cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Diari Quran Ku 📖

Himpunan poster ayat-ayat Quran & Nota ilmu daripada Harnisah Tajudin @Omelzara Semoga bermanfaat, dapat amal dan sebarkan insyaAllah. جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
327
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
+330 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

27 RAMADHAN 1445H
7 APRIL 2024

🎯 PECUTAN AKHIR RAMADHAN
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab mengharapkan keredhaan Allah) akan diampunkan dosanya yang terdahulu."
(Riwayat al Bukhari, Kitab al Iman, Bab Shawmu Ramadhan Ihtisaban Mina al Iman no 38) #doa
Hammasini ko'rsatish...
27 RAMADHAN 1445H 7 APRIL 2024 🎯 PECUTAN AKHIR RAMADHAN Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab mengharapkan keredhaan Allah) akan diampunkan dosanya yang terdahulu." (Riwayat al Bukhari, Kitab al Iman, Bab Shawmu Ramadhan Ihtisaban Mina al Iman no 38) #doa
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
🔰 12 Amalan Mengejar Lailatul Qadar || Ustaz Abd Muein Abd Rahman Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ
“Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”.
[Riwayat Muslim, no. Hadith 2009] #notaSyafini Sumber: https://fb.watch/r93JpuMNh8/
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
18 RAMADHAN 1445H 30 MAC 2024 (SABTU) ===== 🍀 HAKIKAT KEMATIAN الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya.” (Surah al-Mulk QS67: 2) Al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran berkata bahawa perkataan “kematian” didahulukan daripada perkataan “kehidupan” kerana kematian itu lebih dekat. Boleh jadi juga kerana asal manusia daripada tiada kemudian diwujudkan. Amalan ketika menziarahi kubur : 1. Disunatkan memberi salam kepada ahli kubur 2. Mendoakan mereka agar mendapatkan rahmat, ampunan dan afiyah (kekuatan). 3. Membaca al-Quran 🎙Dengarkan doa ziarah kubur oleh Ustaz Azhar Idrus https://youtu.be/PPAbFI_glb8?si=fzfsE8mqgssjO6zV 🛎 Jemput baca artikel "ADAB ISLAM MENGHADAPI KEMATIAN" https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2588-bayan-linnas-siri-ke-13-adab-islam-bagi-menghadapi-kematian #doa
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
15 RAMADHAN 1445H 26 MAC 2024 ===== 🌓 RAMADHAN BULAN KEAMPUNAN Daripada Aisyah r.a, bahawasanya dia berkata: "Wahai Rasulullah, doa apakah yang aku harus baca jika mendapat Lailatul Qadar?" Baginda menjawab, " Ucapkanlah, اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي. (Hadis Riwayat Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513) . . Bagi memudahkan anak saya menghafal teks arab dan terjemahannya, saya pecahkan kepada 7 perkataan. Lazimi membaca doa ini sehingga hari terakhir Ramadhan. Moga dengan rahmat & kasih sayang Allah, segala dosa kita diampunkan. #doa
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
15 RAMADHAN 1445H 26 MAC 2024 ===== 🌼 ASMA'UL HUSNA : ٱلْعَفُوُّ YANG MAHA PEMAAF Allah SWT mempunyai nama ٱلْعَفُوُّ yang ertinya, mencintai pemaafan dan perlindungan. Allah Maha Memaafkan dosa, sebesar apapun dosa dilakukan; Maha Menutup aib dan tidak menyukai mendedahkan aib; Maha Memaafkan orang yang melakukan keburukan sebagai bentuk kemuliaan dan kebaikan; Maha Membuka keluasan rahmat sebagai kurnia dan nikmat, sehingga hati tidak beputus asa untuk berharap, dan hati selalu terikat kepada Yang Maha Mengetahui alam ghaib. Seorang muslim yang mengesakan Allah... 1) menjadi orang yang mudah memaafkan 2) berpaling daripada orang-orang bodoh 3) selalu mempermudahkan orang yang sedang kesulitan 📍Rujukan: Amazing Quran Karya Bistari halaman 676 🕋 Surah Al-Hajj 22:60 ذَٰلِكَ وَمَنْ عَاقَبَ بِمِثْلِ مَا عُوقِبَ بِهِۦ ثُمَّ بُغِىَ عَلَيْهِ لَيَنصُرَنَّهُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٌ Demikianlah (janji balasan Allah yang melimpah-limpah itu). Dan sesiapa yang membalas kejahatan orang, sama seperti yang dilakukan kepadanya, kemudian ia dianiaya lagi, demi sesungguhnya Allah akan menolongnya. (Dalam pada itu ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. #doa
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
13 RAMADHAN 1445H 24 MAC 2024 ===== 🌈 SUSAH DAN SENANG Sebagaimana air di pantai yang ada pasang dan surutnya, begitulah kehidupan kita ada susah dan senang. Motivasi diri dengan ayat Allah: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” {Surah Ash-Sharh 94:6} Tips Y.U.S.R.I insyaAllah akan membantu kita melalui fasa: Merancang (plan), Melaksanakan (do), Menilai (check) dan Menambah baik (act) untuk setiap projek atau usaha yang kita laksanakan untuk diri, keluarga, kerjaya dan masyarakat. هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي #omelzara
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
12 RAMADHAN 1445H 23 MAC 2024 ===== 🌵MASALAH TAK SALAH ALAMAT Selama kita hidup, pasti ada sahaja kejadian atau konflik yang memaksa kita untuk bertindak secara positif atau negatif. Apa yang kita tak boleh kawal? Perkara yang telah ditakdikan akan berlaku kepada diri. Apa yang kita boleh kawal? Cara kita bertindak balas dengan apa yang berlaku. Memilih diam sebagai respon, menjadi kita lebih tenang, itu lebih baik. Setelah tenang, carilahsolusi untuk selesaikan masalah. Kenapa konflik atau masalah belum selesai? Setiap masalah tak pernah salah alamat kerana ia berlaku dengan izin Allah. InsyaAllah dengan izin Allah juga, bila kita sabar, tenang dan berhemah menghadapi konflik insyaAllah Allah akan beri jalan keluar.
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
10 RAMADHAN 1445H 21 MAC 2024 ====== 🌼 ASMA'UL HUSNA : ٱلْوَكِيلُ YANG MAHA PELINDUNG Allah SWT mempunyai nama ٱلْوَكِيلُ ertinya adalah 'Yang Maha Mengurus alam semesta'. Dialah yang menciptakan alam semesta dan mengurusnya, memberikan hidayah dan mentakdirkannya. Dialah tempat bergantung bagi segenap hamba-Nya. Dialah yang Maha Menanggung rezeki dan kemaslahatan segenap hamba. Allah SWT menjadi wakil bagi segenap orang beriman yang bersujud dengan daya dan kekuatan daripada-Nya. Orang beriman... 1- yakin tiada daya dan upaya tanpa pertolongan Allah 2- serahkan segala urusan kepada-Nya 3- memohon pertolongan daripada Allah dalam usaha mereka. 4- memuji dengan beryukur kepada Allah setelah mendapat limpahan taufik. 📍Rujukan: Amazing Quran Karya Bistari halaman 142. 🕋 Surah Aal-e-Imran 3:173 وَقَالُوا۟ حَسْبُنَا ٱللَّهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ Mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)". #doa
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
8 RAMADHAN 1445H 19 MAC 2024 ===== 🪻BERDOALAH Ketika saya bingung melihat pelbagai gelagat dan ragam para jemaah di sekeliling kaabah ketika melakukan ibadah umrah tahun 2023... Saya terlihat di skrin elektronik pada jalan keluar tempat tawaf, ayat ini: ٱدْعُوا۟ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةًۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ (7:55) Lantas saya buka aplikasi al-Quran apa terjemahannya.. “ Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” Allahuakbar! SubhanalLah! 'Zikra' - peringatan kepada diri ini agar sentiasa berdoa kepada Allah Ya Rahman dalam apa jua situasi ketika sedang senang atau susah dengan beradab & sebaik-baik akhlak. Allah Ya Sami' - Maha Mendengar setiap doa hamba-hamba-Nya..
Hammasini ko'rsatish...