cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

The Garden of Al-Quran

Saluran asas info Al-Quran. Moga peroleh berkat untuk terus mempelajari Al-Quran.

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
22 436
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
+287 kunlar
+31730 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Alhamdulillah. Selesai Hari Asyura’. Moga Allah ampunkan dosa kita sebelum ini seperti Nabi ﷺ khabarkan kepada kita. Ayuh esok pula, hari 11 Muharam. Untuk menyelisihi para Yahudi. Juga ingin berbeza dengan Syiah. Jom kita puasa esok 👍🏻
Hammasini ko'rsatish...
107👍 20
Apabila ada isu berlaku, jangan buat ulasan atau andaian jika kita tidak terlibat atau tidak tahu perinciannya. Tidak berdosa jika kita tidak ulas, tetapi jika kita ulas, kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat. Doakan yang baik-baik buat al-Marhumah Farah Kartini. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها
Hammasini ko'rsatish...
117👍 25💯 12😢 9
Alhamdulillah, selesai hari 9 Muharam. Ayuh kita puasa esok pula sahabat semua. Puasa 10 Muharam ini besar kelebihannya, Nabi ﷺ khabarkan puasa ini memungkinkan dosa kita pada tahun lalu diampunkan. Ayuh kita niat puasa esok dan ajak orang lain berpuasa.
Hammasini ko'rsatish...
122👍 21🔥 2👌 2
Photo unavailableShow in Telegram
71👍 31🥰 4
Ayuh semua, kita mulakan esok, puasa hari Tasu'a (9 Muharam). Niatkan sekali gus - puasa 9 Muharam + sunat hari Isnin. 1- Kenapa kita puasa hari Tasu'a? Antaranya adalah untuk berbeza dari orang Yahudi & langkah berhati-hati dalam penentuan tarikh. [Mughni al-Muhtaj, 2/183] 2- Jika tak mampu puasa pun tak apa, beritahu dan sebarkan kepada orang, insya Allah kita mendapat pahala juga berdasarkan hadith Nabi ﷺ Ayuh, hari pertama Maraton Puasa Muharam bermula esok (Isnin) #FawaidFiqh
Hammasini ko'rsatish...
71👍 17🔥 2
30👍 12
Semasa siri Fawaid Surah al-Layl baru-baru ini, saya ada sebutkan kata-kata Fudhail Ibn Iyadh. Kata beliau: تركُ العمل لأجل الناس رياءٌ، والعملُ لأجل الناس شِركٌ "Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya', manakala membuat amalan kerana manusia pula syirik" Rujuk al-Azkar hlmn 33. #FawaidUlama
Hammasini ko'rsatish...
👍 56 26 3🔥 1
JANGAN TINGGAL BERDOA WAKTU INI Antara waktu yang mustajab doa pada hari jumaat adalah selepas asar. إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَهِيَ بَعْدَ الْعَصْرِ Maksudnya: “Sesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang hamba muslim meminta kepada Allah SWT akan perkara kebaikan pada waktu tersebut melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang yang dimintanya itu, waktu tersebut adalah selepas asar” (HR Ahmad) #FawaidHadith
Hammasini ko'rsatish...
112👍 15
Insya Allah siri Fawaid Surah di IG live berjalan seperti biasa malam ini. Malam ini kita akan sambung tadabbur surah al-Lail pada baki ayat. Jam 8 malam di IG live saya: @Muzuzxck Juga di Saluran Telegram : The Garden of Al-Quran.
Hammasini ko'rsatish...
27👍 6
Apakah tanda seseorang itu bahagia? Kata Imam Ibn Qayyim: إذا أُنعم عليه شكر، وإذا ابتُلي صبر، وإذا أذنب استغفر، فإن هذه الأمور الثلاثة عنوان سعادة العبد، وعلامة فلاحه في دنياه وأخراه، ولا ينفك عبد عنها أبدًا "Apabila dia diberikan nikmat, dia bersyukur. Apabila dia diuji, dia sabar. Apabila dia telah tersilap atau melakukan dosa, dia memohon ampun. Maka sesungguhnya inilah tiga perkara yang menjadi tunjang kebahagiaan seorang hamba, tanda kepada kejayaan di dunia dan akhiratnya. Seorang hamba tidak akan terpisah dari semua perkara ini" Rujuk al-Wabil al-Sayyib #FawaidUlama
Hammasini ko'rsatish...
224👍 26
Boshqa reja tanlang

Joriy rejangiz faqat 5 ta kanal uchun analitika imkoniyatini beradi. Ko'proq olish uchun, iltimos, boshqa reja tanlang.