehendaki membuat semakan dan pengesahan terhadap senarai kursus yang didaftarkan mulai pada 27 April hingga 3 Mei 2026 (minggu ke-5 perkuliahan) melalui portal iStudent >>> Timetable.   Hanya kursus yang disahkan sahaja yang akan dijana untuk penilaian / peperiksaan akhir.   Sebarang kemusykilan atau pembetulan terhadap pendaftaran kursus, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 067988110 atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my. ⚠️Notis penuh ➡️ https://shorturl.at/ZyJiB   Sekian, harap maklum.   “BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”   Dikeluarkan oleh: Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan Bahagian Pengurusan Prasiswazah Pusat Pengurusan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia

SEORANG LAGI RAKAN SEPERJUANGAN KAMI TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA SEMUA . . DARI ALLAH KITA DATANG & KEPADA-NYA JUALAH KITA
SEORANG LAGI RAKAN SEPERJUANGAN KAMI TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA SEMUA . . DARI ALLAH KITA DATANG & KEPADA-NYA JUALAH KITA KEMBALI Seluruh wargakerja Pusat Pengurusan Akademik dan USIM mengucapkan takziah kepada keluarga: Allahyarham En. Hasmie Hasan Pembantu Penguatkuasa, Jabatan Keselamatan yang telah kembali kerahmatullah pada hari Isnin 20 April 2026 | 2 Zulkaedah 1447H. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman serta mendapat rahmat dari-Nya. al-Fatihah

SURAT KELULUSAN RASMI PEMINDAHAN KREDIT SEMESTER A251 Perhatian kepada pelajar program Sarjana Muda. Surat kelulusan rasmi bagi Pemindahan Kredit Semester A251 boleh diperolehi di Fakulti masing-masing mulai pukul 2.00 petang, 13 April 2026 (Selasa). Sekian, terima kasih.