cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Harith Faisal

Tip Hartanah Santai, Motivasi Kewangan Sentap & Inspirasi Anak Muda. 0193897934 (WhatsApp Only)

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
50 878
Obunachilar
-1724 soatlar
-887 kunlar
-37730 kunlar
Post vaqtlarining boʻlagichi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Nashrni tahlil qilish
PostlarKo'rishlar
Ulashishlar
Ko'rish dinamikasi
01
“Saya ada RM100K tunai. Boleh bantu saya uruskan supaya saya tak tersilap langkah?” Saya terus kagum bila tahu anak muda tu ada simpanan tunai yang banyak. Satu amaun yang boleh dibanggakan. Sebab nak jumpa anak muda yang ada simpanan RM10K pun susah. “Tahniah. Pandai awak simpan duit.” “Err. Tu saya dapat lepas buat personal loan. Hari tu ada orang promote. Senang pula lulus. Sekarang saya tak tahu nak buat apa dengan duit tu.” Rasa kagum saya tadi hilang dibawa angin sepoi-sepoi bahasa. Ha! - HF #harithfaisal
2 4360Loading...
02
Bila dah ambil keputusan berhenti kerja, melabur, cuba elak untuk cerita kepada ahli keluarga. Bukan apa, biasanya mereka akan halang kita. Sebabnya, mereka sayang kita dan tak nak tengok kita susah. Mereka tak kan pernah nak bagi kita berada dalam situasi yang berisiko tinggi. Berhenti kerja, gagal dalam bisnes. Melabur dan mungkin alami kerugian. Saya akan buat dulu dan buat sampai jadi. Mereka akan nampak sendiri result baik yang saya tunjukkan. Itu dah cukup meyakinkan mereka. Rezeki saya, sejak dari kecil memang parent saya akan bagi saya buat keputusan sendiri. Saya pernah dapat tawaran belajar SBP 2 kali guna result UPSR dan PMR tapi saya decide untuk stay di SMKA. Parent saya tak halang. Saya decide nak kahwin awal umur 22 tahun. Saya buktikan yang saya cukup matang, rajin buat side income, parent saya restui. Saya beli rumah pertama senyap-senyap umur 24 tahun bila dah cukup ilmu. Lepas beli barulah saya bagitau parent saya dan mereka okay je. Saya tak bagitau parent saya yang saya nak berhenti kerja makan gaji lepas saya yakin yang saya boleh survive dengan side income saya. Entahlah. Rezeki saya kot, parent saya open minded dan bukan jenis yang mengongkong. Keluarga orang lain maybe lain pula situasinya. Kena tulis ni 👆🏻👆🏻👆🏻 supaya tak kena kecam dengan netizen. Ha! Kita yang belajar, kita yang mengkaji, kita yang tahu potensi, kita yang kenal diri sendiri, kita yang rangka plan yang kita nak execute. Bagi saya, as long as kita boleh buktikan yang kita cukup matang untuk buat keputusan sendiri, semua orang akan sokong apa yang kita buat. Kena berani buat keputusan sendiri. - HF #harithfaisal
4 6477Loading...
03
Media files
3 7197Loading...
04
"Aku memang takda simpan duit wei. Sebab kalau simpan pun, aku tak tau nak buat apa dengan duit tu nanti. Baik aku habiskan." Saya pelik bila ada orang tak tau nak buat apa dengan duit. Nak kata, rumah dah banyak, takda. Masih hidup menyewa. Nak kata kereta sedap, tak juga. Dia pakai kereta biasa-biasa je. Nak kata dah kahwin, yang pertama pun belum lagi rasanya. Dana kecemasan, takda. Dah memang tak simpan, mana pula datang dana kecemasan tu. Mungkin back up nya ada kad kredit. Takaful dan medical pun tak ada. Orang macam ni wajiblah simpan duit banyak. Supaya kalau sakit, tak susahkan orang lain. Macam ni, kalau kau tak tau apa matlamat untuk simpan duit pun tak apa, kau ikut simpan saja bodoh-bodoh. Iya, simpan ja. Si bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau dah kahwin, simpan pula 10%-30% gaji bulanan. Banyak lagi bagus. Bukan apa, satu hari nanti bila kau perlu guna duit tu kau akan bersyukur sangat, sebab duit itu wujud. Masa tu, barulah kau rasa kau bijak. Pepatah Rusia berbunyi, biar rasa macam bodoh sekarang, asalkan kau akan rasa bijak nanti. Gila tak sedap pepatah rekaan aku ni. Ha! Ala, kalau kau dah tak tau sangat nak buat apa dengan duit, kau sedekah dan infaq sajalah. Tak nak simpan untuk urusan dunia, kau simpanlah untuk tabung di akhirat. - HF #harithfaisal
5 9817Loading...
05
Kalau kita tahu berapa ringgit kita dibayar untuk setiap jam, kita lebih hargai duit yang kita dapat. Malah, kita juga boleh tahu sama ada berbaloi atau tidak kerja yang kita buat tu. Kira dulu berapa gaji tahunan kau. Kita ambil contoh RM60,000 gaji setahun okay. Kau bahagi dengan 12 bulan, jadi RM5,000. Bahagi lagi 22 hari bekerja dalam sebulan, jadi RM227.27. Maka, RM227.27 adalah gaji kau untuk sehari. Cuba pula bahagi dengan 8 jam, kau akan dapati kau dibayar RM28.40 untuk setiap jam yang kau kerja tu. Itulah nilai kerja kau sejam. Yang kerja ofis, memang direct je bahagi 12, bahagi 22, bahagi 8. Tapi kalau kau kerja freelance, konsultan, sale executive yang kerja tak tentu masa, kau bahagi ikut masa kau lah. Katakan kau surirumah tapi ada buat bisnes online, sehari buat bisnes 3 jam saja sambil-sambil, sebulan buat bisnes 10 hari saja, income tahunan RM60,000. Jom kita kira sama-sama. RM60,000 bahagi 12 bulan, bahagi 10 hari, bahagi 3 jam, jadi RM166.67. Maka, surirumah berbisnes tu nilai sejam dia jauh lebih tinggi berbanding contoh pertama yang saya kira tadilah. Hampir 6 kali ganda!! Kenapa kena tau nilai sejam kita ni? Supaya kita tak bazirkan masa kita dengan buat benda tak berfaedah, tak fokus kat perkara yang tak bagi apa-apa untung. Tak ada masa untuk rasa down lama-lama. Cepat move on. Tak ada masa nak cerita buruk pasal orang lain. Tak ada masa nak membawang sana sini. Masa kita terisi dengan perkara baik. Orang kaya yang nilai sejam dia mencecah ribuan ringgit pun ada 24 jam setiap hari macam kita. Tuhan bagi adil setiap orang sama 24 jam. Kita kena usaha sendiri untuk naikkan nilai sejam diri kita tu. Dah kira berapa nilai RM sejam kau? 2 angka? 3 angka? 4 angka? #harithfaisal
8 19616Loading...
06
Kalau mak bapak kita tak pernah belikan rumah untuk kita dan adik-beradik kita, takkan kita nak balas dendam kat anak-anak kita, kan. Kalau betul nak buat, dorang tak perlu tahu plan kita ni. Bagi saya, bukan nak mewahkan anak pun. Cuma kita perlu bersedia untuk bantu dorang nanti. Zaman sekarang pun kita dah rasa susah nak beli rumah, apa yang kita boleh jangka akan berlaku lagi 20 tahun masa anak kita mula kerja nanti. Iya! Kita kena bersedia untuk bantu dorang. Tapi sebelum tu, bantulah diri kau sendiri dulu. Ini tak, pasal dana persaraan pun kau malas nak fikir. Pasal rumah anak, jauh sekali. Sediakan dorang dengan kesedaran, ilmu kewangan dan pelaburan. Kalau kau asyik bantu dorang saja tapi dorang takda ilmu, tak guna juga. Kalau mak bapak kita tak pernah simpan duit raya kita masa kita kecik dulu, takkan kita pakat nak perabih duit raya anak kita pula, kan. Mak bapak yang buat hutang, anak-anak pula kena berkorban duit raya memasing untuk bayar. Kesian kat anak. Jadilah mak bapak yang bijak. Simpanlah duit raya anak-anak kat Tabung Haji, ASB, SSPNi. Setiap tahun tunjuk berapa simpanan yang dorang ada. Mesti dorang happy gila. Orang lain kongsi tips buat simpanan untuk masa depan anak, kau meroyan kecam. Patutlah meroyan, duit raya anak pun kau tak reti simpankan. Benda ni nampak macam basic sangat. Tapi percayalah, ramai je yang tak simpan duit raya anak. Kalau memang terdesak sangat, gunalah. Lepas tu gantilah balik ya 😅. - HF #harithfaisal
8 62414Loading...
“Saya ada RM100K tunai. Boleh bantu saya uruskan supaya saya tak tersilap langkah?” Saya terus kagum bila tahu anak muda tu ada simpanan tunai yang banyak. Satu amaun yang boleh dibanggakan. Sebab nak jumpa anak muda yang ada simpanan RM10K pun susah. “Tahniah. Pandai awak simpan duit.” “Err. Tu saya dapat lepas buat personal loan. Hari tu ada orang promote. Senang pula lulus. Sekarang saya tak tahu nak buat apa dengan duit tu.” Rasa kagum saya tadi hilang dibawa angin sepoi-sepoi bahasa. Ha! - HF #harithfaisal
Hammasini ko'rsatish...
🤣 65😁 8😭 3👍 2🔥 2
Bila dah ambil keputusan berhenti kerja, melabur, cuba elak untuk cerita kepada ahli keluarga. Bukan apa, biasanya mereka akan halang kita. Sebabnya, mereka sayang kita dan tak nak tengok kita susah. Mereka tak kan pernah nak bagi kita berada dalam situasi yang berisiko tinggi. Berhenti kerja, gagal dalam bisnes. Melabur dan mungkin alami kerugian. Saya akan buat dulu dan buat sampai jadi. Mereka akan nampak sendiri result baik yang saya tunjukkan. Itu dah cukup meyakinkan mereka. Rezeki saya, sejak dari kecil memang parent saya akan bagi saya buat keputusan sendiri. Saya pernah dapat tawaran belajar SBP 2 kali guna result UPSR dan PMR tapi saya decide untuk stay di SMKA. Parent saya tak halang. Saya decide nak kahwin awal umur 22 tahun. Saya buktikan yang saya cukup matang, rajin buat side income, parent saya restui. Saya beli rumah pertama senyap-senyap umur 24 tahun bila dah cukup ilmu. Lepas beli barulah saya bagitau parent saya dan mereka okay je. Saya tak bagitau parent saya yang saya nak berhenti kerja makan gaji lepas saya yakin yang saya boleh survive dengan side income saya. Entahlah. Rezeki saya kot, parent saya open minded dan bukan jenis yang mengongkong. Keluarga orang lain maybe lain pula situasinya. Kena tulis ni 👆🏻👆🏻👆🏻 supaya tak kena kecam dengan netizen. Ha! Kita yang belajar, kita yang mengkaji, kita yang tahu potensi, kita yang kenal diri sendiri, kita yang rangka plan yang kita nak execute. Bagi saya, as long as kita boleh buktikan yang kita cukup matang untuk buat keputusan sendiri, semua orang akan sokong apa yang kita buat. Kena berani buat keputusan sendiri. - HF #harithfaisal
Hammasini ko'rsatish...
36👍 28
Photo unavailableShow in Telegram
"Aku memang takda simpan duit wei. Sebab kalau simpan pun, aku tak tau nak buat apa dengan duit tu nanti. Baik aku habiskan." Saya pelik bila ada orang tak tau nak buat apa dengan duit. Nak kata, rumah dah banyak, takda. Masih hidup menyewa. Nak kata kereta sedap, tak juga. Dia pakai kereta biasa-biasa je. Nak kata dah kahwin, yang pertama pun belum lagi rasanya. Dana kecemasan, takda. Dah memang tak simpan, mana pula datang dana kecemasan tu. Mungkin back up nya ada kad kredit. Takaful dan medical pun tak ada. Orang macam ni wajiblah simpan duit banyak. Supaya kalau sakit, tak susahkan orang lain. Macam ni, kalau kau tak tau apa matlamat untuk simpan duit pun tak apa, kau ikut simpan saja bodoh-bodoh. Iya, simpan ja. Si bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau dah kahwin, simpan pula 10%-30% gaji bulanan. Banyak lagi bagus. Bukan apa, satu hari nanti bila kau perlu guna duit tu kau akan bersyukur sangat, sebab duit itu wujud. Masa tu, barulah kau rasa kau bijak. Pepatah Rusia berbunyi, biar rasa macam bodoh sekarang, asalkan kau akan rasa bijak nanti. Gila tak sedap pepatah rekaan aku ni. Ha! Ala, kalau kau dah tak tau sangat nak buat apa dengan duit, kau sedekah dan infaq sajalah. Tak nak simpan untuk urusan dunia, kau simpanlah untuk tabung di akhirat. - HF #harithfaisal
Hammasini ko'rsatish...
15👍 13👏 3
Kalau kita tahu berapa ringgit kita dibayar untuk setiap jam, kita lebih hargai duit yang kita dapat. Malah, kita juga boleh tahu sama ada berbaloi atau tidak kerja yang kita buat tu. Kira dulu berapa gaji tahunan kau. Kita ambil contoh RM60,000 gaji setahun okay. Kau bahagi dengan 12 bulan, jadi RM5,000. Bahagi lagi 22 hari bekerja dalam sebulan, jadi RM227.27. Maka, RM227.27 adalah gaji kau untuk sehari. Cuba pula bahagi dengan 8 jam, kau akan dapati kau dibayar RM28.40 untuk setiap jam yang kau kerja tu. Itulah nilai kerja kau sejam. Yang kerja ofis, memang direct je bahagi 12, bahagi 22, bahagi 8. Tapi kalau kau kerja freelance, konsultan, sale executive yang kerja tak tentu masa, kau bahagi ikut masa kau lah. Katakan kau surirumah tapi ada buat bisnes online, sehari buat bisnes 3 jam saja sambil-sambil, sebulan buat bisnes 10 hari saja, income tahunan RM60,000. Jom kita kira sama-sama. RM60,000 bahagi 12 bulan, bahagi 10 hari, bahagi 3 jam, jadi RM166.67. Maka, surirumah berbisnes tu nilai sejam dia jauh lebih tinggi berbanding contoh pertama yang saya kira tadilah. Hampir 6 kali ganda!! Kenapa kena tau nilai sejam kita ni? Supaya kita tak bazirkan masa kita dengan buat benda tak berfaedah, tak fokus kat perkara yang tak bagi apa-apa untung. Tak ada masa untuk rasa down lama-lama. Cepat move on. Tak ada masa nak cerita buruk pasal orang lain. Tak ada masa nak membawang sana sini. Masa kita terisi dengan perkara baik. Orang kaya yang nilai sejam dia mencecah ribuan ringgit pun ada 24 jam setiap hari macam kita. Tuhan bagi adil setiap orang sama 24 jam. Kita kena usaha sendiri untuk naikkan nilai sejam diri kita tu. Dah kira berapa nilai RM sejam kau? 2 angka? 3 angka? 4 angka? #harithfaisal
Hammasini ko'rsatish...
👍 51 18😭 9🫡 2🔥 1
Kalau mak bapak kita tak pernah belikan rumah untuk kita dan adik-beradik kita, takkan kita nak balas dendam kat anak-anak kita, kan. Kalau betul nak buat, dorang tak perlu tahu plan kita ni. Bagi saya, bukan nak mewahkan anak pun. Cuma kita perlu bersedia untuk bantu dorang nanti. Zaman sekarang pun kita dah rasa susah nak beli rumah, apa yang kita boleh jangka akan berlaku lagi 20 tahun masa anak kita mula kerja nanti. Iya! Kita kena bersedia untuk bantu dorang. Tapi sebelum tu, bantulah diri kau sendiri dulu. Ini tak, pasal dana persaraan pun kau malas nak fikir. Pasal rumah anak, jauh sekali. Sediakan dorang dengan kesedaran, ilmu kewangan dan pelaburan. Kalau kau asyik bantu dorang saja tapi dorang takda ilmu, tak guna juga. Kalau mak bapak kita tak pernah simpan duit raya kita masa kita kecik dulu, takkan kita pakat nak perabih duit raya anak kita pula, kan. Mak bapak yang buat hutang, anak-anak pula kena berkorban duit raya memasing untuk bayar. Kesian kat anak. Jadilah mak bapak yang bijak. Simpanlah duit raya anak-anak kat Tabung Haji, ASB, SSPNi. Setiap tahun tunjuk berapa simpanan yang dorang ada. Mesti dorang happy gila. Orang lain kongsi tips buat simpanan untuk masa depan anak, kau meroyan kecam. Patutlah meroyan, duit raya anak pun kau tak reti simpankan. Benda ni nampak macam basic sangat. Tapi percayalah, ramai je yang tak simpan duit raya anak. Kalau memang terdesak sangat, gunalah. Lepas tu gantilah balik ya 😅. - HF #harithfaisal
Hammasini ko'rsatish...
👍 48 14🔥 3🤣 2👏 1
Po'stilar arxiv