cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Anjung Husnul Khatimah

Info terkini mengenai program kendalian DDHA

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
3 101
Obunachilar
+124 soatlar
-47 kunlar
-1530 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Photo unavailableShow in Telegram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Puasa Asyura عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam) 2.  Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa setahun yang lalu (Imam Nawawi kata diampunkan segala dosa kecil). Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan: سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih Rebutlah peluang melakukan puasa sunat sempena Asyura. Semoga amalan berpuasa sunat Asyura akan menjadi penebus dosa-dosa kita setahun yang lalu. Jadilah Muslim yang memiliki jati diri yang kukuh, bersih dari dosa dan maksiat. Kita perlu melahirkan warganegara yang merdeka daripada dosa, dan dalam masa yang sama memiliki peribadi yang utuh untuk membangunkan Negara Malaysia yang Sejahtera. Kredit:hadisharian_ikram
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
KULIAH MAGHRIB 🗓 11 Julai 2024 ( Khamis ) 🕌 : Masjid Al-Bakri Bukit Naga Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia. 📱 01162268055
Hammasini ko'rsatish...
JOM KENALI FALAK JMWP AL-QURAN@ASTRONOMI SIRI PERTAMA: TEKANAN ATMOSFERA Allah berfirman: فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهْدِيَهُۥ يَشْرَحْ صَدْرَهُۥ لِلْإِسْلَـٰمِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُۥ يَجْعَلْ صَدْرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجًۭا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى ٱلسَّمَآءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجْسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ Maksudnya: Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Surah Al-An'am ayat 125. Makna kalimah: الحرج Orang yang menjauhkan diri daripada maksiat. Al-Haraj: penyempitan yang paling besar. Ibn Atheer berkata: Al-Haraj pada dasarnya bermaksud kesempitan. Rajulun Harajun: Seorang lelaki berfikiran sempit. Haraja Sadruhu: Fikirannya sempit dan tidak terbuka kepada kebaikan. Fakta saintifik: Apabila seseorang naik ke langit, tekanan atmosfera berkurangan dan begitu juga jumlah oksigen. Hal Ini mengakibatkan berlakunya penyempitan paru-paru dan kesukaran bernafas. Penjelasan saintifik: Surah Al-An’am ayat 125, menunjukkan secara jelas mengenai dua fakta yang sudah disahkan oleh sains. Pertama: Perubahan besar berlaku dalam tekanan atmosfera dengan kenaikan pantas ke langit mengakibatkan penyempitan dalam paru-paru dan kesukaran bernafas. Kedua: Setiap kali seseorang naik lebih tinggi di langit, tekanan atmosfera dan kuantiti oksigen yang ada akan berkurangan dan membawa kepada penyempitan dalam paru-paru serta kesukaran bernafas.
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ Daripada Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Ukhuwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang. 2.  Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri. 3.  Mengikut Sarjana Muslim, maksud kasih sayang adalah: a.  Sifat memberikan manfaat kepada orang lain b.  Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada orang lain atau menjauhkannya daripada bencana. 4.  Sebelum peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW telah mengislamkan beberapa orang pimpinan kaum Aus dan Khazraj dan mereka telah dipersaudarakan yang sebelum ini puluhan tahun sering berperang dan bermusuhan tanpa henti. Tiada lagi permusuhan antara mereka, bahkan mereka saling berkasih sayang, bantu membantu antara satu sama lain. Apabila berlaku peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan pula golongan Muhajirin dan Ansar.  5.  Langkah strategik Rasulullah SAW mempersaudarakan ini demi memastikan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan penduduk Madinah kukuh terpatri. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Negara Madinah yang digeruni dan dihormati oleh kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi. 6.  Marilah kita menjadikan peristiwa hijrah ini dengan menyemarakkan ikatan saling berkasih sayang. Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama. JOM sempena Maal Hijrah 1446 ini kita sempurnakan iman dengan saling berkasih sayang dan berukhuwah untuk mewujudkan Negara Malaysia yang cemerlang dan diampuni Allah. Kredit:hadisharian_ikram
Hammasini ko'rsatish...
Buli Siber Kes buli boleh dianggap sebagai kejahatan sosial. Merasakan diri hebat, lebih mulia, perlu dihormati dan orang lain layak dihina, dicaci maki dan diherdik adalah senarai kejahatan yang telah termaktub dalam surah Al-Hujuraat. يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّنْ قَوْمٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُوْنُوْا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاۤءٌ مِّنْ نِّسَاۤءٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّۚ وَلَا تَلْمِزُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوْا بِالْاَلْقَابِۗ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوْقُ بَعْدَ الْاِيْمَانِۚ وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Ayat ini dengan tegas melarang perbuatan jahat dan zalim terhadap manusia lain. Setiap larangan pasti akan dibalas dengan setimpal sekiranya masih ingkar. Dunia di hujung jari menjadikan manusia semakin berani. Menulis segala perkataan kotor bertujuan menjatuhkan, memalukan, menindas tanpa perasaan bersalah walhal kesemua itu tergolong dalam larangan Allah SWT dalam surah al-Hujuraat itu tadi. Pelihara dirimu di saat dunia semakin mencabar, nasihat keluargamu agar berwaspada apabila ingin masuk ke laman sosial, kawal nafsumu saat engkau dicabar dalam dunia penuh keterbukaan ini. Semoga Allah SWT memelihara diri kita sentiasa.
Hammasini ko'rsatish...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

Photo unavailableShow in Telegram
Adanya Kehidupan Dan Kematian Firman Allah SWT dalam Surah al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebin baik amalnya; dan la Maha Kuasa (membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). Doa Dimatikan Dalam Keadaan Husnul Khatimah اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.” Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.