cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Mutiara Hikmah Menjentik Hati💖

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
2 930
Obunachilar
+724 soatlar
+437 kunlar
+20230 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Bagi yg ada kemampuan, marilah kita sama² berpuasa hari Tasu'aa (yakni hari ke-9 Muharram). Dan andai tidak mampu utk berpuasa Tasu'aa, maka cubalah kita berpuasa pada hari Hadusyaa' (yakni hari ke-11 Muharram), sebagai memenuhi harapan Nabi s.a.w untuk berpuasa sehari sebelum atau selepas hari Asyura.. Harapan siapakah lagi yg seboleh-bolehnya untuk kita cuba tunaikan kalau bukan harapannya semulia² insan baginda Rasulullah s.a.w?! Telah bersabda baginda Nabi s.a.w riwayat Imam Ahmad :- "Berpuasalah kalian pada hari Asyura, dan berbezalah kalian (dalam mengerjakan puasa tersebut) dengan orang² Yahudi, maka berpuasalah kalian sebelumnya 1 hari (yakni hari Tasu'aa) atau selepasnya 1 hari (yakni hari Hadusyaa')". Di dalam riwayat alBaihaqi, lafaz 'atau' telah diganti dengan lafaz 'dan', iaitu ;- "Berpuasalah kalian sebelumnya 1 hari dan selepasnya 1 hari". Yakni berpuasa 3 hari berturut dari hari ke 9 hingga ke 11. Para ulama ada menyebut, di antara hikmahnya juga berpuasa pada hari Hadhusyaa', adalah sebagai langkah 'ihtiyat' (yakni sebagai langkah berhati²), kerana boleh jadi ada kalanya manusia tersilap melihat anak bulan Muharram maka akan tersilaplah juga dalam menentukan tepatnya hari Asyura. Oleh itu, berpuasa sebelum atau selepasnya itu sudah tentu akan memastikan setiap insan yg dahaga kepada ganjaran besar puasa Asyura tidak akan terluput sama sekali yg mungkin terjadi dari kesilapan menentukan hari pertama bulan Muharram.. Keduanya, disamping kita akan berpuasa Asyura, maka marilah juga kita sama² buat jamuan makan² atau beri apa² pemberian walau kecil-kecilan kepada famili kita, ibu ayah serta kerabat karib, kerana padanya fhadilat yg besar menanti bagi sesiapa yg meluaskan pemberiannya buat ahli keluarganya pada hari Asyura dan lebih² lagilah pada waktu berbuka puasa.. Sabda Nabi s.a.w :- "Barangsiapa yang meluaskan (belanja) kaum keluarganya pada hari 'Asyura', maka Allah akan melapangkannya pada tahun tersebut seluruhnya". Dalam satu riwayat: "Barangsiapa yang meluaskan nafkah kaum keluarganya pada hari 'Asyura', maka Allah akan melapangkannya sepanjang tahun tersebut". Kata Sufyan: Sesungguhnya kami telah mengujinya, lalu kami dapati ianya benar. Jom kita.. sama² kita beramal kerana manfaat serta ganjaran Asyura sangat² besar, seperti sabda Nabi s.a.w.. :- “Dan berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya.” - Riwayat Muslim Pak Ngah alDimashqy 22:46 Ahad 14/7/24
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM 1446H Antara amalan sunat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Muharram adalah berpuasa pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan puasa ‘Asyura. Disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari ‘Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
"Ijazah atau sanad itu 'sabab' untuk merapatkan atau menguatkan hubungan dengan pemberi sanad dan bersambung ke orang pertama (yang menyusun zikir). Tentunya keberkatan lebih kepada mereka yang mempunyai sanad berbandingkan yang tidak bersanad. Tidak bersanad tidak bermakna tidak boleh berzikir. Zikir itu adalah dianjurkan dalam segala keadaan" Jawapan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid kepada pertanyaan, "Perlukah seseorang mempunyai sanad untuk mengamalkan apa² ratib/wirid dan adakah wujud perbezaan amalan bersanad dengan yang tidak bersanad" Credit to; Kost Ordinary
Hammasini ko'rsatish...
00:26
Video unavailableShow in Telegram
Sediakan waktu untuk solat... Tunggu waktu untuk solat di awal waktu... #NasihatBuatHati🖤
Hammasini ko'rsatish...
6.88 MB
Photo unavailableShow in Telegram
Kembalilah kepada ALLAH sekalipun kau berbuat dosa beribu-ribu kali.
Hammasini ko'rsatish...
25 . Feb. 2020 HAKIKAT ZIKIR hakikat zikir itu adalah bahawa engkau mengingati Allah walhal engkau lupa tiap² yang selain Allah. Dan dari kerana ini, telah berkata Dzunnun Al-masri "barangsiapa yang berzikrullah taala atas jalan hakikat nescaya lupa ia pada ketika zikirnya itu akan tiap² sesuatu dan Allah taala menjaga atasnya dari tiap² sesuatu." Disinilah punca menilai zikir yg dilakukan oleh si murid itu berkesan kepadanya atau tidak. Jika adalah zikir tersebut berkesan padanya, maka padanya itu tanda dan simat. Akan hilang minatnya bercampur dengan kebanyakan budaya hidup yg lalai dan akan tinggi minatnya mencari budaya hidup ahli warak. Maka perhatikanlah hai murid, pendustaan orang yg mendakwa hakikat, mereka itu tidak akan manis dalam ibadah tetapi manis didalam nafsu kibir(kesombongan) yg dirasa sendiri dengan mengatakan orang lain tidak sampai. Tidak manis dalam ibadah, tetapi manis dalam nafsu. #kalammursyidsyeikhazizulwahyu
Hammasini ko'rsatish...
Photo unavailableShow in Telegram
Tidak bersanad tidak bermakna tidak boleh berzikir. Zikir itu adalah dianjurkan dalam segala keadaan. [ Kalam Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid]
Hammasini ko'rsatish...
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.