cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

TASAWWUR ISLAM SPM

Himpunan Bahan Tasawwur Islam SPM @TasawwurIslam99 Untuk pertanyaan serta perkongsian bahan , sila PM @TASAWWUR_ISLAMbot

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
3 424
Obunachilar
+1424 soatlar
+357 kunlar
+15230 kunlar
Post vaqtlarining boʻlagichi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Nashrni tahlil qilish
PostlarKo'rishlar
Ulashishlar
Ko'rish dinamikasi
01
Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan Sollallahu Alaihi Wa Sallam Ma huwa Ahluh (3X) جَزَى اللَّهُ عَنَّا مُحَمَّدًا بِمَا هُوَ أَهْلُهُ (3x)
3190Loading...
02
Huraian (KABUS) positif
1886Loading...
03
https://youtu.be/m13Q1cn3IrI
1585Loading...
04
Huraian (KABUS) Negatif
2205Loading...
05
LINK BIMBINGAN BERFOKUS ONLINE TASAWWUR ISLAM 🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷 🌸🌸TINGKATAN 4🌸🌸 Siri 1- pelajaran 1 https://www.youtube.com/watch?v=vObNrHZtRcU Siri 2 - pelajaran 2 https://www.youtube.com/watch?v=9S188G75_oE Siri 3- pelajaran 3 https://www.youtube.com/watch?v=GhfConS4PkA Siri 4 -pelajaran 4 https://www.youtube.com/watch?v=m7amXVNHmOA Siri 5 - pelajaran 5 https://www.youtube.com/watch?v=K-jDKeXt3oE Siri 6 - pelajaran 6 https://www.youtube.com/watch?v=BhcVaectmVI Siri 7 - pelajaran 7 https://www.youtube.com/watch?v=Ek6Y3kVbCR4 Siri 8 - pelajaran 8 https://www.youtube.com/watch?v=cpXAIRoU2H8 Siri 9 - pelajaran 9 https://www.youtube.com/watch?v=Y0MNBoGni_o Siri 10 - pelajaran 10 https://www.youtube.com/watch?v=IKKPuozBHS0 Siri 11 - pelajaran 11 https://www.youtube.com/watch?v=JpzIqB1Ia78 Siri 12 - pelajaran 12 https://www.youtube.com/watch?v=V9wMlJh1JO4 Siri 13 - pelajaran 13 https://www.youtube.com/watch?v=N5-HTnD0Dj4 🌸🌸TINGKATAN 5🌸🌸 Siri 14 - pelajaran 1 https://www.youtube.com/watch?v=tMb0eY4cYiM Siri 15- pelajaran 2 https://www.youtube.com/watch?v=5IGtp7m7qT4 Siri 16 - pelajaran 3 https://www.youtube.com/watch?v=UKtWGHqOEX0 Siri 17 - pelajaran 4 https://www.youtube.com/watch?v=O3X9J_Bze_4 Siri 18 - pelajaran 5 https://www.youtube.com/watch?v=TYjwIOVGEgo Siri 19 - pelajaran 6 https://www.youtube.com/watch?v=UAqnvmdqapQ #MERENTASCABARANDEMIMENCAPAIKEJAYAAN
1767Loading...
06
Huraian (KABUS) Positif
2076Loading...
07
Keistimewaan suatu perkara
3108Loading...
08
Faktor NEGATIF .. Kalau positif lawan perkataan tersebut sahaja Contoh: faktor negatif = iman yang lemah Maknanya faktor positif = iman yang mantap
3008Loading...
09
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Amalan Ke Syurga Dengan Selamat عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَلَامٍ قَالَ: لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ  اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ  وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ  فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ  فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: ( يَا أَيُّهَا النَّاسُ  أَفْشُوْا السَّلَامَ  وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ  وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ  وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ  تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ). Daripada ‘Abdullah bin Salâm, ia berkata: “Ketika Rasûlullâh SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada baginda (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasûlullâh SAW telah datang, lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan orang ramai untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasûlullâh SAW, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Perkara pertama yang baginda ucapkan adalah: ‘Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkan silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (Sunan Tirmidzi no: 2485) Status: Hadis Hasan Sahih Pengajaran: 1.Islam itu cantik dan indah. Abdullah bin Salam tertarik dan masuk Islam kerana melihat keindahan Islam yang ada pada diri Rasulullah SAW dan apa yang baginda tuturkan. 2.Jadikanlah diri kita sebagai qudwah atau contoh ikutan melalui dakwah bil hal dengan keindahan dan kecantikan Islam pada diri kita. 3.Antara amalan yang menempatkan seseorang kedalam syurga adalah: a.  Menyebarkan salam iaitu selalu mengucapkan salam setiap kali bertemu sesama Muslim. Seorang Muslim yang tidak mahu mengucapkan salam setiap kali bertemu dianggap bakhil. Nabi SAW bersabda : أَعْجَزُ النَّاسِ مَنْ عَجِزَ فِيْ الدُّعَاءِ وَأَبْخَلُ النَّاسِ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلاَمِ. Selemah-lemah manusia adalah orang yang lemah (malas) berdoa kepada Allâh, dan sebakhil-bakhil manusia adalah orang yang bakhil mengucapkan salam (HR Thabarani dalam Mu’jamul Ausath (no. 5587) dan lainnya. Lihat Silsilah al-Ahâdîts ash-Shahîhah (no. 601). Status: Hadis Hasan b.  Memberi makan kepada orang yang memerlukan seperti tetamu, jiran tetangga atau orang yang memerlukan. Orang yang memberi atau bersedekah, nescaya Allah akan menambahkan rezeki kepadanya. Hadis Nabi SAW menyebutkan: مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ … Sedekah tidak mengurangi harta…  (Sahîh Muslim No. 2588). أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ Berinfaqlah! Niscaya Aku akan berinfaq kepadamu.  (Sahîh Bukhâri No: 4684) c.  Menyambung silaturahim dengan semua kerabat sama ada melalui perkataan, perbuatan, dan tingkahlaku. Al-Arhâm adalah jamak dari rahim. Maksudnya kerabat yang memiliki hubungan kekeluargaan dari ibu atau bapa, seperti datok, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu dan lain-lain. Allâh SWT berfirman : وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ Bertakwalah kepada Allâh yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan [an-Nisâ’/4:1] Silaturrahim merupakan sebab masuk syurga. Memutuskan silaturrahim menyebabkan laknat dan jauh dari rahmat Allâh Azza wa Jalla . d.  Solat di waktu malam, ketika manusia sedang tidur. Ia mencakupi solat wajib, seperti ‘Isya dan Subuh, juga mencakupi solat sunat malam, kerana malam adalah waktu orang tidur. 24hb Jun 2024 17hb Zulhijjah 1445H
2330Loading...
10
Media files
2440Loading...
11
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Amalan Yang Istiqamah Lebih Dikasihi Walaupun Sedikit عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَحْتَجِرُ حَصِيرًا بِاللَّيْلِ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ وَيَبْسُطُهُ بِالنَّهَارِ فَيَجْلِسُ عَلَيْهِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَثُوبُونَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُصَلُّونَ بِصَلَاتِهِ حَتَّى كَثُرُوا فَأَقْبَلَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ خُذُوا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ Daripada Aisyah RA bahawa pada suatu malam Nabi SAW mengambil tikar yang diperbuat daripada pelepah dan daun tamar untuk dijadikan dinding tempat baginda bersolat di waktu malam dan di waktu siang baginda menghamparkan tikar daun tamar itu dan duduk di atasnya, orangpun datang berkumpul kepada Rasulullah lalu solat sepertinya sehingga ramai yang mengikutinya, Rasulullah datang dan menemui mereka lalu bersabda: "Wahai sekalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawasanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit." (HR Bukhari No: 5413) Status: Hadis Sahih. Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam kehidupan seharian dan dalam beribadat. Sebagai manusia maksum yang dosa-dosanya diampunkan Allah, walaupun di siang harinya sibuk dengan urusan bermasyarakat dan Negara namun baginda masih kuat untuk beribadat di malam hari dan memohon keampunan daripada Allah. 2.  Rasulullah SAW amat bersederhana dalam kehidupan. Baginda tidak menyediakan tempat yang khusus dan indah untuk beribadat. Menggunakan tikar yang diperbuat daripada pelepah tamar yang juga digunakan diwaktu siang sebagai tempat alas duduk dan di waktu malam dijadikan dinding untuk baginda jadikan penghadang untuk solat malam. 3.  Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bertujuan untuk mengajar kita secara praktikal supaya hidup dengan cara yang mudah, reda dengan apa yang ada serta beribadat dengan cara yang tidak memberatkan. 4.  Perbuatan Rasulullah SAW melaksanakan solat sunat di malam hari itu telah menyebabkan ramai sahabat berhimpun untuk mengikutinya. Bagi mengelakkan ianya dianggap “wajib” oleh para sahabat, lalu Rasulullah memberikan arahan dan panduan beribadat iaitu buatlah  sekadar yang termampu dan tidak diberatkan agar ia tidak berasa jemu. 5.  Amalan yang paling baik dan dikasihi Allah ialah amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit. 23hb Jun 2024 16hb Zulhijjah 1445H
3880Loading...
12
Media files
3560Loading...
13
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ “Saat engkau menangis kerana suatu masalah lalu tertidur, ketahuilah bahawa ALLAH tidak tidur untuk mengatur urusanmu, maka tenanglah. ALLAH pasti menangani urusanmu tanpa kau ketahui. Seandainya kau tahu, kau akan menangis bahagia.” [Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi]
4061Loading...
14
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Dua Titisan dan Kesan Yang Dicintai Allah SWT عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعٍ فِي خَشْيَةِ اللَّهِ وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَمَّا الْأَثَرَانِ فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ. Daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiada sesuatu perkara yang paling disukai oleh Allah melainkan dua titisan dan dua kesan. Titisan air mata yang menangis kerana takutkan kepada Allah SWT dan titisan darah yang tumpah pada jalan Allah. Adapun dua kesan yang Allah sukai adalah kesan pada jalan Allah dan kesan fardhu daripada kefardhuan Allah SWT." (HR Tirmizi No: 1669) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Allah SWT amat menyukai akan amalan hamba-Nya yang dilakukan secara ikhlas semata-mata kerana-Nya dan semakin banyak susah payah yang dihadapi, maka semakin bertambahlah ganjaran pahala. 2.  Antara amalan yang disukai oleh Allah SWT adalah dua titisan dan dua kesan. Antara dua titisan itu yang pertama adalah titisan air mata yang takut kepada Allah SWT terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan. Rasulullah SAW menyebutkan tujuh golongan yang akan mendapat naungan di hari kiamat salah satu daripadanya adalah: وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ “dan lelaki yang mengalir air matanya ketika bersendirian kerana takut kepada Allah” Titisan kedua yang disukai Allah adalah titisan darah yang ditumpahkan kerana berjuang di jalan Allah SWT. 3.  Dua kesan yang disukai Allah, pertama adalah kesan luka semasa berjuang untuk jalan Allah SWT dan kedua adalah kesan kerana melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut. 22hb Jun 2024 15hb Zulhijjah 1445H
4090Loading...
15
Media files
3540Loading...
16
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Jangan Berbuat Zalim Dan Bakhil عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِيَّاكُمْ وَالظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُحْشَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَالتَّفَحُّشَ وَإِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّهُ دَعَا مَنْ قَبْلَكُمْ فَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ وَسَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَقَطَّعُوا أَرْحَامَهُمْ Daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian berbuat zalim, kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada hari kiamat di sisi Allah, janganlah berbuat keji kerana Allah tidak suka kekejian dan perbutan keji, janganlah berbuat kikir, kerana itu yang menyebabkan kerosakan orang-orang sebelum kalian, sehingga mereka menghalalkan kehormatan, menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim mereka."  (HR Ahmad No: 9202) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.Muslim dilarang melakukan kezaliman kepada dirinya dan orang lain. 2.Perbuatan zalim ialah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya mencuri, meninggalkan solat, mencela orang lain. Perbuatan ini adalah maksiat dan dosa. Kezaliman yang paling besar adalah perbuatan syirik yang tidak diampunkan oleh Allah. 3.Allah tidak suka kepada orang yang melakukan perbuatan keji atau buruk 4.Muslim juga dilarang bersifat kikir atau bakhil. Bakhil adalah buah dan akibat dari kecintaan kepada dunia. 5.Orang yang bakhil akan berusaha memiliki harta dengan apa juga cara asalkan mereka dapat dan memiliki tanpa mengira dengan cara yang halal atau haram, sanggup menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim. Jauhilah sifat zalim, keji dan bakhil. 21hb Jun 2024 14hb Zulhijjah 1445H
4561Loading...
17
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. Ya ALLAH , Ya TUHAN kami, Pada hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-MU, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya ALLAH kepada kami ilmu, iman dan amal Kami memohon kepada-MU ya ALLAH , berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
4300Loading...
18
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Mensyukuri Nikmat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اَللَّهِ عَلَيْكُمْ Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW  bersabda: “Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu.” (HR Muslim No: 2963) Status: Hadis Sahih. Pengajaran: 1.Setiap kita wajib bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan. 2.Satu cara untuk kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan adalah dengan sentiasa melihat orang yang lebih rendah daripada kita dalam perkara yang berkaitan dengan nikmat dunia seperti tubuh badan yang menarik dan sihat, pemilikan harta, pangkat dan kedudukan. 3.Bersyukurlah diatas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Semoga dengan memiliki sifat bersyukur akan menjauhkan kita dari penyakit tamak,  hasad, dengki dan panjang angan-angan. 4.Manusia jika melihat kepada orang yang lebih tinggi levelnya dari sisi dunia, maka jiwanya akan menuntut yang serupa dan mulai mengerdilkan kenikmatan yang Allah berikan kepadanya, kemudian bertekad untuk menambah hartanya agar dia dapat mengejar kekayaan orang tersebut atau minima menyamainya. Namun jika dia melihat kepada orang yang lebih rendah darajatnya dalam hal dunia dan harta, akan terpampang di hadapannya kenikmatan Allah yang besar kepadanya, maka dia akan bersyukur atas kenikmatan itu, bersikap rendah hati, serta akan melakukan amalan-amalan kebaikan. 5.Dalam hal kehidupan dunia, berusahalah sebaik mungkin untuknya namun jangan sering  memandang orang yang berada di atas kita. Bersyukurlah dengan apa yang telah kita miliki kini. Tidak perlu irihati dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Lihatlah orang yang berada di bawah kita. Masih ramai orang yang tidak seberuntung kita. Kerana hal ini akan menjauhkan kita dari bersyukur. Allah SWT telah berfirman لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ  وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (Surah Ibrahim ayat : 7) 20hb Jun 2024 13hb Zulhijjah 1445H
5252Loading...
19
Media files
4941Loading...
20
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Permudahkan Jangan Menyukarkan عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ Daripada Ibnu Abbas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kalian mengajar, mempermudah dan jangan mempersulit. Bila engkau marah maka diamlah. Bila engkau marah maka diamlah. Bila engkau marah maka diamlah." (HR Ahmad No: 2556) Status Isnad Sahih Pengajaran: 1.  Berusahalah setiap kita menjadi guru, pendakwah, pendidik bagi menyampaikan ilmu untuk membimbing orang lain menjadi insan solleh. 2.  Dalam membimbing, kita perlu mempermudahkan orang yang dibimbing dan dinasihati agar mereka dapat memahami dan beramal dengannya. 3.  Sebagai guru dan penasihat, kita akan berhadapan dengan pelbagai karenah dan perangai anak murid atau orang yang kita sampaikan dan nasihati. Kesabaran adalah perlu ketika berhadapan dengan pelbagai ujian dan perangai murid. 4.  Rasulullah SAW mengulang tiga kali agar kita "DIAM" jika kita marah. Sebarang tindak balas akibat dari marah akan memudaratkan kita dan orang lain. Ayuh menjadi orang yang memudahkan orang lain, sentiasa bersabar menghadapi orang lain. 19hb Jun 2024 12hb Zulhijjah 1445H
6381Loading...
21
Media files
4860Loading...
22
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Mengingati Neraka عن النعمان بن بشير  رضي الله عنهما  قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم  يقول أَنْذَرْتُكُمُ النَّارَ أَنْذَرْتُكُمُ النَّارَ" فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى لَوْ كَانَ فِي مَقَامِي هَذَا سَمِعَهُ أَهْلُ السُّوقِ وَحَتَّى سَقَطَتْ خَمِيصَةٌ كَانَتْ عَلَيْهِ عِنْدَ رِجْلَيْهِ Daripada Nu’man bin Basyir RA katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah dengan berkata: “Aku berikan peringatan kepada kamu semua akan neraka, Aku berikan peringatan kepada kamu semua akan neraka.” Sentiasalah baginda mengulanginya sehingga seandainya baginda berada di kedudukan aku ini, orang-orang yang berada di (hujung) pasar akan mendengarnya. (baginda mengulangi ungkapan tersebut) sehingga kain baginda yang berada di atas bahu terjatuh ke kaki baginda tanpa disedari.” (HR Tirmizi No: 5687) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Neraka adalah suatu tempat yang menggerunkan. Kawasannya bersangatan dalam. Azab yang disediakan di dalamnya berbentuk kepanasan yang melampau dan membakar. Cemeti-cemetinya diperbuat daripada besi. 2.  Nabi SAW sering memberikan peringatan tentang neraka. Bersungguhnya baginda dalam memberi peringatan itu sehingga baginda meninggikan suara dan mengulang beberapa kali. 3. Kita diperintahkan untuk sentiasa mengingati hari pembalasan. Seperti pesan saidina Umar: أَكْثِرُوا ذِكْرَ النَّارِ فَإِنَّ حَرَّهَا شَدِيدٌ وَإِنَّ قَعْرَهَا بَعِيدٌ وَإِنَّ مَقَامِعَهَا حَدِيدٌ “Perbanyakkanlah mengingati neraka. Sesungguhnya kepanasannya bersangatan, lantainya amat dalam dan cemeti-cemetinya adalah besi.” 4.  Dalam berdakwah, hendaklah digabungkan unsur-unsur memberi khabar gembira tentang syurga dan khabar ancaman dengan neraka. Agar ada dorongan melakukan kebaikan kerana mengharapkan syurga dan berusaha menjauhi dosa kerana gerunkan azab neraka. 18hb Jun 2024 11hb Zulhijjah 1445H
6780Loading...
23
Media files
5330Loading...
24
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Tempoh Makan Daging Korban عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَابِسٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ قَالَتْ مَا فَعَلَهُ إِلَّا فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ قِيلَ مَا اضْطَرَّكُمْ إِلَيْهِ فَضَحِكَتْ قَالَتْ مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ بُرٍّ مَأْدُومٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ حَتَّى لَحِقَ بِاللَّه Daripada 'Abdurrahman bin Abis dari Bapanya ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Baginda tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga baginda berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga baginda bertemu dengan Allah.' (HR Bukhari No: 5003) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan 2.Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari tasyriq (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in serta empat imam mazhab. 3.Rasulullah SAW tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama. 4.Orang mukmin makannya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum. Seperti dalam hadis lain: بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِه “Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (HR Tirmidzi No: 2380) Semoga kita bersifat RAHMAH dengan mengagihkan bahagian korban sebaiknya dan tidak berlebihan dalam makan dan minum. 17hb Jun 2024 10hb Zulhijjah 1445H
6760Loading...
25
Media files
5210Loading...
26
Media files
10Loading...
27
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Raya عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلَاةِ فَإِنَّمَا ذَبَحَ لِنَفْسِهِ وَمَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَقَدْ تَمَّ نُسُكُهُ وَأَصَابَ سُنَّةَ الْمُسْلِمِينَ Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata; Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyembelih (binatang korban) sebelum solat (Eid), maka ia menyembelih untuk dirinya sendiri, dan barang siapa menyembelih setelah solat (Eid), maka ibadah korbannya telah sempurna dan bertindak sesuai dengan sunnah kaum Muslimin." (HR Bukhari No: 5120) Status : Hadis Sahih Pengajaran: 1.Penyembelihan korban adalah amal yang lebih disukai Allah pada Hari Raya Eidul Adha dan hari-hari tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah) daripada setiap Muslim yang berkemampuan. 2.Mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban hendaklah melakukan sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha. 3.Sembelihan Korban yang dilaksanakan sebelum solat sunat hari raya tidak menjadi ibadat korban, malah hanya akan menjadi sembelihan untuk makan biasa.  4.Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan waktu sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha pada 10hb Zulhijjah sehingga hari tasyrik terakhir 13hb sebelum waktu maghrib. 5.Laksanakan korban dengan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan di samping cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna. Berusahalah melakukan sembelihan korban pada waktu yang ditetapkan di samping dilaksanakan dengan sempurna dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan di satu-satu kawasan. Moga Allah menerima amal ibadah korban kita. 16hb Jun 2024 09hb Zulhijjah 1445H
7772Loading...
28
Media files
5610Loading...
29
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Hari Arafah  Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajab عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [Sahih Muslim No. 3354]. Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.Antara keutamaan Hari Arafah ialah mendapat keampunan Allah. Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Hari Arafah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah iaitu hari Idul Adha adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya sama-sama akan mendapatkan pembebasan dari api neraka dan ampunan pada hari Arafah. 2.Selain daripada tuntutan berpuasa sunat pada hari arafah bagi yang tidak menunaikan ibadat haji, digalakkan juga untuk berdoa kerana hari Arafah antara sebaik-baik waktu untuk berdoa. عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Status: Hadis Hasan. 3.Bagi mereka yang pergi menunaikan ibadat Haji, antara waktu dan tempat doa mustajab adalah pada hari Arafah dan di padang Arafah bermula selepas gelincir matahari 9hb Zulhijjah hingga terbit fajar 10hb Zulhijjah. 4.Syaikh Sholih Al Munajjid: Mustajabnya doa tersebut adalah umum, sama ada yang menunaikan ibadat haji ataupun yang tidak menunaikan haji disebabkan  keutamaan yang ada adalah keutamaan hari arafah. Sedangkan yang berada di Arafah (yang sedang wukuf pada tanggal 9 Dzulhijjah), ia berarti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat. 5.Antara zikir yang paling baik dilafazkan dihari Arafah ialah  لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Rebutlah peluang kelebihan hari wukuf di arafah dengan puasa sunat (bagi yang tidak mengerjakan ibadat haji) dan perbanyakan doa dan zikir. 15hb Jun 2024 08hb Zulhijjah 1445H
7390Loading...
30
Media files
6240Loading...
31
Media files
8421Loading...
32
Media files
7332Loading...
33
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Puasa Sunat Arafah عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ  أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji 2.Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas 3.Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun. عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun. (Musnad Ahmad No: 21568) 4.Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa. سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Ahad ini 16hb Jun 2024 bagi kita di Malaysia. Ayuh ingatkan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan kita untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu kita menemuinya.   14hb Jun 2024 07hb Zulhijjah 1445H
8120Loading...
34
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. Ya ALLAH , Ya TUHAN kami, Pada hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-MU, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya ALLAH kepada kami ilmu, iman dan amal Kami memohon kepada-MU ya ALLAH , berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
6190Loading...
35
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Sunat Takbir Raya Bermula 9hb Zulhijjah عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ  وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ  آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ Daripada Ali dan Ammar RA: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah). (HR al-Hakim  No: 1111) Status : Isnad Sahih Pengajaran: 1.Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Eidil Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13hb Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar). 2.Takbir ini dipanggil Takbir Muqayyad iaitu takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qada’ dan solat jenazah. 3.Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat bermula solat subuh 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah. 4.Sunat mengkemudiankan zikir selepas Takbir Muqayyad. Marilah kita bersedia untuk melaksanakan Takbir Muqayyad dan Takbir Mursal (takbir bermula terbenam matahari masuknya hari raya). 13hb Jun 2024 06hb Zulhijjah 1445H
7021Loading...
36
Media files
6590Loading...
37
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Empat Bulan Haram عن أبي بكرة نفيع بن الحارث رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏   الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ Daripada Abi Bakrah Nafi’ bin al Harith RA, dari Nabi SAW bersabda: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” (HR Bukhari No: 4054) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) bermaksud bulan ini diharamkan berperang juga sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. 2.  Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan pada bulan bulan ini juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4) 3. Ambillah kesempatan ketika berada di salah satu bulan haram yang mulia ini iaitu bulan Zulhijjah khususnya di awal 10 haribulan serta hari tasyrik 11, 12 dan 13 untuk melakukan pelbagai amal soleh. Antara amal soleh yang boleh dilakukan: a)  Perbanyakkan zikir, membaca al-Quran, berdoa dan memohon  keampunan b)  Puasa sunat sekurang-kurangnya pada 9hb Zulhijjah c)  Hidupkan malam hari dengan ibadat qiamullail d)  Perbanyakkan bersedekah dan melakukan amal kebajikan yang lain e)  Berusahalah melaksanakan ibadat kurban f)  Berusahalah meninggalkan maksiat dan perkara yang tidak berfaedah 12hb Jun 2024 05hb Zulhijjah 1445H
8050Loading...
38
Media files
6310Loading...
39
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Upah Penyembelih dan Petugas Korban عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.Antara ibadat yang dituntut pada hari Raya Eidul Adha 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah ialah melaksanakan Ibadat korban. 2.Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin juga jiran tetangga. 3.Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja mereka. 4.Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menyebut: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu bahagian dari bahagian korban kepada mereka. Ia tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut). 5.Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan umrah serta sembelihan korban dijual. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr) kecuali penerima daging korban yang miskin atau fakir. 6.Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih atau pelapah. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh diberikan dalam bentuk lain seperti wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah. 7.Saidina Ali menyebut: Untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri. 8.Walaupun begitu, jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.) 9.Antara kesalahan yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban tanpa izin dari empunya korban. Biasanya hal ini dilakukan oleh pelapah dan petugas yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Kadang-kala mereka merasa berhak kerana menolong atau kerana AJK. 10.Ada yang meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan dan mengambil apabila selesai urusan korban. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.  Ingatlah Firman Allah: ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29). Justeru itu, kepada mereka yang akan menjadi petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor, perut dan lainnya melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak. 11hb Jun 2024 04hb Zulhijjah 1445H
7491Loading...
40
Media files
7141Loading...
Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan Sollallahu Alaihi Wa Sallam Ma huwa Ahluh (3X) جَزَى اللَّهُ عَنَّا مُحَمَّدًا بِمَا هُوَ أَهْلُهُ (3x)
Hammasini ko'rsatish...
1
Repost from TASAWWUR ISLAM SPM
Photo unavailableShow in Telegram
Huraian (KABUS) positif
Hammasini ko'rsatish...
Hammasini ko'rsatish...
JOM KENAL KBAT TASAWWUR ISLAM SPM KSSM

Sedikit perkongsian yang ustazah perolehi daripada perbincangan dan pemerhatian daripada ceramah -ceramah yang disampaikan oleh Jurulatih negeri - negeri bagi mata pelajaran Tasawwur Islam. Jom kita kenali kbat bagi kertas Tasawwur Islam . Semoga semua pelajar cemerlang sekelian menjadi hebat dalam menjawab soalan kbat. Semoga video kali ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar semua. Ayuh....layari juga semua latih tubi video- video ustazah untuk mengulang kaji semula topik yang telah dipelajari. salam sayang Semoga Cemerlang #Tasawwurdihati #kitabantukita # Ayubatchone Ikhlas Ustazah Azuian @ Teja Azie

Repost from TASAWWUR ISLAM SPM
Photo unavailableShow in Telegram
Huraian (KABUS) Negatif
Hammasini ko'rsatish...
Repost from TASAWWUR ISLAM SPM
LINK BIMBINGAN BERFOKUS ONLINE TASAWWUR ISLAM 🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷 🌸🌸TINGKATAN 4🌸🌸 Siri 1- pelajaran 1 https://www.youtube.com/watch?v=vObNrHZtRcU Siri 2 - pelajaran 2 https://www.youtube.com/watch?v=9S188G75_oE Siri 3- pelajaran 3 https://www.youtube.com/watch?v=GhfConS4PkA Siri 4 -pelajaran 4 https://www.youtube.com/watch?v=m7amXVNHmOA Siri 5 - pelajaran 5 https://www.youtube.com/watch?v=K-jDKeXt3oE Siri 6 - pelajaran 6 https://www.youtube.com/watch?v=BhcVaectmVI Siri 7 - pelajaran 7 https://www.youtube.com/watch?v=Ek6Y3kVbCR4 Siri 8 - pelajaran 8 https://www.youtube.com/watch?v=cpXAIRoU2H8 Siri 9 - pelajaran 9 https://www.youtube.com/watch?v=Y0MNBoGni_o Siri 10 - pelajaran 10 https://www.youtube.com/watch?v=IKKPuozBHS0 Siri 11 - pelajaran 11 https://www.youtube.com/watch?v=JpzIqB1Ia78 Siri 12 - pelajaran 12 https://www.youtube.com/watch?v=V9wMlJh1JO4 Siri 13 - pelajaran 13 https://www.youtube.com/watch?v=N5-HTnD0Dj4 🌸🌸TINGKATAN 5🌸🌸 Siri 14 - pelajaran 1 https://www.youtube.com/watch?v=tMb0eY4cYiM Siri 15- pelajaran 2 https://www.youtube.com/watch?v=5IGtp7m7qT4 Siri 16 - pelajaran 3 https://www.youtube.com/watch?v=UKtWGHqOEX0 Siri 17 - pelajaran 4 https://www.youtube.com/watch?v=O3X9J_Bze_4 Siri 18 - pelajaran 5 https://www.youtube.com/watch?v=TYjwIOVGEgo Siri 19 - pelajaran 6 https://www.youtube.com/watch?v=UAqnvmdqapQ #MERENTASCABARANDEMIMENCAPAIKEJAYAAN
Hammasini ko'rsatish...
BIMBINGAN BERFOKUS ONLINE TASAWWUR ISLAM

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TASAWWUR ISLAM PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR UNTUK TAHUN 2021 BIMBINGAN BERFOKUS ONLINE

Repost from TASAWWUR ISLAM SPM
Photo unavailableShow in Telegram
Huraian (KABUS) Positif
Hammasini ko'rsatish...
Repost from TASAWWUR ISLAM SPM
Photo unavailableShow in Telegram
Keistimewaan suatu perkara
Hammasini ko'rsatish...
Repost from TASAWWUR ISLAM SPM
Photo unavailableShow in Telegram
Faktor NEGATIF .. Kalau positif lawan perkataan tersebut sahaja Contoh: faktor negatif = iman yang lemah Maknanya faktor positif = iman yang mantap
Hammasini ko'rsatish...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Amalan Ke Syurga Dengan Selamat عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَلَامٍ قَالَ: لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ  اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ  وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ  فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ  فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: ( يَا أَيُّهَا النَّاسُ  أَفْشُوْا السَّلَامَ  وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ  وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ  وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ  تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ). Daripada ‘Abdullah bin Salâm, ia berkata: “Ketika Rasûlullâh SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada baginda (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasûlullâh SAW telah datang, lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan orang ramai untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasûlullâh SAW, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Perkara pertama yang baginda ucapkan adalah: ‘Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkan silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (Sunan Tirmidzi no: 2485) Status: Hadis Hasan Sahih Pengajaran: 1.Islam itu cantik dan indah. Abdullah bin Salam tertarik dan masuk Islam kerana melihat keindahan Islam yang ada pada diri Rasulullah SAW dan apa yang baginda tuturkan. 2.Jadikanlah diri kita sebagai qudwah atau contoh ikutan melalui dakwah bil hal dengan keindahan dan kecantikan Islam pada diri kita. 3.Antara amalan yang menempatkan seseorang kedalam syurga adalah: a.  Menyebarkan salam iaitu selalu mengucapkan salam setiap kali bertemu sesama Muslim. Seorang Muslim yang tidak mahu mengucapkan salam setiap kali bertemu dianggap bakhil. Nabi SAW bersabda : أَعْجَزُ النَّاسِ مَنْ عَجِزَ فِيْ الدُّعَاءِ وَأَبْخَلُ النَّاسِ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلاَمِ. Selemah-lemah manusia adalah orang yang lemah (malas) berdoa kepada Allâh, dan sebakhil-bakhil manusia adalah orang yang bakhil mengucapkan salam (HR Thabarani dalam Mu’jamul Ausath (no. 5587) dan lainnya. Lihat Silsilah al-Ahâdîts ash-Shahîhah (no. 601). Status: Hadis Hasan b.  Memberi makan kepada orang yang memerlukan seperti tetamu, jiran tetangga atau orang yang memerlukan. Orang yang memberi atau bersedekah, nescaya Allah akan menambahkan rezeki kepadanya. Hadis Nabi SAW menyebutkan: مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ … Sedekah tidak mengurangi harta…  (Sahîh Muslim No. 2588). أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ Berinfaqlah! Niscaya Aku akan berinfaq kepadamu.  (Sahîh Bukhâri No: 4684) c.  Menyambung silaturahim dengan semua kerabat sama ada melalui perkataan, perbuatan, dan tingkahlaku. Al-Arhâm adalah jamak dari rahim. Maksudnya kerabat yang memiliki hubungan kekeluargaan dari ibu atau bapa, seperti datok, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu dan lain-lain. Allâh SWT berfirman : وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ Bertakwalah kepada Allâh yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan [an-Nisâ’/4:1] Silaturrahim merupakan sebab masuk syurga. Memutuskan silaturrahim menyebabkan laknat dan jauh dari rahmat Allâh Azza wa Jalla . d.  Solat di waktu malam, ketika manusia sedang tidur. Ia mencakupi solat wajib, seperti ‘Isya dan Subuh, juga mencakupi solat sunat malam, kerana malam adalah waktu orang tidur. 24hb Jun 2024 17hb Zulhijjah 1445H
Hammasini ko'rsatish...
👍 2
Photo unavailableShow in Telegram
Kirish qilib, tafsilotli ma'lumotlarga ega bo'ling

Biz sizga ushbu hazinani tasdiqlashdan so'ng ochamiz. Va'da qilamiz, tezroq!