ππͺπΌππͺπͺπΆπ²π· β
Kanalga Telegramβda oβtish
"Dan tetaplah memberi peringatan. Maka sesungguhnya peringatan itu amatlah bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (QS. Az-Zariyat : 55) Owner sudah berkahwin
Ko'proq ko'rsatish1 916
Obunachilar
-124 soatlar
-77 kun
-3130 kun
Postlar arxiv
πTeguran dan menghukum itu dua perkara yang berbeza.
Menegur ialah bila kita nampak sesuatu yang salah, lalu kita mengingatkan dengan ilmu, hikmah dan cara yang baik.
Menghukum pula ialah bila kita meletakkan diri seolah-olah kita tahu nilai seseorang di sisi Allah, merendahkan dia, melabel dia, atau menganggap kita lebih baik daripada dia.
Kita boleh mengatakan βperbuatan itu salahβ tanpa mengatakan βkau manusia yang tak baikβ.
Kita boleh menasihati tanpa menghina.
Kita boleh mencegah kemungkaran tanpa merasakan diri suci.
Kita boleh bertegas pada hukum tanpa bersikap zalim kepada manusia.
Sebab tugas kita dalam amar makruf nahi mungkar ialah menyampaikan dan mengajak kepada kebaikan, bukan mengambil tempat Allah untuk menghukum hati manusia.
Jadi jangan gunakan alasan βjangan judge orangβ sehingga semua teguran dianggap sebagai menghukum.
Dan jangan pula gunakan βamar makruf nahi mungkarβ sebagai alasan untuk menghakimi dan menjatuhkan orang.
Tegur perbuatannya. Jangan rasa diri berhak menghukum pelakunya.
Kita sama-sama hamba yang sedang belajar, tersilap, bertaubat dan kembali kepada Allah
β hasya
Kita semua layak untuk menegur.
Bukan sebab kita sempurna.
Bukan sebab kita tak pernah buat dosa.
Bukan sebab kita rasa diri lebih baik daripada orang lain.
Tetapi kerana amar makruf nahi mungkar itu adalah kewajipan.
Kita diperintahkan untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jadi jangan sampai rasa βaku pun tak sempurnaβ membuatkan kita terus memilih untuk diam.
Kalau nak tunggu diri betul-betul baik baru nak tegur orang, sampai bila kita nak tunggu?
Kita menegur bukan kerana kita sudah sempurna. Kita menegur kerana perkara yang salah tetap salah, walaupun kita sendiri masih sedang berusaha memperbaiki diri.
Yang penting, tegurlah dengan ilmu, hikmah dan cara yang baik. Jangan menghina, jangan merendahkan, jangan rasa diri lebih suci.
Selepas kita menyampaikan, penerimaan adalah urusan orang yang menerima teguran. Kita tak mampu paksa hati seseorang untuk menerima nasihat kita.
Dan kalau suatu hari kita sendiri tergelincir pada perkara yang pernah kita tegur, itu bukan bermaksud kita tak pernah layak menegur.
Kita manusia. Kita boleh tahu sesuatu itu salah, menasihati orang tentangnya, tetapi dalam kelemahan kita sendiri masih boleh terjatuh.
Bila itu berlaku, kita bertaubat. Kita perbaiki diri. Kita kembali kepada Allah.
Jangan sampai ayat βthe sin you mock today may be the sin you commit tomorrowβ membuatkan orang takut untuk menegur, sehingga akhirnya kemungkaran dibiarkan kerana masing-masing takut βnanti aku pula buatβ.
Amar makruf nahi mungkar tetap perlu dilakukan.
Tegurlah dengan niat kerana Allah, dengan cara yang baik, dan dalam perkara yang kita tahu benar.
Sebab kita bukan disuruh menjadi manusia yang sempurna sebelum mengajak kepada kebaikan.
Kita disuruh saling mengingatkan β sambil kita sendiri terus berusaha untuk menjadi lebih baik
β hasya
Saya kurang berkenan dengan ayat βthe sin you mock today may be the sin you commit tomorrow.β
Sebab kadang-kadang ayat macam ni buat orang takut nak menegur.
βTakut nanti aku buat benda yang sama.β
βTakut nanti Allah uji aku dengan apa yang aku tegur.β
βBaik diam, sebab kita pun tak sempurna.β
Sedangkan amar makruf nahi mungkar bukan hanya untuk orang yang sempurna.
Kalau kita nampak sesuatu yang salah, tegurlah dengan ilmu, hikmah dan cara yang baik. Bukan dengan menghina, bukan dengan merendahkan.
Dan ya, mungkin suatu hari kita pula diuji dengan perkara yang pernah kita tegur.
Tapi itu tak semestinya bermaksud, βnah, sekarang kau rasa pula.β
Boleh jadi Allah sedang menguji kita:
adakah kita benar-benar faham apa yang kita nasihatkan?
Adakah kita akan tetap kembali kepada Allah apabila kita sendiri tersilap?
Adakah kita mampu merendahkan ego dan mengakui bahawa kita juga hamba yang lemah?
Jadi jangan jadikan kemungkinan kita jatuh sebagai alasan untuk berhenti mengajak kepada kebaikan.
Kita tegur bukan sebab kita rasa kita lebih baik.
Kita tegur sebab kita sama-sama sedang berusaha untuk jadi lebih baik.
Dan kalau suatu hari kita pula tersilap, kita bertaubat.
Teguran yang pernah kita berikan tetap boleh menjadi benar, walaupun kita sendiri belum sempurna dalam mengamalkannya.
β hasya
Bagitahu je korang nak saya review buku yang mana? Sangat dipersilakan heheβ¦
Nah permulaan bagi kepada sesiapa yg ingin jadual beribadahnya lebih teratur dan terjaga. InsyaΨ§ΩΩΩ
https://vt.tiktok.com/ZS9SwWAa47WaW-FGhVP/
Jangan tunggu diri menjadi sempurna untuk mendekati Allah.
Wanita yang ingin berubah menjadi solehah bukanlah wanita yang tidak pernah melakukan dosa, tetapi wanita yang setiap kali tersilap, dia memilih untuk kembali.
Perlahan-lahan tinggalkan apa yang Allah tidak redha.
Perbaiki solat.
Jaga aurat.
Perbaiki akhlak.
Pilih circle yang membawa kepada kebaikan.
Dan teruslah belajar menjadi hamba yang lebih baik.
Mungkin perubahanmu belum sempurna,
tetapi setiap langkah kecil menuju Allah itu tetap bernilai.
Teruskan. Jangan berhenti.
Kerana Allah melihat usaha seorang hamba yang sedang berusaha untuk kembali kepada-Nya. π€
@asyaliy π€
Kadang-kadang kita tak sedar⦠muzik yang kita dengar setiap hari perlahan-lahan memenuhi hati, sampai ruang untuk Al-Quran semakin sedikit.
Bukan semua yang menghiburkan itu baik untuk jiwa.
Jaga apa yang masuk ke telinga, kerana apa yang kita ulang dengar boleh mempengaruhi hati.
Jangan sampai sesuatu yang kita anggap βsekadar hiburanβ menjadi sebab hati kita jauh daripada Allah. π€
Pilih apa yang menenangkan jiwa, bukan sekadar apa yang menghiburkan telinga.
+2
β MINUMAN SIHAT & BERKHASIAT SEISI KELUARGA! πΏ
Nikmati pilihan minuman lazat, tanpa gula putih/susu pekat, tanpa pengawet & tanpa maltodekstrin!
Daftar ahli percuma sahaja. Dan boleh mula membeli di link dibawahπ
https://int3mall.com/register?referral_code=INT30697
π15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah
Hari 15
Perjalanan menjadi wanita solehah akan berakhir apabila nyawa sampai di kerongkong. Selagi kita masih hidup, perjuangan itu belum selesai. Jangan pernah berkata, βAku sudah cukup baik.β Teruslah belajar, teruslah memperbaiki diri, dan terus berharap agar Allah menjemput kita dalam keadaan Dia reda kepada kita.Ya Allah, jadikan kami wanita yang sentiasa mengejar reda-Mu, bukan pujian manusia. Aamiin.
Tekan link ini untuk sebarang pembelian :
https://int3mall.com/register?referral_code=INT30697
- Daftar secara PERCUMA sahaja. Jom support produk Muslim. πͺπ»
π15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah
Hari 14
Kita mungkin tidak dikenali di dunia. Tetapi alangkah indahnya jika nama kita dikenali oleh para malaikat sebagai hamba yang sering beristighfar, bersujud dan mengingati Allah.
π15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah
Hari 13
Setiap kali terasa malas beribadah, ingatlah⦠syaitan tidak pernah malas menyesatkan kita. Maka jangan biarkan diri kalah dengan musuh yang tidak pernah berhenti bekerja.
π15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah
Hari 12
Wanita solehah menjaga lisannya. Kerana satu perkataan mampu mengubat hati, dan satu perkataan juga mampu merosakkan segalanya. Sebelum berkata, tanyalah diri, adakah Allah reda dengan kata-kata ini?
π15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah
Hari 11
Kadang-kadang ujian datang bukan untuk menghancurkan kita, tetapi untuk membawa kita kembali kepada Allah. Jangan hanya mencari Allah ketika susah. Carilah Dia juga ketika hidup terasa baik-baik sahaja.
π15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah
Hari 10
Hati yang dekat dengan al-Quran akan lebih tenang menghadapi ujian. Walaupun hanya beberapa ayat sehari, jangan tinggalkan al-Quran. Sedikit yang berterusan lebih dicintai Allah.
π 15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah
Hari 9
Menjadi wanita solehah bukan tentang siapa paling alim. Tetapi tentang siapa yang paling ikhlas memperbaiki dirinya walaupun tiada siapa yang melihat.
π 15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah
Hari 8
Jangan ukur diri dengan wanita lain. Ukurlah diri dengan diri kita semalam. Jika hari ini kita lebih dekat kepada Allah daripada semalam, itu sudah satu kemenangan yang besar.
π 15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah
Hari 7
Tidak semua orang akan memahami perubahan kita. Ada yang mengejek, ada yang mempersendakan. Tidak mengapa. Yang penting, Allah melihat setiap langkah kecil yang kita usahakan menuju-Nya.
