POSITIVE CIRCLE
Kanalga Telegram’da o‘tish
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Ko'proq ko'rsatish828
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+37 kunlar
+430 kunlar
Postlar arxiv
Jom!
Kami nak berkongsi manfaat dan rezeki kepada anda semua sebagai EJEN Kad Inovasi - Cards of Activities (COVITS69)
Yang berminat boleh ambil tindakan segera. Tempat terhad.
Mohon kongsikan juga peluang ini kepada rakan-rakan yang lain. Mungkin mereka sedang mencari peluang ini.
#kongsipositif
#kongsiinovasi
Terdapat beberapa jenis Kad Aktiviti yang boleh dibina;
1. Kad Aktiviti berdasarkan ISI.
2. Kad Aktiviti berdasarkan BENTUK.
3. Kad Aktiviti berdasarkan WARNA.
4. Kad Aktiviti berdasarkan UKURAN.
Apa jenis kad aktiviti yang ingin dibina bergantung kepada objektif yang ingin dicapai.
Dapat idea untuk bina Kad Aktiviti anda sendiri?
Hasbullah Mustafa
Innovator
Card of Activities (COVITS69)
#kongsipositif
#kongsiinovasi
#positivecircle21
Kenapa Nak Buat Flash Cards/ Kad Aktiviti?
Jom baca sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Sj6nWD85Fb4XYUC5tZWr3FBwwvpX9m3WiZLDUYzyAgZygdZqbKokgJiQH8zhaxCQl&id=100000530176738&mibextid=Nif5oz
Kenapa Flash Cards/ Kad Aktiviti?
Flash cards adalah kaedah pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perbendaharaan kata, minat, dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta tools beraktiviti.
Berikut adalah beberapa sebab kenapa flash cards boleh bantu tarik perhatian pelajar untuk fokus:
1. Flash cards melibatkan "ingatan aktif", iaitu usaha untuk mengingat konsep daripada kosong daripada hanya membaca atau mengenali.
2. Flash cards melibatkan "metakognisi", iaitu proses refleksi diri tentang betapa baiknya kita mengetahui (atau tidak mengetahui) sesuatu. Pelajar cenderung berfikir dengan lebih dalam. Ini dapat membantu pelajar mengenal pasti kelemahan mereka dan belajar dengan lebih cekap.
3. Flash cards membolehkan "pengulangan berdasarkan keyakinan", iaitu kaedah untuk mengulang kaji konsep yang kurang dikuasai dengan lebih kerap daripada yang sudah dikuasai. Ini dapat membantu pelajar menguruskan masa dan meningkatkan kefahaman.
4. Flash cards sering menggunakan "gambar berwarna" yang menarik perhatian pelajar dan membantu mereka mengaitkan objek dengan perkataan. Ini dapat membantu pelajar mengembangkan memori visual dan merangsang pemikiran.
5. Flash cards adalah "fleksibel" dan boleh digunakan untuk pelbagai subjek dan topik, seperti matematik, sains, bahasa, dan sejarah. Ini dapat membantu pelajar belajar secara menyeluruh dan menyeronokkan.
Jom bina flash cards/ Kad Aktiviti anda sendiri!
Hasbullah Mustafa
Innovator
Card of Activities (COVITS69)
#kongsipositif
#kongsiinovasi
#positivecircle21
“Apabila engkau telah berazam maka hendaklah engkau bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang bertawakal”
Surah Ali-Imran ayat 159
#kongsipositif
#positivecircle21
Jom Bina Inovasi Flash Cards/ Kad Aktiviti
Flash cards adalah kad kecil yang berisi informasi penting yang biasanya digunakan untuk membantu proses pembelajaran atau beraktiviti. Flash cards dapat digunakan untuk menguasai berbagai topik seperti info, kosakata, rumus, fakta dan juga untuk beraktiviti.
Beberapa ciri-ciri flash cards yang baik adalah:
1. Flash cards harus mudah dibaca dan dipahami. Gunakan kata-kata yang sederhana dan jelas, serta elakkan perkataan yang terlalu panjang atau rumit.
2. Flash cards perlu mempunyai informasi yang relevan dan penting. Jangan memasukkan informasi yang tidak perlu atau tidak berkaitan dengan topik yang ingin dipelajari.
3. Flash cards harus menarik dan mampu merangsang perhatian. Penggunaan warna-warna cerah, gambar, atau ilustrasi yang sesuai dengan topik banyak membantu pengguna kad.
4. Flash cards kebiasaannya memiliki dua sisi, iaitu sisi depan dan sisi belakang. Sisi depan biasanya berisi pertanyaan, gambar, atau simbol. Sisi belakang pula berisi jawapan, definisi, keterangan, atau huraian.
5. Flash cards perlu digunakan secara teratur dan konsisten. Ulangi proses menunjukkan dan menjawab flash cards hingga informasi tertanam dalam ingatan. Proses ulangan boleh difokus kepada topik yang berat atau sukar.
Selamat membina flash cards/ Kad Aktiviti anda sendiri.
Hasbullah Mustafa
Innovator
Card of Activities (COVITS69)
#kongsipositif
#covits69
#positivecircle21
Mungkin kita perlukan 5K ini dalam setiap apa yang kita rancang dan laksanakan:
1. Kejelasan
2. Ketepatan
3. Keterujaan
4. Komited
5. Konsisten
InsyaAllah moga ia di landasan yang betul.
#kongsipositif
#positivecircle21
Untuk mereka yang berminat untuk membangunkan kad aktiviti, antara ciri-ciri berikut boleh di beri perhatian:
Objektif dan hasil pembelajaran yang jelas:
Mempunyai objektif dan hasil pembelajaran yang jelas bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Ini akan membantu peserta memahami tujuan dan manfaat aktiviti tersebut, serta menilai pencapaian mereka sendiri.
Kemahiran yang diperlukan:
Kad Aktiviti perlu mengenalpasti kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti yang dijalankan, seperti kemahiran berfikir kritis, komunikasi, kerjasama, kreativiti, dan sebagainya. Ini akan membantu peserta mengembangkan kemahiran yang relevan dengan bidang yang mereka minati atau pelajari.
Cabaran dan kepuasan:
Kad Aktiviti perlu memberikan cabaran dan kepuasan melalui kemenangan atau pencapaian kepada peserta. Ini akan membantu peserta meningkatkan motivasi, keyakinan, dan keseronokan mereka dalam aktiviti tersebut.
Warna yang menarik:
Kad Aktiviti perlu mempunyai warna yang menarik dan ceria untuk menarik perhatian dan minat peserta. Warna yang berbeza juga boleh digunakan untuk membezakan tahap kesukaran, kategori, atau jenis aktiviti.
Susunatur yang jelas:
Kad Aktiviti perlu mempunyai susunatur yang jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Kad Aktiviti perlu mempunyai tajuk, gambar, arahan, dan maklumat tambahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut. Kad Aktiviti juga perlu mempunyai saiz, bentuk, dan bahan yang sesuai untuk digunakan oleh peserta.
Jom bina Kad Aktiviti anda sendiri. Kami sedia bantu.
#kongsipositif
#covits69
Antara bakti anak kepada ibubapanya yang telah meninggal dunia:
1. Berdoa dan memohon ampun (beristighfar) untuk mereka
2. Melaksanakan wasiat mereka
3. Memuliakan kawan-kawan mereka
4. Menyambung silaturrahim bersama keluarga mereka yang lain
Jika semasa hidup mereka kita tidak sempat berbakti kepada mereka. Sesungguhnya inilah peluang untuk menebus kembali kekurangan pada masa lalu.
Semoga Allah SWT menerima semua amalan kita dan mengampuni keduanya.
#kongsipositif
#positivecircle21
Kenapa semua orang perlu ada impian untuk memulakan inovasi?
Saya kongsikan sebabnya dalam konsep 5M;
1. Membina Legasi
Inovasi boleh menjadi salah satu tinggalan yang bermanfaat setelah ketiadaan kita. Saham akhirat kita.
2. Meningkatkan Kualiti Hidup
Proses penciptaan inovasi adalah untuk membantu meningkatkan kualiti hidup manusia agar lebih baik. Bayangkan bila ramai orang boleh mengambil manfaat daripada setiap penciptaan yang berlaku.
3. Menyebar Kebaikan
Inovasi sebagai satu bentuk sumbangan bermakna seseorang Innovator kepada masyarakat. Kebaikan daripada penciptaan ini pasti besar dan berpahala
4. Membina Networking
Inovasi membuka ruang yang luas untuk sinergi dan berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa di sangka-sangka
5. Membuka Potensi Baru
Membina inovasi ibarat kita membuka potensi-potensi baru dalam diri kita. Pasti banyak perkara baharu yang kita boleh memberi nilai tambah kepada diri kita
#kongsipositif
#kongsiinovasi
Mohon bantu sebarkan kepada rakan-rakan yang lain ya. Moga ada yang dapat manfaat.
4M Bengkel Siri Inovasi
1. Siri MULA - 13 Januari 2024 | Sabtu
2. Siri MEMBINA
3. Siri MEMBENTANGKAN & MENANG
4. Siri MENJUAL
Kita kongsi dan bantu siapa-siapa yang nak berMULA dengan Projek Inovasi 2024.
Jom daftar Bengkel Siri MULA Inovasi sekarang.
Klik link ini.
https://wa.link/x80030
https://wa.link/x80030
https://wa.link/x80030
#kongsipositif
#kongsiinovasi
BENGKEL SIRI MULA INOVASI
APA OBJEKTIF BENGKEL NI?
1. Peserta akan dapat memahami PROSES untuk membangunkan produk inovasi
2. Peserta boleh mengenalpasti MASALAH yang ingin diatasi melalui ANALISIS FUNGSI
3. Peserta akan menguasai TOOLS dan TEKNIK MENJANA IDEA bagi membangunkan inovasi
SIAPA PERLU JOIN?
Guru-guru | Pensyarah | Pelajar | Sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan inovasi
Link pendaftaran:
https://bit.ly/MULAINOVASI
https://bit.ly/MULAINOVASI
https://bit.ly/MULAINOVASI
Sebarang pertanyaan terus hubungi:
https://wa.link/x80030
Jom DAFTAR SEKARANG.
Ada tak kawan-kawan yang berminat nak MULA buat inovasi tapi tak jelas nak buat apa dan macam mana nak bermula?
Nak tak kalau ada bengkel yang boleh bantu anda tunjukkan jalan langkah demi langkah?
Cuba komen sikit kat bawah.
#kongsiinovasi
#kongsipositif
#positivecircle21
